009.Kisah Nabi Ismail Bin Ibrahim a.s.

7
 F.6204 KISAH NABI ISMAIL BIN IBRAHIM A.S o  Nabi Ismail as.  Sifat nabi Ismail as. dalam Al Quran:  19:54, 37:101, 37:102   Nabi Ismail as. yang disembelih:  37:102, 37:103, 37:107  Pengorbanan nabi Ismail as.:  37:107  Membangun Ka'bah bersama Ibrahim as.:  2:127  Dakwah nabi Ismail as. dan keutamaannya:  2:136, 2:140, 3:84, 4:163, 6:86, 19:55, 38:48 KISAH NABI ISMAIL A.S. i  Sampai Nabi Ibrahim yg berhijrah meninggalkan Mesir bersama Sarah, isterinya dan Hajar, dayangnya di tempat tujuannya di Palestin. Ia telah membawa pindah  juga semua bina tang tern aknya dan h arta milik nya yg telah d iperoleh inya sebag ai hasil usaha niaganya di Mesir. Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.berkata: Pertama-tama yg menggunakan setagi {setagen} ialah Hajar ibu Nabi Ismail tujuan utk menyembunyikan kandungannya dari Siti Sarah yg telah lama berkumpul dgn Nabi Ibrahim a.s. tetapi belum juga hamil. tetapi walaubagaimana pun juga akhirnya terbukalah rahsia yg disembunyikan itu dgn lahirnya Nabi Ismail a.s. Dan sebagai lazimnya seorg isteri sebagai Siti Sarah merasa telah dikalahkan oleh Siti Hajar sebagai seorg dayangnya yg diberikan kpd Nabi Ibrahim a.s. Dan sejak itulah Siti Sarah merasakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. lebih banyak mendekati Hajar krn merasa sgt gembira dgn puteranya yg tunggal dan pertama itu, hal ini yg menyebabkan permulaan ada keratakan dlm rumahtangga Nabi Ibrahim a.s. sehingga Siti Sarah merasa tidak tahan hati jika melihat Siti Hajar dan minta pada Nabi Ibrahim a.s. supaya menjauhkannya dari matanya dan menempatkannya di lain tempat. Utk sesuatu hikmah yg belum diketahui dan disedari oleh Nabi Ibrahim Allah s.w.t. mewahyukan kpdnya agar keinginan dan permintaan Sarah isterinya dipenuhi dan dijauhkanlah Ismail bersama Hajar ibunya dan Sarah ke suatu tempat di mana yang ia akan tuju dan di mana Ismail puteranya bersama ibunya akan di tempatkan dan kepada siapa akan ditinggalkan. Maka dgn tawakkal kpd Allah berangkatlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah membawa Hajar dan Ismail yg diboncengkan di atas untanya tanpa tempat tujuan

Transcript of 009.Kisah Nabi Ismail Bin Ibrahim a.s.

Page 1: 009.Kisah Nabi Ismail Bin Ibrahim a.s.

7/29/2019 009.Kisah Nabi Ismail Bin Ibrahim a.s.

http://slidepdf.com/reader/full/009kisah-nabi-ismail-bin-ibrahim-as 1/7

 

F.6204

KISAH NABI ISMAIL BIN IBRAHIM A.S

o   Nabi Ismail as.

  Sifat nabi Ismail as. dalam Al Quran: 19:54, 37:101, 37:102 

   Nabi Ismail as. yang disembelih: 37:102, 37:103, 37:107 

  Pengorbanan nabi Ismail as.: 37:107 

  Membangun Ka'bah bersama Ibrahim as.: 2:127 

  Dakwah nabi Ismail as. dan keutamaannya: 2:136, 2:140, 3:84, 4:163, 6:86, 19:55, 38:48 

KISAH NABI ISMAIL A.S.i 

Sampai Nabi Ibrahim yg berhijrah meninggalkan Mesir bersama Sarah, isterinya

dan Hajar, dayangnya di tempat tujuannya di Palestin. Ia telah membawa pindah

 juga semua binatang ternaknya dan harta miliknya yg telah diperolehinya sebagai

hasil usaha niaganya di Mesir.

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.berkata:

Pertama-tama yg menggunakan setagi {setagen} ialah Hajar ibu Nabi Ismail tujuan

utk menyembunyikan kandungannya dari Siti Sarah yg telah lama berkumpul dgn

Nabi Ibrahim a.s. tetapi belum juga hamil. tetapi walaubagaimana pun juga

akhirnya terbukalah rahsia yg disembunyikan itu dgn lahirnya Nabi Ismail a.s. Dan

sebagai lazimnya seorg isteri sebagai Siti Sarah merasa telah dikalahkan oleh Siti

Hajar sebagai seorg dayangnya yg diberikan kpd Nabi Ibrahim a.s. Dan sejak 

itulah Siti Sarah merasakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. lebih banyak mendekati

Hajar krn merasa sgt gembira dgn puteranya yg tunggal dan pertama itu, hal ini yg

menyebabkan permulaan ada keratakan dlm rumahtangga Nabi Ibrahim a.s.

sehingga Siti Sarah merasa tidak tahan hati jika melihat Siti Hajar dan minta pada

Nabi Ibrahim a.s. supaya menjauhkannya dari matanya dan menempatkannya di

lain tempat.

Utk sesuatu hikmah yg belum diketahui dan disedari oleh Nabi Ibrahim Allah s.w.t.

mewahyukan kpdnya agar keinginan dan permintaan Sarah isterinya dipenuhi dan

dijauhkanlah Ismail bersama Hajar ibunya dan Sarah ke suatu tempat di mana

yang ia akan tuju dan di mana Ismail puteranya bersama ibunya akan di

tempatkan dan kepada siapa akan ditinggalkan.

Maka dgn tawakkal kpd Allah berangkatlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah

membawa Hajar dan Ismail yg diboncengkan di atas untanya tanpa tempat tujuan

Page 2: 009.Kisah Nabi Ismail Bin Ibrahim a.s.

7/29/2019 009.Kisah Nabi Ismail Bin Ibrahim a.s.

http://slidepdf.com/reader/full/009kisah-nabi-ismail-bin-ibrahim-as 2/7

yg tertentu. Ia hanya berserah diri kpd Allah yg akan memberi arah kpd binatang

tunggangannya. Dan berjalanlah unta Nabi Ibrahim dgn tiga hamba Allah yg

berada di atas punggungnya keluar kota masuk ke lautan pasir dan padang terbuka

di mana terik matahari dgn pedihnya menyengat tubuh dan angin yg kencang

menghembur-hamburkan debu-debu pasir.

Ismail dan Ibunya Hajar Ditingalkan di Makkah

Setelah berminggu-minggu berada dlm perjalanan jauh yg memenatkan tibalah

pada akhirnya Nabi Ibrahim bersama Ismail dan ibunya di Makkah kota suci

dimana Kaabah didirikan dan menjadi pujaan manusia dari seluruh dunia. di

tempat di mana Masjidil Haram sekarang berada, berhentilah unta Nabi Ibrahim

mengakhiri perjalanannya dan disitulah ia meninggalkan Hajar bersama puteranya

dgn hanya dibekali dgn serantang bekal makanan dan minuman sedangkan

keadaan sekitarnya tiada tumbuh-tumbuhan, tiada air mengalir, yg terlihat

hanyalah batu dan pasir kering . Alangkah sedih dan cemasnya Hajar ketika akan

ditinggalkan oleh Ibrahim seorg diri bersama dgn anaknya yg masih kecil di tempatyg sunyi senyap dari segala-galanya kecuali batu gunung dan pasir. Ia seraya

merintih dan menangis, memegang kuat-kuat baju Nabi Ibrahim memohon belas

kasihnya, janganlah ia ditinggalkan seorang diri di tempat yg kosong itu, tiada

seorg manusia, tiada seekor binatang, tiada pohon dan tidak terlihat pula air

mengalir, sedangkan ia masih menanggung beban mengasuh anak yg kecil yg masih

menyusu. Nabi Ibrahim mendengar keluh kesah Hajar merasa tidak tergamak 

meninggalkannya seorg diri di tempat itu bersama puteranya yg sangat disayangi

akan tetapi ia sedar bhw apa yg dilakukan nya itu adalah kehendak Allah s.w.t. yg

tentu mengandungi hikmat yg masih terselubung baginya dan ia sedar pula bahawa

Allah akan melindungi Ismail dan ibunya dlm tempat pengasingan itu dan segala

kesukaran dan penderitaan. Ia berkata kpd Hajar :

"Bertawakkallah kpd Allah yg telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kpd

kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yg memerintah aku membawa kamu ke

sini dan Dialah yg akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yg sunyi ini.

Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak 

meninggalkan kamu di sini seorg diri bersama puteraku yg sangat ku cintai ini.

Percayalah wahai Hajar bhw Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan

kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun

di atas kamu utk selamanya, insya-Allah."

Mendengar kata-kata Ibrahim itu segeralah Hajar melepaskan genggamannyapada baju Ibrahim dan dilepaskannyalah beliau menunggang untanya kembali ke

Palestin dgn iringan air mata yg bercurahan membasahi tubuh Ismail yg sedang

menetak. Sedang Nabi Ibrahim pun tidak dapat menahan air matanya keetika ia

turun dari dataran tinggi meninggalkan Makkah menuju kembali ke Palestin di

mana isterinya Sarah dgn puteranya yg kedua Ishak sedang menanti. Ia tidak henti-

henti selama dalam perjalanan kembali memohon kpd Allah perlindungan, rahmat

dan barakah serta kurniaan rezeki bagi putera dan ibunya yg ditinggalkan di

Page 3: 009.Kisah Nabi Ismail Bin Ibrahim a.s.

7/29/2019 009.Kisah Nabi Ismail Bin Ibrahim a.s.

http://slidepdf.com/reader/full/009kisah-nabi-ismail-bin-ibrahim-as 3/7

tempat terasing itu. Ia berkata dlm doanya:" Wahai Tuhanku! Aku telah

tempatkan puteraku dan anak-anak keturunannya di dekat rumah-Mu { Baitullahil

Haram } di lembah yg sunyi dari tanaman dan manusia agar mrk mendirikan solat

dan beribadat kpd-Mu. Jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kpd mrk 

dan berilah mrk rezeki dr buah-buahan yg lazat, mudah-mudahan mrk bersyukur

kpd-Mu."

Mata Air Zamzam

Sepeninggal Nabi Ibrahim tinggallah Hajar dan puteranya di tempat yg terpencil

dan sunyi itu. Ia harus menerima nasib yg telah ditakdirkan oleh Allah atas dirinya

dgn kesabaran dan keyakinan penuh akan perlindungan-Nya. Bekalan makanan

dan minuman yg dibawanya dalam perjalanan pada akhirnya habis dimakan

selama beberapa hari sepeninggalan Nabi Ibrahim. Maka mulailah terasa oleh

Hajar beratnya beban hidup yg harus ditanggungnya sendiri tanpa bantuan

suaminya. Ia masih harus meneteki anaknya, namun air teteknya makin lama

makin mengering disebabkan kekurangan makan .Anak yg tidak dapat minumanyg memuaskan dari tetek ibunya mulai menjadi cerewet dan tidak henti-hentinya

menangis. Ibunya menjadi panik, bingung dan cemas mendengar tangisan anaknya

yg sgt menyayat hati itu. Ia menoleh ke kanan dan ke kiri serta lari ke sana ke sini

mencari sesuap makanan atau seteguk air yg dpt meringankan kelaparannya dan

meredakan tangisan anaknya, namun sia-sialah usahanya. Ia pergi berlari

harwalah menuju bukit Shafa kalau-kalau ia boleh mendapatkan sesuatu yg dapat

menolongnya tetapi hanya batu dan pasir yg didapatnya disitu, kemudian dari

bukit Shafa ia melihat bayangan air yg mengalir di atas bukit Marwah dan larilah

ia berharwahlah ke tempat itu namun ternyata bahawa yg disangkanya air adalha

fatamorgana {bayangan} belaka dan kembalilah ke bukit Shafa krn mendengar

seakan-akan ada suara yg memanggilnya tetapi gagal dan melesetlah dugaannya.Demikianlah maka krn dorongan hajat hidupnya dan hidup anaknya yg sangat

disayangi, Hajar mundar-mundir berlari sampai tujuh kali antara bukit Shafa dan

Marwah yg pada akhirnya ia duduk termenung merasa penat dan hampir berputus

asa.

Diriwayatkan bahawa selagi Hajar berada dlm keadaan tidak berdaya dan hampir

berputus asa kecuali dari rahmat Allah dan pertolongan-Nya datanglah kepadanya

malaikat Jibril bertanya:" Siapakah sebenarnya engkau ini?" " Aku adalah hamba

sahaya Ibrahim". Jawab Hajar." Kepada siapa engkau dititipkan di sini?"tanya

Jibril." Hanya kepad Allah",jawab Hajar.Lalu berkata Jibril:" Jika demikian,

maka engkau telah dititipkan kpd Dzat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih,yg akan melindungimu, mencukupi keperluan hidupmu dan tidak akan mensia-

siakan kepercayaan ayah puteramu kpd-Nya."

Kemudian diajaklah Hajar mengikuti-nya pergi ke suatu tempat di mana Jibril

menginjakkan telapak kakinya kuat-kuat di atas tanah dan segeralah memancur

dari bekas telapak kaki itu air yg jernih dgn kuasa Allah .Itulah dia mata air

Zamzam yg sehingga kini dianggap keramat oleh jemaah haji, berdesakan

Page 4: 009.Kisah Nabi Ismail Bin Ibrahim a.s.

7/29/2019 009.Kisah Nabi Ismail Bin Ibrahim a.s.

http://slidepdf.com/reader/full/009kisah-nabi-ismail-bin-ibrahim-as 4/7

sekelilingnya bagi mendapatkan setitik atau seteguk air daripadanya dan kerana

sejarahnya mata air itu disebut org " Injakan Jibril ".

Alngkah gembiranya dan lega dada Hajar melihat air yg mancur itu. Segera ia

membasahi bibir puteranya dgn air keramat itu dan segera pula terlihat wajah

puteranya segar kembali, demikian pula wajah si ibu yg merasa sgt bahagia dgn

datangnya mukjizat dari sisi Tuhan yg mengembalikan kesegaran hidup kpdnyadan kpd puteranya sesudah dibayang-bayangi oleh bayangan mati kelaparan yg

mencekam dada.

Mancurnya air Zamzam telah menarik burung-burung berterbangan mengelilingi

daerah itu menarik pula perhatian sekelompok bangsa Arab dari suku Jurhum yg

merantau dan sedang berkhemah di sekitar Makkah. Mereka mengetahui dr

pengalaman bhw di mana ada terlihat burung di udara, nescaya dibawanya

terdapat air, maka diutuslah oleh mrk beberapa org utk memeriksa kebenaran

teori ini. Para pemeriksa itu pergi mengunjungi daerah di mana Hajar berada,

kemudian kembali membawa berita gembira kpd kaumnya tentang mata air

Zamzam dan keadaan Hajar bersama puteranya. Segera sekelompok suku Jurhumitu memindahkan perkhemahannya ke tempat sekitar Zamzam ,dimana

kedatangan mrk disambut dgn gembira oleh Hajar krn adanya sekelompok suku

Jurhum di sekitarnya, ia memperolehi jiran-jiran yg akan menghilangkan

kesunyian dan kesepian yg selama ini dirasakan di dlm hidupnya berduaan dgn

puteranya saja.

Hajar bersyukur kpd Allah yg dgn rahmatnya telah membuka hati org-org itu

cenderung datang meramaikan dan memecahkan kesunyian lembah di mana ia

ditinggalkan sendirian oleh Ibrahim.

Nabi Ismail Sebagai Qurban

Nabi Ibrahim dr masa ke semasa pergi ke Makkah utk mengunjungi dan

menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu

hatinya kpd puteranya yg ia sayangi serta menenangkan hatinya yg selalu rungsing

bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yg ditinggalkan di tempat

yg tandus, jauh dr masyarakat kota dan pengaulan umum.

Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi

bhw ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorg nabi adalah salah

satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah , maka perintah yg diterimanya dlm

mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung

memikirkan ujian yg maha berat yg ia hadapi. Sebagai seorg ayah yg dikurniaiseorg putera yg sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan ,seorg

putera yg telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh

si ayah , seorg putera yg diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung

kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut

nyawa oelh tangan si ayah sendiri.

Page 5: 009.Kisah Nabi Ismail Bin Ibrahim a.s.

7/29/2019 009.Kisah Nabi Ismail Bin Ibrahim a.s.

http://slidepdf.com/reader/full/009kisah-nabi-ismail-bin-ibrahim-as 5/7

Namun ia sebagai seorg Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yg seharusnya

menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dlm bertaat kpd Allah

,menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kpd Allah di atas

cintanya kpd anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan

perintah Allah yg diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yg akan terjadi sebagai

akibat pelaksanaan perintah itu.Sungguh amat berat ujian yg dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dgn firman

Allah yg bermaksud:" Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia

mengamanatkan risalahnya." Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam

{niat} tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dgn

perintah Allah yg telah diterimanya.Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim

menuju ke Makkah utk menemui dan menyampaikan kpd puteranya apa yg Allah

perintahkan.

Nabi Ismail sebagai anak yg soleh yg sgt taat kpd Allah dan bakti kpd org tuanya,

ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu

dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Laksanakanlahapa yg telah diperintahkan oleh Allah kpdmu. Engkau akan menemuiku insya-

Allah sebagai seorg yg sabar dan patuh kpd perintah. Aku hanya meminta dlm

melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku

tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan

pakaianku supaya tidak terkena darah yg akan menyebabkan berkurangnya

pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan

percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan

rasa pedihku, keempat dan yg terakhir sampaikanlah salamku kpd ibuku

berikanlah kpdnya pakaian ku ini utk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan

tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."Kemudian

dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata:"

Bahagialah aku mempunyai seorg putera yg taat kpd Allah, bakti kpd org tua yg

dgn ikhlas hati menyerahkan dirinya utk melaksanakan perintah Allah."

Saat penyembelihan yg mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki

Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yg sudah

tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yg

tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yg mengilap

di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan

antara perasaan seorg ayah di satu pihak dan kewajiban seorg rasul di satu pihak 

yg lain. Pada akhirnya dgn memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher

Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yg sudah

demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak 

dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yg menegaskan bhw

perintah pergorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi

Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kpd Allah. Ternyata keduanya

telah lulus dlm ujian yg sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan

Page 6: 009.Kisah Nabi Ismail Bin Ibrahim a.s.

7/29/2019 009.Kisah Nabi Ismail Bin Ibrahim a.s.

http://slidepdf.com/reader/full/009kisah-nabi-ismail-bin-ibrahim-as 6/7

kesetiaan yg tulus dgn pergorbanan puteranya. Utk berbakti melaksanakan

perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dlm

memperagakan kebaktiannya kpd Allah dan kpd org tuanya dgn menyerahkan

 jiwa raganya utk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bhw parang

itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kpd ayahnya:" Wahai ayahku!

Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku krn melihat wajahku,cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat

wajahku."Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah

pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong

lehernya dari belakang.

Dlm keadaan bingung dan sedih hati, krn gagal dlm usahanya menyembelih

puteranya, datanglah kpd Nabi Ibrahim wahyu Allah dgn firmannya:" Wahai

Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan

membalas org-org yg berbuat kebajikkan ."Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa

Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih

seekor kambing yg telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambingitu oleh beliau dgn parang yg tumpul di leher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal

permulaan sunnah berqurban yg dilakukan oleh umat Islam pada tiap hari raya

Aidiladha di seluruh pelosok dunia.

Ayat-ayat Al Qur'an tentang Kisah Nabi Ismail

Sifat nabi Ismail as. dalam Al Quran: 19:54, 37:101, 37:102 

   Nabi Ismail as. yang disembelih: 37:102, 37:103, 37:107 

  Pengorbanan nabi Ismail as.: 37:107 

 Membangun Ka'bah bersama Ibrahim as.: 2:127 

  Dakwah nabi Ismail as. dan keutamaannya: 2:136, 2:140, 3:84, 4:163, 6:86, 19:55, 

38:48 

Page 7: 009.Kisah Nabi Ismail Bin Ibrahim a.s.

7/29/2019 009.Kisah Nabi Ismail Bin Ibrahim a.s.

http://slidepdf.com/reader/full/009kisah-nabi-ismail-bin-ibrahim-as 7/7

 

i Dikutip untuk keperluan tarbiyah oleh Hilmi Mohammad Rabbani dkk