2.MODUL PPG UW00202 2014-1

download 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

of 15

Transcript of 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    1/40

    1

    PENGENALAN MODUL

    UW00202 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

    1.0 

    PENGENALANKursus UW00202 Tamadun Islam dan Asia merupakan salah satu kursus Gugusan Wajib

    Universiti yang wajib diambil oleh setiap pelajar peringkat pra-siswazah di Universiti

    Malaysia Sabah. Kursus ini bertujuan memupuk nilai-nilai dan kesedaran dalam

    mengharmonikan kehidupan bersama disamping membina potensi positif dalam

    kalangan pelajar.

    2.0  SINOPSIS KURSUS

    Kursus ini membincangkan tentang ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan

    pengajian ketamadunan, interaksi dan dialog antara tamadun, pandangan semesta dan

    nilai-nilai universal, Tamadun Islam, Tamadun Melayu, Tamadun India, Tamadun Cina

    dan isu-isu kontemporari.

    3.0 

    OBJEKTIF DAN HASIL PEMBELAJARAN

     Antara objektif kursus ini ialah:

      Memberi pemahaman komprehensif mengenai sejarah, prinsip, nilai dan aspek

    utama pengajian ketamadunan di Malaysia.

      Membina generasi berpengetahuan dan peka mengenai isu-isu ketamadunan

    dan peradaban.

      Memperkukuh jati diri bangsa Malaysia sebagai sebuah masyarakat berbagai

    kaum yang mengamalkan kehidupan yang bertoleransi.

    Selepas tamat kursus ini, pelajar seharusnya dapat:

      Membezakan konsep tamadun dari perspektif timur dan barat.

      Menjelaskan sumbangan tamadun Islam, tamadun Melayu, tamadun India dan

    tamadun Cina.

      membincangkan isu-isuyang berkaitan pengajian ketamadunan dan menerimaidea-idea baru.

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    2/40

    2

    4.0   ASAS PENILIAN KURSUS

     Asas penilaian bagi kursus ini melibatkan beberapa komponen seperti berikut;

     

    Kerja Kursus Berkumpulan 40%  Pembentangan 20%

      Komitmen dan penglibatan 10%

      Peperiksaan akhir 30%

    Jumlah 100%

    Setiap penilaian adalah WAJIB untuk semua pelajar. Jika pelajar gagal melengkapkan

    salah satu daripada penilaian tersebut maka pelajar tersebut akan mendapat gred E

    atau GAGAL. Peratus kehadiran yang ditetapkan bagi kursus ini ialah 100% (wajib

    hadir keseluruhan kuliah). Oleh yang demikian bagi kes-kes tertentu, pelajar diminta

    mengemukakan dokumen sokongan rasmi untuk memohon pengecualian.

    5.0 

    RINGKASAN KANDUNGAN KURSUS

    Kursus ini dibahagikan kepada empat modul. Modul pertama member pengenalan

    tentang ilmu dan pengajian ketamadunan. Modul kedua membincangkan tentang

    tamadun Islam dari aspek sumber, pandangan semesta dan sumbangan. Modul ketiga

    pula membincangkan tamadun-tamadun Asia iaitu tamadun Melayu, tamadun India dan

    tamadun Cina. Manakala modul keempat membincangkan tentang dialog tamadun dan

    isu-isu semasa.

    6.0  RUJUKAN

      Rujukan utama untuk kursus ini antaranya ialah;

    Osman Bakar et. al. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. KL:

    UM.

    Zulkiflee Haron et. al. (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Johor : Penerbit

    UTM

      Manakala rujukan tambahan antaranya ialah;

     Azharudin Mohd Dali (2004). Tamadun India . KL: DBP.

     Azizan Baharuddin (2005). Dialog Peradaban Menurut Perspektif Islam . KL: UM.Suffian Mansor (2003). Tamadun China . KL: DBP.

     Abdul Rahman Haji Ismail (2001). China Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun . KL:

    DBP.

    Basham, A.L. (2005). The Wonder that was India . USA: AMS Press.

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    3/40

    3

    MODUL 1 : PENGAJIAN KETAMADUNAN

    OBJEKTIF

    Objektif modul ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentangpengajian ketamadunan. Pada akhir modul ini pelajar dapat:

    1.  menerangkan  keperluan mengkaji dan memahami ilmu dan isu-isu ketamadunan

    hari ini, dalam konteks Malaysia dan konteks global serta hubungkait dengan idea

    pembinaan negara Malaysia; 

    2.  menjelaskan kepentingan npandangan semesta; dan

    3.  menjelaskan kepentingan interaksi dan persamaan.

    UNIT 1 PENGENALAN PENGAJIAN KETAMADUNAN

    Pengajian ketamadunan merupakan salah satu cabang ilmu yang penting. Sifatnya yang

    dinamik tidak hanya terhad kepada pengkhususan ilmu tertentu malah ia

    mengabungkan disiplin-dispilin pengetahuan yang lain seperti sejarah, agama, sosoilogi,

    kebudayaan, falsafah, kesenian, kesusasteraan malah sains dan teknologi (Osman at.

    el., 2009:5).

    Dari sudut konsepnya, sejarah merupakan komponen asas kajian ketamadunan kerana

    melaluinya ilmu dan teori ketamadunan dapat dibina dan diterjemahkan. Secara amnya,

    perbezaan antara pengajian ketamadunan dan sejarah tamadun ialah keterikatan

    batasan masa. Pengajian ketamadunan membicarakan tentang teori dan konsep

    pembentukan, perkembangan dan kejatuhan sesebuah tamadun melangkaui batas

    masa. Berbeza dengan sejarah ketamadunan yang membincangkan tentang

    pengalaman dari sudut pencapaian, sumbangan dan kejatuhan sesebuah tamadun yang

    secara lazimnya dibatasi oleh faktor masa (Osman at. el., 2009:4).

    UNIT 2 PANDANGAN SEMESTA DALAM KETAMADUNAN

    Epistemologi dalam kepelbagaian sumber ilmu mempunyai kaitan dengan pembentukan

    pandangan semesta dalam ketamadunan. Konsep sesuatu tamadun dapat difahami

    melalui pemahaman terhadap pandangan semestanya (Zulkiflee at. el, 2013:47).

    Tamadun Islam misalnya menterjemahkan pandangan semestanya melalui konsep

    tauhid dan ubudiyyah dimana setiap matlamat adalah semata-mata mendapatkan

    keredhaan Allah. Tamadun Melayu awal dan tamadun Cina menterjemahkan

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    4/40

    4

    pandangan semesta melalui konsep ketaatan kepada pemerintah atau raja. Maka tidak

    hairanlah masyarakat dalam tamadun Melayu awal dan tamadun Cina amat sinonim

    dengan simbol ketaatan kepada Raja dan Maharaja mereka. Kesimpulannya,

    kedudukan pandangan semesta sesuatu tamadun amat bergantung pada epistimologi

    atau sumber ilmu bagi sesuatu pandangan semesta itu sendiri. Rajah di bawahmemberi gambaran idea hubungan ilmu, kepercayaan, sistem nilai, sikap dan kelakuan.

    Rajah 1: hubungan ilmu, kepercayaan, pandangan semesta, sistem nilai dan sikap.

    Sumber: Pahrul Mohd Joui

    UNIT 3 TAKRIF, CIRI DAN KONSEP TAMADUN

    Takrif TamadunPerkataan Tamadun berasal dari bahasa arab dan telah diterima pakai dalam bahasa

    Melayu. Dari sudut etimologi, pecahan kata asal bagi kalimah tamadun adalah maddana

    iaitu kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta

    perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan maddana ini diterbitkan kata

    maddani yang merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan cara hidup yang

    menzahirkan konsep kehalusan budi pekerti yang terpuji (Osman at. el., 2009:6).

    Pandangansemesta

    Kepercayaan/agama

    Ilmu

    Sikap/ kelakuan

    Sistemnilai

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    5/40

    5

    Bahkan konsep tamadun juga boleh dikaitkan dengan aktiviti kehidupan manusia dalam

    beragama (al din ).

    Ciri Tamadun

    Terdapat beberapa ciri asas yang menunjukkan pembentukan sesebuah tamaduan. Ciritersebut antaranya ialah sistem kepercayaan dan agama yang wujud dalam

    masyarakat. Selain itu penempatan masyarakatnya yang tetap dan membentuk kota,

    bandar atau madinah . Pembentukan sesebuah menempatan memerlukan sistem

    pentadbiran dan organisasi serta pengurusan sosial yang teratur sama ada dalam

    ekonomi, pendidikan, perundangan, politik dan sebagainya. Melaluinya wujudlah

    peningkatan kualiti kehidupan untuk menjamin kehidupan sejahtera yang berterusan.

    Sesebuah masyarakat yang membentuk tamadun memerlukan satu atau beberapa

    sistem bahasa dan tulisan sebagai saluran komunikasi untuk berhubung sesama mereka

    dan penyampaian maklumat.Bagi menjamin kesejahteraan masyarakat sistem

    perundangan dan sistem nilai akhlak dan moral perlu dititik beratkan.Perundangan yang

    berkuatkuasa mampu memastikan setiap sistem dalam masyarakat berjalan dengan

    tepat dan sebaiknya.

    Kesempurnaan sistem nilai akhlak dan moral melengkapkan konsep ketamadunan

    dalam erti kata kehalusan budi pekerti dan keluhuran nilai dalam masyarakat.

    Kehidupan yang sejahtera akan mengembangkan daya reka cipta dalam masyarakat

    untuk membangunkan kehidupan mereka melalui teknologi dan pembinaan. Bahkan,

    daya kreativiti juga akan hidup subur jika persaingan yang sihat wujud dalam

    masyarakat tersebut.

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    6/40

    6

    Rajah 2 : Ciri-ciri tamadun

    Sumber :Osman Bakar, Modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia  

    Konsep Tamadun

    Secara umumnya, konsep tamadun juga dapat difahami melalui hubungnnya dengan

    agama, kepercayaan, budaya dan bangsa.

     Apabila tamadun dikaitkan dengan aktiviti kehidupan manusia dan manusia adalah

    penggerak bagi tamadun, maka peranan agama dan kepercayaan amat penting kerana

    ia amat berkait dengan kehidupan berbudi pekerti luhur yang menerapkan nilai-nilai

    murni. Hubungan ini digambarkan secara positif oleh Thomas Berry melalui

    kenyataannya bahawa tamadun-tamadun timur seperti China dan India sukar difahami

    sepenuhnya tanpa merujuk kepada agama-agama besar di Asia.Dalam kaitan ini, Arnold

    Toynbee berpandangan “in the course if its evolution, a civilization produced, among

    other things, a universal state and higher of religion ” . Bahkan, Edward Sullivan

    mengiktiraf peranan agama dalam pembinaan tamadun Islam dalam kenyataannya

     “Muslim civilization was the product of muslim reli gion” (Osman at. el., 2009:15). Walau

    bagaimanapun tidak dinafikan terdapat pandangan berbeza dalam melihat hubungan

    ini.Auguste Comte yang melihat masyarakat berkembang dalam tiga tahap secara

    evolusi iaitu tahap teologikal, tahap metafizik dan akhirnya tahan saintifik (Wan Hashim,

    1997:11-25). Dalam erti kata lain bpandangan ini melihat bahawa manusia akan

    mencapai tahap saintifik setelah mereka berevolusi melepasi tahap teologikal dan

    Sistem Kepercayaandan Agama

    penempatan

    kualiti kehidupan

    sistem organisasi

    bahasa dan sistentulisan

    sistemperundangan

    daya rekacipta

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    7/40

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    8/40

    8

    Model Peradaban: Teori Kitaran Ibnu Khaldun

    Rajah 4 : Teori Kitaran Ibnu Khaldun

    Sumber :Osman Bakar, Modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia  

    Melalui teori kitaran, setiap tamadun mempunyi jangka hayat ataupun perigkat-

    peringkat penting. Bermula dengan pembentukan, perkembangan hinggalah kejatuhan.

    UNIT 5 INTERAKSI DAN PERSAMAAN ANTARA TAMADUN

    Sepanjang sejarah tamadun, interaksi telah wujud dalam pelbagai bentuk samaada

    secara positif atau sebaliknya. Interaksi merupakan respon komunikasi yang berlaku

    sama ada secara langsung atau tidak langsung. dalam perbincangan ilmu ketamadunan

    sekurang-kurangnya wujud tiga jenis interaksi iaitu interaksi dalam lingkungan budaya

    yang sama, interaksi dengan budaya dan tamadun yang berbeza dan interaksi antara

    tamadun yang kuat dan lemah.

    Generasi Awal-

    kelahiran

    •Semangat Juang,

    •kekitaan,

    •Solidariti Sosial Yang Tinggi

    GenerasiPertenga

    han-perkemba

    ngan

    •Memiliki KeupayaanIntelek, Ilmu, DanKemahiran

    Generasi Akhir-

    Kemerosotan

    • Lemah,dilimpahiKemewahan

    •krisis Adab,akhlakDan Jati Diri

    TEORI KITARAN 

    IBNU KHALDUN 

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    9/40

    9

    Rajah 6: Interaksi dalam tamadun.

    Sumber :Osman Bakar, Modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia  

    Dalam usaha mewujudkan interaksi yang baik dalam tamadan, persamaan dan nilai-

    nilai kebersamaan perlulah diberi lebih perhatian tanpa terlalu mempersoalkan unsur-

    unsur perbezaan. Keluarga dan keperluan untuk hidup dalam keharmoniab dan aman

    merupakan nilai dan unsur kebersamaan yang amat mudah untuk menyuburkan

    interaksi positif dalam kalangan masyarakat.

     AKTIVITI

    Pelajar diminta membuat perbincangan berkaitan teori ketamadunan denganmengaitkannya dengan isu-isu semasa

    LATIHAN

    Kaitkan idea ke arah memantapkan keunggulan pendidikan melalui teori ketamadunan

    KATA KUNCI

    Tamadun – Pandangan Semesta- interaksi

    1

    • Interaksi dalam Lingkungan Budaya yang Sama.

    • Contoh: Hubungan masyarakat Islam dan Hindu di India.

    2

    Interaksi dengan Budaya dan Tamadun yang Berbeza• Contoh: Hubungan masyarakat Islam dan Buddha di Kemboja.

    3

    • Interaksi antara Tamadun yang Kuat dengan yang Lemah

    • Contoh: Hubungan dan jaminan perlindungan masyarakat Yahudi dan

    Kristian dalam Piagam Madinah.

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    10/40

    10

    MODUL 2 :TAMADUN ISLAM

    OBJEKTIF

    Objektif modul ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang

    tamadun Islam. Pada akhir modul ini pelajar dapat:1.  Memberi pemahaman yang tepat terhadap pembinaan tamadun Islam.

    2.  Menjelaskan pandangan semsta tamadun Islam.

    3.  Menaerangkan konsep jihad dalam tamadun Islam

    UNIT 1 PENGENALAN

    Kelahiran tamadun Islam adalah cetusan daripada Islam itu sendiri, bahkan menurut

    Syed Qutb Islam itulah tamadun (Rasid Muhamad, 1996: 8). Justeru untuk memahami

    tamadun Islam perlu difahami Islam terlebih dahulu. Islam adalah agama universal

    untuk seluruh manusia, yang tidak dikhususkan untuk bangsa tertentu serta tidak pula

    dibatasi oleh zaman dan sempadan tertentu. Firman Allah S.W.T dalam surah al-

     Anbiya(21: 107) yang bermaksud:

     “Dan Tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta

    alam”. 

    Ini bermakna nabi Muhammad S.A.W. diutuskan oleh Allah S.W.T. kepada seluruh

    manusia. Sehubungan itu, Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas mengatakan: “The

    idea of the universal religion did not originate in man’s intellect and gradually evolve

    and develope in his culture and history .” Ertinya idea universalisme bukannya berasal

    dari pemikiran manusia, tetapi dari ajaran agama itu sendiri.

    UNIT 2 ASAS TAMADUN ISLAM

    Keunggulan tamadun Islam secara umumnya terbena dengan tiga asas yang utama

    iaitu akidah, syariah dan akhlak. Konsep tauhid merupakan teras terhadapmenyempurnaan akidah muslim itu sendiri. Manifestasi akidah berteraskan keimanan

    terhadap Allah S.W.T mezahirkan tamadun yang mantap dan mampu mencorak

    keunggulannya dalam cara yang tersendiri. Ini adalah kerana akidah mampu menggilap

    personaliti unggul dalam masyarakat muslim yang menjadi penggerak kepada tamadun

    Islam (Osman Bakar, 2009: 41).

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    11/40

    11

     Akidah yang mantap diperkukuh melalui kepatuhan terhadap syariat yang telah

    ditetapkan oleh Allah yang disampaikan oleh RasulNya. Secara umumnya syariah

    membawa maksud undang-undang, peraturan-peraturan dan ketetapan Allah S.W.T.

    syariah mengatur hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia sesama

    manusia dan hubungan manusia dengan alam untuk mencapai kesejahteraan,keamanan dan kedamaian di dunia serta kebahagian abadi di akhirat kelak. Firman

     Allah S.W.T dalam surah al-Jathiyah(45:18) yang bermaksud:

    ”Kesudahannya kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau)

    menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka

    turutlah syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang yang tidak

    mengetahui (perkara yang benar)”. 

    Manakala akhlak pula bolehlah dianggap sebagai penyempurnaan terhadap keimanan

    dan keindahan yang terhasil melalui kepatuhan terhadap syariat agama. Akhlak

    merupakan sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku (perbuatan) manusia

    terhadap Allah S.W.T., terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan

    dan larangan serta petunjuk Quran dan Sunnah. Prinsip-prinsip akhlak Islam adalah

    mutlak, bersifat universal, terperinci dan tidak boleh diubahsuai bagi memenuhi

    kehendak manusia yang sentiasa berubah dan tidak sekata.Tamadun Islam sangat

    menitikberatkan persoalan akhlak kerana pembentukan akhlak mampu melahirkan

    modal insan yang berperibadi mulia iaitu sepadu dan seimbang antara keperluan

    rohani, jasmani, mental dan emosi. Manusia tanpa akhlak yang baik akan hilang sifat

    dan taraf kemanusiannya, dan tiada bezanya dengan haiwan bahkan lebih teruk

    daripada haiwan.

    UNIT 3 PRINSIP SYARIAH DALAM TAMADUN ISLAM

    Prinsip syariah meletakkan dharuriah khamsah  iaitu lima perkara asas yang wajib dijaga

    demi menjamin kesejahteraan manusia secara keseluruhannya. Lima perkara asas

    tersebut ialah menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga kehormatan

    dan keturunan dan menjaga harta benda. Menjaga agama meletakkan keutamaandalam melaksanakan ajaran agama demi kebaikan pelakunya. Agama adalah

    penyelesaian terhadap kecelaruan dalam kehidupan manusia. Manakala pensyariatan

    qisas dalam menjaga nyawa pula adalah satu keperluan dalam menjamain kelestarian

    dan kesejahteraan hidup manusia. Selain itu, kehormatan dan kesucian keturunan juga

    menjadi keutamaan agama. Pensyariatan perkahwinan dan pengharaman zina misalnya

    merupakan antara keperluan untuk menjaga kehormatan dan kesucian keturunan.

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    12/40

    12

    Manakala kemilikan harta juga merupakan sesuatu yang diambil berat dalam syariah.

    Hak dan pemilikan merupakan sesuatu yang wajib dijaga tanpa dizalimi. Hudud bagi

    kesalahan mencuri dan pensyariatan zakat juga antara kaedah syariah dalam menjamin

    hak dan pemilikan.

    UNIT 4 KONSEP TAMADUN ISLAM

    Konsep tamadun Islam dibina atas kerangka agama Islam itu sendiri sebagai al-din .

    Tamadun Islam diasaskan pada akidah, diikat dengan syariah, akhlak dan prinsip-

    prinsip tertentu. Tamadun Islam menekankan fungsi Quran terhadap perkembangan

    ummah muslim dan peranan Islam sebagai faktor pembentukan tamadun Islam.

    Muhammad Asad menyifatkan tamadun Islam sebagai satu tamadun yang bersifat

    ideologi, rujukan yang dipegang adalah Quran. Syariah juga dikatakan sebagi

    konseptual pembentukan tamadun Islam. Ini kerana syariah mengandungi bidang

    hukum dan peraturan hidup yang sempurna untuk mencipta ummatul quran di samping

    fungsinya sebagai penetapan hukum terhadap individu kepada Tuhan, individu kepada

    individu, individu kepada masyarakat dan individu kepada alam (Ghazali Darusalam,

    2006: 18).

    UNIT 5 SUMBER TAMADUN ISLAM

    Pembentukan tamadun Islam berasaskan dua sumber utama perundangannya iaitu al

    Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. Dua sumber utama ini menterjemahkan hala tuju

    masyarakat dalam tamadun Islam dalam segenap perlakuan kehidupan mereka. Selain

    itu, keterbukaan untuk menerima sesuatu yang tidak bercanggah dengan prinsip agama

    menjadikannya lebih fleksible dengan perubahan dan keperluan masyarakat. Secara

    umumnya, terdapat empat sumber utama pembentukan tamadun Islam iaitu al Quran

    dan Sunnah, ijtihad dan sumber tamadun dan budaya luar.

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    13/40

    13

    Rajah 4: Sumber pembentukan tamadun Islam.

    Sumber: Osman Bakar, Modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia  

    UNIT 6 PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM

    Epistemologi pandangan semesta tamadun Islam bersumberkan al Quran dan Sunnah

    Rasulullah S.A.W. Akal dan ijtihad serta pengalaman dari tamadun dan budaya lain

    sumber sokongan selama ianya tidak bertentangan dengan prinsip Islam (Zulkiflee et.

    al, 2013:47). Oleh kerana sumber ilmu yang membentuk pandangan semesta tamadun

    Islam sifatnya tetap dan berautoriti secara mutlak maka pandangan semestanya lebih

    kukuh dan tidak berubah. lWalau bagaimanapun, terdapat tiga konsep penting yang

    mampu membantu untuk memehami pandangan semesta tamadun Islam, iaitu konsep

    keimanan, konsep kekuasaan dan konsep kemanusiaan (Osman, 2009:33).

    Rajah 5: Konsep pandangan semesta tamadun Islam.

    Sumber: Osman Bakar, Modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia  

    Sunnah

    Ijtihad

    Tamadun

    dan Budaya

    lain

    Al Quran

    Konsep

    Keimanan

    Konsep

    Kekuasaan

    Konsep

    Kemanusiaan

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    14/40

    14

    Secara umumnya konsep keimanan mejelaskan asas utama tauhid dan matlamat

    penciptaan manusia. Keimanan terhadap Allah sebagai Khalik iaitu pencipta serta

    memahami secara jelas matlamat penciptaan manusia akan memandu manusia kepada

     jalan yang benar. Sementara konsep kekuasan menterjemahkan kuasa Allah yangmutlak ke atas sesuatu melampaui kuasa hamba. Oleh yang demikian setiap kuasa

    yang dimiliki oleh pemerintah adalah amanah yang akan dipertanggunjawabkan kelak.

    Manakala konsep kemanusiaan melihat kesamaan taraf antara manusia yang hanya

    dibezakan oleh amalan dan taqwanya kepada Allah.

    UNIT 7 Keutamaan Jihad Dalam Islam

    Jihad merupakan sesuatu yang amat mulia di sisi agama Islam. Walau bagaiamanpun

    ada kalanya konsep ini disalah ertikan tatkala mengaitkan jihad dengan segala bentuk

    kekerasan, serangan dan keganasan. Hakikatnya jihad adah usaha dan pengorbanan

    tulus dalam menegakkan agama. Dalam dunia yang aman dan keharmonian

    masyarakat, jihad tidak hanya sekadar kesanggupan untuk turun berperang bahkan

    sepatutnya diluaskan pentafsirannya kearah membangun masyarakat melalui pelbagai

    aspek antaranya pendidikan, ekonomi, nilaim sosial dan taraf hidup.

     AKTIVITI

    Dalam kumpulan, bincangkan pandangan semesta dengan keunggulan tamadun Islam

    awal pembentukannya.

    LATIHAN

    Bincangkan dharuriah khamsah dalam membangun pendidikan lestari.

    KATA KUNCI

     Akidah – Syariah - Jihad

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    15/40

    15

    MODUL 3 TAMADUN MELAYU

    OBJEKTIF

    Objektif modul ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang

    tamadun Melayu dan hubungannya dengan pembentuka tamadun Malaysia. Pada akhirmodul ini pelajar dapat:

    1.  Mengetahui dan menerangkan asas pembentukan tamadun Melayu.

    2.  Mengenal pasti dan menjelaskan kesinambungan tamadun Melayu dan

    Malaysia.

    3.  Mengenal pasti unsur-unsur tamadun Melayu sebagai dasar kebangsaan

    Malaysia.

    UNIT 1 PENGENALAN

    Tamadun Melayu adalah sebuah tamadun yang dikaitkan dengan identiti bangsa

    Melayu. Dengan perkataan yang mudah kewujudan tamadun Melayu turut dikaitkan

    dengan kewujudan bangsa Melayu itu sendiri. Dari segi sejarah, tamadun Melayu

    adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau Asia Tenggara. Tamadun ini

    telah berkembang dalam kebudayaan orang Melayu yang tergolong dalam kumpulan

    penduduk asal gugusan kepulauan Melayu.

    Nama-nama lain bagi gugusan kepulauan Melayu (Zainal Abidin Borhan dan Ahmad

    Hakimi Khairuddin, 2008:1-3):

    1. Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia.

    2. Nusantara.

    3.  Alam Melayu.

    4. Tanah Jawi.

    UNIT 2 KONSEP MELAYU

    Istilah Melayu sebenarnya boleh merujuk kepada tiga perkara (Zainal Abidin Borhan &

     Ahmad Hakimi Khairuddin 2008:3):

    1.  Ras (gentetik atau biologi).

    2.  Budaya.

    3.  Bahasa. 

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    16/40

    16

     Alam Melayu

     Alam Melayu meliputi kawasan kepulauan yang merentasi seluruh Asia Tenggara

    sehingga sempadan Australia. Melayu Inti adalah satu konsep Melayu yang merujuk

    kepada kawasan di sekitar daratan Sunda yang dihuni oleh ras Melayu sebagai peribumi

    atau penduduk asal. Dunia Melayu Inti (Pentas Sunda) ini dilihat sebagai pusatpertumbuhan tamadun Melayu awal.

    Wilayah tersebut adalah pusat kepada:

    1.  Ras Melayu.

    2.  Bahasa Melayu.

    3.  Kebudayaan Melayu.

    4.  Tamadun Melayu.

    Melayu Dalam Perlembagaan

    Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi

    di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk

    berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

    1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

    Dalam Perkara 160, Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

    1.  secara lazimnya berbahasa Melayu,

    2.  secara lazimnya mengamalkan adat istiadat Melayu, dan

    3.  beragama Islam.

    Istilah Kaum Bumiputera pula digunakan bagi merujuk pelbagai etnik asal yang

    terdapat di Sabah dan Sarawak. Di Sabah, kaum bumiputera dimaksudkan sebagai

    warganegara berketurunan peribumi seperti orang Dusun/ Kadazan, Murut, Bajau,

    Iranun, Kedayan, Melayu Brunei, Lun Dayeh Sungai dan sebagainya. Manakala di

    Sarawak, kaum bumiputera merupakan seorang warganegara Malaysia yang tergolong

    dalam salah satu kumpulan etnik peribumi seperti Iban, Bidayuh, Melayu Melanau,

    Murut/ Lun Bawang, Kenyah, Kelabit, Kayan, Bisaya, Punan, Penan dan sebagainya

    (Osman Bakar (ed.), 2009: 64).

    UNIT 3 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG TAMADUN MELAYU

    Orang Melayu adalah penduduk asal kawasan Asia Tenggara. Dari segi sejarah, 10,000

    tahun dahulu, kawasan Asia Tenggara ini merupakan satu dataran besar yang

    merangkumi pulau Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Jawa, dan juga Pulau

    Borneo. Orang Melayu telah wujud di kawasan tapak Paleolitik Kota Tampan lebih

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    17/40

    17

    daripada 12,000 tahun dahulu, sebelum kenaikan paras laut akibat pencairan glasier

    dan ais di kawasan kutub-kutub Utara dan selatan pada akhir zaman geologi pleistosen.

    Terdapat juga pandangan ahli arkeologi yang merumuskan bahawa Alam Melayu telah

    diduduki manusia moden sejak kira-kira tahun 35,000 S.M (Zainal Abidin Borhan dan

     Ahmad Hakimi Khairuddin, 2008:5-6;Wan Hashim Wan Teh 1997:93).

    Selepas masyarakat Melayu berjaya menghasilkan tamadun-tamadun awal tersebut,

    mereka telah menggabungkan kebudayaan mereka dengan ajaran-ajaran agama Islam

    untuk membentuk tamadun Melayu Islam yang diiktiraf sebagai zaman kegemilangan

    tamadun Melayu. Kedaulatan kerajaan-kerajaan Melayu di Malaysia turut diakui oleh

    orang-orang Inggeris melalui perjanjian-perjanjian yang dimetrai (Wan Hashim Wan

    Teh 1997:93; Zainal Abidin Borhan dan Ahmad Hakimi Khairuddin, 2008:5).

    UNIT 3 PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU

     Asalnya masyarakat Melayu mempunyai pandangan semesta tradisional yang berkait

    rapat dengan alam semulajadi. Penerimaan mereka terhadap agama Islam telah

    membawa kepada proses pentakrifan dan pembentukan semula pandangan semesta

    tamadun Melayu mengikut acuan akidah Islam. Pada dasarnya tamadun Melayu telah

    dibina di atas enam prinsip pandangan semesta (Hashim Musa, 2001:38-39):

    1.  Allah sebagai pencipta.

    2.  Islam sebagai al-Din .

    3.  Ganjaran kebaikan dan balasan kejahatan.

    4.  Niat dan matlamat.

    5.  Kesempurnaan iman.

    6.  Bersederhana dalam kehidupan.

    Nilai-nilai utama masyarakat Melayu:

    1.  Akidah Islam.

    2.  Ketaantan kepada Sultan dan menghormati pemimpin.

    3.  Berpegang teguh kepada adat resam.

    4.  Memuliakan ibu bapa dan orang yang lebih tua.

    5.  Mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturahim.6.  Saling Menghormati.

    7.  Meraikan Tetamu.

    8.  Bertimbang rasa.

    9.  Bersopan santun dan berbudi bahasa.

    10. Bermesyuarat atau bermuafakat.

    11. Bergotong-royong.

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    18/40

    18

    UNIT 4 PERANAN TAMADUN MELAYU TERHADAP PEMBINAAN TAMADUN

    MALAYSIA

    Tamadun Malaysia adalah kesinambungan daripada tamadun Melayu yang telah wujud

    sejak sekian lama. Bermula daripada kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu awalhinggalah kepada perkembangan masyarakat Melayu agrarian dan maritim. Selepas

    menerima pengaruh Islam, tamadun Melayu telah diberi rupa bentuk baharu yang

    bercirikan peradaban Islam. Tamadun Melayu baharu inilah yang menjadi asas kepada

    kewujudan tamadun Malaysia yang wujud pada hari.

     AKTIVITI

    Bincangkan dalam satu kumpulan tentang ciri-ciri masyarakat Melayu yang masih kekal

    hingga hari ini.

    LATIHAN

     Anda dikehendaki menyenaraikan nilai-nilai yang ada pada masyarakat Melayu yang

    boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan tamadun Malaysia.

    KATA-KATA KUNCI

    Gugusan Kepulauan Melayu

    Orang Melayu

    Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu

    Kesultanan Melayu

     Agama Islam

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    19/40

    19

    MODUL 4 TAMADUN INDIA

    OBJEKTIF

    Objektif modul ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentangtamadun India. Pada akhir modul ini pelajar dapat:

    1. Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun India.

    2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun India.

    3. Mengenal pasti sumbangan-sumbangan penting tamadun India kepada

    tamadun dunia.

    UNIT 1 PENGENALAN

    Tamadun India mula bertapak di lembah Sungai Indus. Tamadun ini terus berkembang

    dari pelbagai aspek yang meliputi hal yang berkaitan dengan agama dan falsafah, seni

    dan budaya, dan sebagainya. Tamadun India juga dikenali sebagai Harappa  dan

    dianggap sebagai antara tamadun yang tertua di dunia yang muncul 3000 S.M. iaitu

    1000 tahun lebih awal daripada tamadun Cina. Keistimewaan tamadun ini antara lain

    adalah disebabkan kemampuannya untuk bertahan hingga hari ini serta mengekalkan

    tradisi kebudayaannya tanpa banyak mengalami perubahan. Antara yang menarik

    tentang tamadun ini ialah tentang pengaruh agama yang menjadi asas

    pembentukannya terutamanya agama Hindu, Buddha dan Islam (Azharudin, 2004: 11).

    UNIT 2 KONSEP TAMADUN INDIA

    Masyarakat Indo Arya

    Masyarakat Indo-Arya menggunakan bahasa Sanskrit sebagai bahasa utamanya.

    Masyarakat ini juga berpegang kepada empat buah Veda iaitu Rig, Yajur, Sama   dan

     Atharva. Karya-karya ini adalah puisi yang berbentuk mantera atau mazmur. Keempat-

    empat Veda atau kitab ini mempunyai pengaruh yang kuat pada aspek pemikiran,

    kepercayaan, amalan dan kehidupan masyarakat Indo-Arya.

    Berikut adalah maklumat ringkas tentang Veda:

    1.Rig  (1500 S.M.) merangkumi sepuluh buah buku yang mengandungi mazmur-mazmur

    dan puji-pujian tentang dewa-dewi, makhluk halus dan soma .

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    20/40

    20

    2. Yajur   (1500-1000 S.M) mengandungi mazmur-mazmur untuk pedanda  Adhvaryu  

    untuk digunakan dalam upacara-upacara.

    3. Sama   (1500-1000 S.M) adalah antologi mazmur-mazmur Rig Veda   dengan muzik

    untuk digunakan dalam upacara soma .

    4.  Atharva   (1200 S.M) merupakan koleksi mazmur-mazmur untuk makhluk halus bagimengelakkan keburukan seperti penyakit, kematian, sihir dan lain-lain (R.

    Rajakrishnan, 1994: 40).

    Masyarakat Dravida

    Masyarakat Dravida menggunakan bahasa Tamil. Bahasa ini adalah asas kepada semua

    bahasa Dravida. Kepercayaan, pemikiran serta amalan masyarakat Dravida adalah

    berasaskan ajaran mazhab Saivisme dan Vaisanavisme yang banyak dibicarakan dalam

    puisi klasik Sangam .

    Berikut adalah maklumat ringkas tentang mazhab masyarakat Dravida:

    1. Saivisme adalah satu mazhab yang dipelopori oleh Sankara  (788-820 M.). Beliau

    adalah seorang ahli falsafah Brahmin India Selatan. Beliau percaya kepada monisme

    (advaita ); bahawa dunia adalah ilusi (maya ); akhirnya ada satu realiti sahaja, iaitu

    Brahman; roh individu bersatu dengan Brahman; dan pelepasan dari duniawi datang

    dari kesedaran identiti ini.

    2.  Vaisanavisme  pula ialah satu mazhab yang dipelopori oleh Ramanuja (1017-1137

    M.). Beliau adalah seorang Brahmin yang menekankan kepentingan kebaktian

    kepada Vishnu. Ini kerana cara demikian adalah yang terbaik untuk seseorang itu

    mencapai kebebasan. Beliau percaya bahawa monisme berkelayakan (Visistadvaita );

    roh bersatu dengan tuhan tetapi asing darinya sepertimana bahagian (fragment );

    setelah mencapai kebebasan, roh yang dicipta oleh tuhan akan kembali kepadanya

    (R.Rajakrishnan, 1994: 35-36).

    UNIT 3 MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA

    Sistem keluarga dalam tamadun India adalah berlandaskan  Ashrama dharma  (panduanasas dalam berperilaku mengikut peringkat umur) dan Purusartha  (panduan berkenaan

    objektif hidup).

     Ashrama dharma  (Panduan susun lapis kehidupan)

    1. Brahmacarya (dari kecil sehingga usia 24 tahun).

      Masih bujang dan mempunyai tanggungjawab untuk menimba ilmu.

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    21/40

    21

      Dua belas tahun yang pertama adalah tahap pembelajaran yang

    informal.

      Dua belas tahun kedua pula adalah tahap pembelajaran yang formal

    (G. Sivapalan, 2001: 254-255).

    2. Grihasta (apabila tamatnya tahap pembelajaran)

      berumah tangga serta berkhidmat untuk keluarga dan masyarakat (R.

    Rajakrishnan, 1994: 13; Azharudin, 2004: 22).

      Dalam konteks tamadun India, usia yang paling sesuai bagi seseorang

    itu berkahwin ialah 21 hingga 30 tahun bagi lelaki dan 18 hingga 25

    tahun bagi perempuan (G. Sivapalan, 2001: 254-255).

    3.Vanaprasta  (kerohanian)

      Golongan berumah tangga yang sudah mencapai peringkat tua, iaitu

    yang mencapai usia antara 48 hingga 72 tahun (G. Sivapalan, 2001:

    254-255).

      Meninggalkan rumah dan tinggal di hutan untuk bertapa.

      Merenung dan menumpukan perhatian kepada hal kerohanian serta

    moksha  iaitu soal membebaskan diri dari kehidupan duniawi.

      Mencapai kearifan dan berkeupayaan untuk menasihati anggota

    masyarakatnya (R.Rajakrishnan, 1994: 13; Azharudin, 2004: 22).

    4.  Sanyasa  (menolak kehidupan duniawi)

      Meninggalkan tempat pertapaan dan kembali ke dalam masyarakat

    untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang diperolehi semasa bertapa

    (R.Rajakrishnan, 1994:13; Azharudin, 2004: 22).

      Usia 72 tahun.

      Berupaya mengatasi nafsu dan keinginan kepada perkara-perkara

    duniawi (G. Sivapalan, 2001: 254-255).

    Purusartha  (Empat objektif mulia)

    1. 

     Aram/ dharma  

      Peraturan moral dan etika yang bersifat kerohanian.

      Ditanamkan melalui pendidikan yang bersifat kerohanian.  objektif pertama kehidupan ini (G. Sivapalan, 2001: 255).

    2.  Porul/ artha  

      Mengumpul kekayaan.

      Melalui pekerjaan yang halal bersandarkan kepada aram (G. Sivapalan,

    2001: 255).

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    22/40

    22

    3.  Inbam/ kama  

      Menikmati kekayaan tersebut berlandaskan lunas-lunas dharma .

      Bertanggungjawab untuk memelihara isteri, anak, saudara mara, warga

    tua,

    orang alim dan masyarakat dengan kekayaan yang dimilikinya. Disarankan agar menggunakan sebahagian daripada kekayaan yang

    dimiliki untuk menjalankan kerja-kerja amal (G. Sivapalan, 2001: 255).

    4.  Vidu/ moksha  

      Mencapai kebebasan kerohanian.

     Mencapai kesempurnaan kesedaran kerohanian dan terlepas daripada

    lingkaran kelahiran dan kematian (G. Sivapalan, 2001: 255).

    Sistem Varna 

    Sistem varna   merupakan pembahagian kelas sosial yang tetap hierarkinya dan tidak

    boleh diubah. Sistem ini membahagikan masyarakat kepada lima kelas sosial:

    1. Brahmin   - golongan pendidik, pedanda, pengendali upacara di kuil dan golongan

    terpelajar.

    2. Ksatriya  - golongan pemerintah dan pasukan keselamatan.

    3.Vaisya  -golongan peniaga.

    4. Sudra  - golongan pekerja.

    5. Panchama/ Chandala  - golongan murtad dan dibuang daripada varna  (G. Sivapalan,

    2001: 258; Osman Bakar, 2009: 83).

    Sistem Jati

    Sistem Jati  

      Diwujudkan untuk menjaga kebajikan ahli sekerja dan tidak mempunyai hierarki

    sosial.

      Sistem ini wujud pada Zaman Veda Kemudian (1000 S.M. - 500 S.M.).

      Berfungsi berdasarkan pekerjaan yang mempunyai identiti sosial dan

    kepentingan ekonomi.

      Sistem ini bermula di India Utara dan kemudiannya tersebar luas ke seluruh

    benua kecil India.

      Sistem Jati  mempunyai sistem pentadbiran dan keadilan tersendiri.  Sistem keadilannya dikendalikan oleh jawatankuasa lima orang yang dipanggil

    Panchayat  (G. Sivapalan, 2001: 258-259).

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    23/40

    23

    UNIT 4 AGAMA DAN FALSAFAH DALAM TAMADUN INDIA

     Agama Hindu

      Disebut Sanatana dharma   bermaksud prinsip ataupun peraturan

    kerohanian yang kekal abadi.  Tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang

    khusus.

      Bukti terawal mengenai agama Hindu ditemui dalam tamadun Lembah

    Sungai Indus yang berusia lebih kurang 4000 tahun (seperti patung-

    patung yang menandakan konsep Dewi Ibu, sebuah mohor yang

    menandakan penyembahan Dewa Shiva, objek-objek yang berbentuk

    seolah-olah seperti Shiva-Linga dan kolam permandian yang digunakan

    untuk tujuan kerohanian) (G. Sivapalan, 2001: 267).

      Dewa-dewa dalam agama Hindu ialah Brahma (untuk pencipta), Vishnu

    (untuk memelihara) dan Siva (untuk memusnahkan) (R. Rajakrishnan,

    1994: 19).

     Agama Buddha

       Agama Buddha diasaskan oleh Siddhartha Gautama (563-483 S.M), putera

    Raja Suddhodana Gautama, daripada suku bangsa Shakya di India.

      Beliau menerima kesedaran semasa berumur 29 tahun, setelah bertapa

    buat sekian lama di bawah pokok bodhi  dan kemudiannya dikenali sebagai

    Buddha.

      Buddha berasal daripada perkataan Sanskrit “budh ” bermakna “yang

    mendapat kesedaran”.

       “Cahaya kebenaran” ini membolehkan Gautama Buddha menyelesaikan

    kesengsaraan manusia yang menjadi asas persoalan beliau sebelumnya

    (Azharudin, 2004: 79).

      Menekankan tentang psikologi dan etika yang berkaitan dengan

    kehidupan. 

      Memperkenalkan konsep ahimsa   iaitu melarang seseorang itu daripada

    melakukan pembunuhan binatang walaupun untuk mengisi perut (G.

    Sivapalan, 2001: 270).

     Ajaran Buddha mengutamakan Dhamma   (bahasa Pali) atau Dharma   (bahasa Sanskrit)

    yang dirangkumkan dalam Empat Kebenaran Mulia iaitu;

    i.  penderitaan itu universal (dukkha );

    ii.  ada punca segala penderitaan (dukkha samudaya );

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    24/40

    24

    iii. penderitaan itu boleh diatasi (dukha nirodha ); dan

    iv. ada cara untuk mengatasi penderitaan (dukha nirodha marga )

    Segala penderitaan ada puncanya. Buddha menyebutnya sebagai roda empirik yang

    mengandungi 12 rangkaian iaitu;i.  kecuaian (avidya );

    ii.  kecenderungan (samskara );

    iii.  kesedaran tentang kuasa karma (vijnana );

    iv.  nama dan bentuk (nama rupa );

    v.  lima organ deria dan minda (sodayatana );

    vi.  hubungan antara deria dengan objek (sparsa );

    vii.  sensasi (vedana );

    viii.  nafsu (trasna );

    ix.  bergantung kepada pewujudan (upadana );

    x.  bertekad untuk lahir (bhava );

    xi.  kelahiran ( jati ); dan

    xii.  usia tua dan kematian ( jara marana ).

     Ajaran Buddha mengesyorkan Lapan Jalan Mulia untuk mengatasi samsara   (sengsara)

    kitaran kelahiran semula. Seseorang harus menghindari karma   dengan menjauhi diri

    daripada perbuatan jahat (Osman Bakar, 2009: 87).

    Lapan Jalan Mulia:

    i.  Pandangan yang betul (kefahaman).

    ii.   Aspirasi yang betul (cita-cita).

    iii.  Pertuturan yang betul (komunikasi).

    iv.  Kelakuan yang betul (aksi).

    v.  Kehidupan yang betul (sara hidup).

    vi.  Usaha yang betul (daya usaha).

    vii.  Minda yang betul (mental).

    viii.  Konsentrasi yang betul (meditasi).

    Lapan Jalan Mulia tersebut adalah untuk mencapai nirvana   iaitu suatu keadaan di

    mana seseorang itu berjaya melepaskan dirinya daripada ikatan duniawi, mengetahuikebenaran serta memperolehi kesedaran secara keseluruhan (G. Sivapalan, 2001: 270-

    271; Osman Bakar, 2009: 87-88).

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    25/40

    25

     Agama Jaina

      Pengasasnya ialah Mahavira (perwira perkasa).

      Beliau adalah keturunan golongan Ksatriya  yang berasal dari Paisarah di Patna.

    Beliau dilahirkan pada 599 S.M.

     

     Ajaran- setiap yang hidup sama ada manusia atau benda-benda lain mempunyairoh; dan roh tersebut tidak akan bebas selagi ianya tidak dipisahkan daripada

    badan pemiliknya.

      Tidak percaya kepada penyembahan, tetapi percaya bahawa untuk mendapatkan

    kekuatan mental dan moral seseorang itu perlu bermeditasi atau bertapa dengan

    bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan.

       Ajaran agama ini secara umumnya mengandungi prinsip-prinsip asas seperti

    berikut:

    i. Jiva  atau roh yang ada pada makhluk bersifat kekal.

    ii. Asrava  (daya penarik).

    iii. Karma   (perbuatan seseorang) sewaktu hidup di dunia akan

    menentukan kelahiran semula.

    iv. Bandha  atau ikatan antara roh yang kekal dengan keinginan.

    v. Samsara  atau menahan penyiksaan karma .

    vi. Ninjava  atau penghapusan karma .

    vii. Siddhi  atau pelepasan dari kelahiran semula.

    viii. Ajivaa  atau benda-benda yang tidak bernyawa.

       Agama ini dikatakan mencapai tahap kebesarannya semasa pemerintahan

    Chandragupta Maurya; dan Magadha dijadikan sebagai pusat utama agama Jaina

    (Azharudin, 2004: 78).

     Agama Sikh

      Diasaskan oleh Guru Nanak (1469-1539). Beliau adalah seorang Ksatriya Hindu

    yang dilahirkan di Punjab. Beliau telah mengambil ciri-ciri Hindu dan Islam dalam

    merangka ajarannya (R. Rajakrishnan, 1994: 38).

       Ajaran beliau ini kemudiannya diteruskan oleh sembilan orang Guru Sikh seperti

    yang termaktub dalam kitab suci Guru Granth Sahib   yang menjadi panduan

    hidup selama-lamanya bagi kaum Khalsa  / Sikh.   Ajarannya menyentuh kod moral dan kerohanian serta semangat kemanusiaan

    tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan gender dalam masyarakat.

      Kepercayaan yang utama ialah mengenai kewujudan Tuhan yang satu, iaitu

    bersifat nirankar   (tidak berbentuk), abadi, amat berkuasa dan manusia tidak

    dapat menghuraikannya.

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    26/40

    26

      Kepercayaan bahawa Tuhan wujud di mana-mana jua dan Tuhan sajalah yang

    memiliki segala sifat kesempurnaan.

      Tuhan dipanggil Waheguru   bermakna “Tuhan yang menakjubkan” (Osman

    Bakar, 2009: 88).

     

    Menolak penggunaan patung sebagai gambaran Tuhan yang transendental danTuhan adalah kuasa terkuat yang memberi kurnia menurut kehendaknya.

      Berpegang pada konsep kelahiran semula, maya , karma   dan guru. (R.

    Rajakrishnan, 1994: 38).

      Gobind Singh (1675-1708) merupakan guru terakhir dalam sejarah Sikh. Beliau

    memperkenalkan persaudaraan khalsa   bertujuan memperkasa identiti Sikh

    dengan memakai lima simbol utama yang dikenali sebagai 5K, iaitu kesh  (rambut

    panjang), kangha  (sikat), kara  (gelang besi), kirpan  (pedang kecil), dan kachera  

    (seluar cerut). Penganut Sikh dikehendaki menghormati simbol 5K demi

    kesejahteraan hidup dan penerimaan agama Sikh (Osman Bakar, 2009: 88-89).

    UNIT 5 PENCAPAIAN TAMADUN INDIA

    Seni Halus

      Tarian 

      Muzik

      Drama 

    Seni Bina

       Antara tamadun terawal yang memiliki pengetahuan dan teknologi pembinaan

    yang baik.

      Ianya adalah berdasarkan kepada penemuan-penemuan arkeologi di Lembah

    Sungai Indus.

      Merangkumi kawasan Mohenjodaro di daerah Larkna; Sind dan Harappa di

    daerah Montgomery, Punjab (R. Rajakrishnan, 1994: 4).

    Seni Ukir

      Berkait rapat dengan agama merangkumi pembuatan patung, tiang berukir dan

    seni pahat.

      Mula berkembang pesat pada zaman Maurya.  Bukti ketinggian seni ukir India adalah tiang Asoka, ukiran gua Ajanta dan Ellora

    serta duit syiling India pada zaman Gupta. 

    Matematik

      Menggunakan matematik untuk menentukan tempat upacara pengorbanan

    menerusi kiraan astrologi.

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    27/40

    27

      Unsur geometri, algebra dan trigonometri dalam ilmu matematik mereka.

      Nombor-nombor yang digunakan adalah berdasarkan sembilan digit dan kosong

    (R. Rajakrishnan, 1994: 176).

     Astronomi  Ilmu astronomi India ada tercatat dalam Jyotisa   iaitu salah satu bahagian

    utama dalam kitab Veda.

      Digunakan untuk menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan.

      Menjumpai 7 planet dalam galaksi iaitu Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari,

    Zuhrah, Zuhal dan kemudian dua lagi planet yang mereka namakan Rahu dan

    Kethu (pusat tenaga) yang berada pada arah bertentangan 180°.

      Mengenalpasti 27 bintang (nakshatra ). Bagi orang India, kesemua 27 bintang

    dan 9 planet yang tersebut mempunyai pengaruh yang tersendiri kepada

    kehidupan manusia. Kepercayaan inilah yang menjadi asas kepada ilmu menilik

    (astrologi) yang muncul di zaman Gupta dan seterusnya berkembang dengan

    pesat serta menjadi pegangan sebahagian besar masyarakatnya (G. Sivapalan,

    2001: 279).

    Perubatan

      Mempunyai amalan perubatan sendiri sejak zaman Vedik lagi.

       Antara bidang perubatan yang mereka kuasai ialah fisiologi, pernafasan,

    reproduksi manusia, pembedahan, farmakologi dan perubatan haiwan.

      Mereka mempunyai kepakaran dalam pembedahan mata bagi mengubati

    penyakit katarak, pembedahan plastik bagi memperbaiki kecacatan pada tubuh

    badan seperti hidung, telinga dan bibir, mengubati tulang yang patah dan

    sebagainya.

       Amalan perubatan India banyak disumbangkan oleh teks-teks Ayur Veda  seperti

    Caraka Samhita  (kurun pertama hingga kedua) dan Susruta Samhita  (kurun

    keempat).

      Susruta telah menyenaraikan 760 jenis tumbuh-tumbuhan untuk tujuan

    perubatan dalam bukunya Susruta Samhita . Tumbuh-tumbuhan ini dibahagikan

    mengikut kegunaannya sama ada sebagai penawar, racun atau tonik

    (Sivachandralingam, 1999: 442-443; R. Rajakrishnan, 1994: 176, G. Sivapalan,2001: 2008).

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    28/40

    28

     AKTIVITI

    Bincangkan mengenai kepentingan agama dalam tamadun India dalam format forum

    (seorang moderator dan dua ahli panel).

    LATIHAN Anda dikehendaki untuk menyenaraikan ciri-ciri budaya masyarakat India Utara dan

    bandingkan dengan ciri-ciri masyarakat India di Malaysia. Sila buat penjelasan pada ciri-

    ciri yang berbeza.

    KATA-KATA KUNCI

    Masyarakat dan Budaya

    Kesusasteraan.

    Etika dan Agama.

    Pandangan Semesta.

    Nilai-nilai.

    Pencapaian dalam Pelbagai Bidang

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    29/40

    29

    MODUL 5 TAMADUN CINA

    OBJEKTIF

    Objektif unit ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenaitamadun Cina. Pada akhir unit ini, pelajar dapat:

    1.  Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun Cina.

    2.  Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina.

    3.  Mengenal pasti sumbangan-sumbangan penting tamadun Cina kepada tamadun

    dunia.

    UNIT 1 PENGENALAN

    Tamadun Cina adalah antara tamadun tertua dan wujud sehingga kini. Sepanjang

    sejarahnya ia pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain namun tidak diserap oleh

    tamadun lain. Huang He  (Sungai Kuning) merupakan pusat pertumbuhan tamadun

    Cina di utara dan Chang Jiang  merupakan pusat pertumbuhan tamadun Cina di

    selatan. Oleh sebab benua China “terasing” daripada dunia lain dan ini

    membolehkannya berkembang bersendirian membentuk peradaban dan

    keperibadiannya tanpa gangguan dan saingan yang boleh mengancam pengekalan

    keperibadiannya itu (Abdul Rahman Ismail, 2001: 85).

    UNIT 2 KONSEP TAMADUN CINA

    Bangsa Cina adalah gabungan lima kaum besar (Han, Hui, Manchu, Mongol dan Zang)

    dipanggil dengan nama Zhonghua Minzu   (bangsa Tionghua). Pada peringkat awal,

    bangsa Cina dikenali sebagai bangsa Huaxia kemudian bertukar nama kepada bangsa

    Han dan bangsa Tang pada dinasti Tang (618-890M) (Osman Bakar, 2009: 98). 

    MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN CINA

    Susun lapis masyarakat Cina dibahagikan kepada empat peringkat iaitu (Obeidellah Hj

    Mohamad, 2008: 3):  kaum pelajar. 

      kaum tani. 

      kaum pekerja. 

      kaum pedagang. 

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    30/40

    30

    Sistem hubungan kekeluargaan dalam masyarakat Cina terbahagi kepada lima aspek

    yang dikenali sebagai konsep Wu Lun . Aspek lima hubungan tersebut meliputi (Rozeyta,

    2004: 444-445):

    i.  Hubungan ibu bapa dengan anak (bakti)

    ii. 

    Hubungan suami dan isteri (hormat)iii.  Hubungan antara adik-beradik (hormat)

    iv.  Hubungan antara kawan (hormat)

    v.  Hubungan antara raja dan rakyat (adil)

    Konsep Wu Lun   mempunyai kaitan yang rapat dengan konsep Wu Chang   yang

    merangkumi lima nilai utama iaitu (Osman Bakar, 2009: 98-99, Rozeyta, 2004: 446-

    447):

    i.  Ren  (kemanusiaan).

    ii.  Yi (kesaksamaan/ keadilan).

    iii.  Li (tatasusila/ kesopanan).

    iv.  Zhi  (kebijaksanaan/ hikmah).

    v.  Xin  (amanah/ kepercayaan).

    Keluarga adalah unit pertubuhan sosial yang asas dalam sesebuah masyarakat dan

    perlu dipelihara keharmoniannya (he ). Ia boleh dicapai menerusi beberapa amalan

    (Gong Wei Ai, 2000):

    i.  xiao  (ketaatan anak-anak kepada ibubapa).

    ii.  ci  (kasih-sayang daripada ibubapa kepada anak).

    iii.  ti  (sikap hormat daripada adik kepada abang atau kakak).

    iv.   jian  (jimat-cermat).

    v.  qin (ketekunan).

    UNIT 3 PANDANGAN SEMESTA TAMADUN CINA

    Konsep Tian

    Tian   selalunya digunakan untuk menunjukkan Langit (Heaven ). Walaupun demikian,

    sejak zaman awal dalam sejarah negera China, Tian   juga digunakan untukmenunjukkan dewa terpenting atau dewa utama dalam kepercayaan Cina.

    Pada zaman dinasti Chou, konsep ini merujuk kepada empat fahaman utama iaitu (Lok

    Chong Hoe, 1998: 3-4), (Abdul Rahman Ismail, 2001: 42-45):

    i.  Sumber kewujudan kepada seluruh makhluk di dunia.

    ii.  Y ang maha agung yang mengatasi segala sesuatu.

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    31/40

    31

    iii.  Kuasa penentu nasib sesebuah dinasti.

    iv.  Kuasa penentu kebahagiaan dan kesengsaraan insan. 

    Di samping empat fahaman yang tersebut di atas, Tian   juga dirujuk sebagai Prinsip

    Moral yang terawal dan tertinggi dalam alam semesta.

    Konsep Dao  

    Konsep Dao   juga mempunyai pelbagai maksud. Konsep ini sebagaimana yang

    djielaskan  dalam kitab Daode Jing   merujuk kepada empat perkara utama iaitu:

    i.  Konsep Dao   bermaksud jalan (the way ) atau lorong. Dalam fahaman

    konfusianisme, Dao   digunakan untuk menunjukkan suatu  “jalan” ataupun

    suatu cara kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau tabiat buruk

    (Lok Chong Hoe, 1998: 15).

    ii.  Dao   adalah konsep semula jadi  (nature  / tabii) . Di sini konsep Dao   amat

    berkait dengan melakukan perkara secara semula jadi atau spontan (Lok

    Chong Hoe, 1998: 20-21).

    iii.  Dao  adalah prinsip agung yang mutlak, asal-usul semua makhluk (wanwu ).

    Dalam fahaman Daoisme, Dao   ialah punca pertama/ asas kepada semua

    benda (The all-embracing first principle ) (Fung Yu-Lan, 2006: 114).

    iv.  Dao   bersifat azali  (primordial ), darinya semua makhluk berasal dan akan

    kembali semula pada akhir hayat mereka (Osman Bakar, 2009: 101).

    v.  Dao merupakan hukum alam yang tidak berubah. Walaupun sesuatu benda

    boleh diubah dan sedang berubah, hukum yang memandu perubahan benda-

    benda tersebut tidak dapat diubah (Fung Yu-Lan, 2006: 115).

    Konsep Taiji  

      Kitab Yijing (The Books of Changes ) menghuraikan konsep Taiji bagi merujuk

    kepada satu hakikat yang mutlak (ultimate reality ).

      Tapak primodial   (pertama) bagi kewujudan makhluk-makhluk sejagat. Menurutkitab ini, tiada sebarang batasan bagi diri Taiji (Osman Bakar, 2009: 101).

    Konsep Yin Yang  

      Mempercayai bahawa perkara-perkara yang berlaku atau wujud di dalam kosmos

    ini adalah akibat daripada interaksi antara dua kuasa yang berlawanan dan

    bertentangan iaitu Yin  dan Yang .

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    32/40

    32

      Yang  bermaksud cahaya matahari, cahaya dan keadaan terang.

      Yin  bermaksud keadaan tanpa cahaya matahari (keadaan gelap gelita). 

      Konsep Yin Yang  mewakili dua kuasa kosmik.

      Yang  mewakili kelelakian, aktiviti panas, cerah, kering, keras.

     

    Yin mewakili keperempuanan, keadaan pasif, sejuk, gelap, keadaan basah,lembut dan lain-lain lagi.

      Dalam setiap manusia terdapat aspek Yang dan juga aspek Yin   (seperti dalam

    alam semesta, di mana pihak Langit mewakili kuasa Yang dan pihak Bumi

    mewakili kuasa Yin ).

      Dalam diri seseorang manusia, aspek Yang   diwakili oleh sifat

    berperikemanusiaan dan sifat minda atau pemikiran. Aspek Yin  pula diwakili oleh

    nafsu dan perasaan (Lok Chong Hoe, 1998: 30-32). 

    Konsep Wuxing  

      Lima unsur (wuxing ) merupakan hukum yang perlu untuk menggerakkan alam

    semesta.

      Lima unsur tersebut adalah bumi, logam, air, kayu dan api.

      Kelima-lima unsur ini merupakan kuasa mistik yang mempunyai kesesuaian

    dengan warna-warna, sifat keempat-empat musim yang berpusing, arah-arah

    kompas dan nada muzik.

      Kelima-lima unsur ini membentuk satu pusingan yang seringkali dapat

    diperbaharui dengan sendirinya bermula dengan bumi melahirkan logam, logam

    menghasilkan air melalui kondensasi, air menghidupkan kayu, kayu menyalakan

    api, api menghasilkan bumi dan seterusnya memperbaharui pusingan tersebut

    (Obeidellah Hj Mohamad, 2008: 34).

    Konfusianisme

      Konfusianisme diasaskan oleh Kung Fu-Zi yang lebih dikenali sebagai Konfusius

    (551 S.M.- 479 S.M). 

    Konfusius menitik-beratkan beberapa perkara dalam ajarannya iaitu (Rozeyta Omar,

    2004: 435):

      Kepentingan akhlak mulia antara manusia.

      Sentiasa mengingati nenek-moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia.  Menekankan aspek falsafah dan etika yang mengajar manusia cara untuk

    bertingkah laku dengan baik.

      Bersederhana dalam tingkah laku dan bertindak mengikut peraturan.

      Perasaan taat setia kepada negara, saling menghormati antara golongan muda

    dengan orang tua.

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    33/40

    33

    Buddhisme Cina

      Buddhisme adalah salah satu kepercayaan yang diamalkan oleh orang Cina yang

    banyak mempengaruhi budaya dan pandangan semesta masyarakat Cina. Ajaran

    Buddha mula tersebar ke negara China pada kurun Masihi yang pertama.   Ajaran ini telah mengalami proses pengubahsuaian sehingga menjadi suatu

    sistem keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan lalu dikenali sebagai

    Buddhisme Cina.

      Buddhisme Cina menerapkan konsep wu-wei   dan wu-hsin   daripada aliran

    falsafah Daoisme ke dalam metafizik. Wu-wei   bermaksud tanpa tindakan. Wu- 

    hsin   pula secara bermaksud tidak ada hati. Dengan mengamalkan wu-wei   dan

    wu-hsin , maka seseorang itu tidak akan mengharapkan sesuatu atau bergantung

    kepada sesuatu, walaupun ia mungkin melakukan pelbagai kegiatan. Ini boleh

    mengelakkan karma   memandangkan akibat atau balasan karma   seseorang

    disebabkan kebergantungannya kepada sesuatu perkara (Fung Yu-Lan, 2006:

    297-298).

    Daoisme

      Daoisme terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu pemikiran falsafah Dao  

    (daojia ) dan aliran keagamaan Dao  (daojiao ).

      Pemikiran falsafah Dao  diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Laozi

    (604 SM) dan Zhuangzi (369 S.M- 286 S.M) (Fung Yu-Lan, 2006: 110).

      Dao  merupakan asas permulaan segala benda (Fung Yu-Lan, 2006:111-114).

      Zhuangzi berpendapat kebahagiaan ini dicapai apabila seseorang hanya

    mengikuti apa yang dikenali sebagai alam semula jadi dan dalam masa yang

    sama ia boleh mengelakkan perasaan sedih atau dukacita (Fung Yu-Lan, 2006:

    124-130).

    Moisme 

      Moisme diasaskan oleh Mozi (479 SM – 381 SM).

     Antara ajarannya ialah (Rozeyta Omar, 2004: 439-430, Fung Yu-Lan, 2006: 60-

    62):

      Menitik-beratkan cinta sejagat ( jian’ai  )  iaitu cinta atau kasih-sayang yangsama rata. Seseorang itu harus menyayangi orang lain seperti menyayangi diri

    sendiri.

      Menganjurkan sikap berjimat-cermat dan kesederhanaan.

      Menganjurkan pengebumian yang ringkas.

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    34/40

    34

      Menentang Konfusius yang mengamalkan upacara pengebumian secara besar-

    besaran.

      Menentang muzik dan hiburan.

      Menentang sistem pewarisan takhta kerajaan.

     

    Melarang segala bentuk keganasan dan peperangan.  Tidak mempercayai konsep nasib atau takdir (feiming ).

      Mengkritik golongan Konfusianis yang tidak mempercayai tuhan dan hantu.

     Aliran Fa (Legalisme)

      Han Feizi merupakan ahli teori Aliran Legalisme termasyhur.

      fa  bermaksud undang-undang atau peraturan (Fung Yu-Lan, 2006: 188-189).

      Melihat permasalahan manusia secara realistik.

      Pandangan bersifat revolusi menentang teori-teori aliran Cina lain.

      Langkah pertama yang perlu menurut mereka adalah dengan menguatkuasakan

    undang-undang.

      Dengan berbuat demikian, beliau boleh memerintah rakyat dengan berjaya, tidak

    kira berapa ramai sekalipun.

    Islam 

       Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China melalui dua

     jalan iaitu jalan darat dan jalan laut seawal abad ke-7 M.

      Pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China telah mendirikan

    masjid di Guangzhou dan Quanzhou.

      Penggunaan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan telah

    membentuk masyarakat Islam Cina di Xian.

      Kemuncak kegemilangan Islam di China adalah pada zaman dinasti Yuan (1271-

    1368 M).

      Bidang sumbangan astronomi, takwim Islam, perubatan, sains dan teknologi.

    Sementara pada zaman dinasti Ming (1369-1644 M).

       Ahli pelayaran Cina muslim iaitu Zhenghe yang telah berjaya mengelilingi dunia

    termasuk kedatangannya ke Alam Melayu (Osman Bakar, 2009: 103-104).

      Pengaruh Islam dalam Konsep Zhen Yi  (Kebenaran Yang Satu), teori Pengenalan

    (mengkaji benda untuk mencapai ilmu) dan konsep Takdir.  Cina Muslim telah menggabungkan Konsep Wu (Wuji, Taiji)   dalam warisan

    falsafah Cina dengan Konsep Yi   (satu) dalam menjelaskan keesaan Tuhan

    (Obaidellah Hj Mohamad, 2008).

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    35/40

    35

    UNIT 4 PENCAPAIAN TAMADUN CINA

    Kesusasteraan

      Dalam sejarah kuno, dua bidang sastera yang dipandang tinggi oleh orang Cina

    adalah puisi dan prosa. Kedua-dua bidang sastera ini mempunyai kepentingan

    dalam peperiksaan awam kerajaan (Suffian Mansor, 2003: 160).

    Kesenian

      Tamadun Cina telah mencapai kemajuan penting dalam bidang kesenian (muzik

    klasik, kaligrafi, seni bina). Kemajuan itu dicapai semasa pemerintahan dinasti

    Han, dinasti Tang, dinasti Song dan dinasti Ming (Suffian Mansor, 2003: 152-

    153).

    Sains dan Teknologi

      Teknologi Pertanian

      Matematik

       Astronomi dan Kalender

      Perubatan dan kesihatan

      Fizik, Kimia, Biologi

      Komuniksi, Pengangkutan dan Pelayaran.

      Teknologi Peperangan

     AKTIVITI

    Bincangkan tentang faktor-faktor penting yang telah membawa kepada kecemerlangan

    tamadun Cina.

    LATIHAN

     Anda dikehendaki menceritakan tentang kepentingan falsafah dan sistem kepercayaan

    yang mendasari tanmadun Cina.

    KATA-KATA KUNCI

    Sistem nilai dan budaya Cina

    Bahasa dan Sistem Tulisan CinaPandangan Semesta

    Falsafah dan Agama

    Institusi Politik dan Sistem Pemerintahan

    Sains dan Teknologi.

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    36/40

    36

    MODUL 6 DIALOG TAMADUN

    OBJEKTIF

    Objektif modul ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang dialogantara tamadun. Di akhir kuliah, pelajar dapat:

    1.  Menghuraikan justifikasi kepentingan dialog antara tamadun.

    2.  Menjelaskan bagaimana dialog antara tamadun harus dijalankan

    UNIT 1 PENGENALAN

    Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mewujudkan dialog antara tamadun. Pertubuhan-

    pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun

    Dialog Tamadun. Usaha ini dibuat bagi menggalakkan dialog dalam kalangan warga

    dunia bagi mewujudkan suasana damai dan harmoni. Selain itu wujud juga dapat

    membetulkan salah faham, memperbaiki komunikasi dan mengurangkan prejudis

    dalam hubungan antara tamadun.

    UNIT 2 KONSEP DIALOG

    Konsep dialog merupakan konsep baru dalam menghuraikan hubungan antara manusia

    dan peradaban sejagat yang nyata berbeza dalam beberapa aspek. Realiti yang mesti

    kita terima ialah masyarakat di negara kita dan di dunia terdiri daripada berbagai

    agama, kaum, etnik, budaya, bahasa, serta perbezaan-perbezaan yang bersifat

    individu. Menerusi dialog semua perbezaan ini dapat dilihat secara positif serta dapat

    membantu dalam usaha untuk saling memahami. Dialog memberi ruang yang lebih

    besar kepada kita untuk saling mengenali. Pengetahuan tentang nilai-nilai, norma-

    norma, pengalaman sejarah dan budaya sesuatu masyarakat akan mengikis sifat

    prejudis dan dalam masa yang sama menimbulkan perasaan hormat-menghormati

    antara satu sama lain.

    Dasar Dialog

    Secara dasarnya, prinsip semua agama di dunia membawakan ajaran nilai-nilai murni

    kemanusiaan yang universal dalam semua urusan dan menolak unsur keganasan,

    prasangka dan penindasan. Ini kerana agama bukan sahaja membicarakan soal

    hubungan manusia dengan tuhan, tetapi juga turut menekankan tentang hubungan

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    37/40

    37

    sesama manusia. Oleh itu agama seharusnya menjadi dasar kepada dialog peradaban

    yang dapat menenangkan situasi ”panas” di antara peradaban-peradaban dunia.

     Antara saranan-saranan dari agama yang menjurus kepada dialog ialah:

     

    Islam- Tidak beriman seseorang itu sehinggalah ia mengasihi saudaranyasebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.

      Buddhisme- Layanilah semua kejadian sebagaimana kamu mahu dilayani.

      Hinduisme- Jangan lakukan kepada seseorang sesuatu perkara yang kamu tidak

    suka diperlakukan.

      Kristian- Apa sahaja yang kamu inginkan orang lain lakukan ke atas kamu, maka

    lakukanlah kepada mereka.

      Sikhism- Lakukan sesuatu yang baik mengikut kehendak kamu sebagaimana

    kamu tidak boleh mengharapkan buah yang sedap sekiranya kamu menanam

    pokok yang berduri.

       Yahudi- Apa sahaja yang kamu benci, jangan lakukan kepada jiran kamu.

      Bahai- Sekiranya mata kamu memandang ke arah keadilan, pilihlah untuk jiran

    kamu sesuatu yang akan kamu pilih untuk diri kamu.

    UNIT 3 MATLAMAT DIALOG

    Meluruskan Persepsi Salah Faham Terhadap Tamadun Lain

      Dialog merupakan mekanisme alternatif yang sihat dan positif untuk diamalkan

    oleh semua lapisan masyarakat dunia, bagi meningkatkan persefahaman.

      Menentang teori ”clash” yang dicanangkan oleh Huntington, sekaligus

    menjadikan metod dialog lebih realistik dan bersesuaian idaman setiap manusia.

    Pemupukan Nilai-nilai Sepunya

      Bagi memupuk dan mengukuhkan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama

    dalam ketamadunan manusia.

      Sesi dialog dalam semua peringkat masyarakat perlu dijalankan apatahlagi dalam

    zaman teknologi maklumat yang menyediakan ruang yang lebih kondusif untuk

    mendekatkan manusia.

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    38/40

    38

    UNIT 4 ISU-ISU DIALOG DALAM TAMADUN

    Keganasan dan ketidakadilan

    Palestin dan Israel adalah contoh klasik yang menyaksikan isu ini berlarutan hingga kini.

    Perebutan kuasa politik dan ekonomi

    Perebutan telaga minyak di Asia Barat menjadi salah satu faktor penyumbang kepada

    permasalahan ini.

    Kejahilan tentang tamadun lain

    Islamophobia misalnya berpunca dari kejahilan tentang tamadun Islam.

    Layanan buruk terhadap masyarakat tertentu

    Diskriminasi terhadap sesuatu masyarakat atau kelompok seperti yang berlaku di

    Myanmar.

     AKTIVITI

    Bincangkan tentang isu-isu yang memerlukan sesi dialog di tempat tinggal anda.

    LATIHAN

    Sila berikan cadangan tentang cara untuk mengatasi masalah perbezaan pandangan

    dalam kalangan masyarakat Malaysia.

    KATA-KATA KUNCI

    Dialog

     Agama

    Budaya

    Pemikiran

    Harmoni

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    39/40

    39

    BIBLIOGRAFI

     A.Aziz Deraman. 2003. Globalisasi dan Peradaban di Malaysia. KualaLumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

     Abd Hakim Mohad & Azmi Aziz. 2009. The Malaysian Contribution to Dialogue AmongCivilizations. Dlm. Rosnah Ismail & Uichol Kim (ed), Malaysia and Islam in the

    Global Context: Psychological, Social and Cultural Perspective . Kota Kinabalu:

    Universiti Malaysia Sabah.

     Abd. Wahid Jais & Faezah Kassim. 2006. Interaksi Antara Tamadun. Dlm. Tamadun

    Islam dan Tamadun Melayu . Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

     Azhar Hj. Md. Aros. 2002. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (Titas)  Kertas 1 dan 2 .

    Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

     Azhar Mad Aros. 2001. Tamadun Islam dan Tamadun Asia . Kuala Lumpur: Fajar Bakti 

    Sdn. Bhd.

     Azharudin Mohd Dali. 2004. Tamadun India . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Fan Dai Nian & Robert S. Cohen. 1996. Chinese Studies in The History and Philosophy

    of Science and Technology . London: Kluwer Academic Publisher.

    Fung Yu-Lan. 2006. Sejarah Ringkas Falsafah Cina (terj) . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    G. Sivapalan, M. Rajantheran dan R. Rajakrishnan. 2001. Tamadun India: Masyarakat

    dan Budaya. Dlm. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Universiti

    Malaya.

    Ghazali Shafie. 2009. Rumpun Melayu dan Bangsa Malaysia Menjelang Tahun 2020.

    Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Gong Wei Ai. 2000. Sejarah Peradaban Cina . Tidak diterbitkan 

    Hashim Musa. 2004. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi

    Barat . Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

    Ismail Hamid. 1991. Masyarakat Dan Budaya Melayu . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    Jacques Gernet. 1996.  A History of Chinese Civilization . London: Cambridge University

    Press.

    Lok Chong Hoe. 1998. Tamadun Cina: Falsafah, Pandangan Dunia dan Aspek-aspekKesenian . Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

    Mohd Hazim Shah Abdul Murad, Osman Bakar, Azizan Baharuddin. 2008. Masa Depan

    Dunia Berbilang Tamadun: Dialog Tamadun dan Isu-isu Semasa. Dlm. Modul

    Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Tidak diterbitkan.

  • 8/20/2019 2.MODUL PPG UW00202 2014-1

    40/40

    Mohd. Azhar Abd. Hamid & Ahmad Puhad Alim. 2004. Mengapa Mempelajari Tamadun?.

    Dlm. Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun . Johor: Universiti

    Teknologi Malaysia.

    Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi. 2005. Peradaban Melayu . Johor : Universiti Teknologi

    Malaysia.Mohd. Zuhdi Marsuki. 2006. Konsep Tamadun. Dlm. Tamadun Islam dan Tamadun

    Melayu. Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    Muhammed Fauzi Othman, Mohd Azhar Abd. Hamid & Esa Khalid. 2004. Konsep

    Tamadun. Dlm. Esa Khalid & Mohd Azhar Abd. Hamid (peny.). Beberapa Aspek

    Tamadun Melayu, India, China dan Jepun . Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

    Osman Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad (peny.). 2009. Modul Pengajian

    Tamadun Islam dan Tamadun Asia . Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    Osman Bakar. 2003. Globalisasi dan Peradaban. Dlm. A. Aziz Deraman & Rohani Zainal

     Abidin (peny.). Globalisasi dan Peradaban di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    R. Rajakrishnan dan M. Rajantheran. 1994. Pengantar Tamadun India . Kuala Lumpur:

    Penerbit Fajar Bakti.

    Robert Tempel. 1998. The Genius of China . London: Prion Books Ltd.

    Ros Aiza Mohd Mokhtar (et. All). 2011. Modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia .

    Puchong Selangor: Multimedia.

    Rozeyta Omar, Suaibah Abu Bakar, Syaharizatul Noorizwan Muktar. 2004. Tamadun

    China. Dlm.  Esa Khalid & Mohd Azhar Abd. Hamid (peny.).  Beberapa Aspek

    Tamadun Melayu, India, China dan Jepun . Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

    Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan. 2000. Tamadun Dunia .

    Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

    Sterns Peter N. 1996. World Civilizations . New Cork: Longman.

    Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 1999. Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu .

    Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

    Teo Lay Teen. 2001. Tamadun Cina: Kesusasteraan, Kesenian, Sains dan Teknologi

    Cina. Dlm. Tamadun Islam dan Tamadun Asia . Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    Wan Hashim Wan The. 1997. Tamadun Silam dan Pembinaan Tamadun Abad Kedua

    Puluh Satu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Zainal Abidin Borhan, Ahmad Hakimi Khairuddin. 2008. Tamadun Melayu TerasTamadun Malaysia. Dlm. Modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia . Tidak

    diterbitkan.

    Zulkiflee Haron (et. al.) .2013. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Johor:Penerbit UTM