Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271
70
PENGGUNAAN APLIKASI KOD QUICK RESPONSE (QR CODE) PADA
MANHAJ HAMZATAĪN MIN KALIMATAĪN: SATU PENGENALAN
[THE CONSUMPTION OF QUICK RESPONSE CODE (QR CODE)
APPLICATION ON MANHAJ HAMZATAIN MIN KALIMATAIN: AN
INTRODUCTION]
1 NURUL ‘ATHIRAH RAZALI [email protected]
MOHD A’TARAHIM MOHD RAZALI [email protected]
1Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
*Corresponding Author
ABSTRACT
Qur'anic learning and practices are obligatory to Muslims. They are not only required to read, but
also beautify the reading through various disciplines such as qiraat and tarannum. However, the
shortcomings of references or sources in the field that only parse the manhaj through long lectures
without devising an intelligible method has been a problem. In order to unravel it, a simple yet
effective solution has been implemented which is by using a QR codes. This study observed mainly
on the difference of manhaj from the aspect of usul qiraat in hamzatain min kalimatain. This study
uses a descriptive qualitative research design by taking library research studies such as scientific
studies as well as books that are relevant to the study conducted. Once analyzed, the data will be
translated into QR code application. As a result, this study found that the consumption of QR code
method has further ease the learning process as well as intelligibility in understanding hamzatain
mean kalimatain.
Keywords: hamzatain min kalimataīn, QR codes, qiraat and tarannum.
ABSTRAK
Menjadi suatu kewajiban kepada umat Islam untuk mempelajari al- Quran serta mengamalkannya.
Tidak hanya membacanya malah dituntut untuk memperelokkan pembacaan melalui pelbagai wadah
ilmu seperti ilmu qiraat dan ilmu taranum. Namun begitu, kepincangan terhadap rujukan atau sumber
di pasaran hanya mengupas manhaj melalui syarahan yang panjang tanpa merangka kaedah yang
mudah untuk difahami. Bagi memurnikan kepincangan masalah tersebut, suatu pendekatan atau
solusi yang mudah dan efektif telah dilaksanakan iaitu dengan menggunakan Kod QR. Pemerhatian
kajian difokuskan kepada perbezaan manhaj dari aspek usul qiraat bab hamzatain min kalimatain.
Kajian menggunakan reka bentuk kajian penyelidikan kualitatif analisis secara deskriptis dengan
mengambil pendekatan kajian keperpustakaan seperti kajian ilmiah serta kitab- kitab yang
mempunyai perkaitan dengan kajian yang dijalankan. Setelah dianalisis, maka ianya akan
diterjemahkan ke dalam aplikasi kod QR ini. Hasil kajian yang dilaksanakan mendapati bahawa
Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271
71
dengan menggunakan kaedah kod QR ini, ternyata ianya memudahkan lagi proses pembelajaran serta
pemahaman dalam bab usul hamzatain min kalimatain ini.
Kata Kunci: Hamzatan min kalimatain, khilaf Qurra’ Sab’ah, kod QR.
PENDAHULUAN
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang biasa diaplikasikan bagi setiap pendidik dalam
menyampaikan pembelajaran adalah mengadakan pembelajaran di dalam kelas dengan melaksanakan
interaksi dua hala antara pendidik dengan pelajar. Setelah itu, teknologi maklumat telah berkembang
dengan pesat, teori pembelajaran secara mudah alih telah dilaksanakan (Bestwick et al., 2010).
Teknologi mudah alih telah membuka dimensi pembelajaran kepada pembelajaran mudah alih, iaitu
membolehkan pelajar mendapatkan maklumat sesuatu perkara dengan mudah di mana sahaja tempat
dan masa (Martin et al., 2013). Kebanyakan pendidik mengakui pembelajaran mudah alih amat
berkesan bagi meningkatkan pencapaian, motivasi, kerjasama dan daya kognitif pelajar. Namun
begitu, ianya masih dibelenggu oleh cabaran seperti persediaan guru dan pelajar, aspek pedagogi yg
lemah, kurang peruntukan kewangan (Peter, 2009) serta kemudahan jalur lebar di kawasan pedalaman
agak terhad (Ally, 2009). Penggunaan komputer dan telefon mudah alih semakin meluas dan makin
hari semakin canggih dilengkapi dengan warna, resolusi yang tinggi, akses tanpa wayar dan
pemprosesan berkuasa tinggi (Rouillard, 2008).
Kod QR adalah imej dua dimensi yang mewakili sesuatu data terutama data berbentuk teks.
Kod QR merupakan evolusi dari barcode yang awalnya satu dimensi menjadi dua dimensi. Kod QR
mempunyai informasi secara verikal dan horizontal manakala barcode mempunyai satu arah sahaja.
Kod QR memiliki kemampuan menyimpan data yang jauh lebih besar berbanding barcode. Terkini,
Kod QR mula diperkenalkan dalam dunia pendidikan. Potensi penggunaan teknologi kod dua dimensi
ini dalam konteks pendidikan telah dikaji dan laporan menunjukkan bahawa aplikasi Kod QR dalam
pendidikan merangkumi pelbagai bentuk seperti mengekod pengisian, artikel, gambar, alamat laman
sesawang (url), bahan- bahan bercetak (poster atau buku panduan), video youtube, no telefon dan apa
sahaja walaupun sekadar huruf serta nombor. Teknologi yang sangat mudah dan menarik kerana
terdapat dalam perisian telefon pintar yang mempunyai fungsi untuk menyokong teknologi
berkenaan.
Qiraat terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Usul Qiraat dan Farsy al- Huruf. Menurut
Abu Shamah (t.th), uṣūl qirā’āt ialah kaedah- kaedah yang bersifat umum yang menaungi semua
bahagian yang selaras dengan kaedah tersebut serta banyak terdapat di dalam al- Quran. Manakala
Abd Hakim (1999) usul bermaksud bacaan asas atau suatu khilaf bacaan yang menjadi metodologi
khusus bagi setiap Qurra’ yang telah ditetapkan dan tidak berubah sama sekali. Ianya merupakan satu
hukum yang berbentuk menyeluruh yang berlaku mengikut syarat- syarat yang menepati hukum
tersebut. Usul qiraat yang diketengahkan ialah berkaitan huruf hamzah iaitu manhaj Hamzatain min
kalimatain. Para qurra’ dan ahli bahasa Arab telah bersepakat bahawanya huruf hamzah adalah huruf
yang rumit dalam isu sebutan kerana terdedah dalam pelbagai perubahan. Tambahan pula melihat
pada makhraj huruf hamzah itu sendiri, merupakan makhraj yang paling jauh ke dalam kerongkong
berbanding huruf- huruf yang lain (Zakariyya Muhammad al- 'Ansari, 1998).
Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271
72
PENGAJIAN QIRAAT DI MALAYSIA
Menurut kajian yang dilakukan, pengajian ilmu qiraat di Malaysia secara formal bermula seawal
tahun 1966M dengan tertubuhnya Maahad Tahfiz al- Quran wal Qiraat di Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Penubuhan institusi pertama qiraat ini merupakan cetusan idea Perdana Menteri Malaysia yang
pertama, Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj sewaktu Rektor Universiti al-Azhar, Syeikh
Muhammad Syaltut membuat lawatan ke Malaysia (Murihah Abdullah dan Mohd Fareez, 2015).
Sejak penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat yang pertama ini, maka bermulalah
perkembangan ilmu qiraat di negara ini secara rasminya.
Selepas beberapa dekad penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat di Kuala Lumpur,
lahir pula beberapa institusi tahfiz yang turut menawarkan pengajian ilmu tahfiz qiraat seperti Maahad
Tahfiz di Kelantan (1979), Terengganu, Perak, Kedah, Perlis dan Selangor (1980), manakala Melaka,
Negeri Sembilan, Sabah dan Pahang (1990) serta (1996) Johor dan Pulau Pinang (Solahuddin Ismail,
2018). Selain daripada institusi Tahfiz, terdapat juga beberapa institusi pengajian tinggi yang turut
menawarkan kursus pengajian ilmu Qiraat seperti Universiti Kebangsaan Malaysia seawal tahun
1980, Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman pada tahun 1995, Kolej Pengajian Islam Johor
tahun 1997 (Muhammad Hafiz, 2010). Menjelang tahun 2000, perkembangan pengajian ilmu qiraat
semakin pesat sehingga begitu banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus pengajian
ilmu Qiraat kepada para pelajar.
Pengajian ilmu qiraat turut mendapat perhatian masyarakat awam yang dahagakan ilmu
berkaitan al-Quran. Pelbagai program pengajian al-Quran yang disediakan turut mendedahkan
pengajian ilmu qiraat. Sebagai contoh, Universiti Sains Islam Malaysia menawarkan program
sepanjang hayat menerusi Program Persijilan Talaqqi al-Quran yang dibuka kepada masyarakat
awam. Kelas yang dijalankan pada setiap hujung minggu ini menawarkan beberapa subjek berkaitan
ilmu al-Quran dan Qiraat (www.usim.edu.my). Universiti Sultan Zainal Abidin menawarkan program
Ijazah Sarjana Muda al- Quran Qiraat serta pengajian qiraat secara bertalaqqi di Pusat Islam Unisza.
Begitu juga Universiti Pendidikan Sultan Idris juga menawarkan program yang sama
(www.bharian.com.my,10.04.19) bertujuan untuk melahirkan guru terlatih dalam bidang tahfiz bagi
memenuhi permintaan guru di institusi- institusi tahfiz yang lain seperti Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia, Kolej Universiti Islam Selangor dan lain-lain.
PERMASALAHAN KAJIAN
Dewasa ini, kesedaran umat Islam terhadap pentingnya mendalami ilmu agama telah meningkat,
termasuklah ilmu Qiraat. Ini terbukti dengan tertubuhnya pelbagai institusi pengajian Islam.
Perkembangan ini telah menggembirakan pelbagai pihak dan telah memberikan momentum yang
tinggi terhadap sebahagian yang lain. Dengan tertubuhnya pelbagai institusi ini, maka peluang untuk
masyarakat Islam untuk menuntut dan mempelajari ilmu ini semakin meluas, tidak hanya di peringkat
Universiti, Kolej atau Maahad sahaja akan tetapi terus meluas di masjid- masjid, surau dan
sebagainya.
Namun begitu, terdapat segelintir individu yang tidak dapat mendalami ilmu- ilmu yang dipelajarinya
khususnya ilmu Qiraat ini berikutan masalah kurangnya pemahaman dan penguasaan yang mendalam
tentang ilmu tersebut. Kajian- kajian lepas menunjukkan 26.7% berada pada tahap yang lemah
Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271
73
manakala 6.7% pula berada di tahap yang sangat lemah. Kedua- dua peratus yang dinyatakan tersebut
menunjukkan tahap penguasaan individu masih lemah dalam pengamalan ilmu qiraat ini (Zainora
dan Mustafa, 2014). Para pelajar menghadapi masalah kurang memahami asas kaedah Qiraat Sab’ah,
kurang mahir membezakan bacaan Usul Qiraat dan Farsy al- Huruf, kurang mampu menerangkan
kaedah- kaedah bacaan qiraat serta kurang mampu membaca al-Qur’an dengan pelbagai kaedah
bacaan kepada masyarakat (Sumayyah Ali, Dr Abdul Hafiz Abdullah, 2016).
Adalah lebih elok sekiranya kajian ilmiah ini dimulakan dengan mengetengahkan dan
meneroka dengan lebih mendalam terhadap bab Usul Qiraat berbanding Farsy al- huruf. Ini kerana
Usul Qiraat merupakan akar yang menjadi tunjang bagi ilmu Qiraat ini kerana ia merupakan metode
atau kaedah yang khusus yang telah ditetapkan. Lantaran itu, kajian ini lebih mengfokuskan kepada
Usul qiraat sahaja untuk dijadikan kajian mengikut tariq asy- Syatibi. Antara contoh ialah bab huruf
hamzah di dalam Usul qiraat. Dalam ruang lingkup ilmu qiraat, huruf hamzah dikenali sebagai huruf
paling banyak terlibat dalam isu perubahan sebutan (Al- Ma’sarawi, 2017) serta terbukti huruf yang
paling susah dan rumit untuk disebut (Al- Suyuti, 1996).
Kajian ini disokong oleh Haji Mohd Nazri bin Abdullah (2010) yang menyatakan bahawa
kajian ini memudahkan pelajar memahami dan mempelajari ilmu ini dan membuat rujukan terutama
dalam bab wakaf Hamzah dan Hisham terhadap huruf hamzah serta mengetahui manhaj asas bagi
setiap imam. Kajian yang dilakukan oleh Sedek bin Ariffin (2008) juga mendapati bahawa 60%
pelajar kurang mampu dalam menerangkan kaedah- kaedah bacaan Qiraat Hamzah terutama dalam
bab Wakaf Huruf Hamzah dalam periwayatan Imam Hamzah dan Hisham di dalam pembelajarannya.
Ini kerana bab ini terdapat berbagai bacaan yang berbeza serta jarang didengari di antara imam- imam
tersebut menyebabkan sukar untuk mengingatinya.
Tambahan pula, kekangan karya- karya ilmiah dalam Bahasa Melayu merujuk kepada bidang
ini adalah begitu terhad, terbatas dan ianya belum didokumentasikan atau dirangka dalam bentuk
yang sistematik dan mudah diingat sebagaimana yang ingin dikaji. Adapun di pasaran sekarang
hanyalah dihasilkan meliputi ruang lingkup sejarah dan metode- metodenya sahaja. Menurut
Muhammad Hafiz (2011), Antara cabaran yang dihadapi oleh pelajar- pelajar untuk menguasai ilmu
qiraat adalah jumlah rujukan dalam bahasa melayu adalah terhad, manakala Hana Pizi (2007), turut
sependapat bahawa kajian, penulisan serta penterjemahan dalam bidang ini masih sangat
berkurangan.
DAPATAN KAJIAN
Sebagaimana yang diketahui, bukti kesahihan pembacaan al- Quran yang berasaskan kepelbagaian
bacaan adalah tertumpu kepada konsep talaqqi mushafahah. Berilmu sahaja tanpa bertalaqqi
mushafahah dengan guru yang muktabar, ianya belum terjamin dapat membaca al- Quran dengan
betul dan tepat (Nik Ja’far Nik Ismail, 1998). Kaedah talaqqi mushafahah ini adalah kaedah yang
lebih praktikal berbanding belajar sendiri tanpa berguru. Ini kerana belajar tanpa guru akan
mengakibatkan kekeliruan bacaan atau sebutan sesuatu manhaj terutamnya yang melibatkan huruf
hamzah. Di antara bab berkaitan huruf hamzah adalah bab Hamzatain min Kalimatain. Bab ini
mempunyai cara bacaan yang pelbagai seperti bacaan Tashil, Ibdal, Isqat, Tahqiq, idhkhal, dan
sebagainya. Bacaan seperti ini jarang digunakan dan tidak diamalkan secara meluas di Malaysia
menyebabkan ianya menimbulkan kekeliruan (Muhammad Hafiz, Abd Muhaimin, Norazman, 2011).
Maka dengan adanya Kod QR ini akan dapat membantu menyelesaikan permasalahan ini dan
Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271
74
sekaligus dijadikan sumbangan dalam bidang qiraat. Berikut adalah dapatan kajian yang telah
dilakukan:-
Hamzatain min Kalimatain (همزتين من كلمتين)
Pertemuan dua huruf hamzah dalam dua kalimah dimana hamzah qataᶜ yang bersebelahan dan kedua-
duanya adalah berbaris yang mewakili baris fathah, kasrah atau dhammah. Hamzah pertama berada
di akhir kalimah dan hamzah kedua di awal kalimah seterusnya. Bab ini terbahagi kepada dua
bahagian:-
1) Baris yang sama (Sayyid Lashin, 2011/ Abd Rahman, 2015)
Bil Kalimah Perawi & Cara Bacaan Kod QR
جاء أمرنا 1
1) Qalun, Bazzi dan Abu ‘Amr =
Isqat hamzah pertama + tahqiq
hamzah kedua dengan 2 harakat.
2) Qalun, Bazzi dan Abu ‘Amr =
Isqat hamzah pertama + tahqiq
hamzah kedua dengan 4 harakat.
3) Warsh dan Qunbul = Tahqiq
hamzah pertama + tashil hamzah
kedua.
4) Warsh dan Qunbul = Tahqiq
hamzah pertama + ibdal hamzah
kedua.
لوط ءال جآء 2
1) Warsh dan Qunbul akan tahqiq
hamzah pertama + tashil hamzah
kedua dengan 2 harakat (mādd
badal).
2) Warsh akan tahqiq hamzah
pertama + tashil hamzah kedua
dengan 4 harakat (mādd badal).
Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271
75
3) Warsh akan tahqiq hamzah
pertama + tashil hamzah kedua
dengan 6 harakat (mādd badal).
4) Warsh dan Qunbul tahqiq hamzah
pertama + ibdal hamzah kedua
(mādd alif) dengan 2 harakat.
5) Warsh dan Qunbul tahqiq hamzah
pertama + ibdal hamzah kedua
(mādd alif) dengan 6 harakat.
السمآء ان 3
1) Abu ‘Amr akan isqat hamzah
pertama + tahqiq hamzah kedua
dengan 2 harakat.
2) Abu ‘Amr akan isqat hamzah
pertama + tahqiq hamzah kedua
dengan 4 harakat.
3) Qalun dan Bazzi akan tashil
hamzah pertama + tahqiq hamzah
kedua.
4) Warsy dan Qunbul akan tahqiq
hamzah pertama + tashil hamzah
kedua.
5) Warsy dan Qunbul (bacaan kedua)
akan tahqiq hamzah pertama +
ibdal hamzah kedua kepada huruf
ya’.
Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271
76
بلسوء الا 4
1) Qalun dan Bazzi akan ibdal
hamzah pertama kepada huruf mad
mengikut baris sebelumnya iaitu
kepada waw, seterusnya idhgam
waw pertama ke dalam waw kedua
ا لابالسو ) )
2) Qalun dan Bazzi (bacaan kedua)
akan tashil hamzah pertama
dengan 2 harakat pada huruf waw
+ tahqiq hamzah kedua.
3) Qalun dan Bazzi (bacaan ketiga)
akan tashil hamzah pertama
dengan 4 harakat pada huruf waw
+ tahqiq hamzah kedua.
هؤلاء ان 5
1) Warsh dan Qunbul akan tahqiq
hamzah pertama + tashil hamzah
kedua.
2) Warsh dan Qunbul (bacaan kedua)
akan tahqiq hamzah pertama +
ibdal hamzah kedua kepada huruf
mādd (ya’).
3) Warsh (bacaan ketiga) akan tahqiq
hamzah pertama + ibdal hamzah
kedua kepada huruf mādd (ya’)
dengan 6 harakat.
على البغاء ان 6
1) Warsh dan Qunbul akan tahqiq
hamzah pertama + tashil hamzah
kedua.
2) Warsh dan Qunbul (bacaan kedua)
akan tahqiq hamzah pertama +
ibdal hamzah kedua kepada huruf
mādd (ya’).
Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271
77
3) Warsh (bacaan ketiga) akan tahqiq
hamzah pertama + ibdal hamzah
kedua kepada huruf mādd (ya’)
dengan 6 harakat.
ن ٳللنب 7
1) Warsh akan tahqiq hamzah
pertama + tashil hamzah kedua.
2) Warsh akan tahqiq hamzah
pertama + ibdal hamzah kedua
(mādd ya’) dengan 6 harakat.
من الن سآء ان 8
1) Warsh dan Qunbul akan tahqiq
hamzah pertama + tashil hamzah
kedua.
2) Warsh dan Qunbul akan tahqiq
hamzah pertama + ibdal hamzah
kedua (mādd ya’) dengan 6
harakat.
لئك 9 أوليآء أو
1) Abu ‘Amr akan isqat hamzah
pertama + tahqiq hamzah kedua
dengan 2 harakat.
2) Abu ‘Amr akan isqat hamzah
pertama + tahqiq hamzah kedua
dengan 4 harakat.
3) Qalun dan Bazzi akan tashil
hamzah pertama + tahqiq hamzah
kedua.
Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271
78
4) Warsy dan Qunbul akan tahqiq
hamzah pertama + tashil hamzah
kedua.
5) Warsy dan Qunbul (bacaan kedua)
akan tahqiq hamzah pertama +
ibdal hamzah kedua kepada huruf
waw.
1) Baris yang berlainan (al- Qasim, 1996)
Jadual 1: Manhaj hamzatain min kalimatain pada baris yang berlainan serta Kod QR.
Bil Kalimah Perawi & Cara Bacaan Kod QR
ال تفيء 1 1) Nafi’, Ibn Kathir dan Abu ‘Amr
akan tahqiq hamzah pertama +
tashil hamzah kedua.
أمة جآء 2 1) Nafi’, Ibn Kathir dan Abu ‘Amr
akan tahqiq hamzah pertama +
tashil hamzah kedua.
أصبنا نشآء 3
1) Nafi’, Ibn Kathir dan Abu ‘Amr
akan tahqiq hamzah pertama +
ibdal hamzah kedua kepada huruf
waw.
أو السمآء 4
1) Nafi’, Ibn Kathir dan Abu ‘Amr
akan tahqiq hamzah pertama +
ibdal hamzah kedua kepada huruf
ya’.
ال يشاء 5 1) Nafi’, Ibn Kathir dan Abu ‘Amr
akan tahqiq hamzah pertama +
tashil hamzah kedua.
Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271
79
2) Nafi’, Ibn Kathir dan Abu ‘Amr
(bacaan kedua) akan tahqiq
hamzah pertama + ibdal hamzah
kedua kepada huruf wau.
KESIMPULAN
Al- Quran merupakan wahyu Ilahi dan kitab samawi yang mana susunan kandungannya sentiasa
terpelihara dan terjamin sepanjang zaman. Menurut pendapat al- Qabisi (1955) di dalam kitab
karangannya, beliau meletakkan kemahiran al- Quran dan qiraat sebagai aspek utama yang perlu
diajar kepada anak- anak sebelum mengajar ilmu pengetahuan yang lain.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknologi memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan manusia seharian termasuklah dalam aspek pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan
pembelajaran secara mudah alih (Kod QR) lebih mudah disebabkan penggunaan perantinya yang
lebih ringan berbanding buku-buku pembelajaran serta dapat digunakan diluar bilik darjah.
Penggunaan Kod QR ini adalah fleksibel dan tentunya mesra alam.
Kaedah Kod QR ini amat bersesuaian bagi kegunaan semua peringkat usia samada, pelajar,
pensyarah, guru- guru mahupun masyarakat awam. Melalui kaedah ini juga , ia akan berperanan untuk
membantu dalam memahami dan mendalami Usul Qiraat dengan lebih menarik. Ia juga bertujuan
untuk memudahkan para pelajar menggaplikasikannya di dalam pelajaran, seterusnya dapat
dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Begitu juga bagi masyarakat awam, kaedah ini akan dapat
menarik minat mereka untuk terus mempelajarinya dari semasa ke semasa. Diharapkan dengan
terbitnya kajian ini akan dapat mengembangkan lagi daya kefahaman manhaj setiap bab dalam Usul
Qiraat ini.
RUJUKAN
Abd Hakim bin Muhammad al- Hadi (1999M) Al- Qiraat al- Qur’aniah, Tarikhuhu Thubutuha,
Hujiyyatuha wa Ahkamuha, Dar al- Gharab al- Islami Beyrut.
Abd Rahman Abd Ghani (2015), Syarah Usul Qiraat Matan al- Syatibiyyah, Kolej Pengajian Islam
Johor MARSAH.
Abdullah Hashim (2008), Bacaan Qiraat ‘Asim: Kajian Terhadap Guru- guru al- Quran di Daerah
Melaka Tengah. Universiti Malaya: tesis Sarjana Falsafah.
Abu Shamah Abd al- Rahman bin Ismail (t,th) Ibraz al- Ma’ani Hirz al- Amani al- Sab’, Dar al- Kutb
al- Ilmiyyah Beyrut.
Ahmad ‘Isa al- Ma’sarawi (2017), Al- Futuhat fi al- Qiraat al- ‘Ashr, Kaherah: Dar al- Imam al-
Shatibi
Ally, M (Ed) (2009), Mobile Learning: Transforming the delivery of education and training.
Athabasca University press.
Al-Qabisi, Abu al-Ḥasan ‘Ali Muḥammad Khalaf (1955). Al-Risālah al-Mufaṣṣolah li ahwāl al-
muta‘alimīn wa ahkām al-mu’allimīn wa al- muta‘alimīn. Kaherah: Dar Iḥya’ al-Kutub al-
‘Arabiyyah.
Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271
80
Al-Qāsim bin Firruh bin Ahmad bin Khalaf bin Muhammad al-Shatibiy al-Ru’aini (1996M/1417H),
Hirzu al-Amani wa Wajhu al-Tahani fi Qiraat al- Sab’ah, tahkik Sheikh Muhammad Tamim
al-Zu‘biy, cet 3, Madinah: Maktabah Dar al-Huda.
Al-Shabuni, Muhammad „Ali. (1985). al-Tibyan fi “Ulum al-Quran, Makkah : Maktabah al- Shabuni
fi Ulum al-Quran.
Bestwick, A. & Campbell, J. R. (2010), Mobile Learning for all. Exceptional parent.
Haji Mohd Nazri bin Abdullah (2010), Manhaj Qiraat 10 Beserta Dalil Matan Imam As-Syatibi Dan
Matan Ad-Durrah, Pustaka Salam.
http://phip.usim.edu.my/ms/perkhidmatan/program-pengajian/sepanjang-hayat/101 talaqqi-al-
quran.html
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/551459/upsi-universiti-awam-pertama-tawar-
program-tahfiz-al-quran-dan-qiraat
Ibn al- Jazari (2001M/ 1421H), al- Tahmid fi Ilmi al- Tajwid, Beyrut cet 1, Muassasah al- Risalah.
Jalal al- Din al- Suyuti al- Shafi’I (1996), Al- Itqan fi ‘Ulum al- Quran, Beirut: Mu’assasah al- Kutub
al- Saqafiyyah.
Martin, F. & Ertzberger, J (2013), Here and Now Mobile Learning: An experimental Study on the
use of mobile technology. Computer & Education. Minorities in United State, Journal of
Immigrant and Minority Health.
Muhammad al- Banna Dumyati (1987M/ 1407H) Ihtilaf al- Fudhala’ al- Basyar, Jil 1 Beyrut: Dar
‘Aim al- Kutub Kaherah. Maktabah al- Kuliyyah al- Azhariyyah, hlm 55.
Muhammad Hafiz (2010), Comparative Study On The Science Of Qiraat In Higher Education
Institutions In Malaysia, (MA Tesis, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia).
Muhammad Hafiz Saleh, Abd Muhaimin Ahmad dan Norazman Alias. (2011). Keberkesanan
Mempelajari Ilmu Qiraat: Antara Harapan, Cabaran dan Penyelesaian Masalah. Seminar
Qiraat Peringkat Kebangsaan. 19-20 November. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences.
Muhammad Hana Pizi Abdullah (2007). Pengajian al- Qiraat Di Maahad Tahfiz al- Quran Majlis
Agama Islam Kelantan: Suatu Kajian Terhadap Riwayat Shu’bah an ‘Asim. Universiti
Malaya, Tesis Sarjana Falsafah.
Murihah Abdullah/ Abdul Hafiz Abdullah/ Arieff Salleh Rosman/ Mohd Farez Illias (2015),
Pendidikan Tahfiz di Malaysia: Satu Sorotan Sejarah. Internasional Conference on Islamic
Education and Social Entrepreneurship.
Peter, K. (2009), M- Learning: Positioning educator for a mobile, connected future. Canada
Athabasca University.
Rouillard, J. (2008), Contextual QR Code. In the Third International Multi- Conference on
Computing in the Global Information Technology, Athen Grace.
Sayyid LaShin Abu al- Farh, Khalid bin Mohd al- ‘Ilmi (1432H/ 2011M), Taqribul al- Ma’ani fi
Syarh Hirzul al- ‘Amani fi Qiraat al- Sab’ah, Maktabah Darul Zaman.
Sedek bin Ariffin, Manhaj Waqaf Qira'at Imam Hamzah al-Zayyat Dan Keunikannya Di Dalam
Pembacaan Al-Quran, Article.
Sheikh Abdul Fattah al- Qadhi (2005M/ 1426H) Tarikh Qurra’ al- ‘Asharah wa Ruwatihim wa
Tawatiruha Qiraatihim wa Manhaj Kullu fi Qiraat, Maktabah Azhariyyah.
Solahuddin Ismail (2018), Sejarah Perkembangan dan StatusTerkini Pengajian Tahfiz di Malaysia:
Conference of Muzakarah Institusi Tahfiz Negara.
Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271
81
Sumayyah Ali @ Awang/ Dr Abdul Hafiz Abdullah (2016), Penulisan Ilmiah Berkaitan Ilmu Qiraat
di Malaysia: Suatu Tinjauan Awal. 3rd International Conference on Arabic Studies and
Islamic Civilization.
Zainora Daud/ Muhammad Fairuz A. Adi/ Mustaffa Abdullah (2010), Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Pengajian Qiraat di Jabatan al- Quran dan al- Qiraat Kuis: Satu Tinjauan awal,
Article 2010.
Zakariyya b. Muhammad Al- Ansariy (1998), al- Daqaiq al- Muhkamah fi Syarh al- Mukaddimah fi
‘Ilm al- Tajwid, ed. Nasib Nushawi, Damascus: Dar al- Maktabi.
Top Related