Yee Pui Leng

download Yee Pui Leng

of 24

Transcript of Yee Pui Leng

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    1/24

    PERKAITAN ANTARA FAKTOR-FAKTOR KELUARGA DENGANAKTIVITI-AKTIVITI BIMBINGAN DAN KAUNSELING TERHADAPPENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR: SATU KAJIAN KES

    YEE PUI LENG

    Projek ini merupakan salah satu keperluan untukProgram Kaunseling)Ijazah Saijana Muda dengan KepujianKaunseling)

    Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan ManusiaUNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

    2005

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    2/24

    PENGHARGAAN

    Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Cik AmaliaMadihie selaku penyelia projek. Beliau telah memberikan ulasan dan komen yangsangat baik dan membina kepada saya sehingga kajian ini dapat diterbitkan denganlebih bermutu yang akan menjadi bahan rujukan kepada para pengkaji masa akandatang.Jutaan terima kasih dan ucapan penghargaan juga diucapkan kepada ahli keluargasaya yang telah memberi dorongan dan sokongan kepada saya terutamanya dari segisemangat dan kos perbelanjaan untuk menjalankan kajian ini. Dengan adanyadorongan daripada mereka maka saya dapat menjalankan kajian ini dengan lebihbersemangat dan berkeyakinan walaupun menghadapi masalah atau cabaran semasamenjalankan kajian ini.Sekalung penghargaandan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak SekolahMenengah Kebangsaan Dato Syed Omar yang telah membenarkan kajian ini dapatdijalankan dengan lancar di sekolah tersebut. Pihak sekolah telah memberikankomitmen dan cadangan yang sangat baik kepada saya semasa kajian ini dijalankankhususnya kaunselor dan guru-guru sekolah tersebut.Tidak lupa sayajuga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Razali binOthman dan tutor-tutor yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan cadangan yangbaik kepada saya supaya kajian ini dapat dijalankan dengan lebih berjaya.Ucapan terima kasih juga kepada semua rakan serta semua pihak yang telahmembantu saya dalam menyempurnakan kajian ini. Khususnya Rowena Rimbu akIgau, Noor Efendy bin Samih dan Noryurni Shahida binti Mohd Yusoff.Sekiranya ada sebarang kelemahan terdapat dalam kajian ini adalah tanggungjawabsaya. Akhir sekali, diharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihakyang berkaitan dan sebagai panduan kepada para pengkaji yang selanjutnya.Sekian, terima kasih.

    Ill

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    3/24

    JADUAL KANDUNGAN

    PenghargaanJadual KandunganSenarai JadualSenarai RajahAbstrakAbstract

    Halamaniiiivviixxixii

    BAB 1 PENDAHULUAN1.0 Pengenalan 11.1 Objektif Kajian 6

    1.1.1 Objektif am 61.1.2 Objektif khusus 61.2 Kenyataan Masalah 71.3 Hipotesis Kajian 91.4 Kepentingan Kajian 91.5 Definisi Konsep 10

    1.5.1 Keluarga 101.5.2 Pencapaian akademik 111.5.3 Bimbingan 121.5.4 Kaunseling 121.5.5 Aktiviti bimbingan dan 13kaunseling1.5.6 Guru bimbingan 14

    1.6 Rangka Konsepsual 151.7 Limitasi Kajian 161.8 Kesimpulan 17

    BAB 2 KAJIAN SEMULA PENULISAN2.0 Pengenalan 192.1 Kajian kajian Lepas 202.2 Kesimpulan 46

    BAB 3 METODOLOGI KAJIAN3.0 Pengenalan 473.1 Reka Bentuk Kajian 473.2 Persampelan 483.3 Penganalisis Data 50

    iv

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    4/24

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    5/24

    4.4.2 Perbezaan tahap pencapaian akademik 69mengikut min ceramah akademik4.5 Dapatan Hipotesis 704.5.1 Hipotesis 1: Terdapat perkaitansignifikan antara umlah tanggungan 71keluarga dengan pencapaian akademikpelajar.4.5.2 Hipotesis 2: Terdapat perkaitan

    signifikan antara anggaran pendapatan 71bulanan ibu bapa dengan pencapaianakademik pelajar.4.5.3 Hipotesis 3: Terdapat perbezaansignifikan pencapaian akademik antara 72jantina responden.4.5.4 Hipotesisl 4: Terdapat perbezaansignifikan pencapaian akademik antara 73lokasi tempat tinggal responden.4.5.5 Hipotesis 5: Terdapat perbezaansignifikan pencapaian akademik antara 74kategori pekerjaan ibu bapa responden.4.5 Kesimpulan 75

    BAB 5 RUMUSAN KESIMPULAN DAN CADANGAN5.0 Pengenalan 775.1 Rumusan Kajian 775.2 Kesimpulan 805.3 Cadangan 82

    RUJUKAN 84

    LAMPIRAN I BORANG SOAL SELIDIK

    vi

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    6/24

    SENARAI JADUAL

    Jadual 1Formula pengukuran saiz minimum sampelJadual 2Skor tahap pencapaian akademikJadual 3Formula pengiraan julat skor tahap pencapaian akademikJadual 4Julat skor tahap pencapaian akademikJadual 5Formula pengiraan skor minJadual 6Interpretasi nilai koefisienJadual 7Taburan kekerapanjantinaJadual 8Taburan kekerapanbangsa

    Jadual 9Taburan kekerapantempat tinggalJadual 1Taburan kekerapanjumlah tanggungan

    dan peratusan responden berdasarkan

    dan peratusan responden berdasarkan

    dan peratusan responden berdasarkan lokasi

    dan peratusan responden berdasarkankeluargaJadual 11Taburan kekerapan dan peratusan responden berdasarkankategori pekerjaan ibu

    Halaman5

    52

    53

    53

    54

    55

    58

    59

    6

    6

    61

    vii

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    7/24

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    8/24

    Jadua122Korelasi Pearson antara faktor faktor keluarga dengan 72pencapaian akademik pelajarJadua123Ujian t angkubah pencapaian akademik antarajantinarespondenJadua124Ujian t angkubah pencapaian akademik antara lokasi tempattinggal respondenJadua125ANOVA angkubah pencapaian akademik pelajar antarakategori pekerjaan ibu bapa

    73

    74

    75

    IX

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    9/24

    SENARAI RAJAH

    Rajah 1Perkaitan antara faktor-faktor keluarga dengan aktiviti-aktiviti bimbingandan kaunseling terhadap pencapaianakademik pelajar.

    Halaman

    15Rajah 2Model 1 mengenalpasti kesan faktor demografi terhadap pencapaianakademik pelajar. Model 2 mengenalpasti kesan status sosioekonomiSES) terhadap pencapaian akademik pelajar. Model 3 mengenalpasti 43kesan status perkahwinan ibu bapa terhadap pencapaian akademikpelajar.

    X

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    10/24

    ABSTRAK

    Perkaitan Antara Faktor-faktor Keluarga Dengan Aktiviti-aktiviti Bimbingan DanKaunseling Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar: Satu Kajian Kes

    Yee Pui LengKajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan antara faktor-faktor keluarga (jumlahtanggungan keluarga, anggaran pendapatanbulanan ibu bapa, kategori pekerjaan ibu bapadan lokasi tempat tinggal) dengan aktiviti-aktiviti bimbingan dan kaunseling (ceramahmotivasi dan ceramah akademik) terhadap pencapaian akademik pelajar. Respondenkajian ini adalah di kalangan pelajar Tingkatan Enam Rendah, Sekolah Menengah DatoSyed Omar di Alor Star, Kedah yang melibatkan seramai 103 orang responden.Instrumen yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang dibentuk oleh Najib binEndong dan juga telah dilulus oleh tiga orang pensyarah dari Fakulti Sains Sosial.Kaedah statistik deskriptif seperti frekuensi dan crosstabs digunakan untuk melihatperatusan bagi faktor-faktor demografi responden manakala kaedah inferensi digunakanuntuk analisis korelasi Pearson, Ujian-t dan ANOVA sehala bagi menguji hipotesiskajian. Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang negatif tetapisignifikan antara anggaran pendapatan bulanan ibu bapa dengan pencapaian akademikpelajar. Keadaan ini menunjukkan bahawa semakin tinggi anggaran pendapatan bulananibu bapa maka semakin tinggi pencapaian akademik pelajar di sekolah tersebut.Sebaliknya, korelasi Pearson telah menunjukkan bahawa tidak terdapat perkaitan yangsignifikan antara jumlah tanggungan keluarga dengan pencapaian akademik pelajar iaitujumlah tanggunggan keluarga tidak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Ujian-tmenunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan pencapaian akademik pelajarmengikut faktor jantina iaitu faktor jantina tidak mempengaruhi pencapaian akademikpelajar. ANOVA sehala pula menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan dalampencapaian akademik pelajar berdasarkan lokasi tempat tinggal. Keadaan ini telahmenunjukkan bahawa pencapaian akademik pelajar yang tinggal di kawasan bandaradalah lebih baik daripada para pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar. Hal inikerana pelajar di kawasan bandar lebih mudah mendapat kemudahan dan sumberpembelajaran berbanding pelajar di kawasan luar bandar. Sebaliknya, ANOVA sehalatelah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dalam pencapaianakademik pelajar berdasarkan kategori pekerjaan ibu bapa iaitu faktor pekerjaan ibu bapatidak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Tambahan pula, dapatan kajian turutmembuktikan terdapat perbezaan dalam pencapaian akademik pelajar berdasarkanceramah motivasi dan ceramah akademik. Kesimpulannya, terdapat perkaitan antarabeberapa faktor keluarga dengan aktiviti-aktiviti bimbingan dan kaunseling terhadappencapaian akademik.

    XI

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    11/24

    ABSTRACT

    The Relationship Between Family Factors And Guidance With Counselling ActivitiesTowards Students Academic Achievement: A CaseStudy

    YeePui LengObjectively, this research was to determine the correlation between family factors(amount of family s financial burden, parents average monthly salary, parents workcategory and residing location) with guidance and counselling activities (motivationaland academic talks) towards the students academic achievement. The respondents forthis research were Lower Six students of Sekolah Menengah Kebangsaan Dato SyedOmar in Alor Star, Kedah where 103 respondents were involved. The instrument for thisresearch was a set of questionnaire built by Najib bin Endong and three lecturers fromFaculty of Sciences Social approved the questionnaire. Descriptive statistics such asfrequency and crosstabs were used to calculate the percentages for demographic factors.Inferential statistics method such as Pearson Correlation, t-test and One-Way ANOVAwere used to analyze the research s hypotheses. Pearson Correlation indicated that therewas a negative relationship and significant relationship between parents averagemonthly salary and students academic achievement. This showed that the higherparents average monthly salary, the higher students academic achievement will be.However, Pearson Correlation indicated that there was no significant relationshipbetween family s financial burden and students academic achievement, which meant thatthe amount of family s financial burden did not influence students academicachievement. T-test indicated that there was no significant difference in studentsacademic achievement based on gender factors, where gender factors did not influencestudents academic achievement. One-Way ANOVA showed that there was a significantdifference in students academic achievement based on their residing location. Thisindicated that the academic achievement for students who lived in urban area was betterthan the students who lived in rural area. The urban students have an easier accessinfrastructure and reading sources compared to students in rural area. However, One-Way ANOVA indicated that there was no significant difference in students academicachievement based on parents work category, which was parents work factors have noinfluence on students academic achievement. In addition, results from this researchprove that there was a difference in students academic achievement based onmotivational and academic talks. In conclusion, there are correlations between several ofthe family factors with the guidance and counselling activities towards studentsacademic achievement.

    xii

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    12/24

    BAB 1PENGENALAN

    1.0 PengenalanKeluarga merupakan satu sistem sosial yang paling asas yang wujud dalam

    kehidupan manusia. Sistem keluarga amat penting bagi sesebuah negara. Jikatidak ada keluarga maka tidak wujud negara. Hal ini disebabkan sistem keluargamerupakan tapak asas bagi menubuhkan sesebuah negara. Keluarga merupakansatu faktor yang dapat mempengaruhi seseorang individu mencapai kejayaandalam kerjaya serta kehidupan dan seterusnya memberi sumbangan danperkhidmatan kepada negara.

    Keluarga merupakan satu unit sosial yang tulen. Menurut Goode dalam T.Marimuthu, 1994), dalam sebuah keluarga sekurang-kurangnya harus mempunyaidua orang dewasa yang berlainan jantina tinggal bersama. Mereka menjalankantugasan yang berlainan iaitu dari aspek pembahagian tugasan. Mereka mempunyai

    pekerjaan iaitu terlibat dalam bidang ekonomi dan sosial untuk satu sama lain.

    1

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    13/24

    Selain itu, mereka saling berkongsi beberapaperkara untuk menjalankankehidupan bersama seperti makanan, seks, tempat kediaman, barang-barang dan juga aktiviti sosial. Ciri-ciri keluarga juga bermaksud bahawa terdapatpertalian antara ibu bapa dengan anak; ibu bapa berhak mempunyai kuasa ke atasanak serta ibu bapa dan anak saling bertanggungjawab untuk perlindungan,kerjasama dan pengasuhan. Di samping itu, terdapat pertalian saudara kandung dikalangan anak serta perasaan tanggungjawab untuk saling melindungi danmembantu di antara satu sama lain.

    Keluarga dan sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam usahamembina dan membimbing para pelajar mencapai kejayaan yang cemerlangdalam pendidikan iaitu pencapaian akademik. Keluarga asas dianggotai oleh

    pasangan suami isteri serta anak merupakan bentuk keluarga yang paling lazimpada masa ini. Dalam sistem keluarga terdapat beberapa faktor yang bolehmempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Antaranya ialah jumlah tanggungankeluarga, angggaran pendapatan bulanan ibu bapa, lokasi tempat tinggal dankategori pekerjaan ibu bapa.

    Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang formal yang diwujudkanoleh masyarakat dan bertujuan untuk menyalurkan norma dan nilai-nilaimasyarakat kepada anak muda. Dalam proses persekolahan, para pelajar dapatmempelajari ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap, pandangan danpengalaman tertentu terhadap masyarakat melalui sistem pendidikan dalam jangkamasa tertentu T. Marimuthu, 1994).

    2

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    14/24

    Pencapaian akademik pelajar akan merosot jika tanpa sokongan daripadakeluarga. Menurut pakar psikologi Murray. H dalam T. Marimuthu, 1994),mentakrifkan pencapaian sebagai satu kecenderungan dan keinginan untukmengatasi segala rintangan serta menggunakan kuasa untuk cuba melakukanperkara yang sukar dengan usaha yang lebih tekun, cepat dan baik yang mungkin.

    Menurut kajian Zakaria B. Osman 1996) tentang hubungan faktor latarbelakang dan komitmen ibu bapa dengan pencapaian matematik pelajar.Responden ialah para pelajar tingkatan empat daripada lima belas buah sekolahmenengah di daerah Kota Star, Kedah. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapatlima belas pembolehubah yang mempunyai hubungan signifikan denganpencapaian matematik pada aras keertian 0.05. Tiga daripadanya mewakili faktor

    latar belakang ibu bapa manakala dua belas pembolehubah lain mewakili faktorkomitmen ibu bapa. Pembolehubah latar belakang ibu bapa ialah taraf pendidikanibu, taraf pendidikan bapa dan jumlah pendapatan keluarga. Pengkajimenggunakan borang soal selidik untuk menjalani kajian tersebut.

    Menurut kajian Folger, J.K., Astin, H. S. dan Bayer, A. E., dalamHenderson, A. D. dan Henderson, J.G., 1974) di Amerika Syarikat terdapat satukajian lanjutan terhadap para pelajar senior di sekolah tinggi pada tahun 1960,menunjukkan bahawa terdapat 90 peratus daripada lepasan sekolah dalamkumpulan berkebolehan tinggi dan mempunyai status sosioekonomi yang tinggimenghadiri maktab dan universiti, hanya 69 peratus lelaki dan 52 peratusperempuan dalam kumpulan yang berkebolehan tinggi dan berstatus rendah dalamsosioekonomi. Sebaliknya para pelajar daripada kumpulan yang berkebolehan

    3

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    15/24

    rendah terdapat 40 peratus daripada mereka adalah berstatus sosioekonomi yangtinggi dan hanya 10 peratus adalah terdiri daripada pelajar yang berasal daripadakeluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah.

    Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak dan sumbangannya terhadapkejayaan akademik anak telah dikaji sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Antaranya ialah berkaitan dengan peranan ibu bapa dalam pendidikan. Pena2000, p.42) telah mendapati bahawa semua jenis pendekatan seperti temuramah,

    tinjauan, pemerhatian dan kaedah analisis yang lain terhadap aktiviti ibu bapamenunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa adalah dipengaruhi beberapa faktor.Pengkaji menyatakan bahawa antara faktor-faktor utama ialah bahasa, tarafpendidikan ibu bapa, sikap kakitangan sekolah, budaya, isu keluarga dan beberapafaktor tersembunyi. Faktor-faktor ini jelas diketahui pentadbir sekolah dan paraguru tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa kesan pengaruh faktor-faktor initerhadap penglibatan ibu bapa adalah sangat serius. Para pengkaji berharap agardapat meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak sekaligusmempertingkatkan pencapaian akademik pelajar melalui pemahaman tentangfaktor-faktor tersebut. Menurut Berita Utusan pada 7 Oktober 2004 yangdinyatakan oleh Roslah Othman, kanak-kanak yang mendapat dorongan dantindak balas yang terbaik daripada ibu bapa dapat memupuk keupayaan merekauntuk berjaya dalam kehidupan mereka.

    Kajian tentang tahap sosial mempengaruhi pencapaian akademik pelajartelah dikaji oleh Kristin E. Voelkl, John W. Weite dan William F. Wieczorek,1999). Kajian ini dijalankan di kalangan remaja golongan African American di

    4

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    16/24

    antara umur 16 tahun hingga 19 tahun. Hasil kajiannya ialah pencapaian akademikberbanding dengan remaja kulit putih lebih baik berbanding dengan remaja kulithitam. Menurut Jencks dalam T. Marimuthu, 1994), beberapa kajian yang telahdijalankan di Amerika telah mendapati bahawa setengah daripada perbezaandalam pencapaian akademik pelajar adalah berpunca daripada faktor latarbelakang keluarga.

    Hj. Ibrahim bin Yon 1984) mendapati bahawa para pelajar sekolahmenengah di luar bandar sangat memerlukan khidmat guru bimbingan sepenuhmasa untuk membimbing mereka. Hal ini disebabkan para pelajar adalah daripadakeluarga petani. Ibu bapa terlalu sibuk dan tidak berpendidikan tinggi. Jadi ibubapa tersebut kurang pengetahuan dan tidak mengikuti perkembangan akademik

    anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga tidak mampu menyediakan bahan bacaan danalatan yang secukupnya kepada anak-anak. Keadaan ini juga menyebabkan parapelajar tersebut lebih cenderung kepada aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedahseperti bersembang, menangkap burung atau binatang yang lain dan berenang. Halini dapat diatasi dengan mempunyai guru-guru bimbingan sepenuh masa disekolah menengah di luar bandar kerana mereka dapat mengatur rancangan danaktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk mambantu para pelajar meningkatkanpotensi dari aspek pencapaian akademik. Keadaan ini telah membuktikan bahawapara pelajar daripada keluarga yang miskin dan ibu bapa tidak mempunyai tahappendidikan yang tinggi akan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

    5

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    17/24

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    18/24

    S. Untuk membandingkan pencapaian akademik pelajar mengikutkategori pekerjaan bu bapa.

    1.2 Kenyataan MasalahSejak kebelakangan ini, pihak kerajaan dan masyarakat amat mengambil

    berat terhadap isu akademik pelajar. Melalui laporan Jabatan Pendidikan TinggiJPT) yang dinyatakan dalam Berita Harian pada tahun 2001, pencapaian

    akademik di kalangan pelajar lelaki yang dikatakan lebih rendah berbandingperempuan dalam persaingan memasuki Institusi Pengajian Tinggi AwamIPTA). Terdapat beberapa pihak memberikan komen bahawa konsep peperiksaan

    sedia ada yang lebih menjurus kepada bentuk tumpuan dan hafalan, jelas lebih

    memihak kepada kesesuaian pelajar perempuan. Menurut Prof Dr Hassan Saiddalam Berita Harian, 2001), menyiarkan Laporan Khas mengenai senario

    bilangan pelajar perempuan yang berjaya memperoleh keputusan cemerlangdalam peperiksaan umum dan memasuki IPTA semakin meningkat malahmengatasi pelajar lelaki. Berdasarkan statistik pelajar universiti berkenaanmengikut sesi pengajian dan jantina dari tahun 1998 hingga tahun 2000, peratusanperempuan adalah lebih tinggi daripada lelaki dengan lingkungan nisbah 60: 40.Pada tahun 2000, statistik sesi pengambilan pertama Disember 1999-April 2000)serta sesi pengambilan kedua Jun-November 2000) mencatatkan bilangankemasukan pelajar perempuan terus mengatasi dengan 56.0 peratus berbandingdengan 44.0 peratus lelaki diikuti 57.1 peratus perempuan berbanding 42.9peratus lelaki.

    7

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    19/24

    Selain itu, faktor sosioekonomi juga mempengaruhi pencapaian akademikpelajar. Para pelajar yang berasal daripada keluarga miskin dan berpendapatanrendah mempunyai pencapaian akademik yang rendah terutamanya dari segipenguasaan mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Hal inidisebabkan keluarga miskin dan berpendapatan rendah tidak mampu memberikemudahan untuk belajar kepada anak-anak belajar dalam situasi yang lebihselesa dan sesuai. Di samping itu, ibu bapa juga tidak mampu menghantar anak-anak ke pusat tuisyen untuk memperbaiki kelemahan mata pelajaran anak-anak.Keadaan ini juga telah menyebabkan anak-anak terpaksa belajar berkongsi segalakemudahan bersama dengan adik-beradik yang lain semasa belajar di rumahNajib B. Endong, 2002).

    Pelajar merupakan aset negara yang bermutu pada masa hadapan. Aset iniperlu dibimbing dengan baik supaya pelajar membawa harapan dan pembangunankepada negara pada masa akan datang. Namun, golongan pelajar yang tidak dapatpendidikan yang sempurna adalah sukar bagi pihak pendidikan yang hendakmembentuk pelajar menjadi insan yang berguna dan berkualiti. Selain itu, terdapatpeningkatan bilangan pelajar gagal meneruskan pelajaran akibat masalah keluargayang terdiri daripada faktor sosioekonomi dari segi pendapatan keluarga,pekerjaan ibu bapa dan saiz keluarga. Jadi perkhidmatan serta aktiviti bimbingandan kaunseling juga penting dalam memainkan peranan untuk mengatasi masalahini.

    8

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    20/24

    1.3 Hipotesis KajianHipotesis Alternatif 1 Terdapat perkaitan signifikan antara jumlah tanggungan keluarga

    dengan pencapaian akademik pelajar.Hipotesis Altematif 2 Terdapat perkaitan signifikan antara anggaran pendapatan bulananibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar.Hipotesis Altematif 3 Terdapat perbezaan signifikan pencapaian akademik mengikut

    jantina.Hipotesis Alternatif 4 Terdapat perbezaan signifikan pencapaian akademik pelajar

    mengikut lokasi tempat tinggal.Hipotesis Alternatif 5 Terdapat perbezaan signifikan pencapaian akademik pelajar

    mengikut kategori pekerjaan ibu bapa.

    1.4 Kepentingan KajianSejak kebelakangan ini pihak kerajaan dan masyarakat semakin mengambil

    berat terhadap isu akademik pelajar. Ini disebabkan masyarakat sekarang perlumempunyai sijil-sijil yang berkualiti untuk memohon pekerjaan. Semakin banyakpusat tuisyen dan sekolah ditubuhkan untuk mendidik dan membimbing parapelajar supaya mendapat pencapaian yang cemerlang dalam akademik sertamencapai kejayaan.

    Kajian ini dijalankan untuk membantu masyarakat lebih memahami sertamengetahui tentang betapa pentingnya hubungan keluarga terhadap pencapaianakademik pelajar. Selain itu kajian ini juga dapat membolehkan masyarakatmemahami tentang kesan faktor keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar.

    Hasil kajian ini juga penting kerana dapat membantu pakar bidang pendidikandalam mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar supaya dapat mencari

    9

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    21/24

    penyelesaian dan strategi yang lebih efektif untuk membantu para pelajar yangbermasalah terutamanya di kawasan luar bandar. Kajian ini lebih menegaskankepada faktor keluarga dari segi sosioekonomi akan mempengaruhi pencapaianakademik para pelajar.

    Di samping itu, aktiviti-aktiviti bimbingan dan kaunseling dapat memberikesan terhadap pencapaian akademik pelajar di sekolah seperti ceramah motivasidan ceramah akademik yang dianjurkan oleh guru-guru dari unit bimbingan dankaunseling di sekolah. Para pelajar boleh mendapat maklumat mengenaipemilihan mata pelajaran pilihan, kerjaya dan institusi pelajaran supaya bolehmembuat keputusan yang bijak terhadap masa depan mereka. Selain itu, aktiviti-aktiviti bimbingan dan kauseling ini juga dapat memberi dorongan dan semangatkepada para pelajar serta kesedaran terhadap kelebihan dan kelemahan diri sendiridalam pencapaian akademik.

    1.5 Definisi Konsep

    1.5.1 KeluargaKonsepsual : Pada zaman dahulu keluarga itu adalah satu golongan yang

    lebih besar daripada keluarga moden sekarang. Kebanyakan keluarga terdiridaripada beberapa keluarga atau anak yang belum kahwin yang hidup bersama-sama pada suatu tempat, diketuai oleh seorang ketua keluarga yang dinamakanpatriach di kalangan bangsa Yunani Bouman, P. J., 1997). Selain itu, keluargajuga terdiri daripada dua struktur utama iaitu keluarga asas atau nuklear dan

    10

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    22/24

    keluarga luas atau extended. Keluarga asas terdiri daripada suami, isteri dan anaksahaja manakala keluarga luas termasuk juga ahli-ahli keluarga yang lain sepertisaudara mara, datuk, nenek, sepupu dan lain-lain lagi yang tinggal dalam saturumah yang sama T. Marimuthu, 1994).

    Operasional : Dalam kajian ini, keluarga adalah dua atau lebih individuyang mempunyai hubungan darah atau perkahwinan yang saling berkongsiperasaan di antara ahli antara satu sama lain.

    1.5.2 Pencapaian akademikKonsepsual : Dalam konteks pembelajaran, pencapaian bermaksud

    keputusan peperiksaan yang diperolehi oleh pelajar mengikut peringkatpersekolahan, kaum, jurusan, lokasi, kajian, negeri, dan wilayah T. Marimuthu,1990). Menurut Kerlinger dalam Najid bin Endong, 2002), pencapaian akademikialah markah yang diperolehi oleh pelajar dalam sesuatu peperiksaan umum atauujian.

    Operasional : Dalam kajian ini, pencapaian akademik boleh didefinisikan

    sebagai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM) gred yang diperolehi olehpelajar di sekolah berdasarkan gred tujuh subjek atau mata pelajaran yang terbaik.Pencapaian akademik pelajar juga dapat dipengaruhi oleh aktiviti-aktivitibimbingan dan kaunseling di sekolah.

    11

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    23/24

    1.5.3 BimbinganKonsepsual : Bimbingan ialah satu perkhidmatan memberi nasihat dan

    tunjuk ajar kepada individu untuk menyelesaikan masalahnya sendiri (ZulkifliYusuf, 1988). Menurut Crow Crow (dalam Zulkifli Yusuf, 1988), bimbinganjuga bermaksud sebagai satu bantuan yang diberikan oleh seseorang yangmemiliki kelayakan atau keupayaan dari segi peribadi atau pendidikan kepadaindividu untuk menolongnya membuat keputusan dan mengatasi masalahnya sertamenanggung risiko masalah tersebut.

    Operasional : Dalam kajian ini, bimbingan ialah satu proses pengajaranyang memberi maklumat dan khidmat bimbingan kepada para pelajar olehkaunselor sekolah supaya para pelajar dapat belajar sesuatu yang baru danmenggunakannya untuk mempertingkatkan pencapaian akademik.

    1.5.4 KaunselingKonsepsual : Menurut Hajjah Rahimah Abdul Rahman (2003), kaunseling

    ialah satu proses membantu manusia. Menurut Patterson (dalam Shertzer, B.

    Sone, S. C., 1980), kaunseling juga ialah satu urusan untuk mempengaruhiperubahan tingkah laku seseorang secara sukarela. Kaunseling juga merupakansatu proses menolong yang melibatkan tiga bidang utama iaitu (a) perasaan danpemikiran seseorang pada masa sekarang (here now), (b) pemikiran danperasaan seseorang yang ingin dicapainya pada masa sekarang dan (c) jikaterdapat ketidaksesuaian antara (a) dan (b) maka harus mengambil langkah yangsesuai untuk mengatasi ketidaksesuaian tersebut (Zulkifli Yusuf, 1988).

    12

  • 8/13/2019 Yee Pui Leng

    24/24