Zon Sam07k.2

21
STPM 900/2 3 jam PANITIA PENGAJIAN AM GABUNGAN SAMARAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA ____________________________________________________________ _______ PENGAJIAN AM KERTAS DUA 3 JAM ____________________________________________________________ _______ Arahan kepada calon : Jawab lima ( 5) soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, D dan E. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.

Transcript of Zon Sam07k.2

Page 1: Zon Sam07k.2

STPM900/23 jam

PANITIA PENGAJIAN AM GABUNGAN SAMARAHAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

___________________________________________________________________

PENGAJIAN AM

KERTAS DUA

3 JAM___________________________________________________________________

Arahan kepada calon :

Jawab lima ( 5) soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, D dan E.

Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.

________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.

SULIT 1 [LIHAT SEBELAH

Page 2: Zon Sam07k.2

Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25]

1. Salah satu teras utama dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ialah meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘Minda Kelas Pertama’. Rakyat adalah aset negara yang paling berharga. Pembangunan modal insan dan anjakan minda serta pemikiran warga merupakan salah satu cabaran terbesar.Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti.

2. Pengiklanan kini diketengahkan dalam bentuk yang lebih menarik dengan pengaruh pelbagai alatan teknologi maklumat dan komunikasi yang memberi kelebihan kepada para pengeluar. Namun kini pengiklanan juga sering dikaitkan dengan pengeksploitasian.Bincangkan.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25]

3. Kanser, diabetes dan penyakit jantung adalah penyakit kronik yang merupakan antara penyebab utama kematian rakyat Malaysia.

Bincangkan punca-punca yang menyebabkan penyakit ini.

4. Kerancakan pembangunan negara akan membawa kemodenan kepada masyarakat. Pembangunan yang tidak teratur dan tidak terancang mengancam sistem ekologi. Huraikan kepentingan mengimbangi pembangunan dengan pengekalan sistem ekologi.

SULIT 2 [LIHAT SEBELAH

Page 3: Zon Sam07k.2

Bahagian C

Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini: satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu lagi daripada soalan 6(a) atau 6(b). [20]

5.(a) “... Medium memfitnah kini bukan lagi sekadar melalui komunikasi harian atau televisyen, akhbar dan majalah. Malah, trend fitnah kini sudah dianjak ke alam siber yang membolehkan sesiapa sahaja melakukan perkara yang tidak sopan ini agar boleh dibaca serta ditonton di seluruh dunia secara percuma. Ini akan memberikan impak yang negatif, khasnya kepada generasi muda…”

(Dipetik dan diubahsuai daripada Berita Harian, 5 April 2008)

i. Apakah yang dimaksudkan dengan fitnah siber ?

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan langkah-langkah yang efektif bagi membendung gejala fitnah siber ?

ATAU

5.(b) ”...Pasar Tani Mega pertama talah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita pada bulan September 2004 berhampiran Stadium Shah Alam. FAMA sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani begitu gigih untuk menjadikan Pasar Tani Mega sebagai medan kepada pengeluar atau petani memasarkan hasil pertanian dengan kuantiti yang lebih besar berbanding pasar tani biasa. Situasi ini dianggap suatu strategi yang paling releven agar usahawan kecil dalam industri pertanian menjadi usahawan kelas pertengahan atau sederhana. Berdasarkan keyakinan bahawa Pasar Tani Mega mampu bersaing dengan pasar raya ternama di negara ini, FAMA menyasarkan sebanyak 150 buah Pasar Tani Mega akan diwujudkan di seluruh negara menjelang tahun 2010....”’

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia, 25 Julai 2006)

i. Apakah yang anda faham dengan Pasar Tani Mega?

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, berikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh FAMA untuk membantu usahawan tani memasarkan hasil pertanian mereka ke luar negara.

SULIT 3 [LIHAT SEBELAH

Page 4: Zon Sam07k.2

6.(a) ”...Sejak belakangan ini, dunia digemparkan dengan berita dahsyat seperti gempa bumi, tsunami, dan banjir besar yang melanda dengan skala besar. Bahang kemarahan alam sekitar turut dirasai oleh Malaysia yang selama ini selesa berada di zon selamat. Kita lihat bagaimana banjir besar melanda negeri Johor dengan kadar surut yan memakan masa yang lama…..”

(Dipetik dan diubahsuai daripada Era Hijau….3/2007 )

i. Apakah malapetaka alam sekitar yang sering melanda dunia pada hari ini?

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, bagaimanakah sains dan teknologi dapat mengurangkan impak bencana alam?

ATAU

6.(b) “Teknologi nano merujuk kepada bidang sains berkaitan pembinaan dan manipulasi sesuatu pada skala nano(10-9). Secara mudah, nano bermakna satu daripada satu bilion sesuatu atau nanometer bermakna satu perbilion meter. Pada ukuran yang mudah, satu meter bersamaan dengan satu bilion nanometer. Bercakap tentang skala bersaiz nano, ia juga merujuk kepada teknologi bersaiz atom dan molekul...”

(Dipetik daripada “Penyelidikan Teknologi Nano negara” , Estidotmy, September 2004)

i. Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi nano?

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, bincangkan kebaikan teknologi nano.

SULIT 4 [LIHAT SEBELAH

Bahagian D

Page 5: Zon Sam07k.2

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [15]

7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan peruntukan mengurus Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2005 dan anggaran tahun 2007.

Dalam pembentangan belanjawan kerajaan setiap tahun, peruntukan kerajaan adalah berubah dari semasa ke semasa. Sebahagian besar peruntukan adalah dikhususkan untuk perbelanjaan mengurus. Pada tahun 2005, perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan secara keseluruhan adalah sebanyak RM 97 744 juta. Jumlah tersebut terus meningkat sebanyak RM15 242 juta menjelang tahun 2007 dengan peningkatan sebanyak 15.59 peratus.

Bagi tahun 2005, RM25 587 juta telah diperuntukkan untuk pembayaran emolumen yang menyumbang sebanyak 26.18 peratus daripada keseluruhan peruntukan pada tahun tersebut. Perbelanjaan untuk emolumen terus meningkat kepada RM25 815 juta pada tahun 2007. Manakala perbelanjaan mengurus untuk pencen dan ganjaran pula ialah sebanyak RM7 049 pada tahun 2007 yang menunjukkan peningkatan sebanyak RM240 juta berbanding dengan tahun 2005.

Bayaran khidmat hutang dan serahan kepada kerajaan negeri juga merupakan sebahagian dari perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan. Pada tahun 2005, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM11 604 juta untuk bayaran khidmat hutang dan RM2 614 juta pula diperuntukkan untuk serahan dan pemberian kepada kerajaan negeri. Berbanding tahun 2007, dengan kecekapan pengurusan kewangan kerajaan, peruntukan untuk khidmat bayar hutang telah meningkat kepada RM13 127 juta. Manakala pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri pula telah menunjukkan peningkatan sebanyak RM1 031 juta berbanding tahun 2005.

Peruntukan mengurus untuk bekalan dan perkhidmatan melibatkan 18.4 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan pada tahun 2005 yang melibatkan kos sebanyak RM 17 984 juta. Bagi tahun 2007 pula perbelanjaan tersebut terus meningkat menjadi RM 23 147 juta. Bagi tahun 2007 juga sejumlah RM11 908 juta telah diperuntukan bagi pemberian subsidi. Peruntukan ini menunjukkan penurunan sebanyak RM1 479 juta berbanding dengan peruntukan pada tahun 2005. Peruntukan selebihnya bagi kedua-dua tahun tersebut adalah dikhususkan kepada perbelanjaan mengurus untuk lain-lain perbelanjaan.

Secara perbandingan, sebahagian besar peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi setiap tahun adalah untuk bayaran emolumen, bekalan dan perkhidmatan serta lain-lain perbelanjaan.

(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2007)

SULIT 5 [LIHAT SEBELAH

Page 6: Zon Sam07k.2

8. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik pada peringkat sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam bagi tempoh 2001-2005.

Selaras dengan keperluan untuk menambah bilangan profesional bagi menampung perkembangan kegiatan industri dan ekonomi serta keperluan untuk meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan negara, maka bilangan pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditingkatkan dari tahun ke tahun, dan nisbah pengambilan pelajar antara aliran sains dengan aliran sastera telah menjadi 60:40.

Pada tahun 2001, sebanyak 12 467 orang pelajar diambil untuk mengikuti pelbagai kursus dalam aliran sains dan teknik. Daripada jumlah ini, 1 346 orang diambil untuk kursus perubatan dan pergigian, 2 266 orang untuk kursus teknologi maklumat, 3 594 orang untuk kursus sains tulen, 2 618 orang untuk kursus kejuruteraan, manakala yang selebihnya akan mengikuti kursus-kursus sains dan teknik yang lain.

Pengambilan pelajar bagi kursus perubatan dan pergigian semakin meningkat, iaitu 1 744 orang pada tahun 2002, 1 846 orang pada tahun 2003, 2 053 orang pada tahun 2004 dan 2 461 orang pada tahun 2005. Pengambilan pelajar bagi kursus teknologi maklumat tidak konsisten. Pengambilan pelajar pada tahun 2002 ialah sebanyak 3 625 orang sahaja, dan bilangan ini bertambah 162 orang lagi pada tahun 2003. Pengambilan pelajar pada tahun 2004 telah menurun menjadi 3 299 orang dan bertambah menjadi 3 509 orang tahun 2005.

Pengambilan pelajar bagi kursus sains tulen banyak bertambah berbanding dengan kursus-kursus yang lain dalam tempoh 2001 hingga 2005. Pada tahun 2002, sebanyak 5 399 orang mengikuti kursus sains tulen. Bilangan ini bertambah kepada 5 810 orang pada tahun 2003, 6 730 orang pada tahun 2004, dan menurun kepada 6 541 orang pada tahun 2005.

Kursus kejuruteraan dan kursus-kursus sains dan teknik yang lain memperlihatkan pertambahan bilangan pengambilan pelajar yang paling besar bagi tempoh 2001-2005. Pada tahun 2002 dan 2003, pengambilan pelajar bagi kursus kejuruteraan meningkat dengan banyak, iaitu masing-masing 4 641 orang dan 6 802 orang. Bilangan ini terus meningkat kepada 7 781 orang pada tahun 2004 dan 8 228 orang pada tahun 2005.

Pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik yang lain pun menunjukkan peningkatan yang besar juga, iaitu dari 3 726 orang pada tahun 2002, dan 3 878 orang pada tahun 2003 kepada 4 445 orang pada tahun 2004 dan 4 818 orang pada tahun 2005. Kursus-kursus sains dan teknik yang lain ini meliputi sains gunaan, perancangan bandar, farmasi, dan teknologi.

(Dipetik dan diubah suai daripada Laporan Tahunan 2006, Jabatan Pengurusan Sektor IPT)

SULIT 6 [LIHAT SEBELAH

Page 7: Zon Sam07k.2

Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja daripada bahagian ini. [15m]

9 Berdasarkan jadual di bawah, bandingkan pola jenis-jenis ternakan mengikut negeri pada tahun 2006 dan nyatakan langkah-langkah yang efektif bagi meningkatkan lagi jumlah pengeluaran hasil ternakan negara.

Malaysia: Jenis-Jenis Ternakan Mengikut Negeri Pada Tahun 2006

BIL NEGERI2006

KERBAU LEMBU KAMBING BEBIRIBILANGAN (EKOR)

1 Perlis 65 5 634 5 239 3 0242 Kedah 10 186 82 331 42 179 20 4723 Pulau Pinang 479 15 246 8 221 5874 Perak 17 376 51 327 29 249 2 9515 Selangor 668 23 746 22 154 2 6006 Negeri Sembilan 4 582 36 889 32 881 13 8997 Melaka 5 153 27 887 23 690 7 3688 Johor 3 205 103 276 31 493 8 5459 Pahang 18 460 151 037 33 679 11 14810 Terengganu 11 571 93 245 22 060 3 48711 Kelantan 7 299 125 611 42 948 36 95112 Wil. Persekutuan - 161 78 7113 Sabah 44 144 45 802 30 280 1 82414 Sarawak 9 150 12 210 9 811 1 824

Jumlah 132 338 774 402 333 926 116 697

(Dipetik dan diubahsuai daripada Berita Harian, 13 April 2008)

SULIT 7 [LIHAT SEBELAH

Page 8: Zon Sam07k.2

10. Berdasarkan carta aliran di bawah, huraikan tentang faktor-faktor secara langsung dan faktor-faktor secara tidak langsung yang mempengaruhi kedudukan sesuatu industri.

FAKTOR-FAKTOR PENENTUAN KEDUDUKAN SESUATU INDUSTRI

SULIT 8 (Kertas soalan ini tamat)

DASAR KERAJAANPolisi Insentif

PEMBINAAN DAN JENIS INDUSTRI

BEKALAN TENAGA

MANUSIA

- Kemahiran- Kesesuaian- Kos Gaji

BAHAN API DAN TENAGA

HargaJenisKesesuaian dengan industri

PASARAN- Tempatan- Luar Negara- Saiz Pasaran

BEKALAN BAHAN

MENTAH

- Bekalan- Harga- Kesesuaian

Page 9: Zon Sam07k.2

Skema Jawapan

Soalan 1. ( langkah-langkah membina modal insan)

1. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.

a) Meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti di semua peringkat.Lebih banyak peluang pendidikan diperingkat prasekolah,pendidikan rendah dan menengah,serta peringkat tertiari yang dilengkapkan dengan kemudahan yang lebih baik.Penambahbaikan kualiti pengajaran dan pembelajaran.Penekanan ICT.Pendidikan dan latihan guru ditekankan untuk melahirkan guru-guru berkualiti.b) Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan.Tapak semaian penting bagi memupuk perpaduan negara.Kuriulum dan aktiviti kokurikulum perlu dikaji bagi menyediakan asas kukuh bagi pembangunan.semua sekolah harus dijadikan sekolah bestari.c) Meningkatkan tahap kemahiran tenikal dan vokasional.Membanyakkan institusi latihan awam,menambah kursus lanjutan dalam bidang teknikal serta menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam latihan teknikal.d) Melahirkan institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa.Kualiti ahli akademik perlu dipertingkatkan merangkumi ketokohan,kepakaran dan komitmen.Membuat jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka antarabangsa.

2. Memperkukuh keupayaan R&D,Sains dan Inovasi.

Negara tidak mungkin menjadi maju tanpa kapasiti sains dan teknolgi yang ketara.Perbelanjaan bagi aktiviti R&D perlu ditingkatkan.Penemuan R&D perlu dikomersialkan.sehubungan dengan itu,kerajaan harus memperkenalkan Tabung Sains dan Tabung Tekno bagi mempermudah akses kepada sumber kewangan.tumpuan harus diberi untuk melahirkan lebih ramai penyelidik,saintis dan jurutera.

3. Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral

Tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi.menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara.Pegangan kepada nilai-nilai Universal yang luhur.Penglibatan dalam aktiviti budaya,kesenian dan warisan menyumbang kepada pembangunan insan yang holistik,disamping membantu mengukuhkan perpaduan negara.Kekuatan moral/agama dipupuk sejak dari kecil oleh ibu bapa dirumah, kemudian dikukuhkan lagi oleh institusi pendidikan disekolah.

4. Memperkasa belia dan wanita.

Bakat kepimpinan mereka perlu diasuh dan diasah.Mereka harus dibawa bersama dalam usaha pembangunan negara diperingkat perancangan,kepimpinan dan pelaksanaan.Wanita yang tidak bekerja sepenuh masa,wanita yang membantu urus niaga keluarga,wanita yang memilih menjadi suri rumah spenuh masa,mereka sebenarnya memberikan sumbangan besar dari sudut ekonomi dan sosial,dari aspek pembangunan keluarga dan pembangunan insan.Kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak peluang latihan,menggalakkan waktu kerja fleksibel.

5. Membina jati diri yang mantap

Contoh : PLKN, Rakan Muda

6. Peranan Sektor Swasta

7. Peranan Media Massa

Page 10: Zon Sam07k.2

8. Peranan ibu bapa

2. Pengiklanan

Pengiklanan merupakan aktiviti melariskan barang menerusi pelbagai cara: media massa, elektronik dan sebagainya.

Pihak pengeluar dan agensi pengiklanan amat bergantung kepada iklan untuk memajukan perniagaan mereka. Cara mengiklan semakin canggih dan melibatkan perbelanjaan yang besar.

Jenis Pengeksploitasian

1. Pengeksploitasian kaum wanita Wanita sebagai alat seks untuk melariskan barang ataupun perkhidmatan. Wanita yang berpakaian mendedahkan tubuh dan sebagainya dalam iklan minuman, barang

kosmetik dan pakaian.2. Pengeksploitasian kanak-kanak

Dalam iklan pembelian makanan remeh yang kurang berkhasiat, malahan mengandungi gula, garam atau pewarna tiruan yang berlebihan.

Ancaman terhadap kesihatan.3. Iklan syarikat-syarikat rokok memancing populariti dengan mengaitkan pelbagai jenis tembakau

dengan kegiatan sukan dan hiburan (penajaan) program TV, pesta filem dan perlawanan bola sepak Jualan minuman alkohol dengan kejayaan, kesihatan dan perayaan. Kesan buruk terhadap kesihatan seperti ketagihan dan penyakit moden.

4. Dakwaan yang berlebihan atau menyeleweng seperti iklan-iklan tonikkesihatan, vitamin, analgesik dan persediaan melangsingkan tubuh

5. Kos/harga yang menyelewengkan para pengguna Diskaun atau tawaran istimewa. Sebenarnya pengguna ditipu, malahan menanggung perbelanjaan

pengiklanan itu.6. Eksplotasi agama dan pencemaran budaya

Kesimpulan

• Gejala pengeksploitasian semakin terjadi. Undang-undang dan garis panduan yang lebih ketat haruslah dilaksanakan secara menyeluruh.

• Para pengguna perlu menyedari taktik psikologi dan gimik pengiklanan agar tidak tertipu.

3. Punca penyakit kronik

Definisi – sakit kuat/teruk (tidak berjangkit) Contoh : darah tinggi, jantung, asma, diabetes,

i. Genetik ii. Amalan pemakanan – kolesterol tinggi

iii. Gaya hidup tidak sihat – merokok, minum, kurang bersenam (metabolisme)iv. Pencemaran alam v. Kurang jaga kebersihan dirivi. Tekanan

Page 11: Zon Sam07k.2

4. Pencemaran / Perubahan iklim dunia mengancam kesihatan awam.

A. Impak negatif

BIL Idea/Isi Utama Huraian/Contoh1 Menjejaskan sector pertanian Pengeluaran makanan dunia juga akan berkurangan.

Contoh : Dewasa ini dunia mengalami krisis beras. Harga beras telah meningkat 10 hingga 20 %.Hal ini membimbangkan khususnya golongan miskin dan penduduk yang berada di zon perang.Kekurangan makanan ketika ini telah menyebabkan kematian hamper 3.5 juta setiap tahun.

2 Menyebabkan pencemaran air dan makanan

Contoh : banjir dan kemarau yang melanda menyebabkan penduduk tidak mempunyai pilihan untuk memilih makanan dan air bersih.Natijahnya penularan kepada penyakit berjangkit yang lain seperti taun dan lain-lain.

3 Menyebabkan kematian Contoh : Gelombang panas dan sejuk yang melampau boleh menyebabkan kematian khasnya kepada pesakit jantung, respiratori dan warga emas.Pada tahun 2003 Eropah telah mengalami satu fenomena yang dipanggil sebagai gelombang haba yang telah menyebabkan kematian.

B Langkah mengatasi

BIL Idea/Isi Utama Huraian/Contoh1 Kerjasama seluruh warga dunia Warga dunia perlu memahami reality perubahan iklim

beserta puncanya.Contoh : Menjalankan kempen kesedaran berhubung pengurangan pelepasan gas rumah kaca.Inisiatif ini tidak terhad kepada tindakan pencegahan saja tetapi perlu diperluaskan mencakupi cara hidup mesra alam dan lestari.

2 Meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan air dan sanitasi

Ini boleh dilakukan secara individu dengan memastikan premis kediaman dilengkapi dan diselenggara dengan baik.Begitu juga pada peringkat komuniti dan perbandaran.

3 Menyediakan rakyat dari segi kefahaman dan amalan

Supaya mereka bersedia menghadapi ketidaktentuan cuaca dan ekosistem.Kerajaan di Negara masing-masing akan menyalurkan maklumat yang berkenaan dengan perubahan cuaca yang ekstrem dan melampau kepada penduduk.

5.a i. Fitnah boleh memberi impak yang negatif kepada generasi muda kerana mereka mudah mempercayai fitnah tanpa menyelidikinya terlebih dahulu. ii. - Kerajaan perlu mengenakan jumlah ganti rugi dan remidi yang tinggi untuk menyedarkan masyarakat. - Pihak berwajib perlu membuat tapisan bagi mengelakkan sesetengah individu melakukan aktiviti

tersebut dan menyebarkan kepada orang ramai - Mewujudkan pakar analisis/forensik komputer

Page 12: Zon Sam07k.2

5.b i. Pasar Tani Mega adalah satu medan untuk memasarkan hasil pertanian dalam kuantiti yang lebih besar oleh pengeluar atau petani agar mereka dapat menjadi usahawan kelas pertengahan atau sederhana.

i. Langkah-langkahnya:- Memberikan latihan berterusan berkaitan dengan pengurusan perniagaan. Membantu usahawan tani mendapatkan pasaran di luar negara. Memastikan produk yang dihasilkan menepati piawaian antarabangsa. Membimbing usahawan agar menghasilkan produk yang menepati cita rasa antarabangsa.

6.(a) i. Malapetaka yang melanda – gempa bumi, tsunami dan banjir besar. ii. Teknologi satelit dan ICT

Alat pengesanan canggih (boya) – kaji sebarang perubahanSistem amaran bencana dan kecemasan

6.bi)...bidang sains berkaitan pembinaan dan manipulasi sesuatu pada skala nano(10-9). ii)...elektronik.Penghasilan barangan yang lebih kecil seperti kamera,komputer,telefon.Teknologi nano dapat mengecilkan banyak bahan dan komponen. Hari ini kamera menjadi lebih kecil seperti butang baju.... internet.Penghantaran data melalui internet menjadi lebih cepat....perubatan-menghasilkan molekul-molekul biosensor,bahan bio dan mencipta cip bio bagi merawat penyakit kronik seperti kanser dan serangan jantung..Dalam kejuruteraan biologi,suatu peranti mirip tisu badan direka khusus untuk diimplan ke dalam badan manusia yang akan menghatar ubat atau merawat sel-sel badan yang mengalami jangkitan....pengangkutan-Nanoteknologi boleh menghasilkan sejenis bahan yang berketahanan tinggi dan ringan direka dengan konsep nanoteknolgi dalam pembuatan badan keretr bagi membolehkannya dipandu lebih jauh menggunakan sumber bahan bakar yang minimum.....alam sekitar-mengetahui dengan lebih mendalam proses pemisahan yang berlaku di sklala nano iaitu kebanyakan molekul-molekul adalah bersaiz nano sama ada yang mencemar alam sekitar seperti ion dan sebatian toksid....kosmetik-boleh menghasilkan krim penjagaan kulit dan losen....tekstil boleh berubah sifat mengikut perubahan cuaca dengan menghangatkan si pemakai apabila cuaca sejuk dan mendinginkan pemakai apabila musim panas.

Soalan7: Carta pai bandingan

Malaysia : Perbandingan Peruntukan Mengurus Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun 2005 Dan Anggaran

Tahun 2007.

Tahun

Sektor

2005 Anggaran 2007

RM juta Peratus Sudut RM juta Peratus Sudut

Emolumen

Pencen dan ganjaran

Bayaran Khidmat Hutang

Pemberian dan serahan

kepada kerajaan negeri

Bekalan dan perkhidmatan

Subsidi

Perbelanjaan lain

25 587

6 809

11 604

2614

17 984

13 387

19759

26.18

6.97

11.87

2.67

18.4

13.7

20.21

94.25

25.1

42.73

9.61

66.24

49.32

72.75

25 815

7049

13 127

3 645

23 147

11 908

28 295

22.85

6.24

11.62

3.23

20.49

10.54

25.04

82.26

22.46

41.83

11.62

73.75

37.94

90.14

Jumlah 97 744 100 360 112 986 100 360

Page 13: Zon Sam07k.2

(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Tahunan Perangkaan 2007, Jabatan Perangkaan Malayisa)

Nisbah Jejari ! : 1.08

Soalan 8

Graf yang sesuai ialah graf garis komponen.

Malaysia: Jumlah Pengambilan Pelajar Bagi Kursus-Kursus Sains Dan Teknik Pada Peringkat Sajana Muda Di Institusi Pengajian Tinggi Awam Bagi Tempoh Tahun 2001 hingga 2005.

TahunKursus

2001(orang)

2002(orang)

2003(orang)

2004(orang)

2005(orang)

Perubatan &Pergigian

1346 3090 4936 6989 9450

Teknologi Maklumat

2266 3625 3787 3299 3509

Sains Tulen 3594 5399 5810 6730 6541

Kejuruteraan 2618 4641 6802 7781 8228

Lain-Lain 2643 3726 3878 4445 4818

JUMLAH 12467 20481 25213 29244 32546

Sumber ( Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Tahunan 2006,Jabatan Pengurusan Sektor IPT)* Tambah sendiri nilai tokok

Soalan 9

Jadual tersebut menunjukkan jenis-jenis ternakan yang terdapat di Malaysia pada tahun 2006. terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan lagi jumlah pengeluaran ternakan ternakan bagi Negara kita.

Isi HuraianA. Pola secara menegak (mengikut negeri)i. Jumlah keseluruhan ternakan yang paling tinggi mengikut negeri

ii. Jumlah keseluruhan ternakan yang paling rendah mengikut negeri.

iii. Ternakan kerbau yang paling besar dan rendah

Negeri Pahang meupakan negeri yang mempunyai jumlah ternakan yang paling tinggi iaitu sebanyak 214 324 ekor.Peratusan : 15.8%

Wilayah Persekutuan merupakan kawasan yang mencatatkan jumlah yang paling rendah junmlah ternakan yang terdapat di Malaysia iaitu sebanyak 310 ekor.Peratusan : 0.023%

Paling besar (Sabah/44 144 ekor) dan paling rendah (Perlis/65 ekor).Tetapi tiada ternakan

Page 14: Zon Sam07k.2

iv. Ternakan lembu yang paling tinggi dan rendah

v. Ternakan kambing yang paling tinggi dan rendah

vi. Ternakan bebiri yang palng tinggi dan rendah

kerbau dicatatkan bagi Wilayah Pesekutuan.

B. Pola mendatar (mengikut ternakan)i. Jumlah keseluruhan yang paling tinggi.

ii. Jumlah keseluruhan yang paling rendah

Lembu merupakan ternakan yang paling banyak diternak di Malaysia pada tahun 2006 iaitu 774 402 ekor.Peratusan : 57.05%Pahang merupakan penyumbang utama dengan jumlah ternakan sebanyak 151 037 ekor atau 19.5%.

Bebiri merupakan ternakan yang sedikit diternak di Malaysia pada tahu 2006 iaitu 116 697 ekor.Peratusan : 8.59%Kelantan merupakan penyumbang utama dengan jumlah ternakan sebanyak 36 951 ekor atau 31.7%

C.Langkah-langkah efektif bagi meningkatkan hasil ternakan Negara

i. Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) mesti dilakukan dengan kerap bagi mendapatkan baka yang berkualiti.

ii. Subsisi baka, pemakanan dan peralatan untuk menjalankan aktiviti penternakan.

iii. Kempen kesedaran agar masyarakat sedar bahawa haiwan ternakan boleh mendatangkan pulanan yang lumayan.

KesimpulanSemua pihak hendakalah menggembleng tenaga bagi memastikan bekalan makanan dalam Negara mencukupi sekaligus dapat diimpor ke Negara lain.

Kobinasi jawapan : 1A+1B+2C

10. Pendahuluan

Carta aliran tersebut menunjukkan faktor-faktor penentuan kedudukan sesuatu industri.

Faktor-faktor yang secara langsung mempengaruhi kedudukan sesuatu industri. (Mana-mana 2 sahaja)

Page 15: Zon Sam07k.2

Bil Idea Huraian

1. Bekalan tenaga manusia

Lokasi industri biasanya terdapat di kawasan yang mempunyai tenaga buruh yang mencukupi. Pekerja juga harus mengendalikan peralatan dan teknologi. Para pelabur lazimnya akan mengambil kira keadaan tenaga buruh dan kecekapan pengurusan sebelum memastikan lokasi tapak perindustrian mereka. Sebagai contohnya, kilang PROTON didirikan di Shah Alam kerana terdapat pekerja yang mahir dan terlatih.

2. Bekalan Bahan Mentah

Bahan mentah boleh diperolehi daripada luar negara atau domestik. Bahan mentah merupakan input penting kepada industri. Sebagai contoh,industri membuat sarung tangan berkembang maju kerana getah merupakan antara hasil utama negara.

3. Dasar Kerajaan Kerajaan akan menentukan lokasi sesuatu industri. Kerajaan menyediakan pelbagai insentif dan galakan untuk menarik minat pelabur. Kerajaan biasanya hanya mengusahakan industri yang tidak mampu diusahakan oleh pihak swasta. Sebagai contohnya ialah industri besi dan keluli di Kemaman, Terengganu.

Faktor-faktor yang secara tidak langsung mempengaruhi kedudukan sesuatu industri.

Bil Idea Huraian

5. Bekalan bahan api dan tenaga

Sesuatu industri memerlukan bahan dan tenaga yang banyak. Bahan api dan tenaga ini menjadi nadi penggerak industri. Jentera dan mesin-mesin pengeluaran tidak dapat beroperasi tanpa kedua-dua sumber ini. Sebagai contohnya, industri berat seperti besi dan keluli di tempatkan di Kemaman, Terengganu kerana industri ini memerlukan tenaga yang banyak.

6. Pasaran Faktor pasaran terdiri daripada pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa. Nilai mata wang mempengaruhi harga barang dan pasaran. Sebagai contohnya, nilai mata wang Singapura yang lebih tinggi daripada mata wang Malaysia menyebabkan harga barangan buatan atau keluaran di Singapura lebih tinggi jika dibandingkan dengan barangan buatan Malaysia.

PenutupSemua faktor yang dihuraikan itu saling mempengaruhi para pelabur yang akan membuat keputusan bagi mendirikan kilang-kilang perindustrian. Faktor-faktor ini juga akan menentukan jenis dan tempoh industri itu berkembang.

Skema Jawapan

Page 16: Zon Sam07k.2

Soalan 1. ( langkah-langkah membina modal insan)

5. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.

a) Meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti di semua peringkat.Lebih banyak peluang pendidikan diperingkat prasekolah,pendidikan rendah dan menengah,serta peringkat tertiari yang dilengkapkan dengan kemudahan yang lebih baik.Penambahbaikan kualiti pengajaran dan pembelajaran.Penekanan ICT.Pendidikan dan latihan guru ditekankan untuk melahirkan guru-guru berkualiti.b) Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan.Tapak semaian penting bagi memupuk perpaduan negara.Kuriulum dan aktiviti kokurikulum perlu dikaji bagi menyediakan asas kukuh bagi pembangunan.semua sekolah harus dijadikan sekolah bestari.c) Meningkatkan tahap kemahiran tenikal dan vokasional.Membanyakkan institusi latihan awam,menambah kursus lanjutan dalam bidang teknikal serta menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam latihan teknikal.d) Melahirkan institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa.Kualiti ahli akademik perlu dipertingkatkan merangkumi ketokohan,kepakaran dan komitmen.Membuat jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka antarabangsa.

6. Memperkukuh keupayaan R&D,Sains dan Inovasi.

Negara tidak mungkin menjadi maju tanpa kapasiti sains dan teknolgi yang ketara.Perbelanjaan bagi aktiviti R&D perlu ditingkatkan.Penemuan R&D perlu dikomersialkan.sehubungan dengan itu,kerajaan harus memperkenalkan Tabung Sains dan Tabung Tekno bagi mempermudah akses kepada sumber kewangan.tumpuan harus diberi untuk melahirkan lebih ramai penyelidik,saintis dan jurutera.

7. Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral

Tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi.menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara.Pegangan kepada nilai-nilai Universal yang luhur.Penglibatan dalam aktiviti budaya,kesenian dan warisan menyumbang kepada pembangunan insan yang holistik,disamping membantu mengukuhkan perpaduan negara.Kekuatan moral/agama dipupuk sejak dari kecil oleh ibu bapa dirumah, kemudian dikukuhkan lagi oleh institusi pendidikan disekolah.

8. Memperkasa belia dan wanita.

Bakat kepimpinan mereka perlu diasuh dan diasah.Mereka harus dibawa bersama dalam usaha pembangunan negara diperingkat perancangan,kepimpinan dan pelaksanaan.Wanita yang tidak bekerja sepenuh masa,wanita yang membantu urus niaga keluarga,wanita yang memilih menjadi suri rumah spenuh masa,mereka sebenarnya memberikan sumbangan besar dari sudut ekonomi dan sosial,dari aspek pembangunan keluarga dan pembangunan insan.Kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak peluang latihan,menggalakkan waktu kerja fleksibel.

5. Membina jati diri yang mantap

Contoh : PLKN, Rakan Muda

6. Peranan Sektor Swasta

7. Peranan Media Massa

8. Peranan ibu bapa

Page 17: Zon Sam07k.2

2. Peranan PIBG

i. jalin hubungan baik pihak sekolah dan pihak ibu bapaii. Beri sokongan dan kerjasama pihak sekolah laksana projek / programiii. Memupuk persefahaman dan silaturahim –gotong royongiv. Bantu pihak sekolah elesai masalah – disiplin, akademik, ko-ku

Masalahi. Kurang dana, kegiatan terhadii. Kurang sokongan masyarakat – anggap sekolah bertanggung jawab

sepenuhnya iii. Pihak pentadbir atau guru kurang beri perhatian – sibuk (Akademik)

3. Perubatan Komplimentari

Pendahuluan Complimentary – bermaksud saling melengkapi. Perubatan ini merujuk kepada gabungan perubatan tradisional dengan kaedah perubatan moden.

Isi :i. Tiada / kurang kesan sampingan – kebanyakan perbatan ini menggunakan herba - perubatan moden guna bahan kimia sebagai ubatan yang boleh memberi kesan sampingan Con : spirulina, tongkat ali (eurycoma longifolia), kacip fatimah (labicia spp)ii. Lebih murah / berpatutan – berbanding kaedah moden yang memerlukan pembedahan/ peralatan canggihCon : akupunktur dan homoepati rawat penyakit saraf, strok, resdung, sakit buah pinggangiii. Mujarab / berkesan- khasiat tinggi, dipercayai baik untuk kesihatanCon : ginseng, spiruluna

Langkah memartabat :1. Komersilkan / promosi meluas- iklan di media massa / internet 2. Paten / daftar niagakan – hak cipta perlu ada agar dapat pengesahan (SIRIM) 3. Kajian penyelidikan & dapat pengiktirafan kementerian kesihatan - bentuk kapsul, cecair / pil

4. Tenaga Suria

Kelebihan :

i. Mesra alam – tidak membebaskan bahan tercemar spt CO2...ii. Boleh diperbaharui – tidak habis selagi matahari ada, plat suria, pengumpul suria/cerminiii. Kos yang rendah – jangka panjang utk penjanaan tenaga elektrik (sel fotovoltan)

Kekurangan

i. Kurang menyeluruh/efektif – negara bercuaca panas ii. Teknologi canggih diperlukan – pembuatan kereta suriaiii. Kurang pulangan/menguntungkan – penukaran tenaga kurang (1m2 – satu mentol)

Page 18: Zon Sam07k.2