BAB 9 pg151-173

download BAB 9 pg151-173

of 10

Transcript of BAB 9 pg151-173

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    1/23

    Ammonia, asid sulfurik,

    Ammonia bersifat alkali manakala asid sulfurik berasid,Berguna dalam pembuatan baja dan plastik,Bahan buatan untuk membina dan membangunkan negara,Kita harus menggunakannya dengan bijaksana danpenuh kesyukuran, Bumi, langit, sungai, dan lautan,Kita berhasrat untuk mengekalkannya dalam keadaan asaltanpa tercemar.

    Mengapakah plastik digunakan secara meluas untuk menggantikan kayu

    dan logam sebagai bahan binaan pada masa kini?

      Mengapakah sesetengah bahan binaan amat nipis dan ringan tetapi sangat

    teguh?

    Banyak bahan buatan industri dihasilkan untuk keselesaan hidupkita. Bahan buatan ini diperbuat daripada asid sulfurik, ammonia,aloi, polimer sintetik, kaca, seramik, atau bahan komposit. Dapatkah

    anda kenal pasti bahan-bahan tersebut daripada gambar fotodi atas?

    151

    Setelah mempelajari bab

    ini, anda harus dapat:

      memahami pembuatan

    asid sulfurik 

      mensintesiskan

    pembuatan ammonia

    dan garamnya

      memahami aloi

      menilai kegunaan

    polimer sintetik 

      mengaplikasikan

    kegunaan kaca dan

    seramik 

      menilai kegunaan

    bahan komposit

      menghargai pelbagai

    bahan buatan dalam

    industri

      Proses Sentuh

      Hujan asid

      Mulur

      Boleh ditempa

      Aloi

      Polimer sintetik 

      Kaca

      Seramik 

      Bahan komposit

    BAB 9 indd 151BAB 9.indd 151 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    2/23

    152

       A   Asid Sulfurik

     Asid sulfurik, H2SO4 ialah bahan kimia yang biasa digunakan di dalam makmalsekolah. Selain itu, asid sulfurik jugamempunyai kegunaan yang banyakdalam industri. Sebagai contoh,industri batik negara kita memerlukanasid sulfurik, H2SO4 dalam pembuatanpewarnanya. Mari kita kaji kegunaanasid ini.

     Anda harus dapat:

    • menyenaraikan

    kegunaan asid sulfurik 

    • menerangkan prosespembuatan asid

    sulfurik secara industri

    • menerangkan bahawa

    sulfur dioksida

    menyebabkan

    pencemaran alam

    sekitar

    Penghasilan

    baja

    Gambar foto 9.2 Kegunaan  asid sulfurik, H 2SO4

    Pembuatan

    detergen

    Pembuatan

    gentian sintetik 

    Pembuatan

    cat

    Sebagai elektrolit

    dalam bateri

    kereta

    Menggelapkan

     warna pada

    bahan kulit

      Mari kita jalankan Aktiviti 9.1 untuk menghubungkaitkan

    kegunaan asid sulfurik, H2SO4  dengan salah satu daripadasifatnya.

     • Aktiviti 9.1, muka surat 144

     Asid sulfurik, H2SO4 

    digunakan untukmenyingkirkan oksida

    logam daripada

    permukaan logam.

     9.1  Main peranan

     Andaikan anda seorang pengurus pasaran di sebuah kilang pembuatan asid sulfurik, H2SO4.Untuk mempromosikan produk keluaran kilang anda, anda harus mengetahui kegunaan asidsulfurik, H2SO4. Sekumpulan pelajar tingkatan empat akan melawat ke kilang anda dalamtempoh yang singkat. Anda dimaklumkan bahawa mereka sangat berminat untuk mengetahuidan mempelajari kegunaan asid sulfurik, H2SO4.

      Dengan menggunakan perisian persembahan grafik atau bantuan audiovisual yangsesuai, sediakan persembahan untuk menerangkan kegunaan asid sulfurik, H2SO4  dalamkehidupan harian. Anda boleh mendapatkan bahan rujukan daripada buku, majalah, ataumelayari Internet dengan kata kunci “kegunaan asid sulfurik”.  Bentangkan hasil carian anda di dalam kelas dengan mengandaikan rakan-rakan andasebagai pelajar tingkatan empat tersebut.

    Gambar foto 9.1Batik Malaysia

    Kegunaan asid sulfurik 

     Asid sulfurik, H2SO4 digunakan untuk menghasilkan kebanyakan barang dalam kehidupan kita.

    Contoh kegunaannya ditunjukkan dalam Gambar foto 9.2.

    BAB 9 indd 152BAB 9.indd 152 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    3/23

    153

    Mangkin diperbuat

    daripada unsur peralihan

    atau sebatiannya untuk

    mengubah kadar sesuatu

    tindak balas.

    Pembuatan asid sulfurik 

     Asid sulfurik, H2SO4 tidak wujud secara semula jadi. Banyak asidsulfurik, H2SO4 perlu dihasilkan setiap tahun berbanding denganbahan kimia yang lain. Asid sulfurik, H2SO4 terhasil melalui Proses

    Sentuh dalam industri. Proses ini melibatkan empat peringkat.Bahan mentah yang digunakan ialah sulfur, udara, dan air.

    Sulfur trioksida, SO3 

    yang dihasilkan pada

    peringkat kedua Proses

    Sentuh dicemari oleh

    gas sulfur dioksida, SO2.

    Gas ini dapat diserap

    dengan menggunakan

    kalsium hidroksida,

    Ca(OH)2  sebelumterbebas ke atmosfera.

    Hal ini bertujuan untuk

    mengelakkan pencemaran

    alam sekitar.

    Sulfur

    Udarakering 

     

     Vanadium(V)oksida, 450°C

    SO2 + O2

    Pembakar Bekas mangkin

    SO2

    SO3

    Gas buangan

     Air

    Oleum, H2S2O7

    Bekas penyerap

    Pencair

     Asid sulfurik pekat

     Asid sulfurik,H2SO4

    Rajah 9.1 Pembuatan asid sulfurik, H 2SO4 melalui Proses Sentuh

      Peringkat 1 : Pembentukan sulfur dioksida

    Sulfur lebur dibakar di dalam udara kering untuk menghasilkan sulfurdioksida, SO2. Gas yang terbentuk ditulenkan dan disejukkan.

    S(ce) + O2(g)  ⎯→  SO2(g)

      Peringkat 2 : Pembentukan sulfur trioksida

    Sulfur dioksida, SO2 dan gas oksigen, O2 yang berlebihan disalurkanmelalui mangkin vanadium(V) oksida, V 2O5 pada suhu 450°C dantekanan 1 atm untuk menghasilkan sulfur trioksida, SO3.

    2SO2(g) + O2(g) 2SO3(g)

    Kira-kira 99.5% sulfur dioksida, SO2  ditukarkan kepada sulfurtrioksida, SO3 melalui tindak balas berbalik itu.

      Peringkat 3 : Pembentukan oleum

    Mula-mula, sulfur trioksida, SO3 dilarutkan di dalam asid sulfurik,H2SO4 pekat untuk membentuk oleum, H2S2O7.

    SO3(g) + H2SO4(ce) ⎯→

      H2S2O7(ce)

     Peringkat 4 : Pencairan oleum

    Kemudian, oleum, H2S2O7 dicairkan dengan air untuk menghasilkanasid sulfurik, H2SO4 pekat dalam kuantiti yang banyak.

    H2S2O7(ce) + H2O(ce)  ⎯→  2H2SO4(ce)

     Asid sulfurik, H2SO4 

    ditemukan oleh seorang ahli

    fizik Islam yang bernama

    Ibn Zakaria Al-Razi pada

    abad kesembilan.

    BAB 9 indd 153BAB 9.indd 153 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    4/23

    154

    Kedua-dua tindak balas dalam peringkat ketiga dan keempat adalah setara dengan mencampurkansulfur trioksida, SO3 secara langsung ke dalam air.

    SO3(g) + H2O(ce)  ⎯→  H2SO4(ce)

     Walau bagaimanapun, tindak balas ini tidak dilakukan dalam industri kerana sulfur trioksida,

    SO3  bertindak balas terlalu cergas dengan air. Tindak balas ini akan menghasilkan haba dan wasap asid sulfurik, H2SO4 yang banyak. Wasap ini mengakis, tidak mudah dikondensasikan,dan mencemarkan udara.

       9.2  Membina carta alir 

    Kaji Rajah 9.1. Kemudian, bina carta alir yang menunjukkan proses pembuatan asid sulfurik,H2SO4. Mulakan carta alir anda dengan bahan mentah yang digunakan sehingga penghasilanasid sulfurik, H2SO4. Sertakan semua persamaan kimia yang terlibat. Anda juga bolehmendapatkan maklumat tambahan dengan melayari Internet. Pamerkan carta alir anda padapapan kenyataan di dalam kelas anda.

    Sulfur dioksida dan pencemaran alam sekitar

    Sulfur dioksida, SO2  ialah salah satu hasil sampingan ProsesSentuh. Gas ini mencemarkan alam sekitar. Hampir semua gas ituterhasil daripada pembakaran bahan api fosil yang mengandungisulfur. Kita akan menghidapi batuk, sakit dada, sesak nafas, danpenyakit paru-paru jika terhidu gas ini.

      Gas ini juga larut di dalam air hujan lalu menyebabkanhujan asid. Air hujan biasanya mempunyai nilai pH 5.4. Hujanasid berlaku apabila nilai pH air hujan berada antara 2.4 dengan

    5.0. Hal ini disebabkan oleh tindak balas sulfur dioksida, SO2 dengan air hujan.

    2SO2(g) + O2(g) + 2H2O(ce)  ⎯→  2H2SO4(ak)

     Adakah hujan asid berlaku di kawasan anda? Mari kita jalankan Aktiviti 9.2 untuk mengkajinya.

     • Aktiviti 9.2, muka surat 144

    Pembakaran bahan api

    fosil menghasilkan sulfur

    dioksida, SO2  yang akan

    menyebabkan hujan asid.

    Sehingga hari ini, ahli

    sains masih berusaha

    mencari alternatif untuk

    menggantikan bahan api

    fosil. Pada masa akandatang, apakah jenis

    tenaga yang anda jangka

    akan menjadi kuasa

    untuk menggerakkan

    kereta kita? Tenaga

    solar? Biodiesel daripada

    kelapa sawit?

       9.3  Menulis esei

    Kaji Rajah 9.2 pada muka surat 155. Kemudian, kumpulkan maklumat untuk menulis sebuahesei tentang pencemaran alam sekitar oleh sulfur dioksida, SO2. Anda boleh menggunakanbahan rujukan seperti buku, majalah, atau melayari Internet untuk mendapatkan maklumattambahan. Hantarkanlah esei anda ke laman sesawang sekolah anda.

    • Proses Sentuh • Hujan asid

    BAB 9 indd 154BAB 9.indd 154 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    5/23

    155

       P  e  n  c  e  m  a  r  a  n  u   d  a  r  a

       P  e  n  c  e  m  a  r  a  n  a   i  r

       P  e  n  c  e  m  a  r  a  n   t  a  n  a

       h

       A  n  g   i  n  m  e  m   b  a  w  a   b  a   h  a  n

      p  e  n  c  e  m  a  r   k  e  m  e  r  a   t  a  -  r  a   t  a   t  e  m  p  a   t .

       H  u   j  a  n  a  s   i   d  m  e  n  g  a   l   i  r

       k  e   d

      a   l  a  m   s  u  n  g  a   i

       d  a  n

       t  a  s   i   k .

       H  u   j  a  n  a  s   i   d

      m  e  r  o  s  a   k   k  a  n

      p  o   k  o   k   d   i   h  u   t  a  n .

       S   O   2   t  e  r   b  e   b  a  s

      m  e   l  a   l  u   i  c  e  r  o   b  o  n  g

       k   i   l  a  n  g .

       S   O   2

      m  e  n  y  e   b  a   b   k  a  n

      m  a  s  a   l  a   h

      p  e  r  n  a   f  a  s  a  n

       k  e  p  a   d  a  m  a  n  u  s   i  a .

       •   T  a  s   i   k   d  a  n  s  u  n  g  a   i  m  e  n   j  a   d   i

        b  e  r  a  s   i   d .

       •   I   k  a  n   d  a  n   h   i   d  u  p  a  n  a   k  u  a   t   i   k

       y  a  n  g   l  a   i  n  a   k  a  n  m  a   t   i .

       •  p   H    t  a  n  a   h   b  e  r   k  u  r  a  n  g .

       •   G  a  r  a  m   m

       i  n  e  r  a   l   l  a  r  u   t  r  e  s  a  p   d   i   d

      a   l  a  m    t  a  n  a   h .

       •   A   k  a  r  p  o   k  o   k  a   k  a  n  r  o  s  a   k .

       •   T  u  m   b  u   h  a  n  a   k  a  n  m  a   t   i  a   k   i   b  a   t  m

      a   l  n  u   t  r   i  s   i

        d  a  n  p  e  n  y  a   k   i   t .

       S   O   2   b  e  r   t   i  n   d  a   k   b  a   l  a  s   d  e  n  g  a  n  a   i  r

       d  a  n  o   k  s   i  g  e  n  u  n   t  u   k  m  e  m   b  e  n   t  u   k

       h  u   j  a  n  a  s   i   d .   H  u   j  a  n  a  s   i   d

      m  e  n  g  a   k   i  s   b  a  n  g  u  n  a  n   d  a  n  a  r  c  a

      y  a  n  g   d   i   b  u  a   t   d  a  r   i  p  a   d  a   l  o  g  a  m .

       P  e  m   b  a   k  a  r  a  n  p  e   t  r  o   l  o

       l  e   h   k  e  n   d  e  r  a  a  n

      m  e  m   b  e   b  a  s   k  a  n   S   O   2 .

       R  a   j  a   h   9 .   2

       H  u

       j  a  n  a  s   i   d  m  e  n  y  e   b  a   b   k  a  n  p  e  n  c  e  m  a  r  a  n  a   l  a  m

      s  e   k   i   t  a  r

    BAB 9 indd 155BAB 9.indd 155 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    6/23

    156

      B  Ammonia dan Garamnya

    Dalam Bab 8, anda telah mempelajari bahawa larutan ammonia,NH3 digunakan untuk mengenal pasti kehadiran beberapa kation

    bagi larutan akueus di dalam makmal. Selain itu, ammonia, NH3 ialah bahan mentah penting dalam beberapa proses kimia danpembuatan pelbagai barangan.

    Kegunaan ammonia

    Setiap tahun, lebih daripada 140 juta tan ammonia, NH3 dihasilkandi seluruh dunia. Kebanyakan daripadanya digunakan untukmenyediakan baja. Baja membekalkan unsur nitrogen untukmenyuburkan tumbuhan.

      Selain itu, kuantiti ammonia, NH3  yang besar ditukarkanmenjadi asid nitrik, HNO3. Asid ini digunakan untuk membuat

    gentian sintetik, bahan letupan, pulpa kertas, cat, varnis, bahanpengilat, dan bahan api roket.

    Gambar foto 9.3 Beberapa kegunaan ammonia, NH 3 

     Anda harus dapat:

    • menyenaraikan

    kegunaan ammonia

    • menyatakan sifat-sifat

    ammonia

    • menerangkan proses

    pembuatan ammonia

    secara industri

    • mereka bentuk

    suatu aktiviti untuk

    menyediakan baja

    ammonium

    Pembuatan baja Pembuatan gentian

    sintetik 

    Pembuatan bahan

    letupan

    Gas ammonia mempunyai

    bau yang sengit. Garam

    ammonium digunakan

    untuk menyedarkan orang

    yang pengsan.

       9.4  Membuat poster 

    Kegunaan utama ammonia, NH3  adalah untuk membuat baja dan asid nitrik, HNO3.Kumpulkan maklumat tentang kegunaan ammonia, NH3  yang lain daripada bahan-bahanrujukan seperti cakera padat, buku, dan majalah. Anda juga boleh menggunakan enjin gelintardengan kata kunci “kegunaan ammonia”. Kemudian, persembahkan hasil carian anda dalambentuk poster dan pamerkan hasil tersebut pada papan buletin sains sekolah anda.

     A

     1.  Senaraikan lapan kegunaan asid sulfurik, H2SO4.

     2.  Bermula daripada sulfur, bina empat persamaan kimia bagi menunjukkan pembuatan

    asid sulfurik, H2SO4. 3.  Apakah hujan asid?

     4.  Namakan tiga jenis pencemaran yang disebabkan oleh sulfur dioksida, SO2. Senaraikankesannya.

    BAB 9 indd 156BAB 9.indd 156 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    7/23

    157

    Sifat ammonia

     Anda telah mempelajari bahawa ammonia, NH3 digunakan untukmembuat bahan kimia industri yang penting. Untuk memahamipembuatan bahan-bahan kimia ini, kita harus mengetahui sifat-sifat

    ammonia, NH3. Mari kita jalankan Aktiviti 9.3 untuk mengkajisifat-sifat ammonia, NH3.

     • Aktiviti 9.3, muka surat 145

    Pembuatan ammonia

     Ammonia, NH3 disediakan dalam industri melalui Proses Haber.Dalam proses ini, gas nitrogen, N2  daripada udara dipadukandengan gas hidrogen, H2  daripada gas asli untuk membentukammonia, NH3.

    Gas N2

    CampuranN2 dan H2,

    200 atm

    N2 dan H2 yang tidak bertindak 

    balas

    Gas NH3disejukkanmenjadi cecair

    Gas H2

    Pemampat

    Mangkin besi,

    450°C

    Cecairammonia

    Bekas mangkin(reaktor)

    Kondenser

    Rajah 9.3 Pembuatan ammonia, NH 3 melalui Proses Haber

      Campuran gas nitrogen, N2  dan gas hidrogen, H2  dalamnisbah 1 : 3 mengikut isi padu dialirkan ke dalam pemampat.Campuran ini dimampatkan sehingga tekanan menjadi 200 atmpada suhu 450°C. Campuran ini dialirkan melalui mangkin besiuntuk meningkatkan kadar tindak balasnya.

    N2(g) + 3H2(g) 2NH3(g)

    Gas ammonia, NH3 yang terbentuk disejukkan menjadi cecair dandiasingkan bagi meningkatkan peratusan penghasilan ammonia.Penghasilan ammonia, NH3  ini membebaskan haba.

    Berdasarkan persamaan kimia yang ditunjukkan di atas, adakahanda sedar bahawa tindak balas ini adalah berbalik? Gas nitrogen,N2 dan gas hidrogen, H2 yang tidak bertindak balas dikitar semuladengan mengalirkannya ke dalam reaktor bersama dengan sumbergas nitrogen, N2 dan gas hidrogen, H2 yang baharu. Kira-kira 98%gas nitrogen, N2 dan gas hidrogen, H2 dapat ditukarkan menjadiammonia, NH3.

     Ammonia, NH3:

    • bersifat alkali

    • gas yang tidak berwarnadan berbau sengit

    • kurang tumpat daripada

    udara

    • terbakar dalam gas

    oksigen, O2  tetapi tidak

    dalam udara

    • sangat larut di dalam

    air

    Fritz Haber (1868 – 1934)

    telah dianugerahkan

    Hadiah Nobel pada

    tahun 1918 kerana telah

    mencipta Proses Haber.

    Gambar foto 9.4  FritzHaber

    BAB 9 indd 157BAB 9.indd 157 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    8/23

    158

    Baja ammonium dapat

    dihasilkan secara semula

    jadi oleh bakteria.

    Bagaimanakah pembiakan

    bakteria dapat digunakan

    untuk menggantikan baja

    kimia?

    Penyediaan baja ammonium

    Baja ammonium merupakan salah satu baja kimia yang ditambahkanke dalam tanah untuk menggantikan unsur yang telah diserap olehtumbuhan. Makronutrien yang diperlukan oleh tumbuhan ialahnitrogen, fosforus, kalium, dan kalsium. Baja ammonium dapatdisediakan melalui tindak balas antara ammonia, NH3 dengan asid.Mari kita jalankan Aktiviti 9.4 untuk menyediakan ammoniumsulfat, (NH4)2SO4 di dalam makmal.

     • Aktiviti 9.4, muka surat 147

     B

     1. Nyatakan kegunaan ammonia, NH3 dalam kehidupan harian kita.

     2. Senaraikan lima  sifat ammonia, NH3.

     3. Nyatakan tiga keadaan yang sesuai digunakan untuk pembuatan ammonia, NH3 dalamProses Haber. Tulis persamaan kimia untuk tindak balas ini.

      C   Aloi

    Logam aluminium tulen tidak cukup kuat untuk membuat badan

    kapal terbang kerana tidak dapat menahan tekanan udara semasapenerbangan. Bagaimanakah sifat aluminium dapat diperbaikuntuk mengatasi masalah ini? Caranya adalah dengan mengaloikanaluminium menjadi duralumin. Mari kita bandingkan sifat logamtulen dengan sifat aloinya dalam Aktiviti 9.5.

     • Aktiviti 9.5, muka surat 148

    Gambar foto 9.5  Badan kapal terbang dibuat daripada aloi aluminium

       9.5  Membina carta alir 

    Kaji Rajah 9.3 pada muka surat 157. Bina suatu carta alir untuk menunjukkan peringkat dalampembuatan ammonia, NH3 bermula dengan bahan mentahnya berserta dengan persamaan

    kimia yang terlibat. Dapatkan maklumat tambahan daripada buku, majalah, atau Internet.Pamerkan carta alir anda pada papan kenyataan di dalam kelas anda.

     Anda harus dapat:

    • menghubungkaitkan

    susunan atom di

    dalam logam dengan

    sifat kemuluran dan

    kebolehtempaan logam

    • menyatakan maksud aloi

    dan tujuan pengaloian

    • menyenaraikan

    contoh-contoh aloi,

    komposisi, dan sifatnya

    • menghubungkaitkan

    sifat aloi dengan

    kegunaannya

    • menghubungkaitkan

    susunan atom di dalam

    aloi dengan sifat kekuatan

    dan kekerasannya

    BAB 9 indd 158BAB 9.indd 158 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    9/23

    159

    Daya   Bentuk logamberubah

    Daya

    Daya

    Lapisan atommenggelongsorakibat daya yang dikenakan

    • Mulur • Boleh ditempa • Aloi

    Rajah 9.4 Logam bersifat mulur

      Dalam susunan atom yang teratur itu, terdapat juga ketidaksempurnaan yang membenarkankehadiran ruang kosong di antara atom-atom. Apabila logam itu diketuk, atom-atomnyamenggelongsor. Dengan itu, logam boleh ditempa  atau bentuknya dapat diubah.

    Emas yang mempunyai

    ketulenan yang berbeza

    ialah aloi emas dengan

    campuran argentum atau

    kuprum. Emas 24 karat

    ialah emas tulen. Emas 18

    karat ialah emas murni 18

    bahagian dan logam-logam

    yang lain 6 bahagian.

    Penjelasan tentang aloiKebanyakan logam tulen adalah lembut dan tidak kuat. Sifat logamtulen ini dapat diperbaik dengan menjadikannya aloi.  Aloi  ialahsuatu campuran dua unsur atau lebih mengikut peratusan yangtertentu dengan unsur utamanya ialah logam. Tujuan pengaloianadalah untuk menambah kekuatan dan kekerasan logam tulen,mencegah kakisan logam, dan membaiki rupa bentuk logamsupaya menjadi menarik dan berkilat.

      Aloi seperti gangsa, loyang, keluli, keluli nirkarat, duralumin,dan piuter biasa digunakan dalam kehidupan harian kita.Kegunaannya bergantung pada sifat-sifatnya. Sebagai contoh,

    pisau, sudu, dan garpu diperbuat daripada keluli nirkarat keranamempunyai permukaan yang berkilat dan tidak berkarat. Jadual9.1 menunjukkan komposisi, sifat, dan kegunaan beberapa aloi.

    Susunan atom di dalam logam

    Kebanyakan logam wujud dalam keadaan pepejal. Logam tulen terdiri daripada atom yangsama jenis dan saiz. Susunan atom di dalam logam menyebabkannya bersifat mulur dan bolehditempa. Susunan atom yang teratur di dalam logam menyebabkan lapisan atom-atomnya

    mudah menggelongsor antara satu sama lain apabila daya dikenakan ke atasnya. Dengan itu,logam bersifat mulur dan boleh diregang.

    Rajah 9.5 Logam boleh ditempa

    BAB 9 indd 159BAB 9.indd 159 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    10/23

    160

     Jadual 9.1 Komposisi, sifat, dan kegunaan beberapa aloi

     Aloi Komposisi Sifat Kegunaan

    Gangsa • 90% kuprum• 10% stanum

    • Kuat dan keras• Tidak mudah mengakis

    • Mempunyai permukaan yang berkilat

    • Membuat patung atau tugu• Membuat pingat, pedang,

    dan barangan hiasan

    Loyang • 70% kuprum• 30% zink 

    • Lebih keras daripadakuprum

    • Membuat alat muzik danperkakas dapur

    Keluli • 99% ferum• 1% karbon

    • Keras dan kuat • Membina bangunan dan jambatan

    • Membuat badan kereta danlandasan kereta api

    Kelulinirkarat

    • 74% ferum• 8% karbon• 18% kromium

    • Berkilat• Kuat• Tidak berkarat

    • Membuat alatan sepertipisau, garpu, dan sudu

    • Membuat alatan pembedahan

    Duralumin • 93% aluminium• 3% kuprum• 3% magnesium• 1% mangan

    • Ringan• Kuat

    • Membuat badan kapalterbang dan kereta api laju

    Piuter • 96% stanum• 3% kuprum• 1% antimoni

    • Berkilau• Berkilat• Kuat

    • Membuat cenderamata

       9.6   Mengadakan perbincangan

    Gambar foto 9.6 

    Dalam kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli, kaji Gambar foto 9.6 untukmenjawab soalan yang berikut:(a) Apakah maksud aloi?(b) Apakah yang ditunjukkan dalam gambar foto itu? Namakan setiap objek.

    (c) Apakah nama aloi yang digunakan untuk membuat setiap objek itu?(d) Apakah sifat-sifat yang ada pada setiap aloi yang menjadikannya sesuai untuk kegunaansetiap objek di atas?

      Anda digalakkan supaya mendapatkan maklumat tambahan daripada Internet danmemberikan contoh aloi dan kegunaannya selain yang ditunjukkan dalam Gambar foto 9.6.Bincangkan dan bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas.

    BAB 9 indd 160BAB 9.indd 160 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    11/23

    161

      Mari kita jalankan eksperimen yang berikut untuk membandingkan kekerasan dan kadarkakisan logam tulen dengan aloinya.

      • Eksperimen 9.1, muka surat 148

    • Eksperimen 9.2, muka surat 150

    Susunan atom di dalam aloi

    Mengapakah aloi lebih kuat daripada logam tulennya? Untuk memahami perkara ini, kita harusmengetahui cara atom disusun di dalam aloi. Bagaimanakah kehadiran unsur yang lain dalamsesuatu logam dapat mengubah sifat logam itu?

    Tonton simulasi komputer

    yang menunjukkan

    susunan atom di dalam

    logam tulen dan aloinya.

    C

     1.  Apakah aloi?

     2.  Apakah hubung kait antara susunan atom dalam sesuatu logam dengan sifat kemuluran

    dan kebolehtempaannya? 3. Mengapakah peralatan untuk makan seperti garpu, sudu, dan pisau diperbuat daripada

    keluli nirkarat?

     4. Mengapakah besi tulen tidak digunakan sebagai bahan binaan?

     5. Berpandukan ilustrasi yang sesuai, terangkan sebab aloi lebih keras daripada logamtulennya.

      Kaji Rajah 9.6 dengan teliti. Apakah yang dapat andaperhatikan tentang susunan atom di dalam aloi apabila dua logam

     yang berlainan dicampurkan? Kehadiran atom logam asing yangberlainan saiz telah mengganggu susunan atom yang teraturdi dalam sesuatu logam. Hal ini menjadikan penggelongsoranlapisan atom lebih sukar berlaku jika daya dikenakan. Hal inimenyebabkan aloi menjadi lebih keras dan lebih kuat daripadalogam tulennya.

    Rajah 9.6 Pembentukan aloi

    Logam tulen A

    Logam tulen B

     Aloi

    +

    BAB 9 indd 161BAB 9.indd 161 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    12/23

    162

     Anda harus dapat:

    • menyatakan maksud

    polimer

    • menyenaraikan polimersemula jadi

    • menyenaraikan

    polimer sintetik dan

    kegunaannya

    • mengenal pasti

    monomer dalam

    polimer sintetik 

    • mewajarkan

    penggunaan polimer

    sintetik dalam

    kehidupan harian

      D  Polimer Sintetik

    Perhatikan Gambar foto 9.7. Objek-objek yang ditunjukkan dalam

    gambar foto itu diperbuat daripada plastik. Plastik ialah sejenispolimer.

    Polimer

    Polimer  ialah molekul berantai panjang yang terbina daripadabanyak ulangan unit kecil yang dinamakan monomer. Monomerbersambung melalui ikatan kovalen menjadi satu rantai yangpanjang dan proses ini dinamakan pempolimeran.

    Rajah 9.7 Pembentukan polimer

      Mari kita jalankan Aktiviti 9.6 untuk mengetahui maksudpolimer.

     • Aktiviti 9.6, muka surat 152

      Satu polimer mungkin terdiri daripada beribu-ribumonomer. Sesetengah polimer wujud secara semula jadi. Contohpolimer semula jadi ialah kanji, selulosa, kapas, protein, sutera,dan getah asli. Sesetengah polimer pula merupakan hasil buatanmanusia yang disebut sebagai polimer sintetik . Monomernya

    biasa diperoleh daripada hasil petroleum yang telah menjalaniproses penapisan, penyulingan berperingkat, dan peretakan.Contoh polimer sintetik ialah politena, polivinil klorida atauPVC, polipropena, perspeks, nilon, dan terilin.

    • Polimer • Polimer sintetik 

    Pempolimeran

    Polimer berasal daripada

    perkataan Yunani,

     polus yang bermaksud

    “banyak” dan  meris yang

    bermaksud “bahagian”.

    Polimer sintetik pertama

    yang disebut sebagai

     parkesine disintesiskan

    oleh ahli kimia British,

     Alexander Parkes pada

    tahun 1850-an.

    Gambar foto 9.7 Barangan rumah yang diperbuat daripada plastik

    BAB 9 indd 162BAB 9.indd 162 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    13/23

    163

    Getah Polipropena

    Monomer bagi polimer sintetik 

     Jadual 9.2 menunjukkan beberapa polimer sintetik, monomer, dan kegunaannya.

       9.8  Menonton simulasi komputer 

    Tonton simulasi komputer yang menunjukkan pelbagai polimer sintetik. Kemudian, kenalpasti dan lukis formula struktur monomer bagi setiap polimer yang ditunjukkan.

     Jadual 9.2 Polimer sintetik, monomer, dan kegunaannya

    Polimer sintetik Monomer Kegunaan

    Politena Etena Beg plastik, bekas plastik, penebatuntuk dawai elektrik 

    Polipropena Propena Paip, botol, karpet, bateri kereta,tali

    Polivinil klorida,PVC

    Kloroetena Kulit sintetik, paip air, bajuhujan

    Perspeks Metil metakrilat Cermin keselamatan, cerminpesawat, tingkap kenderaan, kantaplastik 

    Terilin Heksana-1,6-diol Asid benzena-1,4-dikarboksilik

    Kain baju, jala, payung terjun

    Nilon Heksana-1,6-diamina Asid heksana-1,6-dioik 

    Tali, gentian sintetik, tali pancing 

       9.7  Membuat pengelasan

    Gambar foto 9.8

    Kelaskan bahan-bahan yang ditunjukkan dalam Gambar foto 9.8 kepada polimer semula jadidan polimer sintetik. Berikan jawapan anda dalam bentuk jadual.

    KanjiNilon

    Terilin

    Perspeks

    Selulosa

    Politena

    Polivinil klorida,

    PVC

    BAB 9 indd 163BAB 9.indd 163 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    14/23

    164

    Penggunaan polimer sintetik 

    Kini, kita menggunakan polimer sintetik secara meluas.Salah satu kebaikannya ialah sifatnya dapat diubah mengikutpenggunaannya. Polimer sintetik agak murah, senang dibentuk,

    dan mudah diwarnakan. Namun begitu, polimer sintetik susahdilupuskan kerana tidak mudah terbiodegradasikan. Masalah iniakan menyebabkan pencemaran alam sekitar, sistem salur airtersumbat, dan banjir kilat. Apabila polimer sintetik dibakar, gas

     yang beracun dan berbau sengit dibebaskan. Oleh itu, wajarkahkita terus menggunakan polimer ini? Sekarang, rakyat Malaysiadigalakkan menggunakan beg kitar semula untuk menggantikanbeg plastik yang biasa digunakan. Mari kita jalankan Aktiviti 9.7untuk membincangkan masalah pencemaran alam sekitar yangdisebabkan oleh pelupusan polimer sintetik.

     • Aktiviti 9.7, muka surat 152

    Polimer sintetik telah

    digunakan dalam bidang

    perubatan untuk arteri

    sintetik, kulit sintetik,

    kanta mata sintetik, dan

    sebagai pengganti untuk

    sendi pinggul.

    Gunakan enjin gelintar

    untuk mencari maklumat

    tambahan tentang

    pencemaran alam sekitar

    yang disebabkan olehpelupusan polimer sintetik.

      Kita patut mengurangkan penggunaan, mengguna semula,dan mengitar semula polimer sintetik. Penggunaan polimer yangterbiodegradasi harus digalakkan. Kita juga harus mencari bahanalternatif untuk menggantikan polimer sintetik. Sehingga hari ini,apakah yang telah anda lakukan untuk mencapai matlamat ini?

    Gambar foto 9.9 Beg plastik yang mudah terbiodegradasi

     D

     1.  Apakah polimer?

     2.  Senaraikan dua contoh polimer semula jadi.

     3.  Senaraikan empat contoh polimer sintetik dan nyatakan kegunaannya.

     4. Mengapakah polimer sintetik tidak dilupuskan dengan cara pembakaran?

     5. Nyatakan dua cara untuk mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh polimersintetik.

       9.9  Membahas

     Jalankan aktiviti bahas untuk mewujudkan kesedaran masyarakat tentang kesan penggunaanpolimer sintetik dalam kehidupan harian sempena Hari Alam Sekitar Sedunia. Tajukperbahasan itu ialah “ Penggunaan polimer sintetik patut dihentikan bagi mengelakkanpencemaran alam sekitar”. Kemudian, tulis esei bagi mewajarkan penggunaan polimerdalam kehidupan kita.

    BAB 9 indd 164BAB 9.indd 164 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    15/23

    165

      E  Kaca dan Seramik

    Kaca diperbuat daripada pasir. Kaca telah digunakan sejak 3000tahun yang lalu. Seramik pula diperbuat daripada tanah liat.Serpihan seramik yang berusia lebih daripada 6000 tahun telahdijumpai oleh ahli arkeologi.

    Gambar foto 9.10 Kaca dan seramik dalam kehidupan harian kita

    Kaca

    Komponen utama kaca ialah silika, SiO2  atau pasir. Terdapatpelbagai jenis kaca yang digunakan dalam kehidupan harian kita.

     Jadual 9.3 menunjukkan jenis kaca, sifat, dan kegunaannya.

     Anda harus dapat:

    • menyenaraikan jenis kaca

    dan sifatnya

    • menyenaraikan kegunaankaca

    • menyatakan sifat seramik 

    • menyenaraikan kegunaan

    seramik 

    Gambar foto 9.11 Baranganseramik dalam kehidupanharian kita

     Jadual 9.3  Jenis kaca, sifat, dan kegunaannya

    Kaca Sifat Kegunaan

    Kaca silika terlakur  terdiri daripada silika,SiO2

     

    Gambar foto 9.12Alatan kaca makmal yangdiperbuat daripada kacasilika terlakur

    • Tahan terhadap haba danbahan kimia

    • Mempunyai ketulenan yangtinggi

    • Lut sinar• Mempunyai rintangan yang

    tinggi terhadap kejutanterma

    Membuatalatan kaca

    makmal,kanta optik,teleskop,cermin,gentianoptik 

    Kaca soda kapur  terdiri daripada campuransilika, SiO2 dan kalsium karbonat, CaCO3 atau natrium karbonat, Na2CO3

     

    Gambar foto 9.13 Barangan yang diperbuatdaripada kaca soda kapur

    • Takat lebur yang rendah• Mudah dibentuk• Tahan terhadap bahan kimia• Tidak tahan terhadap haba

    • Mempunyai pekalipengembangan terma yangtinggi (mengembang denganbanyak apabila dipanaskandan mengecut denganbanyak apabila disejukkan)

    Membuatkaca tingkap,mentol,cermin,

    bekas kaca

    • Aktiviti 9.8,

    muka surat

    153

    BAB 9 indd 165BAB 9.indd 165 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    16/23

    166

    Kaca Sifat Kegunaan

    Kaca borosilikat  terdiri daripada campuransilika, SiO2, boron oksida, B2O3, natriumoksida, Na2O, dan aluminium oksida, Al2O3

    Gambar foto 9.14 Penutupalat memasak ini diperbuatdaripada kaca borosilikat

    • Mempunyai pekalipengembangan terma yangrendah

    • Sangat tahan terhadap habadan bahan kimia berbandingdengan kaca soda kapur

    Membuatalatanmemasak,

    alatan kacamakmal,lampu kereta,saluran paipkaca

    Kaca plumbum (kaca kristal) terdiridaripada campuran silika, SiO2, plumbum(II)oksida, PbO, dan natrium oksida, Na2O

     

    Gambar foto 9.15 Alatankaca yang diperbuatdaripada kaca plumbum

    • Takat lebur yang rendah• Lut sinar• Mempunyai ketumpatan

     yang tinggi• Mempunyai indeks biasan

     yang tinggi

    Membuatbaranganhiasan,barangankristal,prisma

    • Kaca • Seramik

    Gambar foto 9.16 Pasu bunga

    seramik

    Seramik 

    Seramik  ialah bahan yang diperbuat daripada tanah liat dan prosespembuatannya memerlukan tindakan haba yang tinggi. Kaolinialah tanah liat yang terdiri daripada aluminosilikat terhidrat,

     Al2O3.2SiO2.2H2O. Periuk tanah liat, bata, dan jubin ialah contohbahan seramik.

    Seramik tahan haba dan tidak mudah melebur. Seramik juga

    sangat keras, rapuh, lengai terhadap bahan kimia, dan tidak mudahterkakis. Selain itu, seramik merupakan penebat haba dan elektrik

     yang baik. Sifat-sifat tersebut membolehkannya sesuai untuk dibuat pelelas, bahan binaan,penebat dalam alatan elektrik, dan alatan pembiasan.

       9.10  Mengumpulkan dan mentafsirkan data

    Kumpulkan dan tafsirkan data tentang jenis, komposisi, sifat, serta kegunaan kaca dan seramik. Anda boleh menggunakan sumber seperti buku, majalah, atau Internet. Paparkan data andadalam bentuk jadual dan sertakan gambar foto yang berkaitan.

      Keperluan bahan binaan yang bermutu tinggi telah memajukan industri kaca dan seramik.

    Kaca dan seramik yang telah ditingkatkan mutunya seperti kaca fotokromik, kaca konduksi, kacaseramik, bioseramik, dan superkonduktor seramik telah digunakan secara meluas. Mari kita jalankan Aktiviti 9.9 untuk mengkaji kegunaan kaca dan seramik yang telah ditingkatkan mutunya.

     • Aktiviti 9.9, muka surat 153

    BAB 9 indd 166BAB 9.indd 166 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    17/23

    167

      F  Bahan Komposit

    Sejak dahulu, manusia telah menggunakan tanah liat, kayu, batu,atau logam sebagai bahan binaan. Namun demikian, bahan-bahanini mudah terkakis atau terurai, terlalu berat, terlalu besar, ataususah dibentuk.

    Gambar foto 9.17  Pembangunan teknologi dalam bidang pembinaan

      Kebanyakan teknologi moden negara kita memerlukan bahan yang mempunyai gabungan sifat istimewa yang tidak terdapat padabahan konvensional seperti aloi, seramik, dan polimer. Oleh itu,penyelidikan dan pembangunan yang berterusan telah dijalankan

    untuk menemukan bahan baharu ini. Untuk memenuhi kehendaktersebut, bahan binaan ini seharusnya bersifat seperti mempunyaiketumpatan yang rendah, kuat, dan tahan terhadap haba dankakisan.

    Penjelasan tentang bahan komposit 

    Bahan komposit ialah bahan baharu yang dihasilkan daripadacampuran dua atau lebih bahan seperti logam, aloi, kaca, seramik,dan polimer. Bahan yang terhasil ini mempunyai sifat gabunganbahan asalnya. Pada umumnya, bahan komposit mempunyai sifat

     yang lebih baik daripada bahan asalnya. Mari kita jalankan Aktiviti9.10 untuk membina beberapa bahan komposit yang mudah.

      • Aktiviti 9.10, muka surat 154

      Jadual 9.4 menunjukkan jenis bahan komposit, penerangan,sifat, dan kegunaannya.

     E

     1.  Apakah komponen utama kaca?

     2.  Namakan empat  jenis kaca. Nyatakan sifat dan kegunaannya.

     3.  Nyatakan lima  sifat seramik.

    • Bahan komposit

     Anda harus dapat:

    • menghuraikan keperluan

    penghasilan bahan

    baharu untuk tujuan

    yang tertentu

    • menyatakan maksud

    bahan komposit

    • menyenaraikan contoh

    bahan komposit dankomponennya

    • membandingkan dan

    membezakan sifat

    bahan komposit dengan

    komponen asalnya

    • mewajarkan penggunaan

    bahan komposit

    • menjanakan idea

    tentang penghasilan

    bahan termaju untuk

    memenuhi keperluan

    yang tertentu• memerihalkan

    kepentingan bahan

    sintetik dalam kehidupan

    harian

    • mewajarkan kepentingan

    menjalankan

    penyelidikan dan

    pembangunan secara

    berterusan

    • mengamalkan sikap

    bertanggungjawab

    semasa mengendalikan

    bahan sintetik dansisanya

    BAB 9 indd 167BAB 9.indd 167 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    18/23

    168

     Jadual 9.4  Jenis bahan komposit, penerangan, sifat, dan kegunaannya

    Bahan komposit Penerangan Sifat Kegunaan

    Konkrit yangdiperkukuh

    Gambar foto 9.18  Batangkeluli digunakan untukmemperkukuh konkrit

    Konkrit memang kerasdan kuat tetapi rapuh dan

    mempunyai daya tegangan yang lemah. Apabilakonkrit diperkukuh dengankeluli atau gentian polimer,bahan yang terhasil inimenjadi sangat kuat danmempunyai kekuatanregangan yang lebih tinggi.

    • Lebih kuat dankeras

    • Tahan beban yangberat

    • Mudah diacukankepada pelbagaibentuk 

    Digunakanuntuk membina

    bangunan yangtinggi, jambatan,dan pelantarminyak 

    Superkonduktor

    Gambar foto 9.19Superkonduktor terlibatdalam mesin imej resonansbermagnet, MRI yangdigunakan di hospital

    Superkonduktor dapatmengalirkan arus elektrik

    tanpa sebarang rintanganapabila disejukkanke suhu yang sangatrendah. Kebanyakansuperkonduktor ialahaloi sebatian logam atauseramik oksida logam.

    • Tiada rintanganelektrik 

    Digunakandalam kereta

    api laju, sistempenyimpantenagabermagnet,generator,transformer, dancip komputer

    Gentian optik

    Gambar foto 9.20Kabel yang diperbuatdaripada gentian optik

    Gentian optik terdiridaripada gentian kaca yang

    disaluti kaca dengan indeksbiasan yang berlainan.Gentian optik ialah bahankomposit yang dapatmenghantarkan data digitaldalam bentuk cahayasepanjang gentian kaca

     yang panjang, lut sinar,dan halus.

    • Dapat menghantardata dalam kapasiti

     yang tinggi dancepat• Stabil secara

    kimia dankurang gangguaninterferens

    • Digunakandalam kabel

    telekomunikasi• Digunakandalam endoskopuntukmemeriksaorgan di dalambadan manusia

    Gentian kaca

    Gambar foto 9.21Helmet yang diperbuatdaripada gentian kaca

    Kaca agak keras, kuat, danmempunyai ketumpatan

     yang agak tinggi tetapisangat rapuh. Apabila kacagentian digunakan untukmemperkukuh plastik,suatu bahan komposit yangdinamakan gentian kacaterhasil.

    • Mempunyaikekuatan regangan

     yang tinggi• Mempunyai

    ketumpatan yangrendah

    • Mudah diwarnakan• Mudah diacukan

    dan dibentukkan

    Digunakan untukmembuat tangkipenyimpan air,raket badminton,bot, dan papanpeluncur salji

    BAB 9 indd 168BAB 9.indd 168 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    19/23

    169

    Penghasilan bahan termaju

    Usaha penyelidikan untuk menghasilkan bahan komposit yang

    baharu harus dijalankan demi memenuhi keperluan masyarakatterutamanya bagi meningkatkan status Malaysia sebagai negaramaju pada tahun 2020. Dengan adanya sumber semula jadi, tenagakerja yang dinamik, dan infrastruktur yang lengkap, Malaysia pastidapat menghasilkan bahan yang bertaraf dunia. Sebagai ahli sains

     yang kreatif, apakah idea anda untuk mencipta bahan komposit yang baharu? Mari kita jalankan Aktiviti 9.11.

      • Aktiviti 9.11, muka surat 155

      Banyak bahan sintetik telah dihasilkan untuk kemudahankita. Namun, kemudahan itu mungkin mendatangkan kesan yang

    negatif kepada manusia dan alam sekitar. Oleh itu, kita mestimenjalankan penyelidikan dan pembangunan secara berterusanuntuk mengurangkan kesan negatifnya.

    Profesor Madya Dr. Haji Wan Hamidon Haji Wan

    Badaruzzaman telah

    memenangi pingat

    emas pada tahun 1998

    kerana telah mencipta

    satu sistem pembinaan

    bahan komposit. Bahan

    komposit ini menggunakan

    satu kombinasi lapisan

    BONDEK II kepingan

    keluli profil dan

    papan gentian yang

    dikeraskan secara kimia(CHEMBOARD).

       9.11  Mengadakan forum

     Jalankan forum yang bertajuk “Penggunaan Bahan Sintetik”. Bekerjasamalah dalam kumpulansebagai pakar dalam bidang tertentu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.5. Setiap kumpulandikehendaki membincangkan topik yang telah diagihkan. Kemudian, hantar seorang wakilkumpulan sebagai jurucakap untuk membincangkan topik tersebut.

     Jadual 9.5

    Pakar Topik yang dibincangkan

     Jurutera Kepentingan bahan sintetik dalam kehidupan harian

     Ahli sains Kepentingan menjalankan penyelidikan dan pembangunan yangberterusan untuk kesejahteraan manusia

    Pakar alam sekitar Pencemaran yang disebabkan oleh pelupusan bahan sintetik 

    Tulis laporan yang ringkas tentang forum ini.

    Bahan komposit Penerangan Sifat Kegunaan

    Kaca fotokromik 

    Gambar foto 9.22  Kanta yang diperbuat daripada kaca fotokromik dapat melindungimata kita daripada sinaranultraungu yang berbahaya

    Kaca fotokromik terhasilapabila hablur argentumklorida, AgCl digabungkan

    dalam kaca. Apabila kacaini didedahkan kepadacahaya, argentum klorida,

     AgCl bertukar kepadaargentum. Maka, kaca ituakan menjadi gelap.

    • Peka terhadapcahaya

    Digunakan untukmembuat kantaoptik, tingkap

    kereta, tingkapbangunan,panel paparanmaklumat, kantakamera, suisoptik, dan meteruntuk mengukurkeamatan cahaya

    BAB 9 indd 169BAB 9.indd 169 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    20/23

       Asid sulfurik 

    ✓  Asid sulfurik , H2SO4  digunakan untuk

    membuat cat, detergen, baja dan lain-lain.✓  Asid sulfurik, H2SO4  terhasil melalui

    Proses Sentuh.✓  Gas sulfur dioksida, SO2 yang terbebas akibat

    kegiatan perindustrian boleh menyebabkanhujan asid  yang mencemarkan alamsekitar.

      Ammonia dan garamnya

    ✓  Kegunaan utama ammonia, NH3  adalahuntuk membuat baja dan asid nitrik,

    HNO3.✓  Gas ammonia, NH3 mempunyai bau yang

    sengit dan menghasilkan wasap putihapabila bertindak balas dengan gas hidrogenklorida, HCl.

    ✓  Ammonia, NH3  terhasil melaluiProses Haber.

      Aloi

    ✓  Aloi ialah campuran yang terdiri daripadadua unsur atau lebih mengikut peratusan

     yang tertentu dengan logam sebagai unsurutamanya.

    ✓  Contoh-contoh aloi ialah duralumin, loyang,keluli nirkarat, gangsa, dan piuter.

    ✓  Aloi lebih kuat, keras, tidak mudahterkakis, dan berkilau berbanding denganlogam tulennya.

      Polimer sintetik 

    ✓  Polimer  ialah molekul berantai panjang yang terbina daripada banyak ulangan unitkecil yang disebut sebagai monomer.

    ✓  Contoh polimer sintetik   ialah PVC,politena, perspeks, dan nilon.

      Kaca dan seramik 

    ✓  Kaca  terdiri daripada silikat logamdengan silika, SiO2  atau pasir sebagaikomponen utamanya.

    ✓  Secara amnya, kebanyakan kaca adalah lutsinar, lengai secara kimia, keras, rapuh, dantidak telap.

    ✓  Seramik   pula sangat keras, rapuh,mempunyai takat lebur yang sangat tinggi,lengai secara kimia, dan tidak mudahterkakis. Kaca dan seramik merupakanpenebat haba dan elektrik yang baik.

      Bahan komposit

    ✓  Bahan komposit ialah bahan baharu yangterhasil daripada campuran dua atau lebihbahan dan mempunyai sifat yang lebih baikdaripada bahan asalnya.

    ✓  Contoh bahan komposit ialah konkrit yang diperkukuh, superkonduktor, gentianoptik, gentian kaca, dan kaca fotokromik.

     F 

     1.  Apakah yang dimaksudkan dengan bahan komposit?

     2.  Dengan menggunakan contoh yang sesuai, terangkan kelebihan sifat sesuatu bahan

    komposit berbanding dengan komponen asalnya. 3.  Nyatakan dua kegunaan

    (a) konkrit yang diperkukuh (b) kaca fotokromik 

    170

    BAB 9 indd 170BAB 9.indd 170 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    21/23

    Salin peta konsep di bawah. Kemudian, lengkapkan peta ini berdasarkan panduan yang diberi.

    (a) Nyatakan lima kegunaan asid sulfurik, H2SO4.(b) Namakan proses industri yang menghasilkan asid sulfurik, H2SO4.(c) Senaraikan bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan asid sulfurik, H2SO4.(d) Nyatakan mangkin, suhu, dan tekanan yang digunakan dalam proses pembuatan asid

    sulfurik, H2SO4.(e) Nyatakan lima kegunaan ammonia, NH3.(f ) Namakan proses industri yang menghasilkan ammonia, NH3.(g) Senaraikan bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan ammonia, NH3.(h) Nyatakan mangkin, suhu, dan tekanan yang digunakan dalam proses pembuatan ammonia,

    NH3.(i) Nyatakan lima contoh aloi.

    ( j) Namakan jenis polimer yang terdiri daripada selulosa, kanji, dan getah asli.(k) Berikan lima contoh polimer sintetik.(l) Nyatakan empat  jenis kaca.(m) Nyatakan sifat-sifat seramik.(n) Nyatakan empat kegunaan seramik.(o) Nyatakan lima contoh bahan komposit.

    171

    (o)

    (k)

    Bahan buatandalam industri

     Asid sulfurik 

     Ammonia

     Aloi

    Polimer

    Kaca

    Seramik 

    Polimersintetik 

    (m)

    (d)

    (i)

    Bahankomposit

    Kegunaan (f )

    ( j)

    (a) (c)

    (h)(g)(e)

    (n)

    (l)

    Kegunaan (b)

    BAB 9 indd 171BAB 9.indd 171 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    22/23

      Apakah bahan yang ditunjukkan dalam

    Rajah 2? A Gangsa C PiuterB Loyang D Duralumin

      5.  Yang berikut yang manakah bukan polimer semula jadi?

     A   Getah asli C  WulB  Sutera D  Nilon

      6.  Yang berikut yang manakah diperbuatdaripada perspeks?

     A   TaliB  Paip airC  Beg membeli-belahD  Cermin keselamatan

      7.  Apabila  X   dipanaskan pada suatu suhu yang sangat tinggi dan kemudiandicelupkan ke dalam air sejuk, didapati X   tidak retak. Apakah  X ? A   Kaca silika terlakurB  Kaca plumbumC  Kaca borosilikatD  Kaca soda kapur

      8.  Apakah kebaikan raket badminton yangdiperbuat daripada bahan kompositberbanding dengan kayu?I  Lebih murah III  Lebih ringanII  Lebih kuat IV   Lebih tahan lama

     A   I dan II C  I, II dan IIIB  III dan IV D  II, III dan IV 

      9.  Apakah punca pencemaran alam sekitarakibat penggunaan bahan sintetik?I  Pembakaran polimer sintetik II  Penggunaan baja ammonium yang

    keterlaluanIII  Penggunaan polimer yang tidak

    terbiodegradasikanIV   Pembakaran bahan komposit

     A   I dan II C  II, III dan IV B  I dan IV D  I, II, III dan IV 

      Soalan Objektif 

     Arahan: Pilih satu cadangan jawapan yangterbaik bagi setiap soalan.

      1.  Yang berikut yang manakah tidak  menggunakan asid sulfurik dalampembuatannya?

     A   Sabun C  BajaB  Cat D  Gentian sintetik 

      2. Rajah 1 menunjukkan langkah-langkah yang terlibat dalam pembuatan asidsulfurik.

      Sulfur  P Sulfur

     Q

     dioksida

     

    Sulfur

      trioksida

      AsidOleum

    sulfurik  

     R 

    Rajah 1

      Berdasarkan rajah di atas, langkah yangmanakah yang memerlukan penggunaanmangkin?

     A    P  C   RB  Q  D  S

      3. Gas G bersifat alkali, berbau sengit, dansangat larut di dalam air. Apakah gasitu?

     A   AmmoniaB  Sulfur dioksidaC  Sulfur trioksidaD  Nitrogen dioksida

      4. Rajah 2 menunjukkan susunan zarah

    satu bahan.

    Kuprum

    Stanum

    Rajah 2

    9

    172

    BAB 9 indd 172BAB 9.indd 172 9/21/11 3:40 PM9/21/11 3:40 PM

  • 8/9/2019 BAB 9 pg151-173

    23/23

    HendalRangka

    Rim

    Rajah 1

    173

      Soalan Subjektif 

     Arahan: Jawab semua soalan.

      1. Rajah 1 menunjukkan beberapa bahagian pada sebuah basikal.(a) (i) Rangka basikal itu diperbuat daripada keluli.  Apakah unsur-unsur yang terdapat pada keluli?(ii) Nyatakan perbezaan antara keluli dengan keluli

    nirkarat dari segi rintangan terhadap kakisan.(b) Hendal disaluti oleh selapisan polimer sintetik.

    (i) Namakan satu polimer sintetik yang bolehdigunakan.

    (ii) Apakah sifat pada polimer sintetik ini yang menyebabkannya sesuaidigunakan?

    (c) (i) Keluli adalah kuat tetapi tidak sesuai digunakan untuk membuat rim pada basikallumba. Terangkan sebabnya.

    (ii) Namakan satu aloi yang sesuai digunakan untuk membuat rim basikal lumba.(iii) Selain aloi, namakan satu  bahan yang sesuai digunakan untuk membuat rim

    basikal lumba.

      Soalan Esei

     Arahan: Jawab semua soalan.

      1.  (a) Nyatakan dua kegunaan asid sulfurik dalam kehidupan harian kita.(b) Dengan bantuan persamaan kimia, terangkan pembuatan asid sulfurik dalam

    industri.(c) Semasa pembuatan asid sulfurik, sulfur dioksida terhasil. Bagaimanakah sulfur dioksida

    mendatangkan masalah kepada alam sekitar?

      2.  (a) Namakan satu contoh bahan komposit. Bagaimanakah bahan komposit ini lebih baikdaripada komponen asalnya?

    (b) Rajah 1 menunjukkan susunan atom dalam dua jenis bahan yang berlainan.

    Bahan P BahanQ

    Rajah 1

      Bandingkan dan bezakan sifat fizik bagi bahan  P  dan bahan Q. Terangkan satuperbezaan sifat bahan-bahan ini.

    (c) Aloi lebih tahan kakisan berbanding dengan logam tulennya. Dengan memberikansatu contoh yang sesuai, huraikan satu eksperimen yang boleh dijalankan di dalammakmal untuk membuktikan pernyataan tersebut.