8/12/2019 Laporan KT 3RK2 2013
1/16
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
DURASNITA/GC SAINS/2013 1
MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR 3RK2 TERHADAP TAJUKLAND AND ITS RESOURCES MELALUI TEKNIK HUJUNG JARI
OLEH
DURASNITA BT HJ ABDULLAHSMK PENDETA ZABA,
70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan pelajar Tingkatan 3RK2 di
dalam bab LANDS AND ITS RESOURCES iaitu subtopik Calcium Compounds.
Seramai 10 pelajar tingkatan 3RK2 SMK Pendeta Zaba dan seorang Guru
Cemerlang Sains terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan pengalaman yang lepas
menunjukkan bahawa, pelajar cenderung mengatakan bahagian ini agak sukar
kerana banyak yang perlu dihafal dan diingat. Subtopik ini juga boleh dijadikan satu
soalan struktur Bahagian A yang membawa 9 markah. Pelajar perlu mengingat
tindakbalas kimia bermula dengan batu kapur sehinggalah terbentuknya larutan air
kapur. Dengan itu, satu teknik untuk memudahkan pelajar mengingati tindakbalas
serta nama biasa dan nama kimia bahan terbentuk dicipta melalui teknik HUJUNG
JARI. Kajian ini dijalankan semasa PdP Sains 22 Ogos 2013 setelah selesai
Peperiksaan Percubaan PMR 2013. Pelajar diberi Ujian Pra setelah selesai
menjawab soalan soal-selidik, kemudian diajar teknik HUJUNG JARI. Jawapan
untuk ujian pra tidak dibincangkan kerana soalan yang sama digunakan untuk ujian
pos. Ujian pos diberi pada hari yang sama untuk membandingkan pencapaian
sebelum dan sesudah mempelajari teknik ini. Markah Ujian 1, Peperiksaan
Pertengahan Tahun, peperiksaan percubaan PMR, Ujian Pra dan Ujian Pos diambil
kira sebagai kejayaan dalam peningkatan pencapaian pelajar.
8/12/2019 Laporan KT 3RK2 2013
2/16
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
DURASNITA/GC SAINS/2013 2
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Pada tahun 2013, pengajaran saya melalui proses peningkatan kerana kemudahan
internet tanpa wayar yang boleh dicapai dimakmal, memudahkan saya mendapatkan
bahan bantu mengajar dan maklumat isi kandungan pembelajaran melalui sumber
internet. Pengajaran saya menjadi lebih menarik, ceria dan berupaya menarik minat
pelajar. Pelajar sangat teruja kerana tentu sekali ada kelainan dan ada keyakinan bagi
pelajar ini apabila bahan yang dipaparkan adalah dari sumber internet yang pelbagai,
menarik dan paparan imej yang berwarna warni. Saya dapati, setelah dua tahun
pengajaran hanya berbantukan cakera padat Kementerian pelajaran, pelajar menjadi
jemu apatah lagi bahasa pertuturan yang meleret-leret disampaikan dalam Bahasa
Inggeris. Kerana itu, saya sentiasa mahukan kelainan bahan bantu mengajar saya.
Selain itu, saya sentiasa menghubungkaitkan setiap isi kandungan pengajaran saya
dengan kekuasaan ALLAH S.W.T yang menciptakan segala makhluk di muka bumi.
Apa yang dipelajari oleh pelajar sebenarnya adalah hasil ciptaan ALLAH yang Maha
Agung dan bukannya semata-mata untuk peperiksaan.
Bagi pelajar Tingkatan 3 RK2, kebolehan mereka adalah dalam kelompok cemerlang
baik dan sederhana. Daripada 30 pelajar ini, 10 ialah pelajar lelaki dan 20 pelajar
perempuan. Mereka merupakan pelajar yang aktif dan sentiasa mahu meningkatkan
pencapaian mereka. Bagi tajuk Bab 6 ini, ia merupakan pengenalan kepada pelajaran
KIMIA kerana 5 bab yang sebelumnya berkaitan BIOLOGI badan manusia. Andaian
pelajar, tajuk ini sangat susah kerana banyak yang perlu dihafalkan dan tentu sekali
memerlukan pemahaman bukan penghafalan semata-,mata. Bermula dengan
pengenalan mengenai mineral yang wujud dimuka bumi, sehinggalah kepada subtopik
8/12/2019 Laporan KT 3RK2 2013
3/16
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
DURASNITA/GC SAINS/2013 3
Bahan Api Semulajadi dan Kepentingannya, semuanya berkaitan aspek tindakbalas
KIMIA yang mereka tidak dapat lihat dengan mata kasar seperti kandungan pelajaran
BIOLOGI pada 5 bab terawal. Satu teknik yang saya cipta diharapkan dapat membantu
pelajar 3RK2 untuk menguasai subtopik Sebatian Kalsium.
2.0 ISU KEPERIHATINAN/FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian saya, pelajar berminat tetapi tidak bermotivasi apabila
mempelajari Bab 6 Sains Tingkatan 3 iaitu Lands and Its Resources kerana isi
kandungan pelajaran berkaitan KIMIA yang mereka tidak nampak dengan jelas dan
nyata seperti organ dalaman manusia yang boleh digambarkan melalui model atau
rajah. Mereka juga tidak boleh menggunakan pengalaman melalui perubahan badan
sendiri apabila mempelajari bahagian KIMIA berbanding bahagian BIOLOGI. Bagi
mereka adalah sukar untuk mengingati setiap isi kandungan dan nama kimia dalam
sebatian, termasuk tindakbalas kimia, bahan untuk menguji, serta kesan yang berlaku
terhadap bahan ujian. Bermula dengan unsur dan mineral semulajadi, nama umum dan
nama kimia yang perlu mereka ingat, disusuli pula dengan pembentukan sebatian
logam oksida dan logam sulfida, sebatian silikon, sebatian kalsium dan akhirnya
sumber bahan api semulajadi. Setiap subtopik itu pelajar perlu mengingati persamaan
tindakbalas, hasil dan pemerhatian semasa tindakbalas berlaku. Untuk memudahkan
pemahaman dan ingatan pelajar berkaitan satu subtopik iaitu Sebatian Kalsium, satu
teknik mudah iaitu meletakkan bahan tindakbalas dihujung jari dan hasilnya melangkah
ke hujung jari yang satu lagi. Hujung jari tangan kiri khusus untuk nama biasa dan
tindakbalas sebatian kalsium, manakala hujung jari tangan kanan khusus untuk nama
8/12/2019 Laporan KT 3RK2 2013
4/16
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
DURASNITA/GC SAINS/2013 4
kimia dan tindakbalasnya. Apabila kedua-dua hujung jari tangan kanan dan kiri
dicantumkan, hujung jari akan bertemu dan memastikan pelajar tidak tertukar nama
kimia sebatian kalsium dengan nama biasa. Berikut disenaraikan nama biasa dan nama
kimia bagi Sebatian Kalsium;
COMMON NAME(nama biasa)
LOKASI PADAHUJUNG JARI KIRI
CHEMICAL NAME(nama kimia)
LOKASI PADAHUJUNG JARI
KANAN
LIMESTONE(batu kapur)
IBU JARI KIRICALSIUM
CARBONATE(kalsium karbonat)
IBU JARI KANAN
QUICKLIME(kapur tohor)
TELUNJUK JARI KIRICALCIUM OXIDE(kalsium oksida)
TELUNJUK JARIKANAN
SLAKED LIME(kapur mati)
JARI TENGAH KIRICALCIUM
HYDROXIDE(kalsium hidroksida)
JARI TENGAHKANAN
LIMEWATER(air kapur)
JARI MANISKIRI
CALCIUMHYDROXIDESOLUTION
(larutan kalsium
hidroksida)
JARI MANISKANAN
CONTOHKEGUNAAN
(kreativiti pelajar)
JARI KELINGKINGKIRI
CONTOHKEGUNAAN
(kreativiti pelajar)
JARI KELINGKINGKANAN
Isi kandungan kajian saya, ada di lampiran A
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF UMUM
Menarik minat pelajar dan memudahkan mereka menguasai sebahagian tajuk ini
sekali gus meningkatkan pencapaian mereka bagi subjek Sains PMR 2013.
8/12/2019 Laporan KT 3RK2 2013
5/16
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
DURASNITA/GC SAINS/2013 5
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
3.2.1 Pelajar dapat menguasai teknik HUJUNG JARI
3.2.2 Pelajar dapat menterjemahkan isi kandungan dalam setiap
HUJUNG JARI berdasarkan konsep yang difahami
3.2.3 Pelajar dapat mengenalpasti dan mengingat susunan tindakbalas
sebatian kalsium, melalui teknik HUJUNG JARI
3.2.4 Pelajar dapat mengenalpasti dan mengingat nama umum dan
nama kimia bagi setiap perubahan sebatian kalsium selepas
tindakbalas melalui teknik HUJUNG JARI
3.2.5 Pelajar dapat mengenalpasti dan mengingat persamaan kimia
tindakbalas melalui teknik HUJUNG JARI
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 pelajar kelas 3 RK2 iaitu 7 perempuan dan 3
lelaki yang pencapaian mereka adalah sederhana dan terbaik dalam kelas tersebut.
Semasa kajian, semua pelajar 3RK2 terlibat membuat latihan dan diajar teknik
HUJUNG JARI, namun data sasaran hanya 10 pelajar sahaja.
5.0 PROSEDUR KAJIAN
5.1 TINJAUAN MASALAH
Dalam pelaksanaan kajian tindakan saya ini, saya membuat pemerhatian
terhadap tingkah laku dan sikap pelajar, membuat soal-selidik, menemubual
pelajar. dan juga merujuk kepada keputusan ujian 1, ujian pra, peperiksaan
pertengahan tahun, ujian pos dan peperiksaan percubaan PMR
8/12/2019 Laporan KT 3RK2 2013
6/16
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
DURASNITA/GC SAINS/2013 6
5.1.1 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian, pelajar kurang
memberi respons kepada soalan perbincangan dan menunjukkan
sikap tidak berminat kerana ada pelbagai rentetan persamaan
kimia dan nama-nama yang perlu diingat.
5.1.2 Soal Selidik
3 borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada
pelajar. Soal selidik pertama adalah untuk mengetahui sejauh
manakah tanggapan mereka terhadap tajuk Bab 6 Lands and Its
Resources ini, sebaik sahaja selesai mempelajari Bab 6. Soal
selidik kedua pula diedarkan selepas kajian dijalankan untuk
mengetahui pendapat pelajar mengenai keberkesanan teknik
HUJUNG JARI , dan soal selidik ketiga diedarkan adalah
mengenai pendapat pelajar berkaitan penggunaan teknik tersebut
selepas kajian tindakan dijalankan.
5.1.3 Menemubual pelajar
Secara tidak langsung, sewaktu pengajaran dan pembelajaran,
saya menyoal pelajar akan kefahaman mereka berkaitan Bab 6 ini
dan sebahagian besar memberikan tindak balas, tidak minat untuk
mengingat fakta-fakta penting yang berkaitan peperiksaan kerana
susahnya untuk mengingat nama-nama kimia, hasil tindakbalas,
8/12/2019 Laporan KT 3RK2 2013
7/16
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
DURASNITA/GC SAINS/2013 7
bahan penguji serta nama biasa bagi sebatian kalsium termasuklah
kegunaan bagi setiap jenis sebatian kalsium yang berbeza.
5.1.4 Ujian Bulan 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun , Peperiksaan
Percubaan PMR, Ujian Pra dan Ujian Pos
Berdasarkan ujian bulan 1, 28 pelajar 3RK2 lulus malah ada yang
mendapat keputusan cemerlang dengan pencapaian 96 markah,
namun kegusaran saya bermula kerana ada 2 pelajar gagal ujian 1,
dengan markah 32 peratus sahaja. Ini sangat mengejutkan saya
kerana ujian 1 sepatutnya sangat mudah dan boleh lulus bagi
pelajar Kelas Rancangan Khas. Keputusan peperiksaan
pertengahan tahun pula membimbangkan juga walaupun semua
lulus tetapi tiada seorang pun yang mendapat keputusan A. 10
pelajar memperoleh B dengan markah tertinggi 71, 9 pelajar
memperoleh C dan selebihnya 11 pelajar memperoleh D dengan
markah terendah 41 markah. Semasa membuat ulangkaji dan latih
tubi, banyak soalan-soalan dari Bab 6 yang ditemui dan soalan
untuk sebatian kalsium banyak ditemui pada soalan nombor 6
Bahagian A kertas 2 yang membawa kepada 9 markah. Melalui
teknik HUJUNG JARI ini, diharapkan pelajar dapat menjawab
kesemua soalan dengan betul. Ujian pra diberikan sebelum teknik
ini dipelajari. Tiada perbincangan jawapan untuk soalan pra.
Selepas pelajar mempelajari teknik ini, ujian pos menggunakan
soalan yang sama diberikan. Didapati ada peningkatan dalam
8/12/2019 Laporan KT 3RK2 2013
8/16
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
DURASNITA/GC SAINS/2013 8
pencapaian bagi soalan yang sama sebelum mempelajari teknik
dan selepas mempelajari teknik.
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
5.2.1 Analisis pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap
kumpulan sasaran didapati bahawa;
Pelajar teruja mencuba teknik HUJUNG JARI
Pelajar lebih berkeyakinan tidak akan tertukar antara nama
kimia dan nama biasa
Pelajar lebih berkeyakinan menamakan hasil tindakbalas
Pelajar lebih berkeyakinan memberikan pemerhatian
terhadap setiap tindakbalas
Pelajar lebih berkeyakinan memberikan nama bahan penguji
untuk hasil tindakbalas yang terhasil
Pelajar juga dapat menamakan kegunaan untuk sebatian
kalsium yang berbeza menggunakan teknik HUJUNG JARI
Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih baik apabila
pelajar dapat memahami dan menganggap isi kandungan
mata pelajaran adalah mudah dan senang untuk dikuasai.
Pelajar berkeyakinan mendapat keputusan peperiksaan
lebih baik berbanding sebelumnya.
8/12/2019 Laporan KT 3RK2 2013
9/16
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
DURASNITA/GC SAINS/2013 9
5.2.2 Analisis Soal Selidik
Saya membuat soal selidik berkaitan bab yang dipelajari
menggunakan respon ya atau tidak .
i) Sebelum mempelajari teknik HUJUNG JARI
ITEM YA TIDAK
1. Adakah anda meminati tajuk Land and ItsResourcesBab 6, Tingkatan 3, matapelajaranSains?
9 1
2. Pada pandangan anda, adakah tajuk ini sangatsusah untuk difahami?
5 5
3. Pada pandangan anda, adakah tajuk ini sangatsusah untuk dikuasai?
8 2
4. Pada pendapat anda, adakah anda menerimapembelajaran tajuk ini dengan mudah di dalamkelas?
7 3
5. Setujukah anda, bahawa kita perlu banyakmembaca untuk lebih memahami danmengingati tajuk ini?.
9 1
6. Jika anda tidak suka membaca, adakah dengancara membuat latihan dengan kerap lebih mudahuntuk menguasai tajuk ini?
8 2
7. Kebanyakan pelajar menganggap, tajuk inimenyukarkan mereka untuk mencapai gred
yang cemerlang dalam ujian/peperiksaan .Adakah anda berpendapat sebegitu ?.
7 3
8. Adakah anda merasakan belajar tajuk ini perlusemata-mata untuk peperiksaan?
0 10
9. Jika anda dapat menguasai tajuk ini, adakahanda akan menolong rakan yang lain untukmenguasainya?
10 0
Berdasarkan perkara 1, pelajar memang meminati bab ini, namun
jelas perkara 2 dan 3 jelas pelajar menyatakan pembelajaran tajuk
ini susah. Berdasarkan perkara 5, 6, 7, 8, dan 9 pula pelajar
bersetuju menunjukkan mereka perlu banyak membaca untuk
mengingati tajuk ini dan memahami bahawa mempelajari Sains
8/12/2019 Laporan KT 3RK2 2013
10/16
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
DURASNITA/GC SAINS/2013 10
bukanlah semata-mata untuk peperiksaan sebaliknya untuk
mengetahui kebesaran ALLAH S.W.T yang mencipta kejadian
segala perkara di muka bumi untuk fungsi tertentu.
ii) Selepas mempelajari teknik HUJUNG JARI
Skala Likert :1. sangat tidak setuju2. tidak setuju3. kurang setuju4. setuju5. sangat setuju
ITEM 1 2 3 4 5
1. Sains merupakan subjek yang mudah. 7 3
2. Saya mudah mengingat tindakbalassubtopiksebatian kalsium dengan teknikHUJUNG JARI.
5 5
3. Saya lebih suka menggunakan tekniksaya sendiri daripada teknik HUJUNGJARI
3 4 1 1 1
4. Saya mudah memahami bagaimanatindakbalas kimia berlaku dalam subtopik
sebatian kalsium selepas gurumemperkenalkan teknik HUJUNG JARI
4 6
5. Saya mudah mengingati persamaankimia dalam subtopik sebatian kalsiumselepas guru memperkenalkan teknikHUJUNG JARI
5 5
6. Saya rasa lebih seronok belajar subtopiksebatian kalsium selepas menggunakanteknik HUJUNG JARI
1 5 4
7. Saya akan menggunakan teknikHUJUNG JARI bagi tajuk lain dalam
Sains.
2 1 6 1
8. Saya akan menggunakan teknikHUJUNG JARI untuk matapelajaran lain.
1 3 5 1
9. Teknik HUJUNG JARI membantumeningkatkan daya kreativiti saya.
1 5 4
8/12/2019 Laporan KT 3RK2 2013
11/16
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
DURASNITA/GC SAINS/2013 11
Analisis yang saya lakukan pada soal selidik selepas pelajar
mempelajarai teknik HUJUNG JARI adalah menggunakan skala
likert dan bukannya sekadar ya atau tidak. Ini dapat memberikan
gambaran yang lebih jelas tentang keberkesanan penggunaan
teknik ini. Berdasarkan perkara 2, 4, 5 dan 9 jelas pelajar
memberikan respon setuju dan sangat setuju tentang kebaikan dan
kelebihan menggunakan teknik ini.
iii) Soal selidik berkaitan teknik HUJUNG JARI
Skala Likert :1. sangat tidak setuju2. tidak setuju3. kurang setuju4. setuju5. sangat setuju
ITEM 1 2 3 4 5
1. Pada pandangan anda, adakah teknik HUJUNGJARI memudahkan anda mengingat subtopiksebatian kalsium dalam Bab 6 ?
3 7
2. Pada pandangan anda, adakah teknik HUJUNGJARI memudahkan anda menguasai subtopiksebatian kalsium dalam Bab 6 ?
1 4 5
3. Pada pandangan anda, adakah teknik HUJUNGJARI memudahkan anda memahami subtopiksebatian kalsium dalam Bab 6 ?
5 5
4. Pada pandangan anda, adakah teknik HUJUNGJARI memudahkan anda menjawab soalan ujian?
6 4
5. Adakah anda juga akan gunakan teknik ini untukbab-bab lain dalam Sains?
4 6
6. Adakah anda akan memaklumkan teknik ini
kepada rakan-rakan lain?4 6
7. Setujukah anda teknik ini dapat meningkatkanpencapaian Sains anda dalam ujian/peperiksaan?
7 3
8. Setujukah anda teknik ini juga boleh digunakanuntuk mata pelajaran lain?
2 3 4 1
9. Setujukah anda jika guru memfokuskan kepadateknik ini dalam pengajaran dan pembelajaransains?
1 4 5
8/12/2019 Laporan KT 3RK2 2013
12/16
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
DURASNITA/GC SAINS/2013 12
10. Adakah anda lebih berminat untuk mempelajariSains setelah mengetahui teknik ini?
7 3
Analisis pendapat pelajar mengenai kebaikan menggunakan teknik
ini menunjukkan sebahagian besar setuju dan sangat setuju
memudahkan mereka mengingati tajuk ini. Perkara 1, 3 , 4 dan 9
jelas menunjukan reaksi positif pelajar terhadap teknik ini.
5.2.3 Analisis Temubual Pelajar
Berdasarkan temubual secara tidak langsung semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung pelajar teruja
menggunakan teknik HUJUNG JARI dalam mempelajari sebatian
kalsium. Apatah lagi perasaan bangga ada dalam diri mereka
kerana mereka menjadi sebahagian bahan kajian untuk
peningkatan prestasi Sains PMR. Saya juga memaklumkan kepada
mereka, foto-foto mereka semasa proses kajian tindakan dilakukan
ditunjukkan ke sekolah-sekolah yang menjemput saya sebagai
penceramah Teknik Menjawab Sains.
5.2.4 Analisis Ujian Bulan 1, Ujian Pra, Peperiksaan Pertengahan Tahun,
Ujian Pos dan Peperiksaan Percubaan PMR
Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian 1, ujian pra,
peperiksaan pertengahan tahun, Ujian pos dan peperiksaan
percubaan PMR adalah seperti berikut;
8/12/2019 Laporan KT 3RK2 2013
13/16
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
DURASNITA/GC SAINS/2013 13
MarkahUjian 1
MarkahPeperiksaanPertengahan
Tahun
Ujian Pra(17 markah)
Ujian Pos( 17 markah)
PeperiksaanPercubaan
PMR
A 48 41 8 13 61
B 88 69 7 13 81C 63 62 9 12 67
D 80 68 8 14 65
E 52 66 11 16 65
F 54 43 6 13 56
G 96 74 8 14 70
H 84 59 5 14 68
I 54 58 8 15 73
J 84 62 11 16 80
Dapatan ujian 1, menunjukkan responden kajian, saya pilih secara
rawak dengan keputusan yang cemerlang, baik dan sederhana.
Markah ujian pra menunjukkan perbezaan yang ketara dengan
markah ujian pos setelah teknik HUJUNG JARI dipelajari.
Sehinggalah ke peperiksaan percubaan, pelajar yang menjadi
responden mempunyai pencapaian yang masih tidak stabil.
5.3 PELAKSANAAN TINDAKAN
Kajian tindakan ini saya laksanakan dalam tempoh 3 bulan bermula Jun
2013 selepas peperiksaan pertengahan tahun sehinggalah peperiksaan
percubaan PMR 2013 pada 29 Julai 2013. Bab 6 ini saya mulakan pada
pertengahan Mei 2013 dan pertengahan Jun 2013, barulah habis kesemua
isi kandungan Bab 6 kerana adanya peperiksaan pertengahan tahun dan
juga cuti pertengahan penggal. Soalan berkaitan Bab 6 tiada dalam soalan
peperiksaan pertengahan tahun. Markah yang diambil hanyalah sebagai
perbandingan untuk menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar yang
8/12/2019 Laporan KT 3RK2 2013
14/16
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
DURASNITA/GC SAINS/2013 14
menjadi responden. Setelah saya berpuas hati dengan mengemaskini
Teknik HUJUNG JARI yang saya cipta dari idea saya sendiri, barulah saya
bentangkan kepada pelajar yang menjadi responden pada 22 Ogos 2013.
Dapatan data bagi soal-selidik, ujian pra dan ujian pos dikutip pada hari
berkenaan. Pada 29 Oktober 2013, saya sekali lagi mengajar teknik
HUJUNG JARI kepada semua pelajar tingkatan 3 mata pelajaran Sains,
termasuk 10 pelajar yang menjadi responden.
5.4 REFLEKSI KAJIAN
Pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos menunjukkan perbezaan
yang ketara bagi keseluruhan pelajar. Rata-rata mengatakan mereka
menjawab dengan acuh tak acuh untuk ujian pra kerana banyak fakta yang
mereka tidak ingat. Sebaliknya bagi ujian pos, mereka mengambil masa
yang sedikit lama untuk menjawab kerana mereka berfikir sambil mengingat
semula fakta-fakta yang perlu diingat melalui teknik HUJUNG JARI. Mereka
memberikan tumpuan dan kerjasama yang baik sewaktu kajian tindakan ini
dijalankan malah berbangga terpilih sebagai responden kajian.
.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut. :-
Mengguna pakai teknik HUJUNG JARI untuk hasil penyulingan berperingkat
petroleum dan kegunaan
Mengguna pakai teknik HUJUNG JARI untuk mengingat fakta bab 10 berkaitan
jenis kenderaan yang terlibat di angkasa dan kegunaan.
8/12/2019 Laporan KT 3RK2 2013
15/16
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
DURASNITA/GC SAINS/2013 15
Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru Sains yang lain
untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran Sains lebih menarik dan
berkesan.
GURU KREATIF + GURU RAJIN + GURU PENYAYANG + GURU EMPATI+ GURU PENYABAR+ PELAJAR BAIK + SUMBER INTERNET
+ +
Sikap Positif Pelajar &
Rajin Berusaha
Suasana Pengajaran &
Pembelajaran Kondusif
Bekerjasama menepati
masa & berdisiplin
Motivasi berterusan &
Sikap positif guru
KEJAYAAN PMR 2013
Bekerjasama menepati
masa & berdisiplin
8/12/2019 Laporan KT 3RK2 2013
16/16
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
DURASNITA/GC SAINS/2013 16
LAMPIRAN A
Top Related