Post on 02-Mar-2018
7/26/2019 profesion guru.pdf
1/24
590525-03-5234
1
Sebagai orang yang terlibat dengan dunia pendidikan, bagaimana anda
dapat menjamin diri anda kekal berkualiti sepanjang masa dalam usaha
untuk memartabatkan profesion keguruan.
Ringkasan eksekutif
Hasrat kerajaan ialah untuk memastikan semuakakitangan awam yang masih berkhidmat dapatmengekalkan serta meningkatkan kualiti diri. Hal ini amat
penting untuk menjamin perkhidmatan yang diberikepada orang awam. Tidak ketinggalan ialah bidang
pendidikan yang mempunyai bilangan kakitangan yangbesar dalam negara ini. Sebagai agen perubahan setiapindividu yang bergelar pendidik perlu memastikan kualitimereka perkhidmatan mereka dipertingkatkan hinggakerjaya keguruan diiktiraf sebagai suatu profesion yangdihormati dan disanjungi.
Banyak cara boleh dilakukan untuk memastikan initerjadi. Dalam penulisan ini dimuatkan cara bagaimanasaya mengekalkan kualiti diri dan perkhidmatansemenjak menceburkan diri dalam bidang ini. Cara-caratersebut ialah melunaskan tugas dan tanggungjawabsebaik mungkin, meningkatkan ilmu pengetahuan dankemahiran melalui pelbagai amalan, menghasilkan kajiandan penulisan, memberi sumbangan dan merancangmasa hadapan yang lebih cemerlang dan gemilang.
7/26/2019 profesion guru.pdf
2/24
590525-03-5234
2
1.0 Pengenalan
Berkualiti atau mempunyai kualiti merupakan suatu nilai yang dikehendaki oleh
setiap individu untuk diletakkan pada dirinya, kerjanya mahupun apa-apa yang
dimilikinya. Seseorang yang tidak meletakkan nilai berkualiti sebagai satu entiti
penting dalam hidupnya tidak mungkin mampu untuk mencapai kesejahteraan di
dalam hidupnya. Dr. Mahathir Mohamed dalam ucapannya ketika melancarkan
Gerakan Budaya Kerja Cemerlang, menjelaskan bahawa kualiti merupakan
sesuatu keadaan cemerlang atau amat baik tetapi kebaikan itu tidak terhad atau
tetap pada sesuatu tahap (Mahathir, 1989). Kualiti, menurut beliau tidak bersifat
statik tetapi bergerak sepanjang masa. Sifat sentiasa bergerak tanpa henti inilah
yang membuatkan seseorang individu cemerlang tidak jemu-jemu menilai serta
memperbaiki diri untuk memastikan dirinya berkualiti sepanjang masa.
Kualiti dan kecemerlangan merupakan gabungan spektrum ciri-ciri
keunggulan. Kualiti boleh ditakrifkan sebagai ciri keelokan atau berada pada
tahap kecemerlangan, manakala kecemerlangan pula ditakrifkan sebagai tahap
yang tinggi atau tahap tertinggi bagi kualiti yang baik (Siddiq Fadzil, 1992).
Lantaran itu, menurut Siddiq Fadzil lagi, manusia yang berkualiti tinggi dan
digelar sebagai ahsani taqwim (ciptaan terbaik) dikehendaki mengerjakan
tanggungjawab serta amanah dengan sebaik mungkin serta berakhlak dengan
akhlak Allah. Sebab itu seseorang muslim yang berkualiti akan berdoa kepada
Allah memohon kehidupan yang berkualiti di dunia dan di akhirat.
7/26/2019 profesion guru.pdf
3/24
590525-03-5234
3
Mengikut Lieberman, konsep profesion adalah sesuatu pekerjaan yang
khusus dan dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan
ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan
bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang
ditentukan oleh organisasinya. Manakala profesion keguruan pula merupakan
pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggung jawab, sifat dan
kualiti guru.
2.0 Tugas dan Tanggungjawab
Kualiti seseorang kakitangan awam dapat dilihat daripada peranannya
menjalankan tugas dan tanggungjawab. Kepatuhan kepada etika kerja
merupakan suatu kemestian untuk menjamin kualiti kerja di samping
memartabatkan diri serta bidang yang diceburi berada pada tahap terbaik,
diterima dan diiktiraf oleh masyarakat serta majikan.
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menyediakan satu Model Konseptual Pendidikan Guru yang berteraskan
Falsafah dan Matlamat Pendidikan Guru sebagai panduan tindakan profesional
yang berkualiti ketika melaksanakan tugas. Model ini merangkumi akauntabiliti
guru di bawah tiga dimensi utama iaitu ketuhanan, kemasyarakatan dan kendiri.
Selaku penjawat awam di bawah Institut Pendidikan Guru, saya benar-benar
menjadikan model ini sebagai panduan dan piawai apabila menjalankan tugas
7/26/2019 profesion guru.pdf
4/24
590525-03-5234
4
dan tanggungjawab. Bagi memenuhi dimensi ketuhanan, saya telah berusaha
untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, menghayati ilmu dan pengetahuan itu
serta menjadikan tugas keguruan sebagai amalan ibadah yang berteraskan
kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama Islam.
Untuk memenuhi dimensi kemasyarakatan pula, saya telah meletakkan
diri saya untuk berperanan sebagai guru, pendidik, pembimbing, pemimpin dan
agen perubahan masyarakat. Akhirnya saya meletakkan diri saya sebagai rakyat
Malaysia yang mempunyai jati diri, berdaya faham, patriotik, berbudaya ilmu
serta serta memiliki sahsiah murni dan berpekerti mulia untuk memenuhi
keperluan dimensi kendiri.
Gambarajah Model Konseptual Pendidikan Guru
7/26/2019 profesion guru.pdf
5/24
590525-03-5234
5
3.0 Ilmu dan Kemahiran
3.1 Budaya Ilmu dan Pembelajaran Seumur Hidup
Menyedari tentang hakikat kualiti dan cemerlang yang boleh mempengaruhi cara
bekerja dan kehidupan, saya sangat mengambil berat tentang dua (2) faktor iaitu
faktor pengurusan dalam kerjaya dan kehidupan serta faktor kemanusiaan
seperti pertimbangan, pandangan, perasaan, sikap, disiplin dan tingkahlaku
kendiri agar profesion keguruan yang saya ceburi ini menjadi lebih bermakna
dan bermanfaat kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara khususnya
yang berkaitan dengan alam pendidikan.
Ilmu pengetahuan merupakan alat utama untuk menilai kualiti sesuatu
perlakuan yang dikaitkan dengan pekerjaan dan ibadah. Pembudayaan ilmu
dalam kehidupan sendiri menjadi prinsip hidup saya bagi memastikan pekerjaan
dan ibadah saya berkualiti baik dari perspektif hubungan sosial sesama manusia
mahu pun hubungan dengan Allah. Saya mengoperasikan budaya ilmu di dalam
kehidupan melalui enam cara iaitu budaya membaca, berfikir, belajar, berkarya,
bermusyawarah dan bertafakur.
TAHUN KELULUSAN PANGKAT TEMPAT
1977 SPM Gred 2
1978 - 1980 Sijil PerguruanMalaysia PPAK Am
Lulus Maktab PerguruanKuala Trengganu
1982 - 1984 Sijil Pendidikan Islam Lulus Universiti KebangsaanMalaysia1988 - 1992 Ijazah Sarjana Muda
Hons. PendidikanIslam
Kelas KeduaAtas
Universiti KebangsaanMalaysia
2004 - 2006 Sarjana Pendidikan CGPA 3.7 Universiti KebangsaanMalaysia
Jadual 1: Perkembangan Akademik
7/26/2019 profesion guru.pdf
6/24
590525-03-5234
6
Jadual di atas menunjukkan budaya perkembangan ilmu pembelajaran
seumur hidup yang saya amalkan meskipun telah berumahtangga pada akhir
1980. Ketiga-tiga kelayakan akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
diperolehi setelah saya berkeluarga. Meskipun telah berkeluarga dan
mempunyai ramai cahaya mata namun hal ini langsung tidak menjadi halangan
untuk saya terus meningkatkan pencapaian akademik ke peringkat yang lebih
tinggi. Sebaliknya kehadiran ahli keluarga telah menjadi dorongan dalam diri
saya untuk terus maju selaras dengan pernyataan Tuntutlah ilmu dari buaian
hingga ke liang lahad. Malahan saya kini dalam perancangan untuk
mendapatkan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang pendidikan, suatu bidang
yang amat saya cintai sejak dari awal penyertaan. Tidakkah ini akan menjamin
kualiti diri dan seterusnya memartabatkan profesion keguruan yang saya ceburi?
Meskipun peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara agak sukar
diperolehi namun saya begitu yakin bahawa ilmu pengetahuan sentiasa boleh
diperolehi di dalam negara ini kerana bilangan professional dalam negara
khususnya dalam bidang pendidikan semakin meningkat dan berkualiti. Tanpa
mengggunakan modal yang besar, saya mengambil peluang ini untuk
berbincang serta berkolaborasi dengan profesional dan pakar-pakar ini. Di
samping itu saya juga menjadikan sumber alam semesta dan aktiviti kehidupan
serta Internet sebagai alat untuk meningkatkan ilmu melalui pembacaan,
renungan serta tafakkur. Yang penting bagi saya ialah perolehan dan
7/26/2019 profesion guru.pdf
7/24
590525-03-5234
7
peningkatan ilmu khususnya yang berkaitan langsung dengan bidang keguruan
yang saya ceburi.
3.2 Ilmu Ikhtisas dan Kemahiran Keguruan
Bersandarkan kepada al-Quran, ayat 11 dari Surah al-Mujadalah, yang
bermaksud bahawa Allah akan mengangkat darjat orang-orang berilmu lebih
tinggi daripada orang-orang tidak berilmu, maka saya sentiasa mencari ruang
dan peluang untuk menimba pelbagai ilmu demi meningkatkan kemahiran dan
kepakaran dalam bidang pendidikan khususnya keguruan.
Demi memastikan saya terus tekal memberi sumbangan dalam
meningkatkan profesion keguruan, maka saya telah mencari peluang dan
mengambil pelbagai langkah serta tindakan untuk melengkapkan diri sendiri
dengan pelbagai ilmu dan kemahiran sejajar dengan profesionalisme keguruan
itu sendiri. Melalui pembacaan serta perbincangan profesional beserta rakan
sekerja dan pemimpin pendidikan, saya dapat meningkatkan profesionalisme
keguruan saya sendiri yang meliputi pelbagai aspek sebagai pendidik seperti
mengurus, merancang, mendidik, mengajar, menilai, membimbing,
memudahcara, mentadbir, memimpin dan sebagainya dalam pelbagai peringkat
bermula daripada peringkat sekolah, Institut Pendidikan Guru (IPG) hingga ke
peringkat kebangsaan bersama Bahagian Pendidikan Guru (BPG).
7/26/2019 profesion guru.pdf
8/24
590525-03-5234
8
Kalau menjadi pokok biarlah yang dapat mengeluarkan hasil untuk manfaat
bersama. Begitulah sebahagian falsafah yang saya pegang. Untuk itu, saya
sentiasa memastikan ilmu yang saya perolehi itu diaplikasikan semasa
menjalankan tugas sebagai pendidik baik di dalam atau di luar kelas, baik ketika
bersama rakan sejawat mahupun pelajar.
Di samping itu banyak kemahiran baru yang telah dikuasai di samping
peningkatan kemahiran lama ke tahap yang lebih tinggi atau pakar. Ini dilakukan
atas dorongan dalaman, inisiatif sendiri serta dorongan individu signifikan untuk
membolehkan saya terus menguasai kemahiran serta meningkatkan kepakaran
dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini dilakukan melalui penyertaan aktif
dalam kursus-kursus tertentu seperti peningkatan pedagogi dan andragogi,
pengkomputeran, komunikasi, pentaksiran mata pelajaran, kepimpinan dan
berpersatuan, pengurusan, pengurusan stress, pengurusan pelajar, sukan dan
permainan, pentadbiran, pembestarian mata pelajaran, fasilitator, kejurulatihan,
pertolongan cemas, perancangan tugasan dan projek, pelbagai kecerdasan,
kecerdasan emosi, kualiti dan sebagainya. Seperti ilmu pengetahuan,
kemahiran-kemahiran ini saya aplikasikan semasa menjalankan tugas-tugas
sebagai pendidik, sekaligus mampu dan dapat menjamin pengekalan kualiti
sepanjang masa serta memartabatkan profesion keguruan yang saya ceburi.
Perubahan-perubahan global dalam dunia pendidikan menyedarkan saya
tentang peranan sebagai guru sebenar yang menuntut kepada anjakan
7/26/2019 profesion guru.pdf
9/24
590525-03-5234
9
paradigma iaitu perubahan aplikasi pendekatan, strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah sejajar dengan perkembangan pendidikan
semasa. Kesediaan saya untuk sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dari
semasa ke semasa meyakinkan tindakan saya untuk menjamin kualiti diri . Untuk
itu saya tidak teragak-agak untuk sentiasa mengikuti kursus-kursus pendidikan
yang dianjurkan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia mahu pun Institut Pengajian Tinggi.
Sekadar mengikuti kursus-kursus bagi meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran dan kemahiran-kemahiran
tambahan sebenarnya tidak cukup. Untuk mencapai sesuatu keluarbiasaan
dalam kualiti memerlukan saya mengadaptasi diri dengan perubahan tuntutan
kerjaya yang berlaku seperti yang disarankan oleh Sulaiman (1994). Ini amat
bertepatan sekali dengan saranan Saidina Omar r.a agar para ibu bapa dan guru
mendidik anak-anak mengikut zamannya. Sebagai pendidik yang mengajar
Pendidikan Islam, saya perlu memperkayakan diri saya dengan segala macam
kemahiran agar Pendidikan Islam berkembang sejajar dengan arus kemodenan
teknologi.
Saya juga telah meningkatkan kemahiran pengkomputeran bagi
meningkatkan keberkesanan pengurusan tugas pengajaran dan pembelajaran
dengan mempelajari serta menguasai penggunaan aplikasi Microsoft Office
7/26/2019 profesion guru.pdf
10/24
590525-03-5234
10
(Microsoft Word, Microsoft PowerPoint dan Microsoft Excel) serta Internet.
Aplikasi Microsoft Office ini saya gunakan untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran selain pengurusan dan pengumpulan data. Saya mengaplikasikan
pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ke dalam kurikulum
dan Pengajaran & Pembelajaran dengan menggunakan slaid persembahan
PowerPoint dan fail-fail dokumen.
Selain itu saya ialah menggunakan e-mail bagi membolehkan proses
komunikasi berlaku antara saya dan pelajar-pelajar serta menerima tugasan
mereka seperti projek dan kerja kursus yang memerlukan tempoh yang panjang
untuk disiapkan.Amalan ini adalah sangat penting kerana sistem pendidikan
ebenarnya merupakan gelanggang di mana bakal guru dapat dilatih dan
dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran multimedia agar tidak
ketinggalan dengan arus kemajuan perdana (Wan Zahid, 1995 & Miller, 2000).
3.3 Amalan Refleksi dan Penilaian Kendiri
Amalan refleksi atau muhasabah diri merupakan satu aspek penting yang tidak
boleh ditinggalkan untuk memastikan tugas dan tanggungjawab yang dilakukan
mencapai tahap kualiti tertinggi. Sebagai penganut Islam, saya sentiasa
memastikan muhasabah diri melalui pemikiran reflektif menjadi amalan
berterusan yang mampu digunakan untuk membuat penambahbaikan tindakan
serta mencuba sesuatu yang baru secara kritis dan kreatif untuk menjamin kualiti
dan meningkatkan profesionalisme keguruan.
7/26/2019 profesion guru.pdf
11/24
590525-03-5234
11
Dengan menggunakan proses refleksi, saya dapat membuat penilaian
pencapaian kendiri lalu memperbaiki kelemahan dan mengubah suai dengan
memasukkan nilai-nilai tambahan yang bermakna. Pengubahsuaian atau
penambahbaikan dilakukan pada perancangan, kaedah serta teknik pengajaran
ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Refleksi merupakan proses metakognisi yang kritis. Menurut Salhah
(2006), refleksi juga boleh disamakan dengan istilah tafakur. Atas kefahaman
bahawa tafakur sesaat adalah lebih baik daripada mengerjakan solat sunat
sepanjang malam, maka saya menjadikan tafakur atau refleksi sebagai amalan
untuk meningkatkan kualiti diri.
Prasyarat bagi refleksi adalah bersifat terbuka supaya bersedia
memikirkan kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Dalam refleksi pedagogi, saya
membuat tiga aras refleksi iaitu refleksi teknikal, praktikal dan kritikal. Menurut
Van Manen (1977) dan Zeichner & Liston (1987), antara perkara yang
terkandung di dalam refleksi teknikal ialah pengetahuan tentang mata pelajaran,
prestasi serta pertimbangan alternatif kaedah atau strategi pengajaran dan
pembelajaran. Refleksi praktikal pula mencangkupi memupuk gaya pengajaran
tersendiri, memperkaitan teori dan praktik serta mempertimbangkan minat
pelajar. Manakala refleksi kritikal melibatkan pemikiran tentang isu-isu berkaitan
kurikulum latihan perguruan, kesedaran tentang kurikulum tersembunyi serta
komitmen dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat sekitar. Hasil daripada
refleksi kendiri, saya menambah baik pengajaran dengan memasukkan elemen
7/26/2019 profesion guru.pdf
12/24
590525-03-5234
12
kemahiran-kemahiran profesional seperti kemahiran belajar, berfikir, teknologi ,
menilai, komunikasi dan pemudah cara untuk meningkatkan tahap pencapaian
pelajar.
Adalah tidak profesional kiranya amalan pemikiran reflektif ini tidak
dikongsikan dengan rakan sejawat serta klien saya yang terdiri daripada pelajar
dan guru-guru yang mengikuti kursus tertentu di Institut Pendidikan Guru.
Berkata sesuatu tanpa melaksanakannya merupakan suatu perlakuan yang tidak
baik serta ditegah oleh Allah. Untuk itu saya sentiasa mengambil peluang untuk
melatih dan membimbing rakan dan klien saya supaya membuat refleksi kendiri
yang berkualiti terutamanya semasa menjalankan Latihan Kejurulatihan atau
Training of Trainer (TOT) dan penilaian praktikum.
Give me a fish and I eat for a day, Teach me to fish and I eat for a
lifetime. Pepatah Inggeris ini mempunya kesan yang mendalam dalam hidup
saya. Digabung dengan Sense of the obligation towards the good, Sense of
sin dan Sense of guiltmaka saya jadikan diri saya sebagai pelaksana tugas
yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.
Kajian dan penulisan
Kajian dan Pembangunan (Research and Development) merupakan aspek
penting untuk memastikan sesuatu yang dilakukan memenuhi kriteria kualiti baik
bagi sesebuah organisasi mahupun individu. Selaku kakitangan yang sentiasa
inginkan kejayaan serta kemajuan, beberapa kajian telah saya lakukan untuk
7/26/2019 profesion guru.pdf
13/24
590525-03-5234
13
meningkatkan kualiti diri serta tugas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kajian yang telah saya jalankan semasa belajar dan semasa
bekerja adalah seperti berikut:
1. Kaunseling Islam dan Manusia , yang dibentangkan kepada panel
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai syarat
penganugerahan Ijazah pertama pada tahun 1992
2. Kaedah kumpulan berbantukan rakan sebaya dalam tilawah al-Quran
mengikut tajwid yang dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan
Pendidikan, Bahagian Pendidikan Guru di Kota Kinabalu, Sabah pada
tahun 2000.
3. Amalan set induksi sebagai motivasi awal pembelajaran yang
dibentangkan dalam seminar sehari di Maktab Perguruan Kota
Samarahan pada tahun 2001.
4. Penambahbaikan pengajaran melalui amalan refleksi kendiri yang
dibentangkan kepada Jawatankuasa Kajian dan Pembangunan Maktab
Perguruan Kota Samarahan pada tahun 2002.
5. Persepsi ibu bapa terhadap kepentingan pengajaran bahasa Arab pada
peringkat prasekolah yang dibentangkan kepada panel Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana pada tahun 2006.
Selain kajian saya juga melibatkan diri dalam penghasilan penulisan
kertaskerja bersama pensyarah penyelia Universiti Kebangsaan Malaysia
7/26/2019 profesion guru.pdf
14/24
590525-03-5234
14
berjudul Pengajaran bahasa Arab dalam pendidikan awal kanak-kanak yang
dibentangkan dalam Wacana Pendidikan Islam, di Pulau Pinang pada tahun
2006.
Kajian tindakan yang telah saya lakukan untuk tajuk kajian nombor 2, 3
dan 4 di atas membolehkan saya melihat masalah dalam amalan-amalan
pendidikan dan membaiki amalan-amalan tersebut. Menurut Kemmis (1982),
penyelidikan tindakan yang menggabungkan teknik refleksi dengan kemahiran
penilaian kendiri bertujuan untuk memperolehi kefahaman dan mengetahui
rasionalnya sesuatu tindakan itu dilakukan. Untuk memperolehi hasil dapatan
yang berkesan, saya telah merancang dan menjalankan kajian secara saintifik
serta sering menggunakan pemikiran reflektif secara rasional dalam setiap
langkah yang diambil dalam peringkat tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan
refleksi. Hasilnya saya dapat menjana ilmu serta merubah amalan saya dengan
membaiki dan menambah nilai dalam proses pengajaran kearah lebih berkualiti.
Pengiktirafan dan Sumbangan professional
Saya sangat mempercayai dengan apa yang saya lakukan iaitu menjadi yang
terbaik walau di mana jua saya bertugas. Sebagai bukti, sejurus selepas
mendapat Ijazah Pertama, saya ditempatkan di Sekolah Menengah Sungai
Pelek, Selangor dan diberikan amanah untuk memegang jawatan Ketua Panitia
Pendidikan Agama Islam.
7/26/2019 profesion guru.pdf
15/24
590525-03-5234
15
Tiga tahun selepas menjadi tenaga pengajar di Maktab Perguruan Sains
Bintulu, saya dilantik untuk memegang jawatan Ketua Jabatan Pengajian Islam.
Seterusnya apabila bertukar ke Maktab Perguruan Kota Samarahan (sekarang
Institut Perguruan Tun Abdul Razak) saya diberikan jawatan Ketua Jabatan
Agama Islam dan Moral sehingga saya melanjutkan pelajaran ke peringkat
sarjana pada tahun 20042006.
Dalam bidang kokurikulum, saya merupakan Pengerusi Latihan dan
Jurulatih Utama Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Negeri BPG.
Setelah beberapa tahun menjadi Pengerusi Pergerakan Puteri Islam di Sarawak,
saya memegang pula jawatan Naib Pengerusi Pergerakan Puteri Islam Institut
Perguruan Malaysia sehingga kini.
Persoalannya mengapakah jawatan-jawatan penting ini diberikan kepada
saya? Jawapannya tidak lain kerana dalam setiap tugasan yang diberikan
kepada saya, maka saya laksanakan dengan sebaik mungkin dan mencapai
tahap kualiti yang dikehendaki oleh para pentadbir. Saya adalah guru yang
berkualiti.
Antara lain pengiktirafan yang saya terima selain di atas ialah:
1. Dilantik sebagai Ketua Pemeriksa kertas Pengajian Agama Islam.
2. Ketua pembinaan soalan-soalan peperiksaan mata pelajaran Pengajian
Agama Islam Maktab-Maktab Perguruan Malaysia.
7/26/2019 profesion guru.pdf
16/24
590525-03-5234
16
3. Komandan Program Bina Insan Guru, Maktab Perguruan Tun Abdul
Razak
4. Menerima anugerah Sijil Perkhidmatan Cemerlang peringkat Maktab dan
Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998 dan 1999.
5. Kenaikan gred daripada DG 41 ke DG44 setelah lulus dengan cemerlang
dalam ujian Penilaian Tahap Kecekapan PPPS DG 41 TK2 pada tahun
2003.
Saya juga melibatkan diri dalam program-program perkembangan
profesionalisme guru, sama ada di peringkat institut, BPG, negeri atau
kebangsaan. Melalui program-program ini, perkongsian ilmu dan kemahiran
dengan rakan-rakan sejawat dapat dilaksanakan, seterusnya membantu
perkembangan perofesionalisme keguruan. Saya telah membentangkan hasil
kajian saya di beberapa seminar dan kolokium anjuran organisasi tempat saya
bekerja juga Institut PengajianTinggi.
Peranan dan tanggungjawab saya terhadap masyarakat pula
dilaksanakan melalui kursus-kursus pendek kelolaan institute (KPKI) serta
memenuhi jemputan dari pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah atau
jabatan-jabatan kerajaan. Antara kursus-kursus yang pernah saya kendalikan
melalui program KPKI ialah kursus kemahiran berfikir, kursus pembinaan item
ujian, kursus penggunakan multimedia dalam Pendidikan Islam serta kursus
pengurusan disiplin tanpa stress kepada guru-guru Pendidikan Islam.
7/26/2019 profesion guru.pdf
17/24
590525-03-5234
17
Saya juga turut menyumbangkan kemahiran memudah cara di dalam
program-program maktab seperti Minggu Pengurusan Pelajar Baru , Kursus
Motivasi dan Kursus Kepimpinan kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
Saya juga turut menyumbangkan tenaga dan kemahiran dalam kursus-kursus
dakwah dan perkahwinan yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri atau
Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Di samping itu, saya turut terlibat dalam
program-program motivasi dan kemahiran belajar bagi pelajar-pelajar sekolah
rendah dan menengah.
Saya juga melibatkan diri secara aktif di dalam program-program
perkembangan pelajar seperti Bina Insan Guru sama ada sebagai fasilitator,
jurulatih mahu pun kem komanden. Begitu juga dengan persatuan unit
beruniform, saya merupakan pensyarah penasihat Pergerakan Puteri Islam
Malaysia yang mampu memberi kursus dan latihan di peringkat institut, zon dan
Bahagian Pendidikan Guru sama ada kepada pelajar, guru atau pensyarah.
Saya juga turut berkongsi ilmu dalam usaha memartabatkan profesion perguruan
dengan badan-badan sukarela seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, PERKIM,
ABIM, persatuan belia, persatuan keagamaan, sukan serta persatuan wanita.
Saya memberi sumbangan ilmu, kemahiran pedagogi, kemahiran mengurus,
kemahiran mengendalikan program sama ada dalam aktiviti keilmuan, unit
beruniform, kesukarelawan, sukan mahu pun permainan.
7/26/2019 profesion guru.pdf
18/24
590525-03-5234
18
Sepuluh Kualiti Diri
Terdapat 10 kualiti diri yang menjadi pegangan dan amalan hidup saya
khususnya semasa menjalankan tugas sebagai kakitangan awam dalam bidang
pendidikan. Kualiti diri tersebut adalah seperti dalam jadual di bawah:
Kualiti Diri Penjelasan
1 Fleksibel Seringkali saya dapati guru tidak dapat
melaksanakan rancangannya seperti yang
dirancang awal. Contohnya panggilan
mesyuarat secara tiba-tiba akan menggagalkanperancangan yang telah dibuat. Untuk itu saya
sentiasa mempunyai pelan B dengan membuat
adjustment untuk membolehkan tugas saya
dapat diselesaikan.
2 Kesungguhan Saya suka dijadikan model untuk anak-anak
dan pelajar saya mencapai kejayaan. Ini saya
lakukan dengan memastikan apa jua yang saya
lakukan akan saya lakukan dengan
bersungguh-sungguh dan menunjukkan hasil
yang baik.
3 Empati Sebagai manusia saya sentiasa cuba
memahami perasaan orang lain. Sifat ini
membolehkan orang lain merasakan dihargai
dan mampu meningkatkan harga diri mereka.
4 Pengetahuan Konten Pengetahuan terbatas mengenai isi kandungan
bidang yang saya ceburi sebenarnya tidak
memadai. Melalui pembacaan, perbincangan,
penyertaan dalam seminar, bengkel, kajian
serta sentiasa mengemas kini pengetahuan
7/26/2019 profesion guru.pdf
19/24
590525-03-5234
19
memastikan saya berada jauh di hadapan
klien/pelajar.
5 Kecindanan Hidup ini bukanya sentiasa tegang dengan
masalah. Unsur kecindan semasa menjalankan
tugas membolehkan klien merasa terlepas
daripada tekanan-tekanan kerja harian.
6 Toleransi Sifat bertoleransi membolehkan saya diterima
oleh klien dan anggota masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai lapisan, agama, ras, status
ekonomi serta jantina ketika menjalankan tugas
dan tanggungjawab atau dalam hubungan
harian.
7 Ambil Risiko Kehidupan apakah yang tidak mempunyai
risiko? Semuanya berisiko dan saya sentiasa
bersedia mngambil risiko dalam tindakan yang
saya yakini boleh memberi manfaat kepada diri
dan orang lain.
8 Ingin Tahu Apabila saya menggunakan pendekatan baru
dalam bilik darjah, saya ingin tahu tentangimpak dan implikasinya. Amalan refleksi
membolehkan saya bertindak memperbaiki atau
meneruskan tindakan saya. Klien juga pasti
ingin tahu mengapa saya berbuat demikian.
Inilah peluang yang akan saya gunakan untuk
berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta
mendapatkan maklumbalas mereka.
9 Tidak Mengalah Sering dalam menjalankan tugas saya temui
kegagalan dan kekecewaan tetapi kesemua itu
saya lihat sebagai peluang untuk saya
memperbaiki diri sendiri. Saya tidak akan
mengalah.
7/26/2019 profesion guru.pdf
20/24
590525-03-5234
20
10 Kreatif Pendapatan sebagai kakitangan awam tidaklah
sebesar mana tetapi kita boleh melakukan
sesuatu yang besar dengan kos yang kecil.
Kekayaan minda, kualiti masa, budi bahasa,
ilmu, kemahiran komunikasi dan sebagainya
sentiasa boleh dijadikan modal untuk mencapai
kualiti diri dan kecemerlangan kerja.
Pelan Pembangunan Profesional
Untuk memastikan dan menjamin diri saya akan kekal berkualiti sepanjang masa
seterusnya mampu memartabatkan profesion keguruan, saya perlu ada
perancangan serta pelan untuk memajukan diri secara profesional.
Nama : Shamsina bt Shamsuddin
Alamat Rumah : 21 Jln BM 5/12, Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang
Tempat Bertugas : Institut Perguruan Islam Selangor, Bandar Baru Bangi.
Matlamat Pembangunan Profesional:
Menjadi pensyarah utama dan jurulatih pakar dalam pedagogi pengkhususan
mata pelajaran Pendidikan Agama Islam
Pelan Jangka Pendek: 1 tahun
Matlamat Tindakan Tarikh Semakan
1. Lulus Cemerlang
dalam Ujian PTK
2007
1. Meningkatkan
pembacaan bahan-
bahan berkenaan.
2. Mengkaji dan
membuat
perbincangan
bersama Ketua
Jabatan dan rakan
20 Julai 2007
25 Julai 2007
7/26/2019 profesion guru.pdf
21/24
590525-03-5234
21
2. Membuat kajian
eksperimental kesan
Refleksi ke atas
guru-guru yang
mengajar
Pendidikan Islam.
sejawat.
3. Mendapatkan
responden untuk
kajian dan
menyiapkan diri
dengan pembacaan
bahan berkaitan.
Oktober 2007
Pelan Jangka Sederhana: 2 tahun berikutnya
Matlamat Tindakan Tarikh Semakan
1. Mengikuti kursus-
kursus peningkatan
profesional berkaitan
amalan pengajaran
dan pembelajaran.
2. Menghasilkan kajian
tindakan lanjutan
dan menghasilkan
penulisan akademik
berkaitan amalan
serta pedagogi
pengajaran mata
pelajaran
Pendidikan Islam di
1. Menyemak peluang
mengikuti kursus
yang disediakan
oleh Bahagian
Pendidikan Guru
sama ada di dalam
atau luar negara.
2. Memohon mengikuti
kursus yangditawarkan oleh JPA
/ SPA / BPG.
3. Membincangkan
bersama rakan dan
Ketua Jabatan
.
Disember 2007
Mei 2008
7/26/2019 profesion guru.pdf
22/24
590525-03-5234
22
sekolah.
Pelan Jangka Panjang: 2 tahun seterusnya
Matlamat Tindakan Tarikh Semakan
1. Melanjutkan
pelajaran peringkat
Kedoktoran Falsafah
biayaan sendiri
dalam bidang
pedagogi
Pendidikan Islam.
2. Menjadi pensyarah
pakar pedagogi
Pendidikan Islam.
1. Mendapatkan
borang melanjutkan
pelajaran secara
separuh masa di
universiti tempatan.
2. Meningkatkan
kemajuan diri.
Disember 2009
Disember 2011
Semakan oleh Ketua Jabatan:
................................................Tanda tangan Ketua Jabatan
Tarikh
Penutup
Even an industry needs improvement.Kenyataan ini menyedarkan saya betapa
kualiti sebenarnya merupakan proses peningkatan berterusan. Kejayaan
merupakan satu perjalanan dan bukan sebuah destinasi. Peningkatan kualiti
dalam apa jua yang ditangani akan mampu memartabatkan profesion keguruan
yang saya ceburi.
7/26/2019 profesion guru.pdf
23/24
590525-03-5234
23
Bibliografi
Bahagian Pendidikan Guru. 2006. Panduan program tutorial peribadi (pelajar)Institut Pendidikan Guru. BPG : Unit Hal Ehwal Pelajar.
Chen Ai Yen. 1990. Toward Expert Teaching. Improving the quality of the teachingprofession : An international perspective. Singapore : International Council OnEducation For Teaching.
Clark, C.M & Peterson, P.L. 1986. Teachers thought proses. In Witrock, M. C.Handbook of research on teaching. A projek of the American EducationalResearch Assiciation(ed. Ke-3). New York : Macmillan Publishing Company.
Froster, F., Hounsell, D. dan Thompson, S. (ed.) 1995. Tutoring and demonstrating :A handbook. Edinburgh:Centre of Teaching, Learning and Assessment.
Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub. 1997. Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka
Hafidah Mohamed, Abdullah Mohd. Noor, Lilia Halim. 2001. Tindakan gurucemerlang menghadapi kepelbagaian pelajar. Dalam Strategi PengajaranKepelbagaian Pelajar. Prosiding seminar Pendidikan Kebangsaan 2001. UKM: Bangi.
Jauriah Hj. Tak. 1995. Penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif dalampendidikan. Kuala Lumpur : DBP
Jemaah Nazir Sekolah. 1997. Pemilihan guru cemerlang. Kuala Lumpur :Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jemaah Nazir Sekolah. 2000. Pemilihan guru cemerlang Kementerian PendidikanMalaysia Tahun 2000. JNS. 500/345 Jld. 17/(4). Kuala Lumpur : KementerianPendidikan Malaysia.
Mahathir Mohamed. 1989. Ucapan Perasmian Pelancaran Gerakan Budaya KerjaCemerlang. Dalam Ucapan Y. Bhg. Dato Seri Jamaluddin b. Hj. AhmadDamanhuri, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia sempena mahlisperasmian Hari Kualiti Peringkat Jabatan Perkhidmatan awam Tahun 2001.
Miller, L. W. 2000. Computer intergration by vocationalteacher education. Journal OfVocational & Technical Education . 14. (1)http://scholl.lib.vt.edu/ejournal/JVTE/v14n1/JVTE-3.html.
Mohd. Feroz Abu Bakar. 2000. Graduan perlu miliki kemahiran. Berita Harian : 20Januari.
7/26/2019 profesion guru.pdf
24/24
590525-03-5234
Salhah Abdullah. 2006. Guru sebagai fasilitator. Selangor : PTS ProfessionalPublishing Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. 2006. Psikologi Pendidikan.Selangor : PTS Publications & Distributors.
Shamsina Shamsuddin. 2000. Kaedah kumpulan berbantukan rakan sebaya dalamtilawah al-Quran mengikut tajwid. Dalan Jurnal Penyelidikan. MaktabPerguruan Samarahan, Sarawak. Jilid 1.
Shamsina Shamsuddin, Norshidah Mohd. Salleh. 2006. Pengajaran bahasa Arabdalam pendidikan awal kanak-kanak. Dalam prosiding Pendidikan Islam danbahasa Arab pemangkin peradaban ummah. Wacana Pendidikan Islam.Pulau Pinang. 56 Ogos.
Siddiq Fadil. 1992. Koleksi Ucapan Dasar. Kuala Lumpur : Dewan Pustaka Islam.
Sulaiman Ngah Razali, Suradi Salim, Zawawi Hj. Ahmad, Lee Won Mun. 1994.Mempertingkatkan Pendidikan Vokasional di Malaysia . Universiti Malaya.Tidak diterbitkan.
Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin. 1995. Kurikulum abad 21 ke arah kualitimenyeluruh pendidikan. Prosiding Seminar Kebangsaan Kurikulum :Kurikulum Untuk Tahun 2000 dan Selepasnya. Port Dickson. 11 13Disember.
Zalizan Mohd. Jelas. 2000. Matlamat dan strategi UKM ke alaf baru : Peranan fakultipendidikan. Dalam Pendidikan Guru Alaf Baru. Prosiding KolokiumPendidikan ke-7. UKM : Bangi