Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
-
Upload
abdul-rahim-awang -
Category
Documents
-
view
255 -
download
5
Transcript of Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
1/45
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
2/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
1
ISI KANDUNGAN
GLOSARI ISTILAH/SINGKATAN .......................................................................................................................... 31. PENGENALAN ..................................................................................................................................... 7
1.1 Skim Kepentingan ............................................................................................ 71.2 Pendaftaran Skim ............................................................................................. 71.3 Kenyataan Menolak Liabiliti ........................................................................... 71.4 Taksiran Merit dan Risiko Pelaburan .............................................................. 71.5 Tempoh Sah Laku Prospektus ......................................................................... 7
2. RINGKASAN SKIM RAJA TILAPIA ......................................................................................................... 83. MAKLUMAT SYARIKAT PENGURUSAN ................................................................................................ 9
3.1 Latar Belakang ................................................................................................. 93.2 Pemegang-Pemegang Saham ..................................................................... 93.3 Maklumat Korporat Syarikat Pengurusan ..................................................... 93.4 Pengurusan Atasan ........................................................................................ 103.5 Pengalaman Dalam Penternakan Ikan Tilapia .......................................... 113.6 Bidang Perniagaan ........................................................................................ 113.7 Tugas/Tanggungjawab Syarikat Pengurusan ............................................ 123.8 Persaraan, pemecatan dan penggantian Syarikat Pengurusan ........... 143.9 Akujanji Syarikat Pengurusan ........................................................................ 14
4. MAKLUMAT SKIM ............................................................................................................................. 154.1 Skim Raja Tilapia ............................................................................................. 154.2 Pakej Ikan Tilapia ............................................................................................ 154.3 Bilangan Tawaran Pakej Ikan Tilapia ........................................................... 154.4 Tempoh Skim ................................................................................................... 164.5 Harga Pembelian Pakej Ikan Tilapia ............................................................ 164.6 Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Tilapia ........................................................... 164.7 Proses Pembelian Pakej Ikan Tilapia ............................................................ 164.8
Keuntungan Ahli Skim .................................................................................... 17
4.9 Struktur Pembayaran Kadar Hasil Bersih ..................................................... 174.10 Pembelian-balik Pakej Ikan Tilapia .............................................................. 184.11 Penamatan dan Penggulungan Skim Raja Tilapia ................................... 184.12 Akaun Amanah .............................................................................................. 194.13 Perunding Bebas ............................................................................................ 194.14 JuruAudit ......................................................................................................... 194.15 Ketua Pegawai Eksekutif ............................................................................... 20
5. MAKLUMAT TAPAK PENTERNAKAN IKAN TILAPIA ............................................................................ 215.1 Tanah-tanah Skim .......................................................................................... 215.2 Tempat Penternakan Ikan Tilapia ................................................................ 21
6. PEMEGANG AMANAH ....................................................................................................................... 226.1 Pemegang Amanah Skim ............................................................................. 226.2 Tugas dan tanggungjawab Pemegang Amanah .................................... 226.3 Ganjaran Pemegang Amanah ................................................................... 236.4 Persaraan, Pemecatan dan Penggantian Pemegang Amanah ........... 236.5 Akujanji Pemegang Amanah ....................................................................... 24
7. MAKLUMAT TAMBAHAN .................................................................................................................. 257.1 Suratikatan Amanah ...................................................................................... 257.2. Pihak-pihak dalam Suratikatan Amanah ................................................... 257.3 Hak-hak Ahli Skim ........................................................................................... 257.4. Mesyuarat Ahli-ahli Skim ................................................................................ 257.5. Perihal Harta Yang Dipegang Pemegang Amanah ................................ 307.6 Skim Lain .......................................................................................................... 307.7 Penilaian .......................................................................................................... 30
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
3/45
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
4/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
3
GLOSARI ISTILAH/SINGKATAN
Dalam Prospektus ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain,
istilah dan terma yang digunakan berikut mempunyai makna seperti berikut:
Ahli Skim : ertinya individu yang membeli Pakej Ikan Tilapia
di dalam Skim Raja Tilapia di mana nama
individu tersebut akan didaftarkan di Daftar Ahli
Skim dan di mana Ahli-ahli Skim merujuk
kepada dua (2) atau lebih Ahli Skim;
Akaun Amanah : ertinya akaun yang yang dibuka di atas nama
Pemegang Amanah dengan bank yang
bereputasi dan dipersetujui oleh Syarikat
Pengurusan bagi menyimpan Dana Terikat;
Akta Syarikat : ertinya Akta Syarikat 1965 (Akta 125);
Borang Notis Pembelian-
Balik Pakej Ikan Tilapia
: ertinya borang yang telah disediakan oleh
Syarikat Pengurusan untuk diisi oleh Ahli Skim
yang berhasrat untuk menamatkan penyertaan.
Borang Permohonan : ertinya borang yang telah disediakan oleh
Syarikat Pengurusan untuk diisi oleh Pemohondalam permohonan untuk menyertai Skim ini;
Daftar Ahli Skim : ertinya daftar Ahli Skim yang menyimpan segala
rekod Ahli-ahli Skim yang berdaftar sebagai
mematuhi Seksyen 92 Akta Syarikat;
Dana Terikat : ertinya dana terikat yang diwujudkan oleh
Syarikat Pengurusan di bawah Suratikatan ini
bagi menampung kos-kos seperti mana yangtertakluk di dalam Suratikatan Amanah;
Harga Beli-Balik : ertinya harga pembelian balik Pakej Ikan Tilapia
oleh Syarikat Pengurusan daripada Ahli Skim
yang berhasrat untuk menamatkan penyertaan;
Harga Pembelian : ertinya harga penjualan Pakej Ikan Tilapia oleh
Syarikat Pengurusan dan harga pembelian
Pakej Ikan Tilapia oleh Ahli Skim;
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
5/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
4
Harga Lantai : ertinya Ringgit Malaysia Enam (RM6.00) bagi
satu kilogram ikan tilapia;
Kadar Hasil Bersih : ertinya perolehan yang berhak diterima oleh
Ahli Skim bagi satu (1) Pakej Ikan Tilapia pada
akhir setiap Pusingan;
Harga Pasaran Borong : ertinya harga pembelian ikan Tilapia matang
bagi satu (1) kilogram di pasaran borong atau
Harga Lantai, yang mana lebih tinggi;
Pakej Ikan Tilapia : ertinya satu (1) unit kepentingan di dalam Skim
Raja Tilapia di mana Ahli Skim mempunyai
kepentingan di dalam Skim Raja Tilapia tertakluk
dan selaras dengan terma-terma, syarat-syaratdan waad-waad yang terkandung di dalam
Suratikatan Amanah dan di mana Pakej-pakej
Ikan Tilapia merujuk kepada dua (2) atau lebih
Pakej Ikan Tilapia.
Pendaftar : ertinya Pendaftar Syarikat seperti yang telah
ditetapkan di bawah Akta Syarikat;
Pihak Berkuasa ertinya termasuk mana-mana agensi-agensikerajaan yang relevan yang mempunyai
bidang kuasa ke atas perkara tersebut;
Pusingan : ertinya tempoh enam (6) bulan sepanjang
Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Tilapia bermula
daripada Tarikh Pembelian Disahkan di mana
enam (6) bulan pertama dikenali sebagai
Pusingan 1, enam (6) bulan kemudiannya
sebagai Pusingan 2, enam (6) bulan selepas itu
sebagai Pusingan 3 dan enam (6) bulan terakhir
Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Tilapia dikenali
sebagai Pusingan 4;
Pemegang Amanah : ertinya MyPremier Trustee (Malaysia) Berhad
(No. Syarikat: 719395-T) sebuah syarikat berhad
yang diperbadankan dan berdaftar di Malaysia;
Pemohon : ertinya individu yang telah mengemukakanBorang Permohonan kepada Syarikat
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
6/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
5
Pengurusan untuk memohon membeli Pakej
Ikan Tilapia di dalam Skim ini;
Prospektus : ertinya penyata bertulis yang mematuhi Seksyen
90 Akta Syarikat dan mana-mana peraturannya;
Sijil Ahli Skim : ertinya sijil yang akan diterima oleh Ahli Skim
sebagai bukti pemilikan Pakej Ikan Tilapia;
Skim Raja Tilapia : ertinya skim kepentingan yang diwujudkan dibawah Suratikatan dan melibatkan
penternakan ikan Tilapia secara kolectif yang
diuruskan oleh Syarikat Pengurusan;
Syarikat Pengurusan : ertinya AZZ Marketing Berhad (884774-V),
sebuah syarikat berhad yang diperbadankan di
Malaysia termasuk pengganti hakmiliknya;
Suratikatan Amanah : ertinya Suratikatan Amanah yang bertarikh 21Mei 2012 di antara Syarikat Pengurusan,
Pemegang Amanah, Tuan-Tuan Tanah dan Ahli-
ahli Skim termasuk apa-apa pindaan, modifikasi
dan perubahan yang dibuat kepadanya dari
masa ke semasa;
Suratikatan Penamatan Skim : ertinya suratikatan amanah yang menyatakan
persetujuan Syarikat Pengurusan dan
Pemegang Amanah bagi penamatan Skim
lebih awal daripada tempoh keseluruhan Skim
dua puluh (20) tahun;
Tanah-tanah Skim : etinya tanah-tanah yang dinyatakan di Jadual
Pertama;
Tapak-tapak Penternakan : ertinya tapak-tapak penternakan yang
diuruskan oleh Syarikat Pengurusan di atas
Tanah-tanah Skim;
Tarikh Pelancaran : ertinya tarikh Prospektus pertama yang bertarikh
20 Jun 2012;
Tempoh Bertenang : ertinya sepuluh (10) hari dari tarikh BorangPermohonan;
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
7/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
6
Tarikh Pembelian Disahkan : ertinya tarikh pembayaran Harga Pembelian
Pakej Ikan Tilapia dijelaskan sepenuhnya dan
disahkan terima oleh Syarikat Pengurusan;
Tempoh Sah Laku Pakej Ikan
Tilapia
: ertinya selama dua (2) tahun daripada Tarikh
Pembelian Disahkan;
Tuan-tuan Tanah : ertinya pihak-pihak yang mana nama dan butir-
butir dinyatakan di Jadual Pertama Prospektus
ini yang merupakan tuanpunya-tuanpunya
berdaftar dan mempunyai kepentingan ke atastanah-tanah yang mana butir-butir tanah
dinyatakan di Jadual Pertama tersebut.
(Halaman ini sengaja dibiarkan kosong)
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
8/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
7
1. PENGENALAN
1.1 Skim Kepentingan
Pelaburan yang ditawarkan melalui Prospektus ini merupakan skim kongsi tani
di bawah Divisyen 5 Bahagian IV Akta Syarikat 1965.
1.2 Pendaftaran Skim
Pendaftar telah meluluskan penawaran bagi pembelian, atau menerbitkansuatu pelawaan untuk membeli unit-unit kepentingan dengan pendaftaran
Suratikatan Amanah dan suatu salinan Prospektus ini yang bertarikh 20 Jun
2012 telah diserahsimpan dan didaftarkan dengan Pendaftar.
1.3 Kenyataan Menolak Liabiliti
Pendaftar tidak menerima tanggungjawab bagi ketepatan mana-mana
kenyataan yang dibuat atau pendapat atau laporan yang dinyatakan di
dalam Prospektus ini.
1.4 Taksiran Merit dan Risiko Pelaburan
Para pelabur dinasihatkan menggunakan penilaian mereka sendiri untuk
menaksir merit dan risiko sesuatu pelaburan. Di dalam menimbangkan
pelaburan, para pelabur yang masih di dalam keraguan tentang tindakan
yang boleh diambil, hendaklah terus mendapatkan pandangan daripadapenasihat profesional.
1.5 Tempoh Sah Laku Prospektus
Prospektus bertarikh 20 Jun 2012 ini adalah sah untuk enam (6) bulan
daripada tarikh tersebut di mana tiada Pakej Ikan Tilapia yang akan dijual
menggunakan Prospektus ini selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh
Prospektus ini dan satu Prospektus baru akan di daftarkan oleh Syarikat
Pengurusan, dengan kebenaran Pendaftar, bagi membolehkan Pakej Ikan
Tilapia boleh dijual oleh Syarikat Pengurusan selepas tarikh sah laku Prospektusini.
(Halaman ini sengaja dibiarkan kosong)
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
9/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
8
2. RINGKASAN SKIM RAJA TILAPIA
2.1 Bab ini hanyalah merupakan ringkasan kepada maklumat-maklumat yang
telah diekstrak daripada keseluruhan teks Prospektus ini. Pelabur dinasihatkan
membaca dan memahami perenggan ini dan keseluruhan Prospektus ini
sebelum memutuskan untuk melabur dalam Skim ini.
Nama Skim : Skim Raja Tilapia
Kategori Skim : Skim kongsitani sebagaimana yang
termaktub di bawah Divisyen 5Bahagian IV Akta Syarikat 1965
Lokasi Penternakan Ikan Tilapia : Manjung, Perak
Saiz Tapak Penternakan : Lebih kurang 10 ekar
Jumlah Pakej Ikan Tilapia yang
diwujudkan pada Tarikh
Pelancaran
: 30,000 unit
Jumlah Pakej Ikan Tilapia yangditawarkan pada Tarikh
Pelancaran
: 21,000 unit
Jumlah Pakej Ikan Tilapia yang
disimpan oleh SyarikatPengurusan sebagai pakej
simpanan
: 9,000 unit
Harga Belian Pakej Ikan Tilapia : RM1,600.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu
Enam Ratus Sahaja) bagi satu (1) unit
Pakej Ikan Tilapia
Jangkamasa Pakej Ikan Tilapia : Selama dua (2) tahun bersamaan
dengan empat (4) Pusingan
Tempoh Satu Pusingan : Enam (6) bulan
Tempoh Keseluruhan Skim : Dua Puluh (20) Tahun
Syarikat Pengurusan : AZZ Marketing Berhad (884774-V)
Pemegang Amanah : MyPremier Trustee (Malaysia) Berhad
(719395-T)
Perunding Bebas : Kris Ocean Aquatic Sdn Bhd (561217-
M)
Peguamcara : Tetuan Masleena, Yee & Partners
(Halaman ini sengaja dibiarkan kosong)
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
10/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
9
3. MAKLUMAT SYARIKAT PENGURUSAN
3.1 Latar Belakang
Syarikat Pengurusan telah diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat
pada 5 Januari 2010, di bawah nama AZZ Marketing Berhad dengan modal
dibenarkan dan modal berbayar sebanyak RM1,000,000.00. Penubuhan
Syarikat adalah bagi tujuan menjalankan satu skim kongsitani yang
menawarkan orang ramai peluang untuk melibatkan diri di dalam
penternakan ikan Tilapia.
3.2 Pemegang-Pemegang Saham
Pemegang-pemegang saham AZZ Marketing Berhad adalah AZZ Marketing
Berhad yang terdiri daripada:
(a) Abdul Khairil Ridzuan Firdaus Bin Abdul Rahim (90%)(b) Abdul Khairul Hisham Firdaus Bin Abdul Rahim (10%)
3.3 Maklumat Korporat Syarikat Pengurusan
(a) Syarikat Pengurusan
AZZ Marketing Berhad (No. Syarikat 884774-V)
(b) Pengarah-Pengarah
Nama Alamat Kediaman Jawatan
Abdul Khairil
Ridzuan Firdaus Bin
Abdul Rahim
D2, Quarters Guru,
Sekolah Menengah Teknik
Jalan Tendong, Bunut Susu,
17020 Pasir Mas, Kelantan
Pengarah Urusan
Abdul Khairul
Hisham Firdaus BinAbdul Rahim
D2, Quarters Guru,
Sekolah Menengah Teknik,Jalan Tendong, Bunut Susu,
17020 Pasir Mas, Kelantan
Pengarah Syarikat
(c) Pengurusan
Abdul Khairil
Ridzuan Firdaus Bin
Abdul Rahim
D2, Quarters Guru,
Sekolah Menengah Teknik,
Jalan Tendong, Bunut Susu,
17020 Pasir Mas, Kelantan
Pengarah
Syarikat/Ketua
Pegawai Eksekutif
Ab Khairul Hisham
Firdaus Bin Abdul
Rahim
D2, Quarters Guru,
Sekolah Menengah Teknik,
Jalan Tendong, Bunut Susu,
17020 Pasir Mas, Kelantan
Pengarah Syarikat
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
11/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
10
Mohd Johari Mohd
Razali
Lot 748, Taman Sari
Jalan Hospital
15300 Kota Bharu
Kelantan
Ketua Pegawai
Operasi
(d) Alamat Pejabat Berdaftar dan Perniagaan
Tingkat 1, Bangunan Sapura,Lot 181 & 195, Jalan Sultanah Zainab,
15000 Kota Bharu, Kelantan
Nama Alamat Kediaman Jawatan
(e) Nor Safinas Binti
Abu Bakar
(MACS01520)
No. 22, Jalan Gombak Ria
3, Taman Gombak Ria,
68100 Batu Caves, Selangor
Setiausaha Syarikat
(f) MyPremier Trustee
(Malaysia) Berhad(719395-T)
B710, Block B,
Pusat Dagangan PhileoDamansara 1, Jalan 16/11,
Off Jalan Damansara,
46350 Petaling Jaya,Selangor
Pemegang
Amanah
(h) Salihin (AF1426) 555,
Jalan Samudra Utara 1
Taman Samudra,68100 Batu Caves
Selangor
Juruaudit
(i) Tetuan Masleena,
Yee & Partners
Suite 319, Lobby 5, Block A,
Damansara Intan e-Business
Park, No. 1, Jalan SS20/27,
47400 Petaling Jaya
Selangor
Peguambela &
Peguamcara
(j) Buku Daftar Ahli Skim akan disimpan di:
Tingkat 1, Bangunan Sapura,
Lot 181 & 195, Jalan Sultanah Zainab,
15000 Kota Bharu, Kelantan
Boleh didapati pada waktu pejabat:
SelasaAhad 8.30 pagi hingga 5.30
petang
3.4 Pengurusan Atasan
3.4.1 Kedua-dua pemegang saham AZZ Marketing Berhad adalah juga pengarah-
pengarah bagi syarikat tersebut.
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
12/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
11
3.4.2 Encik Abdul Khairil bertindak sebagai Pengarah Urusan AZZ Marketing Berhad
& Ketua Pegawai Eksekutif Skim Raja Tilapia. Encik Abdul Khairil mempunyai
kelulusan diploma di dalam pengurusan hartanah, lepasan Universiti Teknologi
Mara (UiTM). Sejak berkecimpung di dalam bidang penternakan ikan air
tawar, beliau telah menghadiri beberapa kursus ternakan ikan yang
dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun pihak swasta.
3.4.3 Manakala Encik Abdul Khairul pula bertindak sebagai Pengarah yang
bertanggungjawab ke atas pengurusan harian pejabat AZZ Marketing
Berhad. Tugas Encik Abdul Khairul termasuk menguruskan hal-ehwal
kakitangan dan pengurusan kerja-kerja kontrak pembinaan kolam danstruktur penyediaan tempat penternakan ikan tilapia. Beliau juga bertindak
sebagai Pengarah kepada satu skim kepentingan yang diberi nama Skim
Raja Tilapia dan telah menguruskan dengan jayanya.
3.4.4 Ketua Pegawai Operasi AZZ Marketing Berhad adalah Encik Mohd Johari BinMohd Razali. Beliau adalah lepasan diploma dalam bidang pemasaran
daripada Politeknik Kota Bharu. Beliau bertanggungjawab ke atas hal ehwalkewangan AZZ Marketing Berhad dan persediaan akaun dalaman syarikat.
3.4.5 Cik Nor Safinas Abu Bakar daripada NuSigma Management adalahsetiausaha syarikat yang juga bertindak sebagai penasihat penyimpanan
rekod kewangan AZZ Marketing Berhad. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana
Muda Perakaunan dan Kewangan daripada University of East London, United
Kingdom. Cik Nor Safinas adalah pemegang lesen setiausaha syarikat
semenjak tahun 2002 (MACS01520).
3.5 Pengalaman Dalam Penternakan Ikan Tilapia
3.5.1 Encik Abdul Khairil memulakan penternakan ikan air tawar sejak tahun 2007
secara kecil-kecilan dan kemudiannya mula menternak secara komersial
pada tahun 2008 di bawah perniagaan AZZ Marketing Enterprise di mana:
(a) pejabat AZZ Marketing Enterprise adalah juga tempat dan latihan
amali/nurseri bagi pelajar-pelajar universiti dan politeknik yang
mengambil kursus akuakultur;
(b) AZZ Marketing Enterprise juga bekerjasama dengan Lembaga
Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dalam pemeliharaan dan
pemasaran ikan Tilapia untuk Projek Ternakan Ikan Berkelompokdibawah Program Rakyat Termiskin Negeri Kelantan.
3.6 Bidang Perniagaan
3.6.1 Syarikat Pengurusan menjalankan beberapa perniagaan dalam bidang
perikanan termasuk:
(c) Penternakan ikan air tawar secara komersial;(a) Pembelian ikan-ikan air tawar separa matang dan penjualan ikan-ikan
air tawar matang secara borong; dan
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
13/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
12
(b) Pemprosesan produk ikan-ikan air tawar seperti ikan yang siap diproses,keropok ikan, popia ikan dan serunding ikan.
3.7 Tugas/Tanggungjawab Syarikat Pengurusan
3.7.1 Syarikat Pengurusan hendaklah menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirasakan
perlu dalam menjalankan operasi dan pengurusan Skim ini. Antara tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab Syarikat Pengurusan adalah:
(a) memastikan bahawa Skim ini diuruskan dalam cara yang wajar danefisien dan memastikan ia dijalankan dengan mematuhi sepanjangmasa waad-waad yang terkandung dalam Suratikatan Amanah,
peraturan-peraturan Akta Syarikat 1965 dan Garis Panduan dan Polisi
yang dikeluarkan oleh Pendaftar dari masa ke semasa;
(b) menggunakan usaha terbaik untuk menjalankan dan melakukanperniagaannya dengan cara yang betul dan cekap dan menentukan
bahawa Skim Raja Tilapia dijalankan dan dilakukan dengan cara yangbetul dan cekap;
(c) menyalurkan sepuluh peratus (10%) daripada Harga Pembeliankepada Pemegang Amanah melalui Akaun Amanah sebagai Dana
Terikat dalam masa tiga puluh (30) hari daripada tarikh penerimaan;
(d) Syarikat Pengurusan tidak akan, tanpa kelulusan Pemegang Amanah,menerbitkan atau menyebabkan diterbitkan apa-apa iklan,peTilapialing atau dokumen-dokumen lain yang mengandungi
kenyataan berkaitan dengan Harga Pembelian atau keuntungan yang
berkaitan dengannya atau mengandungi apa-apa pelawaan untukmembeli Pakej Ikan Tilapia;
(e) memastikan bahawa sebarang terbitan apa-apa iklan, pekeliling ataudokumen-dokumen lain yang mengandungi kenyataan mengenai
Skim Raja Tilapia tidak mengandungi kepalsuan atau kenyataan palsu
yang boleh menyebabkan penyalah tafsiran atau maksud kepada
orang awam;
(f) Syarikat Pengurusan akan menunaikan segala janji-janji yang telahdibuat kepada Ahli-ahli Skim termasuk apa-apa janji di dalam
sebarang terbitan apa-apa iklan, pekeliling atau dokumen-dokumenlain yang menawarkan Pakej Ikan Tilapia kepada orang ramai;
(g) membenarkan Pemegang Amanah untuk memeriksa seluruh buku-buku Syarikat Pengurusan yang berkaitan dengan Skim ini sama ada
ianya disimpan di pejabat berdaftar atau di tempat lain;
(h) memberi segala maklumat yang diperlukan kepada PemegangAmanah sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis berkenaan
dengan operasi dan pengurusan Skim ini atau apa-apa sahaja urusan
yang berkenaan dengan Skim;
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
14/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
13
(i) Syarikat Pengurusan tidak akan menjual Pakej Ikan Tilapia kecuali padaharga yang dikira selaras dengan Suratikatan Amanah dan Prospektus;
(j) Syarikat Pengurusan akan memperbaharui Prospektus Skim Raja Tilapiatidak lewat daripada enam (6) bulan selepas tarikh Prospektussebelumnya sepanjang Tempoh Skim;
(k) sekiranya harga pasaran borong ikan tilapia matang adalah di bawahHarga Lantai bagi satu kilogram pada akhir mana-mana Pusingan,Syarikat Pengurusan akan menanggung jumlah perbezaan di antara
harga semasa pasaran borong tersebut dan Harga Lantai dalam
pengiraan Kadar Hasil Bersih;
(l) Syarikat Pengurusan akan menyebabkan laporan Perunding Bebasdikemukakan kepada Pemegang Amanah tiga puluh (30) hari
daripada tarikh laporan tersebut;
(m) Syarikat Pengurusan akan memastikan bahawa sebarang terbitanapa-apa iklan, pekeliling atau dokumen-dokumen lain yangmengandungi kenyataan mengenai Skim Raja Tilapia adalah
mematuhi Akta Syarikat dan sebarang Garis Panduan dan Polisi yang
dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dari masa ke semasa;
(n) Syarikat Pengurusan akan mendapatkan kebenaran daripadaPemegang Amanah dan memaklumkan kepada Ahli-ahli Skim
berkenaan sebarang penambahan lebih daripada 5% terhadap
sebarang bayaran yang perlu dibayar oleh Ahli-ahli Skim;
(o) Syarikat Pengurusan akan memastikan apabila diminta oleh Ahli-ahliSkim, ia akan memberi sesalinan sah Prospektus dalam tempoh empat
belas (14) hari dari tarikh permintaan dengan menerima bayaran tidak
lebih RM20.00;
(p) Syarikat Pengurusan akan memberikan sesalinan sijil yang memperakuidan menyatakan bahawa tiada sebarang tindakan undang-undang
sedia wujud atau sedang dipertimbangkan berkenaan Skim Raja
Tilapia atau Syarikat Pengurusan apabila diminta oleh Ahli-ahli Skim,
dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permintaan denganmenerima bayaran tidak lebih daripada RM5.00;
(q) Syarikat Pengurusan tidak akan menjual Pakej Ikan Tilapia yang akandijual selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh Prospektus; dan
(r) Syarikat Pengurusan akan mengeluarkan Sijil Ahli Skim tidak lebihdaripada dua (2) bulan selepas Tarikh Pembelian Disahkan kepada
Pemohon yang membeli Pakej Ikan Tilapia menurut Prospektus ini.
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
15/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
14
3.8 Persaraan, pemecatan dan penggantian Syarikat Pengurusan
Syarikat Pengurusan tidak boleh dipecat atau diganti oleh Pemegang
Amanah dan/atau Ahli Skim.
3.9 Akujanji Syarikat Pengurusan
AZZ Marketing Berhad dengan ini berjanji untuk mematuhi kesemua peraturan
dan kehendak yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa yang sedia ada atau
yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa, melainkan perubahandibenarkan atau diperkecualikan daripada peraturan dan kehendak
tersebut.
(Halaman ini sengaja dibiarkan kosong)
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
16/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
15
4. MAKLUMAT SKIM
4.1 Skim Raja Tilapia
Syarikat Pengurusan menjalankan satu skim kongsi tani yang menawarkan
kepada orang awam untuk melibatkan diri di dalam bidang penternakan
ikan tilapia. Skim ini didaftarkan sebagaimana yang ditetapkan dalam
Divisyen 5 Bahagian IV Akta Syarikat 1965.
4.2 Pakej Ikan Tilapia
4.2.1 Di bawah Skim ini, Syarikat Pengurusan mewujudkan sebanyak Tiga Puluh Ribu
(30,000) unit Pakej Ikan Tilapia.
4.2.2 Jumlah tawaran adalah berdasarkan jumlah keseluruhan keluasan tapak
penternakan seluas lebih kurang 10 ekar, di mana setiap 1 ekar tanah boleh
menampung 100 sangkar ikan tilapia bersaiz 20 X 20 kaki yang boleh diisidengan 300,000 ekor ikan tilapia separa matang dan fasiliti-fasiliti yang
diperlukan bagi penternakan ikan Tilapia. Setiap unit kepentingan
mempunyai pegangan kepentingan ke atas 100 ekor ikan tilapia.
4.3 Bilangan Tawaran Pakej Ikan Tilapia
4.3.1 Sebanyak Dua Puluh Satu Ribu (21,000) unit Pakej Ikan Tilapia telah
ditawarkan kepada orang awam pada Tarikh Pelancaran manakala
Sembilan Ribu (9,000) unit Pakej Ikan Tilapia dipegang oleh Syarikat
Pengurusan dan disifatkan sebagai pakej-pakej simpanan bagi tujuan risikokematian ikan dan lain-lain perkara yang berkaitan dan hanya boleh
ditawarkan kepada orang ramai dengan kebenaran bertulis daripada
Pendaftar.
4.3.2 Namun begitu, Syarikat Pengurusan akan memegang sekurang-kurangnya
Satu Ribu Lima Ratus (1,500) unit Pakej Ikan Tilapia sepanjang Tempoh Skim.
4.3.3 Syarikat Pengurusan hendaklah memastikan bahawa Ahli-Ahli Skim yang
berwarganegara asing memiliki tidak lebih daripada lima puluh peratus (50%)
daripada jumlah keseluruhan Pakej Ikan Tilapia yang dijual. Walaubagaimanapun, sekiranya tidak ada warganegara Malaysia yang membeli
Pakej Ikan Tilapia selepas 12 bulan Pakej Ikan Tilapia ditawarkan, Syarikat
Pengurusan boleh menjual Pakej Ikan Tilapia tersebut kepada warganegaraasing tanpa had bilangan milikan, namun tertakluk kepada terma-terma dan
syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa.
4.3.4 Syarikat Pengurusan boleh menambahkan bilangan Pakej Ikan Tilapia dari
masa ke semasa dengan menambahkan bilangan sangkar dan/atau Tapak-
tapak Penternakan dan/atau tanah-tanah baru ke dalam Skim Raja Tilapia.
Walau bagaimanapun, penawaran tambahan Pakej Ikan Tilapia kepada
orang ramai hanya boleh dilakukan dengan kebenaran terdahulu daripada
Pendaftar.
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
17/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
16
4.4 Tempoh Skim
4.4.1 Tempoh Skim adalah selama dua puluh (20) tahun bermula dari Tarikh
Pelancaran.
4.4.2 Walau bagaimanapun, Tempoh Skim boleh dilanjutkan dari masa ke semasabagi satu tempoh yang dipersetujui oleh Syarikat Pengurusan dan Pemegang
Amanah dan apabila memperolehi kebenaran terdahulu daripada Pendaftar
dan pendaftaran suatu suratikatan amanah tambahan.
4.5 Harga Pembelian Pakej Ikan Tilapia
4.5.1 Harga Pembelian Pakej Ikan Tilapia pada tarikh Prospektus ini adalah
sebanyak Ringgit Malaysia Seribu Enam Ratus (RM1,600) satu unit. Harga
pembelian selepas dari tarikh Prospektus ini akan ditentukan oleh SyarikatPengurusan berdasarkan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan termasuk
daya pasaran semasa.
4.6 Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Tilapia
4.6.1 Tempoh Sah Laku setiap Pakej Ikan Tilapia adalah dua (2) tahun daripada
Tarikh Pembelian Disahkan.
4.6.2 Terdapat empat (4) pusingan penternakan ikan tilapia sepanjang Tempoh
Sah Laku Pakej Ikan Tilapia. Ini kerana Syarikat Pengurusan menggunakan ikantilapia yang sudah separa matang yang hanya memerlukan penternakan
selama lebih kurang enam (6) bulan bagi mencapai saiz matang untuk dijual
ke pasaran.
4.7 Proses Pembelian Pakej Ikan Tilapia
4.7.1 Pemohon mestilah mengisi Borang Permohonan dan mengemukakan Borang
Permohonan yang lengkap bersama-sama sesalinan kad pengenalan
Pemohon kepada Syarikat Pengurusan kepada alamat yang ditentukan atau
tempat-tempat yang akan ditentukan oleh Syarikat Pengurusan di dalam
Borang Permohonan.
4.7.2 Tidak ada sebarang pembayaran wang pembelian Pakej Ikan Tilapia yang
akan diterima semasa Tempoh Bertenang.
4.7.3 Pemohon hendaklah membuat pembayaran Harga Pembelian dalam masa
tiga puluh (30) hari daripada tamat Tempoh Bertenang kepada Syarikat
Pengurusan melalui salah-satu cara pembayaran yang ditentukan di dalam
Borang Permohonan. Sekiranya Pemohon gagal membuat pembayaran
Harga Pembelian dalam masa tiga puluh (30) hari daripada tamat Tempoh
Bertenang kepada Syarikat Pengurusan, permohonan Pemohon akan
dianggap terbatal dan disifatkan telah ditarik-balik oleh Pemohon. Syarikat
Pengurusan mempunyai hak untuk menukar cara pembayaran Harga
Pembelian dan menetapkan cara pembayaran Harga Pembelian yang baru
dengan kebenaran Pemegang Amanah.
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
18/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
17
4.7.4 Pembelian Pakej Ikan Tilapia hanya akan disahkan oleh Syarikat Pengurusan
apabila Pemohon telah mengemukakan Borang Permohonan yang lengkap
dan membayar Harga Pembelian sepenuhnya dalam masa tiga puluh (30)
hari daripada tamat Tempoh Bertenang di mana tarikh ini dirujuk sebagai
Tarikh Pembelian Disahkan.
4.7.5 Dalam tempoh empat belas (14) hari selepas Tarikh Pembelian Disahkan,
Syarikat Pengurusan akan memasukkan nama Pemohon ke dalam Daftar Ahli
Skim sebagai Ahli Skim.
4.7.6 Sijil Ahli Skim akan dikeluarkan kepada Ahli Skim dalam masa enam puluh (60)
hari daripada Tarikh Pembelian Disahkan.
4.8 Keuntungan Ahli Skim
4.8.1 Tuaian bagi ikan tilapia akan dibuat setiap enam (6) bulan pada akhir setiap
Pusingan.
4.8.2 Hasil tuaian tersebut akan dibeli oleh Syarikat Pengurusan pada Harga
Pasaran Borong Semasa. Pada amnya, berat ikan matang yang sesuai untukdituai adalah 1 kilogram bagi setiap 4 ekor ikan Tilapia.
4.8.3 Bagi Pusingan 1-3, hasil tuaian tersebut akan akan ditolak dengan kos benih
ikan tilapia sebanyak RM30.00 dan kos makanan ikan sebanyak RM330.00
untuk digunakan sebagai modal pusingan untuk pusingan ternakanberikutnya.
4.8.4 Bagi Pusingan ke-4, kadar hasil tuaian tersebut kemudiannya akan ditolakdengan kos upah penternakan bagi 2 tahun tersebut, juga sebanyak
RM360.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Enam Puluh Sahaja).
4.8.5 Lebihan dari hasil tuaian selepas ditolak kos-kos tersebut merupakan Kadar
Hasil Bersih yang akan diterima Ahli Skim. Contoh cara pengiraan Kadar Hasil
Bersih berdasarkan Harga Borong semasa untuk setiap Pusingan boleh dirujuk
di Jadual Kedua dalam Prospektus ini.
4.9 Struktur Pembayaran Kadar Hasil Bersih
4.9.1 Bermula dari Tarikh Pembelian Disahkan sehingga Tarikh Tamat Keahlian, AhliSkim adalah berhak ke atas Kadar Hasil Bersih pada akhir setiap Pusingan di
mana pembayaran Kadar Hasil Bersih adalah di dalam bentuk tunai dan
akan dibayar melalui akaun bank Ahli Skim yang tertera di Borang
Permohonan.
4.9.2 Syarikat Pengurusan akan menyemak nama-nama dan Tarikh Pembelian
Disahkan pada hari pertama setiap bulan dan menghantar senarai nama-
nama Ahli Skim yang berhak mendapat Kadar Hasil Bersih pada 15 haribulan
dan 30 haribulan bulan tersebut kepada Pemegang Amanah.
4.9.3 Pembayaran Kadar Hasil Bersih akan dibuat kepada Ahli Skim pada:
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
19/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
18
(a) sekiranya Tarikh Pembelian Disahkan adalah sebelum dan pada 15haribulan sesuatu bulan, Ahli Skim akan menerima pembayaran Kadar
Hasil Bersih tidak lebih tujuh (7) hari daripada tarikh 15 haribulan bagi
bulan keenam (ke-6) berikutnya dan setiap enam (6) bulan selanjutnya
sehingga tamat Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Tilapia; dan/atau
(b) sekiranya Tarikh Pembelian Disahkan adalah selepas 15 haribulansesuatu bulan, Ahli Skim akan menerima pembayaran Kadar Hasil
Bersih tidak lebih daripada tujuh (7) hari daripada 30 haribulan bagi
bulan keenam (ke-6) berikutnya dan setiap enam (6) bulan selanjutnyasehingga tamat Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Tilapia.
4.10 Pembelian-balik Pakej Ikan Tilapia
4.10.1 Ahli Skim berhak untuk menamatkan Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Tilapiasebelum Tarikh Tamat Keahlian dengan cara menjual-balik Pakej Ikan Tilapia
kepada Syarikat Pengurusan sebelum Tarikh Tamat Keahlian.
4.10.2 Ahli Skim tersebut boleh menjual-balik unit Pakej Ikan Tilapia kepada Syarikat
Pengurusan dengan syarat-syarat berikut:
(a) Ahli Skim perlu mengisi Borang Notis Pembelian-balik Pakej Ikan Tilapiasebagai notis permintaan pembelian-balik unit Pakej kepada Syarikat
Pengurusan;
(b) Borang Notis Pembelian-balik Pakej Ikan Tilapia yang lengkapbersama-sama Sijil Ahli Skim hendaklah dikemukakan kepada Syarikat
Pengurusan di alamat yang ditentukan atau tempat-tempat yangakan ditentukan oleh Syarikat Pengurusan di dalam borang tersebut;
(c) Syarikat Pengurusan akan membeli-balik Pakej Ikan Tilapia berdasarkanpengiraan harga yang telah ditetapkan di Jadual Ketiga Prospektus ini;
dan
(d) Syarikat Pengurusan akan membayar kepada Ahli Skim hargapembelian balik dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh
penerimaan Borang Notis Pembelian-balik Pakej Ikan Tilapia yang
lengkap bersama-sama Sijil Ahli Skim.
4.10.3 Ahli Skim tidak mempunyai hak untuk menjual unit Pakej Ikan Tilapia tersebut
kepada pihak ketiga pada bila-bila masa.
4.11 Penamatan dan Penggulungan Skim Raja Tilapia
4.11.1 Syarikat Pengurusan berhak untuk menamatkan tempoh Skim lebih awal
daripada Tempoh Skim dengan menandatangani satu suratikatan
penamatan dengan kebenaran Pendaftar.
4.11.2 Tertakluk kepada terma-terma yang terkandung dalam Suratikatan, Skim Raja
Tilapia boleh ditamatkan sekiranya:-
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
20/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
19
(a) Skim Raja Tilapia tidak mencapai penjualan sebanyak sepuluh peratus(10%) setelah enam (6) bulan Skim daripada Tarikh Pelancaran Skim;
dan/atau
(b) kesemua Ahli-ali Skim bersetuju dengan penamatan Skim ini,di mana sebagai pampasan, dana yang ada di dalam Akaun Amanah akan
diagihkan kepada Ahli-ahli Skim mengikut peratusan pemilikan bilangan
pakej Ikan Talipia Ahli Skum tersebut berbanding jumlah keseluruhan dana didalam Akaun Amanah.
4.12 Akaun Amanah
4.12.1 Pemegang Amanah akan membuka satu (1) Akaun Amanah bagi tujuanpenyimpanan Dana Terikat.
4.12.2 Dana terikat akan digunakan bagi menampung kos-kos yang bukannya kos
harian penternakan ikan Tilapia tertakluk kepada persetujuan Pemegang
Amanah.
4.12.3 Apabila menerima wang pembayaran pembelian Pakej Ikan Tilapia, Syarikat
Pengurusan akan memasukkan sepuluh peratus (10%) daripada Harga
Pembelian Pakej sebagai Dana Terikat ke dalam Akaun Amanah dalam
masa tiga puluh (30) hari daripada Tarikh Pembelian disahkan.
4.13 Perunding Bebas
4.13.1 Syarikat Kris Ocean Aquatic Sdn Bhd (561217-M) yang beralamat di No. 61 A
Kg. Ong Ching Chong, 32500 Changkat Kuring, Perak Darul Ridzuan telah
dilantik sebagai Penasihat Bebas bagi Skim ini.
4.13.2 Antara tugas-tugas Perunding Bebas adalah untuk seperti berikut:
(a) melawat tapak-tapak penternakan Skim Raja Tilapia mengikut jaduallawatan bulanan;
(b) memantau perkembangan dan produktiviti ikan tilapia; dan(c) memastikan kolam sentiasa sesuai dan selamat untuk pemeliharaan
ikan tilapia.
4.14 JuruAudit
4.14.1 Pemegang Amanah telah melantik Tetuan Salihin (AF 1426) sebagai Juruaudit
kepada Skim Raja Tilapia ini. Tetuan Salihin merupakan syarikat juruaudit yang
diluluskan dan dipersetujui oleh Syarikat Pengurusan.
4.14.2 Persaraan, pemecatan dan penggantian Juruaudit boleh dilakukan seperti
berikut:
(a) Juruaudit bersara secara sukarelanya dengan memberi tiga (3) bulannotis bertulis kepada Pemegang Amanah dan Syarikat Pengurusan;
atau
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
21/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
20
(b) dipecat oleh Syarikat Pengurusan dan/atau Pemegang Amanah dimana Syarikat Pengurusan mestilah melantik juruaudit yang lain untuk
jawatan tersebut.
4.15 Ketua Pegawai Eksekutif
Encik Abdul Khairil Ridzuan Firdaus Bin Abdul Rahim telah dilantik sebagaiKetua Pegawai Eksekutif kepada Skim ini. Beliau bertanggungjawab untuk
menguruskan Skim Raja Tilapia tertakluk kepada terma-terma yang
dipersetujui di antara Syarikat Pengurusan dan Ketua Pegawai Eksekutif
termasuk menyiasat dan menyelesaikan sebarang aduan yang diterimadaripada Ahli-ahli Skim berkenaan dengan Skim ini. Perlantikan Encik Abdul
Khairil telah diluluskan oleh Pendaftar.
(Halaman ini sengaja dibiarkan kosong)
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
22/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
21
5. MAKLUMAT TAPAK PENTERNAKAN IKAN TILAPIA
5.1 Tanah-tanah Skim
5.1.1 Syarikat Pengurusan adalah pemilik berdaftar kepada Tanah-tanah Skim
yang berkeluasan lebih kurang 10 ekar dan terletak di Mukim Beruas, Daerah
Manjung, Negeri Perak.
5.1.2 Syarikat Pengurusan telah mendapat kelulusan dan kebenaran bagi
penternakan ikan tilapia di atas Tanah-Tanah Skim dari Pihak Berkuasa dan
kelulusan dan kebenaran tersebut adalah sah dan terpakai pada tarikhProspektus ini.
5.2 Tempat Penternakan Ikan Tilapia
5.2.1 Syarikat Pengurusan menggunakan penternakan ikan di dalam sangkar.
Sangkar yang digunakan adalah sebesar 20 X 20 yang boleh mengisi 300,000ekor ikan Tilapia.
5.2.2 Syarikat Pengurusan akan memastikan keselamatan tapak-tapak
penternakan terjamin dengan menyediakan pengawal-pengawal untuk
mengawal persekitaran tapak-tapak tersebut 24 jam, 7 kali seminggu.
(Halaman ini sengaja dibiarkan kosong)
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
23/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
22
6. PEMEGANG AMANAH
6.1 Pemegang Amanah Skim
Syarikat amanah yang dilantik sebagai Pemegang Amanah bagi Skim ini
adalah MyPremier Trustee (Malaysia) Berhad (719395-T) yang telah
ditubuhkan pada 28 Disember 2005 dan adalah sebuah syarikat yang
berdaftar mengikut Akta Syarikat Amanah 1949. Alamat berdaftar dan
perniagaan MyPremier Trustee (Malaysia) Berhad adalah di B710,Block B,
Pusat Dagangan Phileo Damansara 1, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara,
46350 Petaling Jaya, Selangor.
6.2 Tugas dan tanggungjawab Pemegang Amanah
Tugas dan tanggungjawab Pemegang Amanah dalam Skim ini adalah
termasuk:
(a) bertindak sebagai pemegang amanah Skim Raja Tilapia;(b) menjalankan semua fungsi dan tugas dalam memantau, mengawasi
dan melindungi hak-hak dan kepentingan Ahli-ahli Skim;
(c) menyimpan, mengemaskini dan memastikan audit tahunan dilakukanke atas Akaun Amanah;
(d) memegang kesemua pelaburan dan aset di dalam Akaun Amanahdan memastikan pelaburan dan pengagihan dibuat selaras denganterma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Suratikatan
Amanah;
(e) menghantar melalui pos penyata Akaun Amanah bersama laporandaripada juruaudit pada penghujung tahun kewangan kepada setiap
Ahli Skim;
(f) memastikan bahawa Daftar Ahli Skim dan bilangan Pakej Raja Tilapiayang dijual direkodkan dan disenggarakan oleh Syarikat Pengurusan;
(g) mengadakan mesyuarat dengan Perunding Bebas sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun, bagi mendapatkan maklum balas
mengenai operasi dan pengendalian Tapak-tapak Penternakan;
(h) menyelidik dan menyiasat aduan yang dibuat oleh mana-mana Ahli-ahli Skim;
(i) membuat lawatan ke Tapak-tapak Penternakan bagi membuatpemeriksaan ke atas keadaan Tapak-tapak Penternakan; dan
(j) melaporkan ke Pendaftar berkenaan status pendaftaran pajakanTanah-tanah Skim, laporan Perunding Bebas dan sebarang
perlanggaran mana-mana waad Suratikatan Amanah oleh Syarikat
Pengurusan.
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
24/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
23
6.3 Ganjaran Pemegang Amanah
6.3.1 Syarikat Pengurusan bertanggungjawab membayar kepada Pemegang
Amanah ganjaran bagi khidmat yang diberikan sebagai pemegang amanah
Skim Raja Tilapia dalam bentuk Ganjaran Tahunan.
6.4 Persaraan, Pemecatan dan Penggantian Pemegang Amanah
6.4.1 Pemegang Amanah boleh bersara dengan memberi tiga (3) bulan notisbertulis kepada Syarikat Pengurusan.
6.4.2 Syarikat Pengurusan boleh memecat atau menyebabkan Pemegang
Amanah dipecat dan melantik pemegang amanah lain yang diluluskan oleh
Menteri sekiranya adalah di dalam pengetahuan Syarikat Pengurusanbahawa Pemegang Amanah:-
(a) telah tidak mampu untuk beroperasi;(b) telah tidak layak untuk dilantik atau bertindak sebagai Pemegang
Amanah mengikut Akta Syarikat;
(c) telah gagal atau tidak mahu bertindak sebagai Pemegang Amanahmengikut peruntukan Suratikatan Amanah atau peruntukan Akta
Syarikat;
(d) disiasat di atas perilaku yang bercanggah dengan Akta SyarikatAmanah 1949, Akta Pemegang Amanah 1949, Akta Syarikat danperaturan-peraturannya; atau
(e) apabila penerima telah dilantik ke atas keseluruhan atau sebahagianbesar aset atau perniagaan Pemegang Amanah sedia ada dan tidak
lagi berhenti bertindak di bawah perlantikan itu, atau petisyen telah
difailkan untuk penggulungan Pemegang Amanah sedia ada (selain
daripada untuk tujuan penggabungan dan pembentukan semula,
melainkan semasa atau sebaik sahaja selepas pembentukan semula,
Pemegang Amanah sedia ada menjadi atau diisytiharkan muflis).
6.4.3 Pemegang Amanah boleh dipecat dan digantikan dengan pemegangamanah yang lain sekiranya Ahli-ahli Skim yang memegang tujuh puluh lima
peratus (75%) daripada jumlah bilangan Pakej Ikan Tilapia yang ditawarkan di
bawah Skim Raja Tilapia menyatakan sedemikian secara bertulis ataupun
melalui satu resolusi luar biasa, di mesyuarat Ahli-ahli Skim, yang telah
diluluskan melalui undi majoriti tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratus
(75%) daripada undi yang diterima semasa persidangan mesyuarat tersebut
di mana notis mesyuarat telah diberikan kepada Pemegang Amanah dan
Syarikat Pengurusan.
6.4.4 Pemegang Amanah yang telah bersara atau dipecat tidak boleh
melengahkan pemberian persetujuan perletakan jawatan, penyerahanAkaun Amanah, buku-buku, dokumen-dokumen yang berkaitan berkenaan
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
25/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
24
Akaun Amanah kepada pemegang amanah yang lain dan perlu
melaksanakan satu suratikatan dalam bentuk yang diperlukan untuk
mengesahkan pelepasan tugas sebagai pemegang amanah Skim Raja
Tilapia dan menanggung-rugi Pemegang Amanah bagi sebarang tuntutan
yang timbul ketika menjadi pemegang amanah Skim Raja Tilapia kecuali
sekiranya tuntutan tersebut adalah akibat perbuatan penipuan dan
ketidakjujuran Pemegang Amanah atau sebarang kecuaian, pengabaian,pecah amanah, perlanggaran kewajiban sama ada yang sedia ada
mahupun sebelumnya yang ditetapkan oleh undang-undang. Pesaraan atau
pemecatan Pemegang Amanah sebagai pemegang amanah Skim Raja
Tilapia tidak melepaskan Pemegang Amanah daripada sebarang liabilititurutan yang terakru sebelum persaraan, pemecatan dan penggantian
tersebut.
6.5 Akujanji Pemegang Amanah
MyPremier Trustee (Malaysia) Berhad bersetuju dan sanggup untuk
menyandang jawatan ini bagi kepentingan Ahli-ahli Skim mengikutSuratikatan, semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang
berkaitan.
(Halaman ini sengaja dibiarkan kosong)
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
26/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
25
7. MAKLUMAT TAMBAHAN
7.1 Suratikatan Amanah
Sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 91(1) Akta Syarikat,
tawaran unit kepentingan di dalam Prospektus ini memerlukan Suratikatan
Amanah. Sesalinan Suratikatan Amanah boleh didapati untuk rujukan Ahli-ahli
Skim di pejabat perniagaan Syarikat Pengurusan.
7.2. Pihak-pihak dalam Suratikatan Amanah
Pihak-pihak dalam Suratikatan Amanah yang bertarikh 21 Mei 2012 adalah:-
(a) AZZ Marketing Berhad (884774-V);(b) Tuan-Tuan Tanah yang butir-butirnya dinyatakan di Jadual Pertama;(c) MyPremier Trustee (Malaysia) Berhad (No. Syarikat: 719395-T); dan(d) Ahli-ahli Skim.
7.3 Hak-hak Ahli Skim
7.3.1 Ahli-ahli Skim berhak untuk menerima agihan Kadar Hasil Bersih serta lain-lain
hak dan keistimewaan seperti yang diperuntukkan dalam Suratikatan
Amanah.
7.3.2 Ahli-ahli Skim yang membuat pembelian Pakej Ikan Tilapia pada kali pertamaadalah berhak kepada Tempoh Bertenang. Ahli-ahli Skim berhak untuk
menarik balik pembelian Pakej Ikan Tilapia tersebut semasa Tempoh
Bertenang seperti yang diperuntukkan di dalam Borang Permohonan dan
Suratikatan Amanah Skim ini.
7.4. Mesyuarat Ahli-ahli Skim
7.4.1 Mesyuarat Ahli-ahli Skim boleh diadakan oleh Pemegang Amanah atau
Syarikat Pengurusan untuk tujuan-tujuan berikut:-
(a) pemecatan Pemegang Amanah;
(b) sebarang pindaan atau modifikasi kepada Suratikatan Amanah;
dan/atau(c) untuk penggulungan Skim Raja Tilapia selaras dengan Seksyen 95 Akta
Syarikat apabila keadaan seperti berikut berlaku:
(i) Syarikat Pengurusan di dalam pembubaran;(ii) Syarikat Pengurusan telah berhenti daripada menjalankan
perniagaan; atau
(iii) Syarikat Pengurusan telah pada prasangka Ahli-ahli Skim gagal
mematuhi peruntukan didalam Suratikatan Amanah.
7.4.2 Notis tidak kurang dari empat belas (14) hari bagi persidangan Mesyuarat
Ahli-ahli Skim mesti diberi di mana notis tersebut mesti menyatakan tujuan
mesyuarat. Syarikat Pengurusan adalah berhak untuk menerima Notis untukmenghadiri Mesyuarat Ahli-ahli Skim tetapi, Syarikat Pengurusan tidak boleh
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
27/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
26
mengundi atau dikira sebagai sebahagian korum bagi mesyuarat tersebut.
Pemegang Amanah berserta peguamnya dan mana-mana pengarah dan
setiausaha serta peguam Syarikat Pengurusan dan mana-mana pihak lain
yang dibenarkan oleh Syarikat Pengurusan boleh hadir dan bercakap di
mesyuarat tersebut.
7.4.3 Korum untuk Mesyuarat Ahli-ahli Skim adalah seperti berikut:
(a) di mana Skim Raja Tilapia mempunyai lebih daripada 5,000 Ahli-ahli
Skim, korum adalah 10% daripada jumlah Ahli-ahli Skim yangdidaftarkan dalam Buku Daftar Ahli-ahli Skim pada tarikh mesyuarat,
hadir secara sendiri atau melalui proksi atau lima puluh (50) Ahli-ahli
Skim, yang mana lebih kurang; atau
(b) di mana Skim Raja Tilapia mempunyai kurang daripada 5,000 Ahli-ahliSkim, korum adalah 10% daripada jumlah Ahli-ahli Skim yang
didaftarkan dalam Buku Daftar Ahli-ahli Skim pada tarikh mesyuarat,hadir secara sendiri atau melalui proksi atau dua puluh (20) Ahli-ahli
Skim, yang mana lebih kurang,
di mana tiada urusniaga boleh dijalankan pada masa mesyuarat melainkan
terdapat korum pada masa pemulaan urusniaga.
7.4.4 Jika dalam masa sejam dari masa yang dipilih untuk mesyuarat, korum tidak
mencukupi, mesyuarat yang diadakan atas permintaan Ahli-ahli Skim,hendaklah dibubarkan. Dalam mana-mana kes lain, ia hendaklah
ditangguhkan kepada hari dan masa tidak kurang daripada lima belas (15)
hari dari masa mesyuarat dan ke tempat yang dipilih oleh SyarikatPengurusan dan Pemegang Amanah dan Ahli-ahli Skim yang hadir sendiri
atau melalui proksi di mesyuarat yang ditangguhkan tersebut adalah cukup
sebagai korum untuk urusniaga transaksi termasuk meluluskan mana-mana
Resolusi Luar Biasa. Notis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari perlu diberi bagi
mesyuarat Ahli-ahli Skim yang ditangguhkan dan diberi dalam cara yang
sama seperti mesyuarat yang asal dan notis tersebut perlu menyatakan
jumlah Ahli-ahli Skim yang hadir pada mesyuarat yang ditangguhkan dan
jumlah Pakej Ikan Tilapia yang dimiliki oleh mereka di mana jumlah tersebut
yang dijadikan korum.
7.4.5 Pengerusi mesyuarat, boleh dengan persetujuan korum yang hadir dan jikadiarahkan, dikehendaki menangguhkan mesyuarat tersebut dari masa ke
semasa untuk tempoh tidak melebihi satu (1) tahun kalendar dan dari tempat
ke setempat tetapi tiada urusniaga boleh dijalankan dalam mesyuarat yang
ditangguhkan selain daripada urusniaga yang telah dijalankan secara sah di
mesyuarat yang telah ditangguhkan. Tempoh pegangan jawatan pengerusi
akan tamat selepas tempoh masa satu (1) tahun.
7.4.6 Mesyuarat yang dipanggil hendaklah dipengerusikan oleh seorang pengerusi
yang dilantik oleh Ahli-ahli Skim yang hadir di mesyuarat tersebut atau di
mana tiada pelantikan sedemikian, di pengerusikan oleh seorang nomini
Pemegang Amanah atau wakil yang diluluskan oleh Pendaftar danmesyuarat tersebut mesti dijalankan mengikut Suratikatan ini atau seperti
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
28/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
27
yang diarahkan oleh Pengerusi Mesyuarat. Dalam kes suatu persamaan
undian, pengerusi mempunyai undi pemutus. Sekiranya wakil Syarikat
Pengurusan dilantik sebagai pengerusi mesyuarat oleh Ahli-ahli Skim,
pengerusi mesyuarat tersebut tidak mempunyai hak undi pemutus.
7.4.7 Setiap persoalan yang ditimbulkan di dalam mana-mana mesyuarat
dikehendaki diputuskan dengan mengangkat tangan melainkan pengundiandalam bentuk pungutan suara diminta atau sekiranya persoalan yang mana
di bawah Suratikatan ini memerlukan suatu Resolusi Luar Biasa, pengundian
dalam bentuk pungutan suara adalah dikehendaki. Pada pengisytiharan
keputusan mengangkat tangan, setiap Ahli Skim yang hadir sendiri ataumelalui proksi mempunyai satu undi.
7.4.8 Pengundian dalam bentuk pungutan suara boleh diminta sebelum atau
sejurus selepas sebarang persoalan diputuskan dengan mengangkat tangan.
7.4.9 Pengundian dalam bentuk pungutan suara boleh diminta oleh pengerusi
mesyuarat, Pemegang Amanah, Syarikat Pengurusan atau Ahli-ahli Skim yangmemegang (atau diwakili oleh proksi) tidak kurang dari satu persepuluh (1/10)
daripada jumlah Pakej Ikan Tilapia yang dikeluarkan oleh Syarikat Pengurusan
pada ketika itu. Melainkan pungutan suara dituntut, suatu pengisytiharandaripada Pengerusi bahawa resolusi telah dilakukan sebulat suara atau
melalui majoriti yang tertentu, adalah bukti muktamad tanpa memerlukan
bukti jumlah atau pembahagian pengundian yang telah direkodkan
menyokong atau menentang resolusi tersebut.
7.4.10 Sekiranya pengundian dalam bentuk pungutan suara dituntut, ia hendaklah
dibuat dengan cara yang telah diarahkan oleh pengerusi mesyuarat dan
keputusan pungutan suara tersebut adalah disifatkan sebagai satu resolusimesyuarat.
7.4.11 Tuntutan pengundian dalam bentuk pungutan suara bagi pemilihan
pengerusi mesyuarat atau di atas persoalan penangguhan mesyuarat
mestilahlah dibuat dengan serta merta. Pengundian dalam bentuk pungutan
suara yang dituntut bagi persoalan lain boleh dibuat sama ada dengan serta
merta atau pada masa dan tempat seperti yang diarahkan oleh pengerusi.
Tiada notis perlu diberi untuk pengundian dalam bentuk pungutan suara
yang tidak dibuat dengan serta merta. Permintaan untuk pengundian dalam
bentuk pungutan suara boleh ditarikbalik pada bila-bila masa.
7.4.12 Tertakluk kepada terma-terma di atas, permintaan untuk pengundian dalam
bentuk pungutan suara tidak akan menghalang perjalanan mesyuarat selain
daripada persoalan atas mana pengundian dalam bentuk pungutan suara
telah diminta.
7.4.13 Bagi pengundian dalam bentuk pungutan suara, setiap Ahli Skim yang hadir
atau hadir melalui proksi adalah berhak kepada satu undi bagi setiap Pakej
Ikan Tilapia yang dimilikinya.
7.4.14 Setiap Ahli Skim boleh mengundi sendiri atau melalui proksi. Proksi yang
dilantik mestilah juga seorang Ahli Skim.
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
29/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
28
7.4.15 Dalam kes Ahli Skim korporat, nomini pertama Ahli Skim korporat yang
didaftarkan adalah berhak untuk mengundi sendiri atau melalui proksi dan
setiap Ahli Skim Korporat adalah berhak kepada satu undi sahaja tidak kira
jumlah nomini atau pengganti (jika ada).
7.4.16 Setiap instrumen pelantikan proksi sama ada untuk suatu mesyuarat yang
spesifik atau sebaliknya, hendaklah di dalam bentuk berikut atau bentuk yang
hampir-hampir dengannya yang boleh diterima sebagaimana keadaan
membenarkan atau dalam bentuk lain yang dipersetujui oleh PemegangAmanah dan Syarikat Pengurusan:
Saya/Kami . seorang Ahli Skim (Skim Raja
Tilapia Sijil No. )beralamat di .. dengan
ini melantik (Skim Raja Tilapia Sijil No. .......)
beralamat di . atau jika dia gagal, Pengerusi mesyuarat,saya/proksi saya untuk mengundi bagi pihak saya/pihak kami di mesyuarat
Ahli-ahli Skim yang akan diadakan pada ... haribulan ........., 20.....
dan pada mana penangguhan -penangguhan dari itu.
DITANDANTANGANI oleh
Pada haribulan , 20 .
Dalam kehadiran:-
.................................................... ....................................................
(Tandatangan Saksi) (Tandatangan Ahli Skim)
7.4.17 Instrumen pelantikan proksi hendaklah disetemkan dengan sempurna (jika
diperlukan) dan diserahkan ke pejabat Syarikat Pengurusan tidak kurang
daripada empat puluh (48) jam sebelum mesyuarat diadakan atau
ditangguhkan, mana-mana yang terpakai.
7.4.18 Pengundian yang dijalankan menurut syarat-syarat seperti yang ternyata di
dalam instrumen proksi hendaklah menjadi sah meskipun kematian atauketidaksiuman fikiran prinsipal atau pembatalan proksi atau kuasa pewakilan
atau kuasa lain di mana proksi telah menandatangani atau berkenaan
dengan penjualan Pakej Ikan Tilapia di mana proksi telah diberi, dengansyarat tidak terdapat pemberitahuan secara bertulis bahawa kematian,
ketidaksiuman, pembatalan atau jualan tersebut telah diterima di tempat
yang dipilih untuk penyimpanan proksi-proksi atau jika tiada tempat dipilih, di
pejabat berdaftar Syarikat Pengurusan sebelum pemulaan atau
penangguhan mesyuarat dalam mana proksi digunakan.
7.4.19 Syarikat Pengurusan dengan ini berwaad kepada Pemegang Amanah dan
Ahli-ahli Skim bahawa Syarikat Pengurusan akan di dalam tempoh dua puluhsatu (21) hari selepas permohonan dikemukakan kepada Syarikat Pengurusan
di pejabat berdaftarnya, iaitu permohonan yang tidak kurang dari lima puluh
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
30/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
29
(50) atau satu per sepuluh (1/10) dalam bilangan, yang mana kurang, dari
Ahli-ahli Skim di mana Suratikatan ini bersangkutan:-
(a) dengan menghantar notis melalui pos mengenai mesyuarat yang
dicadangkan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat
yang dicadangkan kepada setiap Ahli Skim tersebut di alamat terakhir
yang diketahui; dan(b) dengan menerbitkan sekurang-kurangnya empat belas (14) hari
sebelum mesyuarat yang dicadangkan satu iklan yang memberi notis
mesyuarat tersebut di dalam suratkhabar yang diedarkan umumnya ke
seluruh Malaysia,
memanggil mesyuarat Ahli-ahli Skim untuk tujuan mengemukakan kepada
mesyuarat akaun dan kunci kira-kira yang mana telah dibentangkan di
Mesyuarat Agung tahunan Syarikat Pengurusan yang terdahulu atau penyata
akaun Pemegang Amanah yang diaudit yang terkemudian, dan untuk tujuanmemberi apa-apa arahan kepada Pemegang Amanah yang difikirkan betul
oleh mesyuarat.
7.4.20 Mesyuarat yang dipanggil hendaklah diadakan pada masa dan tempat
seperti yang ditetapkan di dalam notis dan iklan, iaitu pada masa yang tidaklewat dari dua (2) bulan selepas notis diberi, yang dipengerusikan oleh:
(a) mana-mana orang yang dilantik untuk tujuan itu oleh Ahli-ahli Skimyang hadir di mesyuarat tersebut; atau
(b) bila tidak ada apa-apa perlantikan dibuat, penerima namaanPemegang Amanah atau wakil yang diluluskan oleh Pendaftar;
dan hendaklan dijalankan mengikut Suratikatan atau setakat mana
Suratikatan tidak membuat apa-apa peruntukan, seperti yang diarahkan oleh
pengerusi mesyuarat.
7.4.21 Di mana arahan diberikan kepada Pemegang Amanah di mesyuarat yang
dipanggil selaras dengan klausa 15.2 dan klausa 10.1(b) yang terkandung di
dalam Suratikatan Amanah, Pemegang Amanah:
(a) hendaklah mematuhi arahan tersebut melainkan ia bertentangan
dengan Suratikatan atau Akta Syarikat; dan
(b) tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang perbuatan atautertinggal untuk dilakukan olehnya disebabkan oleh hanya mengikut
arahan tersebut.
7.4.22 Di mana Pemegang Amanah berpendapat bahawa apa-apa arahan yang
diberikan adalah bertentangan dengan Suratikatan Amanah atau Akta
Syarikat atau adalah sebaliknya dibantah, Pemegang Amanah boleh
memohon kepada mahkamah untuk perintah mengesahkan, mengenepikan
atau meminta arahan tersebut dan Mahkamah boleh membuat apa-apa
perintah yang difikirkan sesuai.
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
31/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
30
7.5. Perihal Harta Yang Dipegang Pemegang Amanah
7.5.1 Selain daripada Harga Pembelian dan Dana Terikat yang dipegang oleh
Pemegang Amanah di dalam Akaun Amanah, tiada tanah, harta atau
kepentingan lain yang akan dipegang oleh Pemegang Amanah.
7.6 Skim Lain
7.6.1 Syarikat Pengurusan adalah juga Syarikat Pengurusan bagi Skim Raja Keli
yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 6 Mei2011.
7.7 Penilaian
7.7.1 Tiada penilaian yang diperlukan untuk Pakej Ikan Tilapia.
7.8 Faktor Risiko
7.8.1 Sebelum melanggan dan membeli sebarang Pakej Ikan Tilapia, Pemohon
diminta memberi perhatian bahawa Skim ini bergantung kepadapenguatkuasaan undang-undang dan persekitaran perniagaan di Malaysia.
Terdapat beberapa faktor risiko didalam bidang penternakan ikan Tilapia ini
yang berada di luar kawalan Syarikat Pengurusan. Sebelum membuat
keputusan untuk menyertai Skim ini, pelabur dinasihatkan agar menimbang
kesemua risiko-risiko yang dinyatakan dibawah. Namun kemungkinan adauntuk sebarang risiko tambahan pada masa hadapan, sama ada yang
diketahui atau tidak diketahui, yang mungkin memberi kesan buruk kepada
Syarikat Pengurusan atau kepada Skim ini.
7.8.2 Skim Raja Tilapia ini terdedah kepada beberapa faktor risiko seperti berikut:
(a) Permintaan untuk ikan Tilapia turun secara mendadak;(b) Harga Pasaran Borong yang turun-naik;(c) Kematian ternakan akibat wabak atau pencemaran akuakultur;(d) Bencana alam seperti banjir; dan(e) Perubahan dalam ekonomi, perniagaan dan penguatkuasaan
undang-undang Malaysia.
7.8.3 Syarikat Pengurusan mempunyai keupayaan untuk menyekat risiko-risiko ini
melalui amalan pengurusan risiko yang berkesan. Namun begitu, Syarikat
Pengurusan tidak menjamin bahawa sebarang perubahan buruk didalam
persekitaran perniagaan tidak akan memberi kesan kepada Skim ini.
(Halaman ini sengaja dibiarkan kosong)
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
32/45
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
33/45
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
34/45
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
35/45
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
36/45
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
37/45
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
38/45
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
39/45
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
40/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
39
10. MAKLUMAT-MAKLUMAT BERKANUN
10.1 Tiada Individu-individu atau Syarikatsyarikat lain yang terlibat
Selain daripada Borang Permohonan, Pemohon tidak dikehendaki untuk
menandatangani mana-mana kontrak lain, sama ada pajakan atau
sebaliknya berkaitan dengan keahlian.
10.2 Litigasi Material
Melainkan apa yang didedahkan seperti di bawah, terdapat satu (1)tindakan litigasi iaitu Saman bernombor 52-686-04/2012 beserta Penyataan
Tuntutan yang bertarikh 19 April 2012 yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah
Sesyen Kota Bahru, Kelantan.
10.3 Kontrak Material
Tiada kontrak adalah atau mungkin secara material (bukan merupakan
kontrak-kontrak yang dipersetujui dalam urusan biasa perniagaan) telah
dipersetujui oleh Syarikat Pengurusan dalam tempoh dua (2) tahun sejurus
sebelum Tarikh Prospektus ini.
(Halaman ini sengaja dibiarkan kosong)
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
41/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
40
11. KEBENARAN DAN PERSETUJUAN
11.1 Kebenaran dan persetujuan daripada Pemegang Amanah dan Tetuan
Masleena, Yee & Partners untuk memasukkan nama mereka dalam bentuk
dan konteks yang tertera di dalam Prospektus ini telah diberikan sebelum
penerbitan Prospektus ini dan ia tidak ditarik balik kemudiannya.
11.2 Kebenaran dan persetujuan daripada Juruaudit, Salihin dan Perunding Bebas,
Kris Ocean Aquatic Sdn. Bhd. untuk memasukkan nama mereka dan Laporan
Juruaudit beserta Laporan Perunding Bebas dalam bentuk dan konteks yang
tertera didalam Prospektus ini telah diberikan sebelum penerbitan Prospektusini dan ia tidak ditarik balik kemudiannya.
11.3. Dokumen-Dokumen Tersedia Untuk Pemeriksaan
Salinan dokumen-dokumen boleh disemak di pejabat berdaftar Syarikat
Pengurusan semasa waktu urusan perniagaan dari hari Selasa hingga Ahad:-
(a) Memorandum and Artikel Persatuan bagi Syarikat Pengurusan;(b) Surat Ikatan Amanah;(c) Laporan Juruaudit;(d) Surat Kebenaran;(e) Borang Permohonan; dan(f) Daftar Ahli Skim.
(Halaman ini sengaja dibiarkan kosong)
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
42/45
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
43/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
42
JADUAL PERTAMA
BUTIR-BUTIR TANAH-TANAH SKIM
Bahagian 1 Bahagian 2 Bahagian 3 Bahagian 4
Pemilik Berdaftar Tanah-tanah Skim Syarat Nyata Status Pegangan
AZZ MarketingBerhad (884774-V) GM 65116, Lot 9190,
Mukim Beruas,
Daerah Manjung,Negeri Perak
Tanaman
Komersial
Kekal
AZZ Marketing
Berhad (884774-V)
GM 65123, Lot 9196,
Mukim Beruas,Daerah Manjung,
Negeri Perak
Tanaman
Komersial
Kekal
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
44/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
43
JADUAL KEDUA
PENGIRAAN KADAR HASIL BERSIH
1 ekor Ikan Tilapia Matang = 1 kilogram
Kadar Hasil Bersih = 100 ekor ikan Tilapia matang X Harga Pasaran Borong/kg -
RM360.00*
*kos 100 benih ikan Tilapia dan makanan ikan Tilapia bagi Pusingan 2 dan Pusingan 3
dan kos upah penternakan ikan Tilapia Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Tilapia bagi
Pusingan 4.
Contoh pengiraan Kadar Hasil Bersih pada Harga Pasaran Borong RM10.00:
Pusingan Modal(RM)
HargaPasaran
Borong (RM
HasilTuaian(RM)
(tolak) KosPusingan
(RM)
(tolak) KosUpah (RM)
KadarHasil
Bersih
(RM)1 1600 10.00 1,000.00 360.00 - 640.00
2 - 10.00 1,000.00 360.00 - 640.00
3 - 10.00 1,000.00 360.00 - 640.00
4 - 10.00 1,000.00 - 360.00 640.00
Jumlah Kadar Hasil Bersih bagi Tempoh Sah Laku Pakej Ikan Tilapia 2,560.00
-
7/31/2019 Prospectus Skim Kepentingan Raja Tilapia
45/45
AZZ MARKETING BERHAD
No. Syarikat 884774-V
JADUAL KETIGA
HARGA PEMBELIAN-BALIK PAKEJ IKAN TILAPIA
Tarikh Borang Notis Permohonan Balik diterima oleh Syarikat
Pengurusan
Harga beli-balik
(RM)
> 2 hari12 bulan selepas Tarikh Pembelian Disahkan 800.00> 12 bulan15 bulan selepas Tarikh Pembelian Disahkan 640.00
> 15 bulan18 bulan selepas Tarikh Pembelian Disahkan 485.00
> 18 bulan21 bulan selepas Tarikh Pembelian Disahkan 320.00
> 21 bulan