eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I...

26
PERSATUAN PENDIDIKAN SAINS PERTANIAN MALAYSIA MALAYSIAN SOCIETY FOR AGRICULTURAL SCIENCE EDUCATION (MySASE) (PPM-030-10-19022019) E-BULETIN BIL. 1 JUN 2019 eISSN 2682-9274

Transcript of eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I...

Page 1: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

PERSATUAN PENDIDIKAN SAINS PERTANIAN MALAYSIAMALAYSIAN SOCIETY FOR AGRICULTURAL SCIENCE EDUCATION (MySASE)(PPM-030-10-19022019) JABATAN PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNIKAL

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

43400 UPM SERDANG, SELANGOR, MALAYSIA

LAMAN SESAWANG: www.mysase.upm.edu.my

E-MEL: [email protected]

E-BULETIN

BIL. 1 JUN 2019eISSN 2682-9274

Page 2: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

DR . AHMAD MOHAMAD SHARIF

Ketua Editor

DR . MOHD HAZWAN MOHD PUAD

Editor

PROF . DATUK DR . MAD NASIR SHAMSUDIN

Editor

2

E-Buletin MySASEBil. 1 Jun 2019

Persatuan Pendidikan Sains Pertanian MalaysiaUniversiti Putra Malaysia

Serdang . 2019

Jun 2019

© Persatuan Pendidikan Sains Pertanian Malaysia,Universiti Putra Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini

boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran

atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan

sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik,

gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran

bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

eISSN 2682-9274

http://www.mysase.upm.edu.my

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang artikel, boleh hubungi:

PERSATUAN PENDIDIKAN SAINS PERTANIAN MALAYSIA

MALAYSIAN SOCIETY FOR AGRICULTURAL SCIENCE EDUCATION (MySASE)

(PPM-030-10-19022019)

JABATAN PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNIKAL

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

43400 UPM SERDANG, SELANGOR, MALAYSIA

LAMAN SESAWANG: www.mysase.upm.edu.my

E-MEL: [email protected]

MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

SIDANGREDAKSI

Page 3: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

KANDUNGAN

Mesej Presiden

Kerjaya dalam Bidang Pertanian:

Menerokai Peluang dan Pilihan

yang Ada

Repositioning Agricultural

Education for Food Security

Kerelevanan Kurikulum Pertanian

di Sekolah Menengah: Refleksi

Ahli Jawatankuasa MySASE

Sesi 2018-2020

Aktiviti MySASE

Borang Keahlian MySASE

3

4

6

13

17

21

22

24

MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Muka Surat

Page 4: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

4

i. memberi khidmat profesional dalam bidang

pendidikan sains pertanian ke arah membantu

perkembangan bidang pendidikan sains pertanian

dalam kalangan pengamal.

 

ii. menggalakkan jaringan dan perkongsian

maklumat dan idea melalui penulisan, khidmat

teknikal dan aktiviti sosial yang melibatkan peranan

para pengamal pendidikan sains pertanian.

 

iii. memartabatkan pendidikan sains pertanian

sebagai satu profesion yang penting dalam

pembangunan negara.

 

iv. menyuarakan pandangan pertubuhan kepada

kerajaan serta lain-lain pihak terlibat berhubung

polisi dan pendirian profesion pendidikan sains

pertanian.

MESEJPRESIDEN

Pertamanya, saya mengucapkan syabas dan

tahniah kepada Sidang Editor E-Buletin MySASE

kerana berjaya menerbitkan edisi sulung ini.

 

Persatuan Pendidikan Sains Pertanian Malaysia

atau dalam Bahasa Inggerisnya, The Malaysian

Society for Agricultural Science Education

(MySASE) telah diluluskan pendaftarannya pada

19 Februari 2019. Saya selaku presiden pertama

MySASE bersama-sama ahli jawatankuasa lain

berusaha untuk merealisasikan objektif

penubuhan MySASE dengan penuh iltizam dan

tanggungjawab. MySASE ditubuhkan demi:

MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Page 5: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

5

MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Kita telah merangka beberapa aktiviti dalam mencapai objektif penubuhan MySASE.

Antaranya, mengadakan seminar yang dinamakan BASEd Seminar yang diadakan

secara dwi-tahunan. Seminar pertama, BASEd 2018 telah diadakan pada 3 Julai 2018

yang lalu. Maklumat mengenai BASEd Seminar boleh dicapai melalui laman

sesawang http://conference.upm.edu.my/BASEd.

Seminar kali kedua akan diadakan pada tahun 2020. Kita juga merancang

mengadakan kerjasama dengan beberapa kementerian antaranya Kementerian

Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam

membantu perkembangan seterusnya memartabatkan bidang sains pertanian dan

pendidikan sains pertanian.

 

E-buletin pendidikan pertanian yang diterbitkan oleh MySASE berhasrat

menyebarluaskan ilmu pengetahuan dan berkongsi idea dan pengalaman dalam

kalangan tenaga pengajar, pengubal dan pelaksana dasar pendidikan sains

pertanian di seluruh negara. Buletin ini diterbitkan dua kali setahun (Jun dan

Disember)  dan boleh diakses menerusi laman sesawang MySASE. Buletin ini

memaparkan artikel berfokus kepada amalan inovasi dari segi kurikulum, pedagogi,

pentaksiran dan penyelidikan. Buletin ini juga melaporkan peristiwa terkini seperti

persidangan, bengkel, pameran dan sebagainya.

 

Bidang sains pertanian dan pendidikan sains pertanian merupakan salah satu

cabang pendidikan yang terangkum dalam Science, Technology, Engineering &Mathematics (STEM). Pendidikan STEM adalah untuk semua bukan terarah kepada

sesetengah kelompok sahaja. STEM perlu dilihat sebagai satu usaha dalam

memastikan negara dapat menghasilkan sumber manusia yang berfikiran kritis dan

kreatif serta dapat bersaing dalam ekonomi berasaskan inovasi ini.

 

Semoga komitmen dan kerjasama yang sedang dilaksanakan ini terus diperkasa

untuk memastikan penubuhan MySASE ini dapat mencapai matlamatnya. Saya

berharap MySASE E-Buletin menjadi antara wadah penghubung persatuan dengan

masyarakat. Aktiviti dan maklumat persatuan juga boleh diakses melalui laman

sesawang http://www.mysase.upm.edu.my/.

Saya juga berharap semua ahli dan pembaca yang masih belum menjadi ahli

persatuan untuk menjadi ahli MySASE. Saya mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja

yang berminat atau terlibat secara langsung seperti petani, peladang, pengusaha,

pegawai pertanian, pegawai perikanan, pegawai veterinar atau penternak atau anda

tidak terlibat secara langsung dalam bidang sains pertanian dan pendidikan sains

pertanian seperti pegawai teknologi maklumat, perakuanan, kewangan atau

sebagainya supaya berdaftar sebagai ahli MySASE. Anda boleh mencapai maklumat

mengenai keahlian di laman sesawang http://persatuan.upm.edu.my/MYSASE?

view=page&val=menu&permalink=keahlian&lang=en. Sama-sama kita menggerakkan

MySASE agar dapat sedikit sebanyak menyumbang kepada pembangunan bidang

sains pertanian dan pendidikan sains pertanian.

Page 6: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

KERJAYA DALAM BIDANGPERTANIAN: MENEROKAIPELUANG DAN PILIHANYANG ADA

Pengenalan

Apakah yang anda jadi apabila besar nanti? Salah

satu langkah yang dilakukan oleh guru kaunselor

di sekolah adalah dengan melihat minat,

kecenderungan dan keghairahan mengenai

suatu bidang dalam diri individu tersebut. Guru

kaunselor akan melakukan penilaian

kecenderungan minat kerjaya melalui the Strong

Interest Inventory, The Harrington-O'Shea Career

Decision Making, Myers-Briggs Type Indicator, The

Big Five, Career Transition Inventory, The Quality

of Life Inventory, atau mana-mana penilaian

secara percuma yang boleh diperoleh mereka.

PROF . MADYA DR . ABDULLAH MAT RASHID

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN ,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

6

Penilaian kecenderungan minat kerjaya ini

umumnya memeriksa perangai, sifat dan ciri

seseorang individu dengan membantu

mengecilkan atau memfokuskan pilihan minat

kerjaya. Penilaian ini juga boleh dilihat untuk

membantu individu membuat pilihan laluan

kerjaya yang sesuai dengan minat, kemahiran, nilai

dan personaliti individu.

Feller (2018) mengatakan tiada satu penilaian

minat yang merangkumkan semua elemen

penting untuk memilih kerjaya. Terdapat banyak

pilihan selain dari penilaian kecenderungan minat

yang disebutkan sebelum ini, namun penilaian ini

hanya memberikan idea konkrit mengenai apa

yang sepatutnya anda lakukan tetapi bukan

peluang untuk memikirkan secara mendalam atau

membuat pertimbangan apakah yang seseorang

akan lakukan (Feller, 2018).

MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Page 7: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

Penilaian kecenderungan minat boleh dianggap

sebagai langkah awal untuk menyelesaikan

masalah kerjaya dengan merapatkan jurang

antara di mana anda berada pada hari ini dan

apa yang anda lakukan di kemudian hari.

Masalah yang wujud adalah pada kebiasaannya,

individu dimomokkan dengan ‘Sekiranya saya

melakukan apa yang saya minat, duit akan

mengikuti saya’. Pendapat ini sebenarnya

membuatkan seseorang individu kurang berjaya

dalam kerjayanya kerana telah mengecilkan skop

kerjaya yang boleh mereka terokai. Penerokaan

nilai, minat dan kemahiran melalui penilaian

kecenderungan tersebut akan membantu

memfokuskan pengajian di sekolah atau mana-

mana institusi pendidikan serta memberi idea

mengenai pilihan kerjaya yang sepadan dengan

matlamat anda. Namun begitu, ia terpulang

kepada anda sebagai individu untuk membuat

pertimbangan setelah melakukan proses refleksi

pemikiran secara mendalam mengenai hala tuju

kerjaya anda.

7

Di sekolah, bidang pertanian mula diperkenalkan

sejak peringkat rendah lagi (Bahagian

Pembangunan Kurikulum, 2018; Bahagian

Pembangunan Kurikulum, 2015). Melalui mata

pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, murid

diperkenalkan dengan pertanian bandaran di

sekolah rendah. Apabila mereka berada di

peringkat sekolah menengah, melalui mata

pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi juga, murid

akan mempelajari sistem fertigasi dan akuakultur.

Manakala, pada peringkat menengah atas, murid

mempunyai pilihan sama ada mengikuti aliran

pertanian di sekolah menengah akademik atau

terdapat juga sekolah yang menawarkan mata

pelajaran pertanian sebagai mata pelajaran yang

dimasukkan bersama-sama dengan pilihan aliran

sains. Murid juga boleh memilih untuk

melanjutkan pelajaran mereka di sekolah

menengah teknikal atau kolej vokasional yang

menawarkan pelbagai pengkhususan dalam

bidang pertanian. Pada peringkat tertiari pula,

banyak institusi pendidikan yang menawarkan

pengajian dalam pelbagai bidang pertanian

seperti politeknik, kolej komuniti dan universiti.

Persepsi Mengenai Bidang Pertanian 

Kebiasaannya, apabila perkataan pertanian

disebut, individu akan mengaitkan dengan tanah,

sayuran, buahan atau cangkul. Namun bidang ini

lebih luas daripada apa yang dibayangkan kerana

ia melibatkan pengkhususan seperti penanaman,

tanah, haiwan, perikanan, nutrisi, genetik,

mekanisasi, teknologi, inovasi, pemasaran,

ekonomi, keselamatan makanan, penyelidikan dan

pembangunan. Bidang pertanian menawarkan

peluang kerjaya yang luas dan pelbagai jenis dan

peringkat.

Sebagai contoh, apabila Pameran Pertanian dan

Agro Pelancongan atau lebih dikenali sebagai

MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture &

Agrotourism) telah menggunakan tema ‘Pertanian

adalah Perniagaan’ pada tahun 2006 dan 2008

menyebabkan masyarakat mula mengaitkan

bidang pertanian dengan bidang perniagaan.

MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Page 8: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

Penilaian kecenderungan minat boleh dianggap

sebagai langkah awal untuk menyelesaikan

masalah kerjaya dengan merapatkan jurang

antara di mana anda berada pada hari ini dan

apa yang anda lakukan di kemudian hari.

Masalah yang wujud adalah pada kebiasaannya,

individu dimomokkan dengan ‘Sekiranya saya

melakukan apa yang saya minat, duit akan

mengikuti saya’. Pendapat ini sebenarnya

membuatkan seseorang individu kurang berjaya

dalam kerjayanya kerana telah mengecilkan skop

kerjaya yang boleh mereka terokai. Penerokaan

nilai, minat dan kemahiran melalui penilaian

kecenderungan tersebut akan membantu

memfokuskan pengajian di sekolah atau mana-

mana institusi pendidikan serta memberi idea

mengenai pilihan kerjaya yang sepadan dengan

matlamat anda. Namun begitu, ia terpulang

kepada anda sebagai individu untuk membuat

pertimbangan setelah melakukan proses refleksi

pemikiran secara mendalam mengenai hala tuju

kerjaya anda.

8

Menerokai Peluang dan Pilihan

Kebanyakan pengkhususan bidang pertanian

dapat dikaitkan dengan perniagaan. Namun

begitu terdapat juga peluang dalam bidang

perladangan, perkhidmatan, pembangunan,

veterinar, industri berkaitan pertanian dan sumber

seperti doktor veterinar, perundingan,

penyelidikan, pembiakbakaan, dan sebagainya.

Bidang pertanian adalah sangat luas bertujuan

untuk menyelesaikan masalah dunia berkaitan

dengan kelaparan, pemakanan dan kesihatan,

meningkatkan kualiti kehidupan dan

membekalkan kuantiti yang cukup untuk

penduduk dunia yang semakin meningkat secara

berkualiti. Renungkan soalan-soalan berikut:

a. Adakah anda suka untuk membeli produk

utama dan kemudiannya menghasilkan produk

lain daripada produk yang anda beli tersebut?

b. Adakah anda gemar untuk membeli produk

dari petani berskala kecil dan mengedarkan

kepada peruncit?

c. Adakah anda mengetahui bagaimana susu

segar dari New Zealand boleh berada di atas meja

makan anda?

d. Adakah anda cuba menyelesaikan masalah

kekurangan zat makanan di negara membangun?

e. Adakah anda cuba untuk mengurangkan

masalah obesiti dalam kalangan penduduk

Malaysia atau boleh jadi penduduk seluruh dunia?

f. Adakah anda ingin mengetahui bagaimana

penghasilan produk makanan boleh memenuhi

keperluan dan kehendak penduduk seluruh

dunia?

g. Adakah anda suka bekerja dengan haiwan

secara berterusan?

h. Adakah anda suka bekerja dengan tanaman

atau pokok bunga atau pokok buah secara

konsisten?

MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Page 9: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

i. Adakah anda suka menangkap hasil di lautan?

j. Adakah anda suka bekerja dengan tanah atau

laut?

Sekiranya jawapan untuk soalan tersebut adalah

positif, maka anda sesuai untuk menerokai

peluang dan pilihan yang ada dalam bidang

pertanian. Peluang kerjaya dalam bidang

pertanian seperti juga bidang lain boleh

dikategorikan mengikut tahap pendidikan

(namun bidang ini juga boleh diceburi sekiranya

seseorang tidak memiliki pendidikan yang tinggi).

Pilihan kerjaya dalam bidang pertanian adalah

sangat luas seperti perniagaan, ekonomi,

agronomi, sains tanaman, sains haiwan, sains

pemakanan, hortikultur, sains tanah, racun

perosak, pencemaran air atau pertanian mapan

atau mungkin anda boleh melihat diri anda di

padang bola sepak untuk memastikan tanah dan

rumput adalah sesuai bagi menghasilkan padang

yang sihat dan cantik.

Pekerjaan yang disebutkan ini memerlukan

pengajian di peringkat tertiari iaitu perunding,

saintis, penyelidik, doktor veterinar dan

sebagainya. Kerjaya seperti ini juga memerlukan

anda berada di lapangan pada kebanyakan masa

dan kadang-kadang memerlukan kekuatan fizikal

serta berbahaya. Mata pelajaran yang perlu

dikuasai adalah biologi, kimia, matematik,

teknologi dan pengkhususan bidang tersebut

seperti sains tanaman, sains haiwan, pengurusan

tanah, perlindungan tumbuhan, teknologi

pertanian, akuakultur, dan ekonomi biosumber.

Anda juga perlu memperkasa diri anda dengan

kemahiran komunikasi, kepemimpinan,

hubungan interpersonal, kemahiran kolaborasi,

kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran

berfikir aras tinggi.

Jangan risau sekiranya anda tidak berpeluang

untuk melanjutkan pengajian ke universiti selepas

menamatkan persekolahan (anda boleh

melanjutkan ke universiti juga sekiranya anda

mahu namun perlu memenuhi syarat kemasukan

kerana universiti telah membuka peluang kepada

9

individu menyambung pengajian di peringkat

lebih tinggi melalui Pengakreditan Pembelajaran

Berasaskan Pengalaman Terdahulu). Anda boleh

juga melanjutkan pengajian ke kolej komuniti,

politeknik atau institut pertanian atau mana-mana

institusi yang menawarkan pengajian dalam

bidang pertanian yang diiktiraf oleh Agensi

Kelayakan Malaysia atau boleh menyambung

pengajian ke luar negara sekiranya anda mampu

dan memenuhi syarat universiti tersebut.

Pengajian di institusi ini adalah lebih tinggi

kedalamannya berbanding peringkat sekolah

menengah atas namun ia lebih kurang sedikit

berbanding pengajian di peringkat ijazah pertama.

Biasanya, pengajian di institusi ini akan

menawarkan sijil atau diploma. Graduan yang

dikeluarkan oleh institusi ini berpeluang menjadi

pekerja separuh mahir atau mahir atau peringkat

pertengahan seperti juruteknik atau pembantu

juruteknik atau penolong pegawai sains.

Kebiasaannya dalam satu organisasi formal,

mereka menjadi penghubung antara pekerja

peringkat bawah dengan pekerja peringkat atas.

Manakala, pada peringkat menengah atas, murid

mempunyai pilihan sama ada mengikuti aliran

pertanian di sekolah menengah akademik atau

terdapat juga sekolah yang menawarkan mata

pelajaran pertanian sebagai mata pelajaran yang

dimasukkan bersama-sama dengan pilihan aliran

sains. Murid juga boleh memilih untuk

melanjutkan pelajaran mereka di sekolah

menengah teknikal atau kolej vokasional yang

menawarkan pelbagai pengkhususan dalam

bidang pertanian. Pada peringkat tertiari pula,

banyak institusi pendidikan yang menawarkan

pengajian dalam pelbagai bidang pertanian

seperti politeknik, kolej komuniti dan universiti.

Bidang pertanian juga memberi peluang kepada

individu yang tidak berpeluang melanjutkan

pelajaran ke peringkat tertiari atau sekolah

menengah atas. Anda hanya perlu mempunyai

usaha, minat, modal (mengikut jenis dan kuantiti

yang hendak diusahakan), menimba ilmu dan

membuat refleksi semasa mengusahakannya,

berbincang dengan individu yang betul untuk

menyelesaikan masalah dan sifat untuk lebih baik

MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Page 10: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

dari sebelumnya atau inginkan kejayaan. Anda juga

boleh bermula sebagai perantis kepada usahawan

yang telah berjaya atau peladang jaya atau petani

jaya. Kerajaan melalui banyak agensi telah

memberikan peluang dan pilihan kepada warga

untuk menceburi bidang pertanian. Jabatan

Pertanian atau Jabatan Veterinar atau Jabatan

Perikanan mempunyai program, pejabat, juruteknik

dan pegawai di setiap lokasi strategik di seluruh

negara untuk membantu individu berkaitan. Malah

terdapat program yang menawarkan modal

permulaan bagi menceburi bidang pertanian.

Persepsi bahawa dengan memasuki universiti sahaja

bahawa anda akan berjaya adalah tidak lagi relevan

dengan hakikat semasa. Sekiranya diperhatikan,

peluang kerjaya yang memerlukan ijazah pertama

adalah seorang berbanding empat kekosongan yang

tidak memerlukan ijazah pertama. Fakta

menunjukkan peratusan kerjaya pengurusan dan

profesional atau memerlukan kemahiran adalah

meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Bidang pertanian menyumbang kepada 8.2 peratus

atau RM96 bilion kepada Keluaran Dalam Negara

Kasar pada tahun 2017 (Jabatan Perangkaan Malaysia,

2018). Namun begitu, import sektor pertanian

meningkat daripada RM83.9 juta pada tahun 2015

kepada RM84.6 juta pada tahun 2016 dan kepada

10

RM95.2 juta pada tahun 2017. Kerajaan juga telah

mewujudkan Dasar Agromakanan Negara (2011 –

2020) dan Dasar Komoditi Negara (2011 – 2020)

untuk memastikan bidang pertanian terus

menyumbang kepada pembangunan negara.

Kerajaan telah mengambil langkah perlu seperti

dalam Belanjawan 2019, peruntukan sebanyak

RM47 juta disalurkan bagi meningkatkan

penyelidikan dan pembangunan produktiviti

benih, bijirin dan buahan; RM18 juta untuk

automasi industri agromakanan; dan RM52 juta

untuk pelaksanaan program keusahawanan dan

latihan industri tani termasuk bagi menarik

penglibatan golongan muda menceburi sektor

agromakanan (Kementerian Kewangan Malaysia,

2018). Kerajaan juga telah mengunjurkan bahawa

produktiviti bidang pertanian akan berkembang

sebanyak 3.5 peratus setahun dari tahun 2016

hingga tahun 2020 melalui penekanan

produktiviti melalui pemodenan sektor pertanian

disokong oleh inovasi, penyelidikan dan

pembangunan (Unit Perancang Ekonomi, 2015).

Hala Tuju dan Membuat Keputusan Kerjaya

Artikel ini antaranya bertujuan membantu murid

atau individu berkaitan dalam meneruskan hala

tuju dan seterusnya membuat keputusan kerjaya.

MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Page 11: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

Semua individu mempunyai peluang dan pilihan

mencapai apa yang dihasratkan oleh mereka.

Namun sama ada setiap individu sedar atau tidak,

sebenarnya kegagalan untuk bersedia dalam

memilih peluang yang ada menyebabkan ramai

daripada kita mengikut apa yang mereka peroleh

sahaja. Laporan tahunan 2018 dari Universiti

Stanford mendakwa pelajar yang hanya

memfokuskan kepada satu kaedah pembelajaran

sahaja akan mencipta pemikiran dan persepsi

tertutup kepada peluang kerjaya baharu dan ini

mengakibatkan bakat dan kebolehan diri tidak

digunakan secara optimum. Percayalah hakikat

sebenarnya, individu tidak semesti selalunya

cemerlang dengan apa yang diminati. Bukankah

kita perhatikan ramai individu di sekeliling kita yang

menukar pekerjaan atau tidak menceburi kerjaya

dalam bidang pengajian? Setiap individu perlu

diberi pengetahuan dan kemahiran untuk

memahami bakat dan kebolehan semula jadi

mereka. Sudah tiba masanya untuk individu diberi

kepercayaan untuk mempunyai kerjaya yang sesuai

dengan bakat semula jadi mereka. Ini dapat

memastikan setiap individu akan selari dengan

minat sebenar, nilai, kemahiran dan bakat semula

jadi dalam diri mereka. Perkara ini akan

meningkatkan nilai, signifikan dan keseimbangan

antara kerja dengan kehidupan seseorang individu

tersebut.

11

Model yang telah dilakukan oleh banyak institusi

yang berjaya adalah melalui intervensi meneroka,

menyedia dan menghubungkan. Penerokaan

dicadangkan dilakukan pada peringkat awal

pengajian di sekolah atau institusi. Penerokaan

boleh dibuat melalui aktiviti seperti menjemput

individu dalam satu bidang tertentu untuk

menceritakan mengenai kerjaya mereka atau

melalui lawatan lapangan. Setelah murid

meneroka pelbagai jenis kerjaya, mereka perlu

diberikan pengetahuan dan kefahaman mengenai

jenis kerjaya tersebut. Langkah kedua adalah

menyediakan murid dengan alat dan cara

bagaimana mencapai bidang kerjaya yang

dihasratkan oleh mereka. Contohnya seperti

menemukan majikan dalam memberi kefahaman

mengenai syarat perlu untuk murid menyiapkan

diri dalam ke arah kerjaya tersebut. Akhirnya,

institusi perlu menghubungkan murid dengan

pilihan mereka sama bekerja dengan majikan

berkaitan atau menjadi majikan. Perlu diingatkan

bahawa pada setiap proses intervensi yang dibuat

mestilah sesuai dengan tahap kematangan

individu seperti pada peringkat sekolah rendah,

cadangan intervensi adalah mendedahkan

mereka kepada pelbagai bidang kerjaya atau

melalui pelajar darjah yang lebih tinggi berkongsi

mengenai apa yang dilalui oleh mereka dalam

setiap mata pelajaran.

MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Page 12: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

Drucker (2005) menyatakan ramai manusia salah

dengan pendapat bahawa mereka mengetahui apa

yang mereka kehendaki iaitu kecenderungan dan

kekuatan mereka. Pendapat ini juga benar kepada

murid di institusi pendidikan juga. Oleh yang demikian,

prinsip bahawa murid perlu membuat pilihan hala tuju

kerjaya mereka sendiri perlu dipatuhi oleh institusi

pendidikan. Tanggungjawab institusi pendidikan

adalah membantu setiap murid untuk meneroka,

menyediakan dan mempersiapkan untuk peluang dan

pilihan kerjaya mereka serta seterusnya

menghubungkan mereka dengannya.

Kesimpulan  

Bidang pertanian adalah antara bidang yang penting

dan akan terus kekal relevan dengan kehidupan

manusia. Kerajaan berusaha secara aktif dalam

mempromosi dan memastikan bidang pertanian dan

industri berkaitan pertanian terus tumbuh kerana

bidang ini merupakan pemain utama dalam

kedaulatan dan keselamatan makanan negara. Namun

begitu, sekiranya dikaitkan dengan peluang kerjaya,

perubahan yang berlaku sama ada dari aspek

kewujudan jenis pekerjaan baharu atau bagaimana

manusia bekerja, keadaan tempat kerja, keperluan

pelbagai kemahiran untuk melakukan kerja dan

sebagainya memerlukan institusi pendidikan bertindak

balas dengan bijaksana dalam memastikan graduan

yang dihasilkan boleh berinteraksi dengan betul

kepada kehendak tersebut.

 

Murid bukan hanya perlu diberi ilmu pengetahuan

yang berkualiti dan terkini serta komprehensif tetapi

juga bagaimana mereka dapat memanfaatkan perkara

tersebut secara efektif. Mereka memerlukan semuanya

dalam meneroka, mempersiapkan diri ketika melihat

peluang dan membuat pilihan terhadap masa

hadapan mereka. Murid perlu diajar bagaimana untuk

fokus dan bergantung kepada diri sendiri dalam

memahami bakat dan kecenderungan mereka. Murid

perlu dipastikan untuk meneroka peluang dan pilihan

yang ada berdasarkan bakat dan kecenderungan

mereka dengan pemikiran terbuka kerana minat

mereka mungkin boleh berubah. Murid juga perlu

dicabar untuk membangunkan keintelektualan dan

personaliti mereka semasa di institusi pendidikan.

12

Rujukan 

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2015). Dokumen Standard

Kurikulum dan Pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi

Tingkatan 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

 

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Dokumen Standard

Kurikulum dan Pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun

4. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

 

Drucker, P. F. (2005). Managing oneself. Boston, MA: Harvard

Business School Publishing.

 

Feller, R. W. (2018). Where’s the talent? Employers and

communities need more than passion. U.S. Chamber of

Commerse Foundation Blog. Akses pada 8 Mei 2019 daripada

laman sesawang

https://www.uschamberfoundation.org/blog/post/where-s-

talent-employers-and-communities-need-more-passion

 

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2018). Indikator pertanian

terpilih, Malaysia, 2018. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kementerian Kewangan Malaysia. (2018). Belanjawan 2019.

Putrajaya: Kementerian Kewangan Malaysia.

 

Unit Perancang Ekonomi. (2015). Rancangan Malaysia Ke-

Sebelas 2016 – 2020. Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi.

MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Page 13: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

"..GRADUATES MUST ALSO POSSESS THE RIGHTCOMBINATION OF TECHNICAL SKILLS ANDPERSONAL ATTRIBUTES, INCLUDING A CONFIDENCEIN THEIR ABILITY TO PROBLEM-SOLVE ANDADDRESS CHALLENGES AS WELL AS THEIR ABILITYTO WORK AS A TEAM. HENCE, INTERNALLY, THECURRICULUM MUST LINK THEORETICAL ANDPRACTICAL INSTRUCTION."

Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin

Faculty of Agriculture

Universiti Putra Malaysia

REPOSITIONINGAGRICULTURALEDUCATION FORFOOD SECURITY

The challenge of food security is to assure that all

people have access to enough food to lead productive

lives, but an integral part of food security is assuring

that the food is available, safe, affordable, and nutritious

at all time.

In Malaysia the industrial crop sector is well taken care

both by the policies and market. Palm oil alone

contributed, in 2017, 4.67% to the country’s Gross

Domestic Products (GDP), and approximately 46.6% to

the agricultural GDP. Total exports of palm oil products

13MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Page 14: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

were 23.97 million tonnes in 2017 with the

export revenue of RM 77.85 billion.

The food sector, however, desperately needs

changes and improvements. At present, the

country has yet to reach the main food source,

including rice (72%), vegetables (72%), beef

(23%), goat meat (8%), and milk (5%). This has

also caused a trade deficit that is increasingly

increasing from the year to year. For example,

in 1990, food trade deficit was RM 1.1 billion. In

2006, it increased to RM 8.5 billion due to

higher import growth, and in 2017, the trade

deficit was RM 16.5 billion. Other than due to

the small scale farms with low level of

technology, climate change, and depleting

resources, the lagging behind performance of

the food sector was partly due to the lack of

agro-entrepreneurship and appropriate skilled

workforce.

Considerable changes in the characteristics of

agricultural sector also have occurred, both

domestically in Malaysia and internationally in

other countries that now demands different

strategies and approaches to the

development of food production. Some of the

core drivers for change can be recognised, and

these will mould the current and future

characteristics of the sector. These include,

among others, trade liberalisation and

globalisation, urbanisation, technological

developments, changing consumer taste and

behaviour, environmental consideration,

climate change, and shift in market power to

large players in processing, distribution and

retailing in particular. Today’s employers also

require graduates to be competent not only in

the primary food production, but also in the

secondary production, i.e. distribution,

processing, promotion and consumer

satisfaction.

14

Traditional agricultural education was focused

on increasing production to sustain a growing

and increasingly urban and industrial

population. With the changes, the crucial areas

of expertise now encompass not just those

trained in production agriculture, but also food

and nutrition, natural resources, and the know-

how to maintain and improve the physical and

scientific infrastructure that underlies modern

agriculture, including an increased role for

information and communication technology.

Also to be in a position to compete in the

global markets of the 21st century, the food and

agricultural education system must be

expanded and strengthened to address the

challenges and opportunities facing the global

food system.

Thus, the scope of the curriculum has to

consider the above changes, and must include

courses and training in agricultural philosophy

of sustainable and optimisation of resources,

well-versed in technical agriculture, competent

in business and economics to tackle the

problems of global competition, competent in

ICT, and have entrepreneurship attributes. The

graduates must also possess the right

combination of technical skills and personal

attributes, including a confidence in their

ability to problem-solve and address

challenges as well as their ability to work as a

team. Hence, internally, the curriculum must

link theoretical and practical instruction.

Externally, they must link their curriculum to

workforce and community needs. On this note,

other than one semester industrial training,

Universiti Putra Malaysia (UPM) has introduced

Agricultural Entrepreneurship Courses for all

academic programmes in the Faculty of

Agriculture.

MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Page 15: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

Beyond producing competent agricultural

workforce, education institutions must also

train graduates who are capable of generating

their own employment. This can be achieved,

among others, as in UPM, through

entrepreneurship incubation programme to

produce agricultural entrepreneurs.

Participants are selected mainly from newly

graduated degree holders in agriculture and

related disciplines who have inclination

towards entrepreneurship. They are incubated

where at the end of the incubation period;

successful participants would have their own

companies. During the incubation,

participants will be trained in the practices of

agribusiness with emphasis on the application

of business plan, management and marketing

methods. As parts of the training the

participants are required to plan budget and

successfully operate a “start-up company”.

Throughout the incubation programme,

participants receive guidance and tutelage

from various experts in the university, the

private sectors through “mentor-mantee”

programme and support from relevant

government agencies.

15

In order to expand the pool of young people

who might consider a career in agricultural

field, more should be done to teach children in

elementary and secondary schools as well

about the basic facts of food and agriculture in

a way that holds their attention and interest. If

basic knowledge about food and agriculture

becomes more widely held, there will be

opportunities to hold onto the interest of more

of these students as they move through higher

secondary school and into university and

college. It has been recognised that

agricultural education has been an essential

factor in the success of agricultural

development, and hence the food security

situation in any nation. Therefore, agricultural

training institutes, including universities and

colleges, must reposition their agricultural

education and be responsive to the changes as

their prime task is to ensure that education and

training is market driven, and graduates are

industry-ready and have the capability to add

value to the agricultural and food sector,

society, and ultimately nation building.

MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Page 16: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

16

Thus, the scope of the curriculum has to

consider the above changes, and must

include courses and training in agricultural

philosophy of sustainable and

optimisation of resources, well-versed in

technical agriculture, competent in

business and economics to tackle the

problems of global competition,

competent in ICT, and have

entrepreneurship attributes. The graduates

must also possess the right combination of

technical skills and personal attributes,

including a confidence in their ability to

problem-solve and address challenges as

well as their ability to work as a team.

Hence, internally, the curriculum must link

theoretical and practical instruction.

Externally, they must link their curriculum

to workforce and community needs. On

this note, other than one semester

industrial training, Universiti Putra Malaysia

(UPM) has introduced Agricultural

Entrepreneurship Courses for all academic

programmes in the Faculty of Agriculture.

MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Page 17: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

17

KERELEVANAN KURIKULUMPERTANIAN DI SEKOLAHMENENGAH: REFLEKSI

Pendidikan sesebuah negara merupakan mekanisme penting dalam menghasilkan kualiti

modal insan yang boleh membawa kepada guna tenaga dan kemakmuran negara.

Pendidikan sering menjadi agenda hangat yang didebatkan di parlimen. Tidak kurang

juga persatuan pendidikan, persatuan ibu bapa, organisasi bukan kerajaan, ahli

perniagaan dan mereka yang berkepentingan tampil menyuarakan isu-isu semasa

tentang pendidikan. 

Kurikulum sebagai komponen penting pendidikan dianggap sebagai nadi kepada sistem

pendidikan negara.  Secara umumnya kurikulum ialah garis panduan yang mengandungi

tajuk-tajuk, hasil pembelajaran, aktiviti pelajar, kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran, pentaksiran dan sebagainya.

Dr. Ahmad Mohamad Sharif

Kerelevanan

kurikulum boleh

meningkatkan

motivasi, tumpuan,

pengekalan

pengetahuan jika

diserapkan dalam

pengajaran dan

pembelajaran.

MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Page 18: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

18

Pendidikan sesebuah negara merupakan mekanisme penting dalam menghasilkan kualiti

modal insan yang boleh membawa kepada guna tenaga dan kemakmuran negara.

Pendidikan sering menjadi agenda hangat yang didebatkan di parlimen. Tidak kurang

juga persatuan pendidikan, persatuan ibu bapa, organisasi bukan kerajaan, ahli

perniagaan dan mereka yang berkepentingan tampil menyuarakan isu-isu semasa

tentang pendidikan. 

Kurikulum sebagai komponen penting pendidikan dianggap sebagai nadi kepada sistem

pendidikan negara.  Secara umumnya kurikulum ialah garis panduan yang mengandungi

tajuk-tajuk, hasil pembelajaran, aktiviti pelajar, kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran, pentaksiran dan sebagainya.

Kurikulum membantu pelajar menguasai 

pengetahuan, kemahiran dan menyerapkan

nilai murni dan sosial. Isu yang hendak

diketengahkan oleh penulis ialah setakat

mana kurikulum yang disampaikan itu

relevan kepada kumpulan sasaran iaitu

pelajar.  Sebagai seorang guru anda sering

mengalami sebilangan pelajar kurang

memberi tumpuan semasa anda mengajar.

Mereka ini kurang minat dan motivasi.

Antara sebabnya ialah kurikulum yang

digubal tidak relevan bagi memenuhi

kehendak mereka. Kerelevanan kurikulum

ada kena mengena dengan prestasi mereka. 

Kerelevanan kurikulum boleh digambarkan

seperti rajah berikut sebagai setakat mana

ilmu yang disampai oleh guru dikuasai oleh

pelajar.

Kurikulum Kebangsaan boleh dirumuskan

sebagai program pendidikan yang

merangkumi pengetahuan, kemahiran, nilai

dan norma bagi mengembangkan seseorang

pelajar secara menyeluruh,  Pihak kerajaan

telah membuat transformasi terhadap

kurikulum kebangsaan dengan menggubal

Kurikulum Standard Sekolah Menegah (KSSM)

pada tahun 2017 bagi menggantikan KBSM

(Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah). 

Dalam KSSM mata pelajaran elektif Pertanian

di Tingkatan 4 dan 5 telah menggantikan mata

pelajaran Sains Pertanian KBSM. Terdapat

perubahan yang ketara dari segi tajuk, fokus

dan penekanan.

Dari segi tajuk, Sains Pertanian KBSM

menumpukan kepada faktor-faktor yang

mempengaruhi perkembangan ternakan dan

tumbesaran tumbuhan yang menekankan

proses dan prinsip saintifik. Elektif Pertanian

dalam KSSM pula memberi fokus kepada

amali dalam empat tajuk  utama iaitu Sains

Tanah, Pengeluaran Poltri, Sains Tanaman dan

Pengeluaran Tanaman. Tajuk-tajuk pertanian

dalam KSSM  lebih konkrit dan jelas yang 

diolah mengikut standard kandungan,

standard pembelajaran  dan prestasi pelajar

dalam Dokumen Standard Kurikulum

Kerelevanan sesuatu kurikulum banyak

terhasil daripada proses pembangunan

kurikulum yang berkesan termasuk antara

lainnya perancangan, reka bentuk,

penggubalan, pelaksanaan dan pentaksiran. 

Bagi membicarakan tajuk ini dengan lebih

jelas lagi, elok sekiranya kita memperincikan

pengertian kurikulum, kerelevanan

kurikulum dan menyentuh sedikit 

kurikulum pertanian di sekolah menengah.

MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Page 19: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

19

Pendidikan sesebuah negara merupakan mekanisme penting dalam menghasilkan kualiti

modal insan yang boleh membawa kepada guna tenaga dan kemakmuran negara.

Pendidikan sering menjadi agenda hangat yang didebatkan di parlimen. Tidak kurang

juga persatuan pendidikan, persatuan ibu bapa, organisasi bukan kerajaan, ahli

perniagaan dan mereka yang berkepentingan tampil menyuarakan isu-isu semasa

tentang pendidikan. 

Kurikulum sebagai komponen penting pendidikan dianggap sebagai nadi kepada sistem

pendidikan negara.  Secara umumnya kurikulum ialah garis panduan yang mengandungi

tajuk-tajuk, hasil pembelajaran, aktiviti pelajar, kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran, pentaksiran dan sebagainya.

Pentaksiran (DSKP) yang dahulunya

dinamakan sukatan pelajaran dan huraian

sukatan pelajaran mata pelajaran. Mata

pelajaran mata pelajaran yang terkandung

dalam Kurikulum Kebangsaan baik dalam

KBSM atau pun KSSM kurang nampak

kesepaduan dan penggabungjalinan serta

tidak luas ke arah pembangunan sahsiah. Di

negara maju seperti Amerika Syarikat,

pertanian mempunyai skop yang luas yang

meliputi tiga dimensi utama iaitu

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

dan makmal, pembelajaran pengalaman

dan latihan kepimpinan. Pengajaran dan

pembelajaran terlibat  dalam kelas dan

makmal. Pembelajaran pengalaman pula

berlaku di luar sekolah yang diselia oleh guru

seperti Supervised Occupational Experience

Program, cooperative Agricultural Education.

Latihan kepimpinan melibatkan pelajar

dalam aktiviti kepimpinan seperti National

Future Farmers of Agriculture, National

Young Farmer Association.

Apa yang dimaksudkan dengan kerelevanan

kurikulum? Apa yang membuat sesuatu

kurikulum atau program itu relevan?

Mengikut UNESCO, kerelevanan kurikulum

memberi maksud pengaplikasian dan

kesesuaian kurikulum kepada keperluan,

minat, aspirasi dan pengharapan  pelajar

khususnya dan masyarakat amnya.

Kerelevanan kurikulum ini ada kaitan

dengan beberapa komponen  yang boleh

meningkatkan motivasi, tumpuan,

pengekalan pengetahuan jika diserapkan

dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara

komponen adalah kerelevanan peribadi,

kerelevanan kehidupan dan pengajaran dan

pembelajaran.

Kerelevanan peribadi merangkumi atribut

yang dimiliki oleh pelajar iaitu minat,

kecenderungan, bakat dan nilai murni.

Kerelevanan kehidupan mengaitkan setakat

mana pembelajaran pelajar dengan dunia

sebenar seperti alam pekerjaan. Komponen

ini biasanya melibatkan kemahiran amali

yang boleh diguna pakai dalam kehidupan

harian ataupun alam pekerjaan. Pelajar akan

lebih berminat dan terlibat jika apa yang

diajar oleh guru  berguna dan bermakna

kepada kerja harian dan kerjaya mereka.

Kurikulum tidak boleh berfungsi bersendirian.

Kurikulum perlu direalisasikan dalam bentuk

pengajaran dan pembelajaran oleh guru.

Dalam era kurikulum abad 21 peranan dan

tanggungjawab guru lebih mencabar. Guru

selain memiliki konten (kandungan dan

kaedah) yang mendalam harus boleh

mengendalikan  pelbagai kaedah dan teknik

pengajaran pembelajaran yang boleh

meningkatkan lagi minat dan keterlibatan

pelajar dalam pembelajaran. Pertanian

adalah satu mata pelajaran teknologi

berlandaskan prinsip dan proses sains yang

menekankan inkuiri pertemuan menerusi

eksperimen. Guru pertanian juga perlu

menggunakan pendekatan pembelajaran

berasaskan masalah dan projek dalam

mengendalikan kerja amali, aktiviti ladang.

Elemen-elemen sains perlu dimudahkan lagi

kefahaman dalam kalangan pelajar menerusi

pembelajaran kontekstual, koperatif dan

digital.

MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Page 20: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

20

Kerelevanan kurikulum hasil daripada

pembangunan kurikulum yang rapi dan berkesan

memberi impak kepada prestasi pelajar dalam

meningkatkan lagi motivasi, minat, keterlibatan

pelajar dalam pembelajaran. Pelajar adalah modal

insan yang berguna dalam pembangunan negara. 

Penggubal dasar kurikulum, guru, ahli akademik,

pentadbir sekolah harus prihatin terhadap

pentingnya kurikulum yang relevan dalam

melahirkan pelajar yang boleh menyumbang

kepada guna tenaga yang berkualiti dan modal

insan yang berguna kepada negara.

Rujukan

Saga Briggs (2014). How To Make Learning Relevant To Your Students

(And Why It’s Crucial To Their Success).

https://www.opencolleges.edu.au/informed/features/how-to-make-

learning-relevant/

Akses pada 19 May 2019

International Bureau of Education (Unesco). Curriculum relevance. 

Akses pada 20 Mei 2019 http://www.ibe.unesco.org/en/glossary-

curriculum-terminology/c/curriculum-relevance

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2017). DSKP Pertanian. Akses pada

20 Mei 2019,(https://www.scribd.com/document/372326596/DSKP-

PERTANIAN-TKT4

MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Page 21: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

21MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

AHLI JAWATANKUASAMySASE SESI 2018-2020

PresidenProf. Madya Dr. Abdullah Mat Rashid

Timbalan PresidenEn. Mahyudin Ahmad

Setiausaha IDr. Mohd Hazwan Mohd Puad

Setiausaha IIDr. Enio Kang Mohd Sufian Kang

Bendahari IPuan Nik Nurul Nadiatulakma Nek Rahim

Bendahari IIEn. Mohamad Amirul Faez Sulaiman

 ExcoDato’ Jamal Harizan Yang Razali

Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin

Datin Dr. Ramlah Hamzah

Dr. Bahaman Abu Samah

Dr. Ahmad Mohamad Sharif

En. Mohd Yusoff Mustapha

Dr. Mark Buda

Dr. Ridzwan Che' Rus

En. Zainuren Mohd Nor

En. Mustapha Muda

En. Muhammad Hafiz Maslan Malik

En. Fakhrurazi Abd. Shattar

Puan Rosyidah Mohd Zin

En. Hazeem Mohamad Desa

En. Zailani Abd. Rahim

Page 22: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

22MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

AKTIVITI MySASESEMINAR DWI-TAHUNAN PENDIDIKAN SAINS PERTANIAN 2018

BI-ANNUAL AGRICULTURAL SCIENCE EDUCATION SEMINAR (BASEd) 2018

Page 23: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

23MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Page 24: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

24MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

BORANG KEAHLIAN MySASE

Page 25: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=

25MySASE E-Buletin | Bil. 1 | Jun 2019

Page 26: eISSN 2682-9274 BIL. 1 JUN 2019 E - B U L E T I Nspel3.upm.edu.my/max/dokumen/MYSASE_MYSASE_E-BULETIN_BIL… · J ;"7 ;7="7 ;N"J# / ÆÊp; Ư¼ J ;7=" ;"la8 ;7=" ;GW Ư¼ GJ=