PENGGUNAAN APLIKASI KOD QUICK RESPONSE (QR CODE) …

12
Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271 70 PENGGUNAAN APLIKASI KOD QUICK RESPONSE (QR CODE) PADA MANHAJ HAMZATAĪN MIN KALIMATAĪN: SATU PENGENALAN [THE CONSUMPTION OF QUICK RESPONSE CODE (QR CODE) APPLICATION ON MANHAJ HAMZATAIN MIN KALIMATAIN: AN INTRODUCTION] 1 NURUL ‘ATHIRAH RAZALI [email protected] MOHD A’TARAHIM MOHD RAZALI [email protected] 1 Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin *Corresponding Author ABSTRACT Qur'anic learning and practices are obligatory to Muslims. They are not only required to read, but also beautify the reading through various disciplines such as qiraat and tarannum. However, the shortcomings of references or sources in the field that only parse the manhaj through long lectures without devising an intelligible method has been a problem. In order to unravel it, a simple yet effective solution has been implemented which is by using a QR codes. This study observed mainly on the difference of manhaj from the aspect of usul qiraat in hamzatain min kalimatain. This study uses a descriptive qualitative research design by taking library research studies such as scientific studies as well as books that are relevant to the study conducted. Once analyzed, the data will be translated into QR code application. As a result, this study found that the consumption of QR code method has further ease the learning process as well as intelligibility in understanding hamzatain mean kalimatain. Keywords: hamzatain min kalimataīn, QR codes, qiraat and tarannum. ABSTRAK Menjadi suatu kewajiban kepada umat Islam untuk mempelajari al- Quran serta mengamalkannya. Tidak hanya membacanya malah dituntut untuk memperelokkan pembacaan melalui pelbagai wadah ilmu seperti ilmu qiraat dan ilmu taranum. Namun begitu, kepincangan terhadap rujukan atau sumber di pasaran hanya mengupas manhaj melalui syarahan yang panjang tanpa merangka kaedah yang mudah untuk difahami. Bagi memurnikan kepincangan masalah tersebut, suatu pendekatan atau solusi yang mudah dan efektif telah dilaksanakan iaitu dengan menggunakan Kod QR. Pemerhatian kajian difokuskan kepada perbezaan manhaj dari aspek usul qiraat bab hamzatain min kalimatain. Kajian menggunakan reka bentuk kajian penyelidikan kualitatif analisis secara deskriptis dengan mengambil pendekatan kajian keperpustakaan seperti kajian ilmiah serta kitab- kitab yang mempunyai perkaitan dengan kajian yang dijalankan. Setelah dianalisis, maka ianya akan diterjemahkan ke dalam aplikasi kod QR ini. Hasil kajian yang dilaksanakan mendapati bahawa

Transcript of PENGGUNAAN APLIKASI KOD QUICK RESPONSE (QR CODE) …

Page 1: PENGGUNAAN APLIKASI KOD QUICK RESPONSE (QR CODE) …

Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271

70

PENGGUNAAN APLIKASI KOD QUICK RESPONSE (QR CODE) PADA

MANHAJ HAMZATAĪN MIN KALIMATAĪN: SATU PENGENALAN

[THE CONSUMPTION OF QUICK RESPONSE CODE (QR CODE)

APPLICATION ON MANHAJ HAMZATAIN MIN KALIMATAIN: AN

INTRODUCTION]

1 NURUL ‘ATHIRAH RAZALI [email protected]

MOHD A’TARAHIM MOHD RAZALI [email protected]

1Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

*Corresponding Author

ABSTRACT

Qur'anic learning and practices are obligatory to Muslims. They are not only required to read, but

also beautify the reading through various disciplines such as qiraat and tarannum. However, the

shortcomings of references or sources in the field that only parse the manhaj through long lectures

without devising an intelligible method has been a problem. In order to unravel it, a simple yet

effective solution has been implemented which is by using a QR codes. This study observed mainly

on the difference of manhaj from the aspect of usul qiraat in hamzatain min kalimatain. This study

uses a descriptive qualitative research design by taking library research studies such as scientific

studies as well as books that are relevant to the study conducted. Once analyzed, the data will be

translated into QR code application. As a result, this study found that the consumption of QR code

method has further ease the learning process as well as intelligibility in understanding hamzatain

mean kalimatain.

Keywords: hamzatain min kalimataīn, QR codes, qiraat and tarannum.

ABSTRAK

Menjadi suatu kewajiban kepada umat Islam untuk mempelajari al- Quran serta mengamalkannya.

Tidak hanya membacanya malah dituntut untuk memperelokkan pembacaan melalui pelbagai wadah

ilmu seperti ilmu qiraat dan ilmu taranum. Namun begitu, kepincangan terhadap rujukan atau sumber

di pasaran hanya mengupas manhaj melalui syarahan yang panjang tanpa merangka kaedah yang

mudah untuk difahami. Bagi memurnikan kepincangan masalah tersebut, suatu pendekatan atau

solusi yang mudah dan efektif telah dilaksanakan iaitu dengan menggunakan Kod QR. Pemerhatian

kajian difokuskan kepada perbezaan manhaj dari aspek usul qiraat bab hamzatain min kalimatain.

Kajian menggunakan reka bentuk kajian penyelidikan kualitatif analisis secara deskriptis dengan

mengambil pendekatan kajian keperpustakaan seperti kajian ilmiah serta kitab- kitab yang

mempunyai perkaitan dengan kajian yang dijalankan. Setelah dianalisis, maka ianya akan

diterjemahkan ke dalam aplikasi kod QR ini. Hasil kajian yang dilaksanakan mendapati bahawa

Page 2: PENGGUNAAN APLIKASI KOD QUICK RESPONSE (QR CODE) …

Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271

71

dengan menggunakan kaedah kod QR ini, ternyata ianya memudahkan lagi proses pembelajaran serta

pemahaman dalam bab usul hamzatain min kalimatain ini.

Kata Kunci: Hamzatan min kalimatain, khilaf Qurra’ Sab’ah, kod QR.

PENDAHULUAN

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang biasa diaplikasikan bagi setiap pendidik dalam

menyampaikan pembelajaran adalah mengadakan pembelajaran di dalam kelas dengan melaksanakan

interaksi dua hala antara pendidik dengan pelajar. Setelah itu, teknologi maklumat telah berkembang

dengan pesat, teori pembelajaran secara mudah alih telah dilaksanakan (Bestwick et al., 2010).

Teknologi mudah alih telah membuka dimensi pembelajaran kepada pembelajaran mudah alih, iaitu

membolehkan pelajar mendapatkan maklumat sesuatu perkara dengan mudah di mana sahaja tempat

dan masa (Martin et al., 2013). Kebanyakan pendidik mengakui pembelajaran mudah alih amat

berkesan bagi meningkatkan pencapaian, motivasi, kerjasama dan daya kognitif pelajar. Namun

begitu, ianya masih dibelenggu oleh cabaran seperti persediaan guru dan pelajar, aspek pedagogi yg

lemah, kurang peruntukan kewangan (Peter, 2009) serta kemudahan jalur lebar di kawasan pedalaman

agak terhad (Ally, 2009). Penggunaan komputer dan telefon mudah alih semakin meluas dan makin

hari semakin canggih dilengkapi dengan warna, resolusi yang tinggi, akses tanpa wayar dan

pemprosesan berkuasa tinggi (Rouillard, 2008).

Kod QR adalah imej dua dimensi yang mewakili sesuatu data terutama data berbentuk teks.

Kod QR merupakan evolusi dari barcode yang awalnya satu dimensi menjadi dua dimensi. Kod QR

mempunyai informasi secara verikal dan horizontal manakala barcode mempunyai satu arah sahaja.

Kod QR memiliki kemampuan menyimpan data yang jauh lebih besar berbanding barcode. Terkini,

Kod QR mula diperkenalkan dalam dunia pendidikan. Potensi penggunaan teknologi kod dua dimensi

ini dalam konteks pendidikan telah dikaji dan laporan menunjukkan bahawa aplikasi Kod QR dalam

pendidikan merangkumi pelbagai bentuk seperti mengekod pengisian, artikel, gambar, alamat laman

sesawang (url), bahan- bahan bercetak (poster atau buku panduan), video youtube, no telefon dan apa

sahaja walaupun sekadar huruf serta nombor. Teknologi yang sangat mudah dan menarik kerana

terdapat dalam perisian telefon pintar yang mempunyai fungsi untuk menyokong teknologi

berkenaan.

Qiraat terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Usul Qiraat dan Farsy al- Huruf. Menurut

Abu Shamah (t.th), uṣūl qirā’āt ialah kaedah- kaedah yang bersifat umum yang menaungi semua

bahagian yang selaras dengan kaedah tersebut serta banyak terdapat di dalam al- Quran. Manakala

Abd Hakim (1999) usul bermaksud bacaan asas atau suatu khilaf bacaan yang menjadi metodologi

khusus bagi setiap Qurra’ yang telah ditetapkan dan tidak berubah sama sekali. Ianya merupakan satu

hukum yang berbentuk menyeluruh yang berlaku mengikut syarat- syarat yang menepati hukum

tersebut. Usul qiraat yang diketengahkan ialah berkaitan huruf hamzah iaitu manhaj Hamzatain min

kalimatain. Para qurra’ dan ahli bahasa Arab telah bersepakat bahawanya huruf hamzah adalah huruf

yang rumit dalam isu sebutan kerana terdedah dalam pelbagai perubahan. Tambahan pula melihat

pada makhraj huruf hamzah itu sendiri, merupakan makhraj yang paling jauh ke dalam kerongkong

berbanding huruf- huruf yang lain (Zakariyya Muhammad al- 'Ansari, 1998).

Page 3: PENGGUNAAN APLIKASI KOD QUICK RESPONSE (QR CODE) …

Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271

72

PENGAJIAN QIRAAT DI MALAYSIA

Menurut kajian yang dilakukan, pengajian ilmu qiraat di Malaysia secara formal bermula seawal

tahun 1966M dengan tertubuhnya Maahad Tahfiz al- Quran wal Qiraat di Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Penubuhan institusi pertama qiraat ini merupakan cetusan idea Perdana Menteri Malaysia yang

pertama, Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj sewaktu Rektor Universiti al-Azhar, Syeikh

Muhammad Syaltut membuat lawatan ke Malaysia (Murihah Abdullah dan Mohd Fareez, 2015).

Sejak penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat yang pertama ini, maka bermulalah

perkembangan ilmu qiraat di negara ini secara rasminya.

Selepas beberapa dekad penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat di Kuala Lumpur,

lahir pula beberapa institusi tahfiz yang turut menawarkan pengajian ilmu tahfiz qiraat seperti Maahad

Tahfiz di Kelantan (1979), Terengganu, Perak, Kedah, Perlis dan Selangor (1980), manakala Melaka,

Negeri Sembilan, Sabah dan Pahang (1990) serta (1996) Johor dan Pulau Pinang (Solahuddin Ismail,

2018). Selain daripada institusi Tahfiz, terdapat juga beberapa institusi pengajian tinggi yang turut

menawarkan kursus pengajian ilmu Qiraat seperti Universiti Kebangsaan Malaysia seawal tahun

1980, Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman pada tahun 1995, Kolej Pengajian Islam Johor

tahun 1997 (Muhammad Hafiz, 2010). Menjelang tahun 2000, perkembangan pengajian ilmu qiraat

semakin pesat sehingga begitu banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus pengajian

ilmu Qiraat kepada para pelajar.

Pengajian ilmu qiraat turut mendapat perhatian masyarakat awam yang dahagakan ilmu

berkaitan al-Quran. Pelbagai program pengajian al-Quran yang disediakan turut mendedahkan

pengajian ilmu qiraat. Sebagai contoh, Universiti Sains Islam Malaysia menawarkan program

sepanjang hayat menerusi Program Persijilan Talaqqi al-Quran yang dibuka kepada masyarakat

awam. Kelas yang dijalankan pada setiap hujung minggu ini menawarkan beberapa subjek berkaitan

ilmu al-Quran dan Qiraat (www.usim.edu.my). Universiti Sultan Zainal Abidin menawarkan program

Ijazah Sarjana Muda al- Quran Qiraat serta pengajian qiraat secara bertalaqqi di Pusat Islam Unisza.

Begitu juga Universiti Pendidikan Sultan Idris juga menawarkan program yang sama

(www.bharian.com.my,10.04.19) bertujuan untuk melahirkan guru terlatih dalam bidang tahfiz bagi

memenuhi permintaan guru di institusi- institusi tahfiz yang lain seperti Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia, Kolej Universiti Islam Selangor dan lain-lain.

PERMASALAHAN KAJIAN

Dewasa ini, kesedaran umat Islam terhadap pentingnya mendalami ilmu agama telah meningkat,

termasuklah ilmu Qiraat. Ini terbukti dengan tertubuhnya pelbagai institusi pengajian Islam.

Perkembangan ini telah menggembirakan pelbagai pihak dan telah memberikan momentum yang

tinggi terhadap sebahagian yang lain. Dengan tertubuhnya pelbagai institusi ini, maka peluang untuk

masyarakat Islam untuk menuntut dan mempelajari ilmu ini semakin meluas, tidak hanya di peringkat

Universiti, Kolej atau Maahad sahaja akan tetapi terus meluas di masjid- masjid, surau dan

sebagainya.

Namun begitu, terdapat segelintir individu yang tidak dapat mendalami ilmu- ilmu yang dipelajarinya

khususnya ilmu Qiraat ini berikutan masalah kurangnya pemahaman dan penguasaan yang mendalam

tentang ilmu tersebut. Kajian- kajian lepas menunjukkan 26.7% berada pada tahap yang lemah

Page 4: PENGGUNAAN APLIKASI KOD QUICK RESPONSE (QR CODE) …

Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271

73

manakala 6.7% pula berada di tahap yang sangat lemah. Kedua- dua peratus yang dinyatakan tersebut

menunjukkan tahap penguasaan individu masih lemah dalam pengamalan ilmu qiraat ini (Zainora

dan Mustafa, 2014). Para pelajar menghadapi masalah kurang memahami asas kaedah Qiraat Sab’ah,

kurang mahir membezakan bacaan Usul Qiraat dan Farsy al- Huruf, kurang mampu menerangkan

kaedah- kaedah bacaan qiraat serta kurang mampu membaca al-Qur’an dengan pelbagai kaedah

bacaan kepada masyarakat (Sumayyah Ali, Dr Abdul Hafiz Abdullah, 2016).

Adalah lebih elok sekiranya kajian ilmiah ini dimulakan dengan mengetengahkan dan

meneroka dengan lebih mendalam terhadap bab Usul Qiraat berbanding Farsy al- huruf. Ini kerana

Usul Qiraat merupakan akar yang menjadi tunjang bagi ilmu Qiraat ini kerana ia merupakan metode

atau kaedah yang khusus yang telah ditetapkan. Lantaran itu, kajian ini lebih mengfokuskan kepada

Usul qiraat sahaja untuk dijadikan kajian mengikut tariq asy- Syatibi. Antara contoh ialah bab huruf

hamzah di dalam Usul qiraat. Dalam ruang lingkup ilmu qiraat, huruf hamzah dikenali sebagai huruf

paling banyak terlibat dalam isu perubahan sebutan (Al- Ma’sarawi, 2017) serta terbukti huruf yang

paling susah dan rumit untuk disebut (Al- Suyuti, 1996).

Kajian ini disokong oleh Haji Mohd Nazri bin Abdullah (2010) yang menyatakan bahawa

kajian ini memudahkan pelajar memahami dan mempelajari ilmu ini dan membuat rujukan terutama

dalam bab wakaf Hamzah dan Hisham terhadap huruf hamzah serta mengetahui manhaj asas bagi

setiap imam. Kajian yang dilakukan oleh Sedek bin Ariffin (2008) juga mendapati bahawa 60%

pelajar kurang mampu dalam menerangkan kaedah- kaedah bacaan Qiraat Hamzah terutama dalam

bab Wakaf Huruf Hamzah dalam periwayatan Imam Hamzah dan Hisham di dalam pembelajarannya.

Ini kerana bab ini terdapat berbagai bacaan yang berbeza serta jarang didengari di antara imam- imam

tersebut menyebabkan sukar untuk mengingatinya.

Tambahan pula, kekangan karya- karya ilmiah dalam Bahasa Melayu merujuk kepada bidang

ini adalah begitu terhad, terbatas dan ianya belum didokumentasikan atau dirangka dalam bentuk

yang sistematik dan mudah diingat sebagaimana yang ingin dikaji. Adapun di pasaran sekarang

hanyalah dihasilkan meliputi ruang lingkup sejarah dan metode- metodenya sahaja. Menurut

Muhammad Hafiz (2011), Antara cabaran yang dihadapi oleh pelajar- pelajar untuk menguasai ilmu

qiraat adalah jumlah rujukan dalam bahasa melayu adalah terhad, manakala Hana Pizi (2007), turut

sependapat bahawa kajian, penulisan serta penterjemahan dalam bidang ini masih sangat

berkurangan.

DAPATAN KAJIAN

Sebagaimana yang diketahui, bukti kesahihan pembacaan al- Quran yang berasaskan kepelbagaian

bacaan adalah tertumpu kepada konsep talaqqi mushafahah. Berilmu sahaja tanpa bertalaqqi

mushafahah dengan guru yang muktabar, ianya belum terjamin dapat membaca al- Quran dengan

betul dan tepat (Nik Ja’far Nik Ismail, 1998). Kaedah talaqqi mushafahah ini adalah kaedah yang

lebih praktikal berbanding belajar sendiri tanpa berguru. Ini kerana belajar tanpa guru akan

mengakibatkan kekeliruan bacaan atau sebutan sesuatu manhaj terutamnya yang melibatkan huruf

hamzah. Di antara bab berkaitan huruf hamzah adalah bab Hamzatain min Kalimatain. Bab ini

mempunyai cara bacaan yang pelbagai seperti bacaan Tashil, Ibdal, Isqat, Tahqiq, idhkhal, dan

sebagainya. Bacaan seperti ini jarang digunakan dan tidak diamalkan secara meluas di Malaysia

menyebabkan ianya menimbulkan kekeliruan (Muhammad Hafiz, Abd Muhaimin, Norazman, 2011).

Maka dengan adanya Kod QR ini akan dapat membantu menyelesaikan permasalahan ini dan

Page 5: PENGGUNAAN APLIKASI KOD QUICK RESPONSE (QR CODE) …

Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271

74

sekaligus dijadikan sumbangan dalam bidang qiraat. Berikut adalah dapatan kajian yang telah

dilakukan:-

Hamzatain min Kalimatain (همزتين من كلمتين)

Pertemuan dua huruf hamzah dalam dua kalimah dimana hamzah qataᶜ yang bersebelahan dan kedua-

duanya adalah berbaris yang mewakili baris fathah, kasrah atau dhammah. Hamzah pertama berada

di akhir kalimah dan hamzah kedua di awal kalimah seterusnya. Bab ini terbahagi kepada dua

bahagian:-

1) Baris yang sama (Sayyid Lashin, 2011/ Abd Rahman, 2015)

Bil Kalimah Perawi & Cara Bacaan Kod QR

جاء أمرنا 1

1) Qalun, Bazzi dan Abu ‘Amr =

Isqat hamzah pertama + tahqiq

hamzah kedua dengan 2 harakat.

2) Qalun, Bazzi dan Abu ‘Amr =

Isqat hamzah pertama + tahqiq

hamzah kedua dengan 4 harakat.

3) Warsh dan Qunbul = Tahqiq

hamzah pertama + tashil hamzah

kedua.

4) Warsh dan Qunbul = Tahqiq

hamzah pertama + ibdal hamzah

kedua.

لوط ءال جآء 2

1) Warsh dan Qunbul akan tahqiq

hamzah pertama + tashil hamzah

kedua dengan 2 harakat (mādd

badal).

2) Warsh akan tahqiq hamzah

pertama + tashil hamzah kedua

dengan 4 harakat (mādd badal).

Page 6: PENGGUNAAN APLIKASI KOD QUICK RESPONSE (QR CODE) …

Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271

75

3) Warsh akan tahqiq hamzah

pertama + tashil hamzah kedua

dengan 6 harakat (mādd badal).

4) Warsh dan Qunbul tahqiq hamzah

pertama + ibdal hamzah kedua

(mādd alif) dengan 2 harakat.

5) Warsh dan Qunbul tahqiq hamzah

pertama + ibdal hamzah kedua

(mādd alif) dengan 6 harakat.

السمآء ان 3

1) Abu ‘Amr akan isqat hamzah

pertama + tahqiq hamzah kedua

dengan 2 harakat.

2) Abu ‘Amr akan isqat hamzah

pertama + tahqiq hamzah kedua

dengan 4 harakat.

3) Qalun dan Bazzi akan tashil

hamzah pertama + tahqiq hamzah

kedua.

4) Warsy dan Qunbul akan tahqiq

hamzah pertama + tashil hamzah

kedua.

5) Warsy dan Qunbul (bacaan kedua)

akan tahqiq hamzah pertama +

ibdal hamzah kedua kepada huruf

ya’.

Page 7: PENGGUNAAN APLIKASI KOD QUICK RESPONSE (QR CODE) …

Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271

76

بلسوء الا 4

1) Qalun dan Bazzi akan ibdal

hamzah pertama kepada huruf mad

mengikut baris sebelumnya iaitu

kepada waw, seterusnya idhgam

waw pertama ke dalam waw kedua

ا لابالسو ) )

2) Qalun dan Bazzi (bacaan kedua)

akan tashil hamzah pertama

dengan 2 harakat pada huruf waw

+ tahqiq hamzah kedua.

3) Qalun dan Bazzi (bacaan ketiga)

akan tashil hamzah pertama

dengan 4 harakat pada huruf waw

+ tahqiq hamzah kedua.

هؤلاء ان 5

1) Warsh dan Qunbul akan tahqiq

hamzah pertama + tashil hamzah

kedua.

2) Warsh dan Qunbul (bacaan kedua)

akan tahqiq hamzah pertama +

ibdal hamzah kedua kepada huruf

mādd (ya’).

3) Warsh (bacaan ketiga) akan tahqiq

hamzah pertama + ibdal hamzah

kedua kepada huruf mādd (ya’)

dengan 6 harakat.

على البغاء ان 6

1) Warsh dan Qunbul akan tahqiq

hamzah pertama + tashil hamzah

kedua.

2) Warsh dan Qunbul (bacaan kedua)

akan tahqiq hamzah pertama +

ibdal hamzah kedua kepada huruf

mādd (ya’).

Page 8: PENGGUNAAN APLIKASI KOD QUICK RESPONSE (QR CODE) …

Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271

77

3) Warsh (bacaan ketiga) akan tahqiq

hamzah pertama + ibdal hamzah

kedua kepada huruf mādd (ya’)

dengan 6 harakat.

ن ٳللنب 7

1) Warsh akan tahqiq hamzah

pertama + tashil hamzah kedua.

2) Warsh akan tahqiq hamzah

pertama + ibdal hamzah kedua

(mādd ya’) dengan 6 harakat.

من الن سآء ان 8

1) Warsh dan Qunbul akan tahqiq

hamzah pertama + tashil hamzah

kedua.

2) Warsh dan Qunbul akan tahqiq

hamzah pertama + ibdal hamzah

kedua (mādd ya’) dengan 6

harakat.

لئك 9 أوليآء أو

1) Abu ‘Amr akan isqat hamzah

pertama + tahqiq hamzah kedua

dengan 2 harakat.

2) Abu ‘Amr akan isqat hamzah

pertama + tahqiq hamzah kedua

dengan 4 harakat.

3) Qalun dan Bazzi akan tashil

hamzah pertama + tahqiq hamzah

kedua.

Page 9: PENGGUNAAN APLIKASI KOD QUICK RESPONSE (QR CODE) …

Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271

78

4) Warsy dan Qunbul akan tahqiq

hamzah pertama + tashil hamzah

kedua.

5) Warsy dan Qunbul (bacaan kedua)

akan tahqiq hamzah pertama +

ibdal hamzah kedua kepada huruf

waw.

1) Baris yang berlainan (al- Qasim, 1996)

Jadual 1: Manhaj hamzatain min kalimatain pada baris yang berlainan serta Kod QR.

Bil Kalimah Perawi & Cara Bacaan Kod QR

ال تفيء 1 1) Nafi’, Ibn Kathir dan Abu ‘Amr

akan tahqiq hamzah pertama +

tashil hamzah kedua.

أمة جآء 2 1) Nafi’, Ibn Kathir dan Abu ‘Amr

akan tahqiq hamzah pertama +

tashil hamzah kedua.

أصبنا نشآء 3

1) Nafi’, Ibn Kathir dan Abu ‘Amr

akan tahqiq hamzah pertama +

ibdal hamzah kedua kepada huruf

waw.

أو السمآء 4

1) Nafi’, Ibn Kathir dan Abu ‘Amr

akan tahqiq hamzah pertama +

ibdal hamzah kedua kepada huruf

ya’.

ال يشاء 5 1) Nafi’, Ibn Kathir dan Abu ‘Amr

akan tahqiq hamzah pertama +

tashil hamzah kedua.

Page 10: PENGGUNAAN APLIKASI KOD QUICK RESPONSE (QR CODE) …

Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271

79

2) Nafi’, Ibn Kathir dan Abu ‘Amr

(bacaan kedua) akan tahqiq

hamzah pertama + ibdal hamzah

kedua kepada huruf wau.

KESIMPULAN

Al- Quran merupakan wahyu Ilahi dan kitab samawi yang mana susunan kandungannya sentiasa

terpelihara dan terjamin sepanjang zaman. Menurut pendapat al- Qabisi (1955) di dalam kitab

karangannya, beliau meletakkan kemahiran al- Quran dan qiraat sebagai aspek utama yang perlu

diajar kepada anak- anak sebelum mengajar ilmu pengetahuan yang lain.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknologi memainkan peranan yang penting dalam

kehidupan manusia seharian termasuklah dalam aspek pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan

pembelajaran secara mudah alih (Kod QR) lebih mudah disebabkan penggunaan perantinya yang

lebih ringan berbanding buku-buku pembelajaran serta dapat digunakan diluar bilik darjah.

Penggunaan Kod QR ini adalah fleksibel dan tentunya mesra alam.

Kaedah Kod QR ini amat bersesuaian bagi kegunaan semua peringkat usia samada, pelajar,

pensyarah, guru- guru mahupun masyarakat awam. Melalui kaedah ini juga , ia akan berperanan untuk

membantu dalam memahami dan mendalami Usul Qiraat dengan lebih menarik. Ia juga bertujuan

untuk memudahkan para pelajar menggaplikasikannya di dalam pelajaran, seterusnya dapat

dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Begitu juga bagi masyarakat awam, kaedah ini akan dapat

menarik minat mereka untuk terus mempelajarinya dari semasa ke semasa. Diharapkan dengan

terbitnya kajian ini akan dapat mengembangkan lagi daya kefahaman manhaj setiap bab dalam Usul

Qiraat ini.

RUJUKAN

Abd Hakim bin Muhammad al- Hadi (1999M) Al- Qiraat al- Qur’aniah, Tarikhuhu Thubutuha,

Hujiyyatuha wa Ahkamuha, Dar al- Gharab al- Islami Beyrut.

Abd Rahman Abd Ghani (2015), Syarah Usul Qiraat Matan al- Syatibiyyah, Kolej Pengajian Islam

Johor MARSAH.

Abdullah Hashim (2008), Bacaan Qiraat ‘Asim: Kajian Terhadap Guru- guru al- Quran di Daerah

Melaka Tengah. Universiti Malaya: tesis Sarjana Falsafah.

Abu Shamah Abd al- Rahman bin Ismail (t,th) Ibraz al- Ma’ani Hirz al- Amani al- Sab’, Dar al- Kutb

al- Ilmiyyah Beyrut.

Ahmad ‘Isa al- Ma’sarawi (2017), Al- Futuhat fi al- Qiraat al- ‘Ashr, Kaherah: Dar al- Imam al-

Shatibi

Ally, M (Ed) (2009), Mobile Learning: Transforming the delivery of education and training.

Athabasca University press.

Al-Qabisi, Abu al-Ḥasan ‘Ali Muḥammad Khalaf (1955). Al-Risālah al-Mufaṣṣolah li ahwāl al-

muta‘alimīn wa ahkām al-mu’allimīn wa al- muta‘alimīn. Kaherah: Dar Iḥya’ al-Kutub al-

‘Arabiyyah.

Page 11: PENGGUNAAN APLIKASI KOD QUICK RESPONSE (QR CODE) …

Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271

80

Al-Qāsim bin Firruh bin Ahmad bin Khalaf bin Muhammad al-Shatibiy al-Ru’aini (1996M/1417H),

Hirzu al-Amani wa Wajhu al-Tahani fi Qiraat al- Sab’ah, tahkik Sheikh Muhammad Tamim

al-Zu‘biy, cet 3, Madinah: Maktabah Dar al-Huda.

Al-Shabuni, Muhammad „Ali. (1985). al-Tibyan fi “Ulum al-Quran, Makkah : Maktabah al- Shabuni

fi Ulum al-Quran.

Bestwick, A. & Campbell, J. R. (2010), Mobile Learning for all. Exceptional parent.

Haji Mohd Nazri bin Abdullah (2010), Manhaj Qiraat 10 Beserta Dalil Matan Imam As-Syatibi Dan

Matan Ad-Durrah, Pustaka Salam.

http://phip.usim.edu.my/ms/perkhidmatan/program-pengajian/sepanjang-hayat/101 talaqqi-al-

quran.html

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/551459/upsi-universiti-awam-pertama-tawar-

program-tahfiz-al-quran-dan-qiraat

Ibn al- Jazari (2001M/ 1421H), al- Tahmid fi Ilmi al- Tajwid, Beyrut cet 1, Muassasah al- Risalah.

Jalal al- Din al- Suyuti al- Shafi’I (1996), Al- Itqan fi ‘Ulum al- Quran, Beirut: Mu’assasah al- Kutub

al- Saqafiyyah.

Martin, F. & Ertzberger, J (2013), Here and Now Mobile Learning: An experimental Study on the

use of mobile technology. Computer & Education. Minorities in United State, Journal of

Immigrant and Minority Health.

Muhammad al- Banna Dumyati (1987M/ 1407H) Ihtilaf al- Fudhala’ al- Basyar, Jil 1 Beyrut: Dar

‘Aim al- Kutub Kaherah. Maktabah al- Kuliyyah al- Azhariyyah, hlm 55.

Muhammad Hafiz (2010), Comparative Study On The Science Of Qiraat In Higher Education

Institutions In Malaysia, (MA Tesis, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia).

Muhammad Hafiz Saleh, Abd Muhaimin Ahmad dan Norazman Alias. (2011). Keberkesanan

Mempelajari Ilmu Qiraat: Antara Harapan, Cabaran dan Penyelesaian Masalah. Seminar

Qiraat Peringkat Kebangsaan. 19-20 November. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences.

Muhammad Hana Pizi Abdullah (2007). Pengajian al- Qiraat Di Maahad Tahfiz al- Quran Majlis

Agama Islam Kelantan: Suatu Kajian Terhadap Riwayat Shu’bah an ‘Asim. Universiti

Malaya, Tesis Sarjana Falsafah.

Murihah Abdullah/ Abdul Hafiz Abdullah/ Arieff Salleh Rosman/ Mohd Farez Illias (2015),

Pendidikan Tahfiz di Malaysia: Satu Sorotan Sejarah. Internasional Conference on Islamic

Education and Social Entrepreneurship.

Peter, K. (2009), M- Learning: Positioning educator for a mobile, connected future. Canada

Athabasca University.

Rouillard, J. (2008), Contextual QR Code. In the Third International Multi- Conference on

Computing in the Global Information Technology, Athen Grace.

Sayyid LaShin Abu al- Farh, Khalid bin Mohd al- ‘Ilmi (1432H/ 2011M), Taqribul al- Ma’ani fi

Syarh Hirzul al- ‘Amani fi Qiraat al- Sab’ah, Maktabah Darul Zaman.

Sedek bin Ariffin, Manhaj Waqaf Qira'at Imam Hamzah al-Zayyat Dan Keunikannya Di Dalam

Pembacaan Al-Quran, Article.

Sheikh Abdul Fattah al- Qadhi (2005M/ 1426H) Tarikh Qurra’ al- ‘Asharah wa Ruwatihim wa

Tawatiruha Qiraatihim wa Manhaj Kullu fi Qiraat, Maktabah Azhariyyah.

Solahuddin Ismail (2018), Sejarah Perkembangan dan StatusTerkini Pengajian Tahfiz di Malaysia:

Conference of Muzakarah Institusi Tahfiz Negara.

Page 12: PENGGUNAAN APLIKASI KOD QUICK RESPONSE (QR CODE) …

Vol. 4, No. 2 (2021) E-ISSN: 2637-0271

81

Sumayyah Ali @ Awang/ Dr Abdul Hafiz Abdullah (2016), Penulisan Ilmiah Berkaitan Ilmu Qiraat

di Malaysia: Suatu Tinjauan Awal. 3rd International Conference on Arabic Studies and

Islamic Civilization.

Zainora Daud/ Muhammad Fairuz A. Adi/ Mustaffa Abdullah (2010), Kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran Pengajian Qiraat di Jabatan al- Quran dan al- Qiraat Kuis: Satu Tinjauan awal,

Article 2010.

Zakariyya b. Muhammad Al- Ansariy (1998), al- Daqaiq al- Muhkamah fi Syarh al- Mukaddimah fi

‘Ilm al- Tajwid, ed. Nasib Nushawi, Damascus: Dar al- Maktabi.