8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
1/146
Izza Aripin
1
L
AIRA mencerlung ke arah
Zaran.
Kita tak ada pilihan!
Engkau nak dia mati?
Zaran membalas renungan tajam Laira. Engkau
pasti dia akan selamat?
Berdoa kepada Tuhan moga kita semua selamat.
Zaran memandang Ayrin yang masih belum sedar.
Ayrin! Dia menepuk pipi Ayrin.
Bangun! Kita semua dalam bahaya. Engkau dengar
tak? Jet ni akan terhempas di lautan! Zaran berusaha
menyedarkan Ayrin.
Aku terpaksa tolak engkau ke laut. Ayrin! Engkau
dengar tak? sambungnya lagi.
Zaran! Jet dah hilang kawalan! Laira menjerit
panik.
Dhiyapura Two semakin menjunam.
prolog
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
2/146
Kasih Pun Bersatu
2
Engkau terjun dulu! Zaran menjerit ke arah
Laira.
Beberapa saat selepas Laira terjun, Zaran turut
terjun bersama Ayrin yang masih belum sedarkan diri.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
3/146
Izza Aripin
3
Dhiyapura
Beberapa bulan selepas pemberontakan Tengku Khalid
dipatahkan....
RUBIAH mengintai ke luar
tingkap sewaktu pramugari
pesawat peribadi yang dinaikinya
mengumumkan bahawa mereka sudah memasuki ruang
udara kerajaan Dhiyapura.
Kita sekarang sudah memasuki ruang udarakerajaan Dhiyapura. Jika anda melihat ke luar sekarang, anda
dapat melihat Istana Agung dari utara.
Rubiah tersenyum mendengar kalimah itu. Seakan-
akan dalam lem The Princess Diaries pula cara pramugari
itu berkata-kata.
Look out the window, princess. Welcome toGenovia. Agaknya begitulah skrip yang dilaazkan oleh
pengawal peribadi Princess Mia yang masih diingati oleh
Rubiah. Tetapi di dalam kisah ini, bukan dia puterinya. Tetapi
bab
1
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
4/146
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
5/146
Izza Aripin
5
KEADAAN di Istana Agung begitu meriah dengan persiapan
meraikan kemenangan keluarga al-Muttaqi yang berjaya
mengembalikan takhta dan menuntut keadilan. Seluruh
keluarga al-Muttaqi dari serata dunia telah berjaya
dihimpunkan. Bak sirih pulang ke gagang, mereka kembali
ke tanah air tercinta setelah menjeruk rasa selama beberapa
generasi akibat pengkhianatan keluarga al-Mansur.
Saki-baki keluarga al-Mansur yang tidak sempat
melarikan diri ke luar negara telah diberi pengampunanbersyarat. Mereka dikehendaki bersumpah taat setia terhadap
Dinasti al-Muttaqi dan pemerintah kerajaan. Sekiranya ada
usaha belot berjaya dikesan, mereka akan dibuang negeri.
Sultan Iskandar mahu memastikan rancangannya
mengubah corak pemerintahan kerajaan beraja Dhiyapura
kepada pemerintahan demokrasi tidak menghadapi
tentangan. Sudah tiba masanya rakyat diberi peluang
mentadbir negara tercinta.
Sebaik sahaja keadaan negara stabil selepas
percubaan pemberontak merampas takhta, proses-proses
penubuhan sebuah negara demokrasi giat dijalankan. Sultan
Iskandar berharap supaya sebaik sahaja penggantinya menaiki
takhta, corak kerajaan sudah berwajah baharu. Perkara initidak mustahil dilakukan sekiranya mendapat sokongan
penuh keluarga diraja dan rakyat jelata.
KETIBAAN Rubiah dan rakan-rakan sekolahnya dahulu
membuatkan Ayrin terharu. Dia benar-benar rindukan merekadan juga Millenium Perdana, sekolah lamanya di negara
Malaysia. Bermula tahun hadapan, Ayrin akan menyambung
pelajarannya di sekolah di ibu negara kerajaan Dhiyapura.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
6/146
Kasih Pun Bersatu
6
Pasti keadaannya berbeza sekali lagi. Tetapi kali ini dia sudah
tahu kenapa perpindahan itu harus dilakukan. Selama dia
menuntut di Millenium Perdana, sudah banyak kenangan
pahit manis tercatat. Segala-segalanya tidak mudah dilupakan
kerana setiap hari, setiap saat, dia menghargai detik dirinya
berada di situ.
Tidak seperti Ayrin yang terpaksa menyambung
pelajarannya di sekolah baharu, Zarul yang telah dilantik
sebagai putera mahkota, akan menyambung legasipemerintah sebelumnya menyambung pengajian di
Cambridge. Zarul tidak akan dibebani oleh urusan kerajaan
sehinggalah dia menamatkan pengajiannya terlebih dahulu.
Buat seketika dia bebas melakukan apa sahaja sebelum
dirinya terikat dengan tanggungjawab negara. Dan dia telah
memilih untuk menetap di Malaysia sehinggalah masanya
tiba bagi dia memikul tanggungjawabnya.
Memang keputusan yang dibuat oleh Zarul itu
bertentangan dengan rancangan asalnya dan rancangan asal
pemerintah Dhiyapura yang mahukan dia di situ; mempelajari
selok-belok pemerintahan.
Tetapi entah mengapa, Zarul tiba-tiba mengubah
kirannya. Dia rasa dia perlu memberikan dirinya masa bagimemikirkan segala-galanya. Dia mahu bersedia dan betul-
betul memahami akan tanggungjawab yang bakal dipikulnya
tidak lama lagi. Zarul mahu mengenali dirinya dan dia hanya
boleh lakukannya jauh dari Dhiyapura... dan jauh daripada
Ayrin.
Zarul tidak mahu memikirkan hubungannya
dengan Ayrin buat masa ini. Biar masa yang menentukan
sejauh mana dan setakat mana perhubungan mereka.
Sekiranya takdir memisahkan haluan mereka, dia akan
terima. Sekiranya takdir menyatukan haluan mereka, dia juga
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
7/146
Izza Aripin
7
akan terima. Buat masa ini, Ayrin bukan keutamaannya. Dia
ada perkara besar yang harus dikirkan iaitu diri dan masa
depannya yang telah ditentukan. Adakah dia bersedia
menerimanya?
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
8/146
Kasih Pun Bersatu
8
Istana Agung,
Kota Dhiyapura
MAJLIS yang dirancang
berlangsung dengan penuh
gemilang. Tetamu-tetamu
diraikan dengan penuh kehormatan. Perjumpaan dalam
kalangan kerabat al-Muttaqi buat pertama kalinya berjaya
mengumpul kesemua ahli keluarga yang sudah lama terpisah.
Bak sembilang pulang ke lubuk.Sultan Iskandar benar-benar rasa bahagia kerana
dapat bertemu dengan sanak saudara yang selama ini
meminggirkan diri mereka daripada hal kerajaan. Peluang
yang julung kali berlaku ini dimanaatkan sepenuhnya oleh
Sultan Iskandar dengan pembinaan jaringan komunikasi
antara mereka. Dia dengan berbesar hati menjemput kesemua
ahli keluarganya pulang dan menetap di Dhiyapura supayamereka bersama-sama dapat membangunkan kerajaan pulau
itu.
bab 2
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
9/146
Izza Aripin
9
Dahulu ayahandanya, Almarhum Sultan
Firmanshah al-Muttaqi telah bernikah dengan sepupunya,
Tengku Badariah al-Mansur demi mendamaikan kedua-dua
buah keluarga yang saling bertingkah merebut takhta. Ramai
keluarga al-Muttaqi tidak setuju dengan pernikahan itu. Maka
sebagai rasa tidak puas hati, mereka membawa diri ke luar
negara dan merajuk tidak mahu ambil tahu perihal
pentadbiran negara. Malangnya tindakan mereka itu telah
memudahkan Tengku Khalid, kekanda Permaisuri Badariahberkuasa.
Saat Sultan Iskandar mewarisi tampuk
pemerintahan, keadaan menjadi semakin gawat. Nasibnya
hampir sama seperti ayahandanya. Dia dipaksa bernikah
dengan anak saudara bonda tirinya iaitu Tengku Syazreen,
padahal ketika itu dia sudah pun bernikah dengan Anne di
luar negara. Akibat tnah, dia telah mengkhianati Anne.Pembantu peribadinya yang setia, Tengku Farid telah turut
sama ditnah lantas mengambil keputusan membawa diri.
Tinggallah Sultan Iskandar sendirian memperjuangkan
kedamaian. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan
kebijaksanaannya, Tengku Khalid dan pemberontak berjaya
ditumpaskan. Kini dia berazam mahu membetulkan kesilapan
yang telah berlaku di pihak Almarhum ayahandanya.
Paling menggembirakannya ialah kesudian keluarga
Tengku Farid dan keluarga putera mahkota, menetap di
Dhiyapura. Dengan sokongan mereka, Sultan Iskandar akan
lebih berkeyakinan menjalankan tugas utamanya selepas ini
iaitu menjadikan kerajaan Dhiyapura negara demokrasi.
Terima kasih, Farid... kerana sudi memberikansokongan. Tengku Iskandar menepuk bahu Tengku Farid
sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga.
Dan terima kasih pada engkau juga kerana sudi
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
10/146
Kasih Pun Bersatu
10
menawarkan peluang kedua kepada aku. Apa kata kita
mulakan langkah yang baharu dengan semangat yang
baharu.
Tengku Iskandar mengangguk setuju mendengar
kata-kata semangat yang diberikan oleh sepupunya itu.
Kali ni... aku mahu buat yang terbaik buat semua.
Segala kesilapan yang pernah aku lakukan dulu, aku mahu
perbaiki. Terutama perhubungan aku dengan Anne. Walaupun
dia setuju terima aku kembali dan sudi memberikan peluangkali kedua, aku tak rasa perkara ni amat mudah baginya. Juga
tak mudah bagi aku walaupun selama ini aku memang
nantikan saat-saat ni.
Pandangan Tengku Iskandar jatuh ke wajah
isterinya yang asyik melayan rakan-rakan Pirate di satu
sudut.Tengku Farid tersenyum mengerti. Memang benar.
Ada banyak perkara yang Sultan Iskandar dan Anne perlu
lakukan bagi merapatkan jurang yang terbina sekian lama di
antara mereka.
Both of you have lots of things to catch up. Tapi
tak mengapa. Sebab engkau ada banyak masa bersama bagi
memperbaiki semula hubungan kamu yang terhenti dulu.
Tengku Farid memberikan kata-kata perangsang kepada
sepupunya supaya dia yakin menghadapi satu lagi cabaran
baharu dalam hidupnya.
Aku harap segala-galanya berjalan seperti yang aku
mahukan. Sudah terlalu lama Anne menanggung derita
kerana kepentinganku. Sudah tiba masanya aku membalassegala budi, jasa dan pengorbanannya dengan kebahagiaan.
Aku mahu bahagiakan dia hingga ke hujung nyawa.
Terangkat kening Tengku Farid mendengar janji
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
11/146
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
12/146
Kasih Pun Bersatu
12
memberikan amaran kepada Rubiah supaya jangan silap
aham.
Aku dengan dia... tak boleh ada apa-apa hubungan.
Kami sepupu, Bee.
Dahi Rubiah berkerut. Dia tidak aham.
Apa salahnya. Engkau boleh kahwin dengan dialah.
Kalau dia pak cik ataupun abang tiri dengan engkau, baru tak
boleh kahwin.
Engkau tak aham! Ayrin meletakkan gelas di
tangannya di atas meja sebelum beredar keluar dari pintu sisi
dewan menuju ke taman diraja.
Rubiah yang agak terkejut dengan reaksi Ayrin
pantas mengekori jejak rakan baiknya yang jelas sedang
bersedih.
Ay... maafah kalau aku salah cakap. Rubiah
berlari-lari anak mengejar Ayrin yang sedang berjalan
perlahan menghampiri kolam pancuran air berbentuk segi
empat yang menganjur panjang merentasi taman.
Apa masalahnya, Ay? Cubalah cerita pada aku.
Kalau aku tak boleh tolong selesaikan... sekurang-kurangnya
aku boleh jadi pendengar yang baik.Ayrin melepaskan keluhan berat sebelum menjawab
pertanyaan itu. Bee... aku memang suka Zarul. Tapi suka-
suka macam tu saja. Taklah sampai jatuh cinta kat dia. Aku
sayang dia macam kawan. Macam aku sayang engkau.
Jadi... apa masalahnya sekarang? Aku tak aham.
Masalahnya Zarul. Sejak kebelakangan ni... akutengok dia lain macam aje. Dia dah tak mesra macam dulu.
Selalu aje dia mengelak daripada berjumpa atau bertembung
dengan aku. Aku tak aham kenapa dia buat macam tu.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
13/146
Izza Aripin
13
Engkau nak aku tanyakan pada dia?
Ayrin segera berpaling menghadap Rubiah. Wajahnya serius. Tak payah! Aku tak mahu dia kir yang
bukan-bukan pula pasal aku. Nanti aku yang malu.
Apa salahnya aku tanya. Dia takkan kir yang
bukan-bukan kalau aku kata engkau risaukan dia. Dia tentu
aham. Rubiah memujuk.
Entahlah, Bee. Aku rasa macam kehilangan pulak
bila dia semakin menjauhi aku.
Ayrin melemparkan pandangan ke dalam air kolam
yang beriak tenang. Kesepian dan kedinginan Zarul benar-
benar buat dia berasa sedih. Sudahlah dia terpaksa
menyesuaikan diri dengan dunia baharu, kini dia keseorangan
menghadapinya. Dahulu Zarul pernah berjanji hendak
mengharungi keadaan itu bersama. Tetapi kini, dia dibiarkankeseorangan menghadapi cabaran yang begitu asing.
Bee... boleh tak aku minta sesuatu daripada
engkau? tanya Ayrin setelah berkir seketika
Apa dia? Kalau boleh aku beri, aku beri, jawab
Rubiah dengan ikhlas.
Hmmm... nak tak kalau aku lantik engkau jadipengiring utama aku?
Bulat mata Rubiah mendengar tawaran yang
jarang-jarang diberikan kepada orang luar terutamanya yang
bukan berdarah raja.
Engkau main-main ke... serius ni? soal Rubiah.
Aku serius. Aku rasa aku lebih selesa denganengkau berbanding sepupu-sepupu yang baru aku kenal tu.
Aku setuju! jerit Rubiah dengan gembira.
Melonjak-lonjak dia kegembiraan.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
14/146
Kasih Pun Bersatu
14
Ayrin turut menjerit bersama dengan Rubiah, ibarat
pasukan sorak yang baharu menyelesaikan rutin mereka.
Tapi... Tiba-tiba kegembiraan Rubiah terhenti. Dia
baru terjaga daripada mimpi yang indah.
Bagaimana dengan keluarga aku? Aku tak sanggup
nak tinggalkan mereka. Wajah Rubiah muram. Antara
tawaran Ayrin dengan keluarganya, kalau boleh dia tidak
mahu kehilangan kedua-duanya. Betapa tamaknya dia!
Ayrin tersenyum. Lantas dia menggenggam jari-
jemari Rubiah yang tembam.
Aku buat tawaran ni bukan sebab aku pentingkan
diri sendiri semata-mata. Aku dah kirkan masak-masak
supaya kita sama-sama untung. Kontrak ayah engkau dengan
Petronas tamat tak lama lagi, kan? Apa kata kalau ayah
engkau terima tawaran Petrodhiya? Sebenarnya... ayah akudah setuju memandangkan mereka memang menghargai
kepakaran bidang kejuruteraan biokimia.
Rubiah tersenyum lebar. Kembang kempis
hidungnya menahan perasaan teruja.
Engkau memang layak jadi Puteri Dhiyapura.
Muda lagi dah pandai berunding. Aku setuju. Rubiah
menghulurkan tangannya. Dan tangannya itu disambut oleh
Ayrin dengan hati yang lapang.
Kita akan jadi sahabat sehingga ke akhir hayat!
Rubiah berjanji dengan semangat yang berkobar-kobar.
Ayrin hanya tersengih mendengar pujian itu.
Sebenarnya idea itu datang daripada buah kiran Sultan
Iskandar. Dia hanya melontarkan masalahnya supaya
diselesaikan dan Sultan Iskandar telah memberikan jawapan
itu. Lembu punya susu, sapi dapat nama. Semakin lebar
senyuman Ayrin.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
15/146
Izza Aripin
15
MAJLIS yang meriah itu tamat menjelang tengah malam.
Setelah kesemua tetamu mengundurkan diri, barulah Anne
naik ke biliknya. Keindahan cahaya bulan yang terang,
memasuki ruang biliknya melalui dinding kaca. Begitu
mempesonakan. Tidak jadi Anne hendak memetik suis lampu.
Cahaya terang rembulan yang keemasan itu sudah cukup
menerangi ruang kamar yang luas itu. Perlahan-lahan dia
mengatur langkah menghampiri dinding kaca.
Anne terpegun memandang taman istana yangberseri disimbah oleh cahaya rembulan. Buat seketika dia
terpaku di situ seperti yang pernah berlaku terhadapnya
tujuh belas tahun yang lalu. Keindahan ini masih seperti
dahulu tetapi malam itu keindahannya begitu ketara dan
bermakna. Tiada lagi keresahan yang melanda jiwanya
sewaktu menatap nikmat ciptaan Tuhan itu. Segala-galanya
sudah selamat.
Perlahan-lahan Tengku Iskandar merapatkan pintu
di belakangnya apabila menyedari yang Anne sedang asyik
melihat keindahan cahaya bulan. Dia tidak mahu
mengganggu ketenangan yang dinikmati oleh isterinya.
Dengan hati-hati dia menanggalkan jaket biru
diraja dan menyidainya di atas kerusi Queen Anne sebelummelangkah menghampiri Anne. Tengku Iskandar berdiri
betul-betul di belakang isterinya. Dia turut menumpang
keindahan yang ditatap oleh Anne.
Tiba-tiba Anne berpaling. Dia bertembung dengan
suaminya. Anne hampir terjatuh, namun Tengku Iskandar
segera memaut pinggangnya. Iskandar... maa!
Masih tak bosan melihat cahaya bulan saban
malam? tegur Tengku Iskandar sambil mengeratkan
pelukannya ke pinggang isterinya.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
16/146
Kasih Pun Bersatu
16
Malam ni cahayanya lain. Lebih cerah berbanding
malam-malam sebelumnya. Seolah-olah menggambarkan
harapan yang gemilang, sahut Anne. Oleh sebab jarak di
antara mereka terlalu rapat, Anne terpaksa mendongak
memandang suaminya.
Lama Tengku Iskandar membisu menatap wajah
isterinya berpandukan cahaya gemilang ratu malam.
Hingga membuatkan Anne rasa hairan. Kenapa?
Terima kasih sekali lagi kerana beri saya peluang
kedua menikmati kebahagiaan bersama awak dan Ayrin.
Dahi Anne dikucup mesra.
Sekali ni saja, tau. Lepas ni tak ada lagi. Anne
mengusik. Bibirnya tersenyum nakal.
Peluang ni takkan disia-siakan. Awak harus berikan
sepenuh kepercayaan kepada saya. Tengku Iskandar berjanji.
Iskandar... jangan berjanji kalau awak tak pasti
boleh tunaikannya.
Kali ni saya yakin akan dapat tunaikannya. Awak
masih sangsi?
Tengku Iskandar membalas renungan Anne. Dia
sudah nekad mahu mengotakan janjinya dan dia mahu Anne
tahu dan meyakininya.
Kita takkan tahu apa yang akan berlaku pada masa
depan. Sebab tu kita hanya mampu merancang dan
mengharapkan yang terbaik.
Tengku Iskandar tersenyum. Kesangsian Anne ada
benarnya. Mungkin hari ini dia boleh menabur janji yangbermacam-macam. Mana tahu keadaan berubah dan
memaksanya membuang janji-janji tersebut. Tetapi tidak
salah kalau berazam mahu mengotakan janji.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
17/146
Izza Aripin
17
Saya mahu berusaha buat yang terbaik, laaz
Tengku Iskandar dengan yakin.
Kita sama-sama usahakan yang terbaik, ujar
Anne. Dia berharap supaya segala-galanya menjadi seperti
yang diharapkan. Dia sudah puas hidup menderita.
Tengku Iskandar juga begitu.
Anne mahu mencipta kebahagiaan yang selama ini
gagal diperolehnya. Yang paling penting ialah kebahagiaan
Ayrin. Dia tidak mahu Ayrin berasa kekurangan lagi.
ZARUL termenung panjang di balkoni biliknya yang
berhadapan dengan padang rumput yang luas. Hingga ke
hari ini, walaupun dia sudah mencuba sedaya upaya, namun
bayangan Ayrin begitu kuat melekap di ikirannya. Dia tidak
boleh membiarkannya berterusan begitu. Dia harus lakukan
sesuatu.
Oleh itu, dia sudah mengambil keputusan. Esok dia
akan pulang ke Malaysia. Perkara itu tidak boleh
ditangguhkan lagi. Walaupun dia boleh belajar di Dhiyapurasebelum menduduki peperiksaan di Malaysia, berada begitu
hampir dengan Ayrin bukanlah kemahuannya. Dia perlu
segera beredar dari situ supaya jiwanya tenang. Ketenangan
amat berharga buatnya ketika ini, lebih daripada segala-
galanya.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
18/146
Kasih Pun Bersatu
18
Istana Agung,
Kota Dhiyapura
PEMERGIANZarul secara tiba-tiba
dan senyap-senyap membuatkan
Ayrin kecil hati. Sudah beberapa
hari dia tidak melihat Zarul di sekitar istana. Lantas dia
mengambil keputusan menemui pemuda itu di kamarnya.
Malang sekali apabila dayang istana memberitahu yang Zarul
sudah beberapa hari meninggalkan istana. Ayrin termenung di biliknya seorang diri
memikirkan apa sebenarnya yang telah berlaku. Puas dia
mencari jawapan yang mungkin tersembunyi di sebalik sikap
Zarul yang aneh terhadapnya. Namun, semakin lama
dikirkan, semakin berserabut jadinya. Akhirnya Ayrin
mengambil keputusan melupakan sahaja perkara itu.
Mungkin Zarul masih perlukan masa menyesuaikan diri.
Minggu hadapan dia akan memulakan
persekolahannya yang tergendala sejak beberapa bulan
bab 3
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
19/146
Izza Aripin
19
kebelakangan ini. Mujur ada Rubiah yang sudi menemaninya.
Tidaklah dia berasa canggung.Hmmm... satu lagi perubahan
yang terpaksa dilaluinya dan mungkin ini yang terakhir.
ANNE meneliti dokumen-dokumen yang berselerakan di atas
meja Tengku Iskandar. Dokumen perundangan itu begitu
membingungkannya. Maklumlah Anne tiada latar belakang
undang-undang yang berkaitan dengan perlembagaan. Dia
hanya pernah belajar secara umum mengenai undang-undang
buruh, akta kontrak, jual beli dan undang-undang hak
cipta. Jika berkaitan dengan perlembagaan, pengetahuannya
memang siar. Dia perlu menambahkan ilmu sekiranya dia
mahu membantu Tengku Iskandar dalam misinya menukarcorak pemerintahan kerajaan beraja itu.
Pintu kamar kerja ditolak dari luar. Anne
mengangkat kepala. Dia membalas senyuman yang
dilemparkan oleh suaminya.
Tengku Iskandar baru selesai bermesyuarat dengan
menteri-menteri kerajaan mengenai rancangan meganya itu.
Dia tidak mahu menunda perkara itu kerana bimbang ada
pihak yang menghalang. Maklumlah, saki-baki keluarga al-
Mansur yang berjaya melarikan diri ke luar negara pasti akan
kembali suatu hari nanti dan mungkin mereka mahu
membalas dendam.
Ada apa-apa yang saya boleh bantu bagi
meringankan beban awak? soal Anne. Dia membantusuaminya menanggalkan kot yang dipakainya. Kot hitam itu
kemudiannya disangkutkan pada sebatang penyangkut.
Apa yang awak cadang nak lakukan?
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
20/146
Kasih Pun Bersatu
20
Sebaliknya Tengku Iskandar yang menyoal pula. Dia
duduk di kerusinya yang dikosongkan oleh Anne sebentar
tadi.
Saya sendiri belum pasti. Lepas tengok dokumen-
dokumen atas meja awak... saya semakin bingung. Kalau saya
nak juga bantu awak, kenalah saya belajar semula. Anne
bersandar pada meja di sisi Tengku Iskandar.
Tengku Iskandar memusingkan sedikit kerusinya
supaya dia dapat berhadapan dengan isterinya.
Saya rasa tak perlu. Tengku Iskandar menatap
wajah isterinya. Satu idea timbul di benaknya. Apa kata
kalau awak gunakan bakat semula jadi awak dan juga
pengalaman awak dalam bidang kewartawanan bagi
merancang aktiviti penerangan kepada rakyat mengenai
rancangan saya?Awak boleh gunakan media untuk kempen,
promosi dan apa-apa aktiviti pendidikan yang berkaitan. Awak
akan membantu Dewan Komunikasi bagi semua aktiviti yang
saya jelaskan tadi. Bagaimana? Setuju?
Are you offering me a job, Your Highness? soal
Anne dengan nada gurauan.
Yes, my queen. Tapi sebelum tu...
Anne mengangkat kening memandang Tengku
Iskandar yang sengaja membiarkan ayatnya tergantung.
Tanpa menjawab, Tengku Iskandar menarik sebuah
laci di tengah-tengah mejanya. Sekeping sampul surat
kerajaan berwarna biru dikeluarkan. Sampul surat itu
diserahkan kepada Anne.
Apa ni? Surat pelantikan? Lawaknya. Anne sudah
mula tersenyum lucu sambil membuka sampul berkenaan.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
21/146
Izza Aripin
21
Sekeping brosur mengenai beberapa negara Eropah dan
Timur Tengah dikeluarkan.
Apa ni? Gagal meneka, Anne menyoal sambil
mengipas brosur-brosur di tangannya di hadapan Tengku
Iskandar.
Our honeymoon destinations.
Melopong mulut Anne mendengarnya. Tetapi
kemudian dia ketawa besar.
Kenapa? Tengku Iskandar berasa hairan dengan
reaksi Anne. Lucu sangatkah cadangannya itu? Sudah
berhari-hari dia merancang kejutan itu. Dia sangka Anne
akan melonjak gembira. Tetapi sebaliknya dia pula yang
ditertawakan.
Iskandar... at this age... honeymoon? Awak nak
orang gelakkan kita ke? Anne masih lagi tidak dapatmenahan kelucuan. Sakit perutnya cuba menahan ketawa.
Wajahnya sudah merah padam.
My dear... life begins at forty. Lagipun kita tak
nampak macam dah tua. Come. Tengku Iskandar menarik
tangan Anne menuju ke arah sebuah cermin besar di
belakang mereka. Cermin besar yang menjadi sebahagian
daripada dinding kamar itu membelakangi meja kerja Tengku
Iskandar.
Look at us. Tengku Iskandar memandang
pantulan imej yang dibalikkan oleh cermin. We still look
younger than our age. Anugerah Tuhan yang tak perlu disia-
siakan.
Anne merenung dirinya. Benar kata Tengku
Iskandar. Walaupun umur mereka sudah mencecah empat
puluhan, wajah mereka tidak menunjukkan begitu. Seolah-
olah mereka berusia dalam lingkungan tiga puluhan!
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
22/146
Kasih Pun Bersatu
22
Mungkin khasiat banyak memakan ulam-ulaman dan
meminum air masak yang diamalkan oleh Anne selama ini
membantunya kelihatan muda dan sihat. Anne memandang
imej Tengku Iskandar. Hmmm... lelaki memang lambat
nampak tua!
So... what do you say? Shall we go? Tengku
Iskandar menggenggam jari-jemari isterinya. Wajah Anne
ditatap.
Dalam keadaan begini? Maksud saya... keadaanbaru saja beransur tenang dan awak ada banyak perkara yang
perlu dilakukan demi kerajaan? Anne meluahkan
kebimbangannya. Selepas apa yang baharu dialaminya, dia
berasakan tidak adil pula hendak pergi berseronok begitu.
Anne... we need our time off together after what
we have gone through all these years. We need a break. Sayapasti inilah masanya yang paling sesuai kerana lepas ni saya
akan lebih sibuk dan mungkin tak ada masa melakukannya.
Anne menarik naas dalam-dalam. Memang dia
perlukan rehat setelah melalui pelbagai rintangan dan
dugaan. Cadangan suaminya itu memang tepat pada
masanya.
Berapa lama awak nak bercuti? Banyak tempat nak
pergi.
Saya bercadang mahu bercuti selama sebulan.
Tambah sepuluh hari umrah. Tahun depan insya-Allah saya
nak bawa kita sekeluarga menunaikan haji pula.
Anne memandang Tengku Iskandar dengan mata
yang tidak berkelip. Kembang hatinya mendengar pelawaansuaminya bagi mengerjakan umrah dan haji bersama. Dia
hampir menitiskan air mata. Selama ini dia tidak pernah
bermimpi ke tanah suci bersama suaminya.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
23/146
Izza Aripin
23
Terima kasih, Iskandar! Anne terus mendakap
tubuh suaminya. Terima kasih banyak-banyak.
Anne betul-betul terharu sehingga akhirnya
menitiskan air mata.
Ketika itu juga Ayrin menerjah masuk tanpa
mengetuk pintu seperti biasa. Langkah anak gadis itu
terhenti separuh jalan apabila terlihat uminya menangis
dalam dakapan ayahnya.
Ha... ni apa hal pulak ni? Gaduh lagi ke? Ay
penatlah kalau selalu macam ni! Tanpa menanti penjelasan,
Ayrin membuat telahan sendiri.
Tengku Iskandar menggeleng kepala memandang
Ayrin. Dah berapa kali ayahanda pesan... ketuk pintu
sebelum masuk.
Sementara itu Anne sudah pun mengeringkan sisa-sisa air matanya. Dia juga tidak setuju dengan sikap Ayrin
sebentar tadi.
Eh, he he... maa, ayah, umi. Ayrin tersengih,
menyembunyikan rasa serba salahnya.
Sekali lagi Ay buat, ayahanda akan denda Ay.
Ingat... jangan ulangi perbuatan tu. Tak sopan. Sekali lagiTengku Iskandar mengingatkan.
Okey, ayah.
Ada apa Ay cari ayahanda sampai main terjah saja
ni?
Ayrin melangkah perlahan-lahan menghampiri
meja kerja ayahandanya.Bee dan keluarganya baru tiba. Boleh tak Ay ke
rumah mereka? Nak tolong kemas-kemas barang ataupun
buat apa yang patut. Ayrin menyatakan hajatnya.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
24/146
Kasih Pun Bersatu
24
Ay boleh pergi. Tapi jangan balik lewat sangat.
Tengku Iskandar membenarkan.
Ayrin tersenyum lebar. Tanpa berkata apa-apa lagi,
dia berlari keluar sambil menjerit-jerit gembira.
Anne menggeleng kepala melihat telatah Ayrin yang
kadang-kadang terlebih kebudak-budakan.
Ay kesunyian. Dia perlukan teman. Mujur Rubiah
dan keluarganya terima tawaran saya. Tengku Iskandar
menoleh ke arah Anne.
Tak lama lagi dia akan kembali ke sekolah. Pasti
dia tak ada masa berasa sunyi, balas Anne dengan yakin. Dia
cukup masak dengan sikap anak gadisnya yang gemar
berpersatuan itu. Tambahan pula kali ini memang tiada apa-
apa halangan baginya menyertai mana-mana persatuan
ataupun aktiviti sukan memandangkan dia bebas ke manasahaja. Siapa nak jaga Ayrin sepanjang percutian kita?
Keluarga Tengku Zari ada. Lagipun Ay dah besar.
Dia tak perlukan penjaga sepenuh masa.
Anne menggigit bibir seketika. Payah pula rasanya
hendak meninggalkan Ayrin. Pasti janggal jika Ayrin tiada
lagi di sisinya.
Anne... Tengku Iskandar mendongakkan dagu
Anne dengan jari telunjuknya. Mata mereka bertentangan.
Awak dah tak perlu bimbangkan apa-apa lagi. Ayrin selamat
di sini. Tiada lagi ancaman. Awak tak perlu bimbang apa-apa.
Anne tersenyum. Entahlah. Susah saya nak
yakinkan diri saya yang segala-galanya dah berakhir. Mungkin
benar yang saya perlukan cuti ini bagi menenangkan kiran.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
25/146
Izza Aripin
25
Dar Al-Hannan,
Kota Dhiyapura
SEKOLAH Tinggi Dar al-Hannan
bukan seperti yang dibayangkan
oleh Ayrin. Malah lebih hebat
daripada Millenium Perdana. Lebih canggih, lebih lengkap
seperti mini universiti.
Seragamnya juga menarik; skirt labuh lipat dua di
hadapan dan rompi berwarna merah jambu lembut dengangarisan kotak berwarna merah manggis disertai kemeja
lengan panjang berwarna merah manggis. Manakala pakaian
pelajar lelaki pula ialah kemeja merah jambu, kot dan tali
leher merah manggis dan celana hitam.
Rubiah dan Ayrin ditempatkan di dalam kelas
tingkatan lima yang sama. Sukatan mata pelajaran tidak
banyak yang berbeza dengan sekolah lama mereka. Cuma di
sekolah ini, yang bermula sejak pukul lapan pagi dan
berakhir jam empat petang, lebih banyak latihan amali
bab 4
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
26/146
Kasih Pun Bersatu
26
daripada teori. Pelajar-pelajar lebih kerap menjalani latihan
di makmal dan di lapangan berbanding berada di dalam kelas
menghaal teori.
Di sekolah ini, identiti Ayrin memang bukan lagi
rahsia. Atas permintaan Ayrin, dia mahu dilayan seperti
pelajar lain. Dia tidak mahu layanan istimewa daripada
sesiapa. Di sekolah, dia Ayrin Zatasha, bukan Tengku Ayrin
Zatasha al-Muttaqi.
Pada hari pertama melaporkan diri, Ayrin danRubiah sudah mula menjadi perhatian ramai pelajar. Masing-
masing ingin mengenali dengan lebih rapat puteri mahkota
kerajaan Dhiyapura dan ingin mengetahui sejauh mana
kehebatannya dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum.
Sewaktu mengisi borang persatuan, Ayrin
menandakan hampir kesemua aktiviti memanah, lawanpedang, karate-do, silat, bola tampar, kadet tentera, kelab
catur, kelab otogra dan sudah tentu pasukan sorak.
Terbeliak mata Rubiah melihat pilihan yang
ditandakan oleh Ayrin. Engkau dah gila ke? Cukup ke masa
engkau? Tak penat ke?
Ayrin cuma tersengih, membariskan giginya yang
putih tersusun cantik. Bila lagi aku nak jadi gila, Bee. Inilah
masanya aku balas dendam. Aku dah tak ada perintah
berkurung lagi. Aku boleh balik bila-bila masa yang aku
suka.
Hi girls!
Tiba-tiba tubuh Ayrin dipeluk dari belakang.
Terkejut dia dibuatnya. Ayrin segera menoleh. Saudararapatnya, Shauna tersengih memandangnya. Tidak lama
selepas itu Jerey, abang kembar Shauna juga
menghampirinya.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
27/146
Izza Aripin
27
Shauna dan Jerey ialah anak kepada Tengku Farid
dan Molina. Mereka lebih awal sebulan mendatarkan diri di
sekolah itu. Jadi, mereka sudah mula menyesuaikan diri
dengan baik.
Uuu... fencing. Nice. Kita sepasukan nanti, kata
Shauna dengan gembira sewaktu terlihat pilihan Ayrin.
Bee... awak pilih apa? Shauna mengintai kertas di
tangan Rubiah. Archery, chess, journalist club...
interesting.
Ayrin memberikan isyarat kepala kepada Jerey,
tanda dia ingin tahu apakah pilihan Jerey.
Fencing and basketball, jawab Jerey sambil
bersandar pada meja.
Fencing juga? Aktiviti wajib korang ke tu? tanya
Rubiah kehairanan.
Yup! Ayrin, Shauna dan Jerey menjawab
serentak. Sebagai keturunan al-Muttaqi, mereka memang
diwajibkan belajar seni lawan pedang selain seni memanah
dan menunggang kuda.
Istana Agung,
Kota Dhiyapura
SEGALA persiapan bagi Anne dan Tengku Iskandar pergi
bercuti telah pun diuruskan. Esok mereka akan berangkatke destinasi pertama iaitu di Andalusia, Sepanyol. Terlebih
dahulu, sekumpulan pengawal keselamatan dan pengiring
bertolak lebih awal bagi memastikan kawalan keselamatan.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
28/146
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
29/146
Izza Aripin
29
Istana Perdana,
Kota Lama Dhiyapura
SETELAH menghantar sultan dan
permaisuri ke lapangan terbang,
Ayrin dibawa ke Istana Perdana
dan dia akan menetap di sana selama sebulan. Ayrin tidak
aham kenapa dia tidak boleh tinggal di Istana Agung
sendirian. Bukankah ramai orang di istana utama itu yang
boleh menjaganya?Sejak perhubungannya dengan Zarul menjadi
renggang tanpa sebab, Ayrin berasa tidak selesa berada dekat
dengan sesiapa ataupun perkara yang rapat dengan pemuda
itu. Dia jadi benci dan menyampah tanpa sebab. Ayrin harap
Zarul tidak akan pulang sepanjang dia menetap di Istana
Perdana. Dia tidak mahu berjumpa dengan jejaka itu.
bab 5
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
30/146
Kasih Pun Bersatu
30
Dar Al-Hannan,
Dhiyapura
RUBIAH tersenyum-senyum
tatkala memandang wajah Ayrin
pagi itu.
Berkerut wajah Ayrin melihat sikap Rubiah yang
tidak seperti selalunya. Entah apa pula alasannya kali ini,
kir Ayrin lalu meletakkan buku-buku kepunyaannya di atas
meja.Engkau sekarang tinggal di Istana Perdana, ya?
Hmmm... tak lama lagi di Malaysia cuti penggal. Ada harapan
engkau jumpa Zarul. Rubiah ketawa mengusik.
Wajah Ayrin serta-merta bungkam. Bee... jangan
kaitkan aku dengan Zarul lagi. Sekarang ni, dia... dia, aku...
aku.Marah nampak? Kenapa? Rubiah hairan.
Selalunya kalau sebut sahaja Zarul, mesti Ayrin akan teruja.
Entahlah. Dia buat aku macam tu... jadi
bab 6
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
31/146
Izza Aripin
31
menyampah pulak. Aku tak ingin jumpa dia lagi. Ayrin
mencapai beg sandang yang mengandungi pakaian sukan. Di
Dar al-Hannan, setiap hari sebelum kelas bermula, mereka
akan menjalani latihan jasmani lebih kurang sejam. Selepas
itu pelajar-pelajar diberikan masa setengah jam
membersihkan diri sebelum masuk ke dalam kelas.
AYRIN berlari-lari anak mengelilingi trek. Di belakangnya,
termengah-mengah Rubiah mengejar. Hari itu Cikgu Lin cuti
sakit. Jadi pelajar-pelajar diarah melakukan aktiviti senaman
sendiri.
Tanpa Ayrin mahupun Rubiah sedari, mereka
menjadi tumpuan beberapa orang pelajar yang sedangmemanaskan badan di tepi padang.
Za... tengok di sana tu. Tengku puteri dengan
pengiring dia yang sihat tu sedang menuju ke arah kita.
Addin menuding ke satu arah.
Zaran yang sedang berlari setempat segera
menoleh ke arah yang ditunjukkan.
Inilah peluang engkau nak berkenalan dengan
dia, giat Tarmizi, tersenyum penuh makna.
Zaran tersenyum nakal. Sejak Ayrin mendatar
masuk ke sekolah itu beberapa bulan yang lalu, dia masih
belum berpeluang memperkenalkan dirinya. Ada sahaja
halangan setiap kali dia cuba mendekati gadis itu. Tidak
pernah dia menemui Ayrin sendirian. Jika tidak ditemani oleh
dayang gede itu, Ayrin pasti dikerumuni oleh pelajar-pelajar
perempuan yang ingin menumpang populariti puteri
mahkota.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
32/146
Kasih Pun Bersatu
32
Peluang Zaran hendak mengenali Ayrin sudah
tiba. Dia memberi isyarat kepada Addin dan Tarmizi supaya
mencuri tumpuan Rubiah.
Sewaktu Ayrin berlari melintasi dirinya, dengan
segera Zaran mengekori. Manakala Addin dan Tarmizi terus
menghalang Rubiah yang tercungap-cungap di belakang.
Penat nampak? Rehatlah dulu. Tarmizi tersengih
ke arah Rubiah yang sudah terbongkok-bongkok mengambil
naas.
Tepilah... perintah Rubiah, tercungap-cungap.
Jika dia ingin turunkan berat badan, dia harus tegar berlari
bersama Ayrin. Dia harus tabah dan tidak boleh mengalah
begitu sahaja. Di sekolah itu, tidak ramai pelajar yang obes
sepertinya. Bilangan mereka boleh dihitung dengan jari.
Tak apa. Engkau rehat dulu. Tengku puteri tak kemana. Biar kami teman engkau berlari perlahan. Addin cuba
menahan gelak. Kalau dia buat dayang puteri marah, tidak
mustahil dia boleh dihukum.
Rubiah menatap wajah dua orang pelajar lelaki yang
sedang tersengih dan berdiri di hadapannya itu. Kemudian
dia memandang ke arah Ayrin yang masih berlari; masih
mengekalkan kelajuannya tadi. Di sebelahnya ada seorang
pelajar lelaki yang sedang bercakap-cakap dengannya. Rubiah
terangguk-angguk. Tahulah dia kini dua orang penyamun
tarbus di hadapannya ini ialah utusan seseorang; seseorang
yang sengaja mahu dia pergi jauh daripada Ayrin.
Kamu ni ada-ada saja. Rubiah mula mengorak
langkah, berlari perlahan-lahan. Addin dan Tarmizimengiringinya di kiri dan kanan.
Berilah peluang kepada kawan kami berkenalan
dengan tengku puteri. Dia bukannya berniat jahat, pinta
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
33/146
Izza Aripin
33
Tarmizi sambil sekali-sekala memandang kepada Rubiah yang
berwajah garang tiba-tiba.
Siapa kawan kamu tu? tanya Rubiah, berlagak
sebagai pengawal peribadi Ayrin.
TENGKU
puteri lari ke berjalan? Sengaja Zaran bertanyadengan sinis.
Ayrin menoleh ke sisinya.Aik? Di mana Rubiah?
Ayrin hairan. Dia menoleh sekilas ke belakang. Dilihatnya
Rubiah jauh di belakang sedang berhenti sambil berbual-bual
dengan dua orang pelajar lelaki. Amboi... hebatnya, gumam
Ayrin sambil menyembunyikan senyuman.
Boleh kita berlumba? Zaran mencuba lagi
mendapatkan respons daripada Ayrin yang nampaknya
bersikap sombong terhadapnya.
Buat apa? Saya tak minat acara padang, balas
Ayrin bersahaja. Dia bukannya berlagak sombong, cuma
hatinya masih bengkak mengenangkan Zarul.
Saja. Saya nak tengok hebat ataupun tidak PuteriMahkota Dhiyapura. Jumpa awak di garisan penamat. Zaran
terus memecut.
Melopong mulut Ayrin mendengar kata-kata pelajar
yang tidak dikenalinya itu. Disebabkan dia tidak suka dicabar
dan diperbodohkan, Ayrin terus mengejar Zaran.
Sungguhpun dia bukan seorang pelari pecut, dia akan cuba
menewaskan ataupun sekurang-kurangnya menyaingi pelajar
itu.
Zaran menoleh sekilas ke belakang. Ayrin sedang
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
34/146
Kasih Pun Bersatu
34
cuba mendekatkan jarak di antara mereka. Dia tersenyum
puas. Larian derasnya diperlahankan sedikit supaya Ayrin
boleh menyainginya.
Jumpa awak di garisan penamat! jerit Ayrin puas
hati kerana dapat menyaingi langkah laju pelajar itu. Seluruh
tenaga ditumpukan. Ayrin menambahkan kelajuan lariannya.
Dia berjaya mendahului pelajar lelaki itu.
Zaran sekadar tersenyum. Dia hanya mengekalkan
tahap kelajuan lariannya. Biar Ayrin rasa dia yang menang.Biar Ayrin puas hati dahulu. Beberapa meter dari garisan
penamat, Zaran mula memecut menunjukkan kehebatannya
sebagai pelari pecut sekolah yang telah banyak kali
menyandang gelaran juara. Beberapa saat sebelum Ayrin
melintasi garisan penamat, Zaran dengan pantas bak angin
memintasnya.
Ayrin terkejut bukan kepalang. Dia memandang
Zaran yang memecut laju ke hadapan tanpa berhenti. Ayrin
berlari perlahan sebelum berhenti seketika. Dia memandang
ke arah Zaran yang sudah jauh.
Lajunya dia lari, puji Rubiah lalu menghampiri
Ayrin yang sedang tercungap-cungap mengambil naas.
Engkau pergi mana tadi? Tak nampak pun? Wajah
Ayrin sudah merah padam. Tubuhnya berasa hangat. Degup
jantungnya masih pantas. Dia bergerak setempat supaya
tubuh badannya tidak terkejut.
Aku lepak tepi padang. Tak larat nak kejar engkau
lumba lari dengan budak tu, beritahu Rubiah. Setelah
mendapat tahu mengenai Zaran, dia terus tidak mahu kacaudaun.
Siapa budak tu? Selamba saja dia kenakan aku.
Ayrin memandang ke arah Zaran yang sedang berkumpul
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
35/146
Izza Aripin
35
kembali dengan Addin dan Tarmizi di hujung padang sebelah
sana.
Engkau tak kenal? Dia tak kenalkan diri dia pada
engkau? soal Rubiah dengan wajah hairan. Menurut kata
Tarmizi tadi, Zaran mahu berkenalan dengan Ayrin.
Tak. Dia cuma nak cabar aku lumba lari. Ayrin
memandang ke arah Rubiah. Engkau kenal dia? Tadi aku
nampak engkau berborak dengan dua orang kawan dia tu.
Hairan...! Rubiah membuat muka pelik; bibirnya
digigit, dahinya dikerutkan, sebelah keningnya diangkat,
lehernya ditelengkan. Kawan dia kata, dia nak berkenalan
dengan engkau.
Siapa dia, Bee? Ayrin malas hendak melanjutkan
persoalan itu. Dia perlu tahu siapa pelajar itu.
Nama dia Tengku Zaran Shah al-Mansur.
Al-Mansur? Bulat mata Ayrin memandang ke arah
Rubiah. Kemudian pandangannya beralih ke arah Zaran.
Kelihatan pelajar itu sedang melambai tangan ke arahnya.
Ayrin segera memusingkan tubuhnya membelakangi Zaran.
Kenapa Ay? Engkau nampak macam terkejut.
Macam baru nampak hantu? Rubiah kehairanan melihatreaksi Ayrin yang nampak ketakutan.
Dia al-Mansur. Engkau tak ingat ke, Bee? Al-
Mansur! Bersungguh-sungguh Ayrin menyebut nama
keluarga yang pernah berseteru dengan keluarganya.
Ya, aku tau. Tapi kenapa? Bukankah ayahanda
engkau dah ampunkan mereka. Lagipun aku rasa tak semua
ahli keluarga al-Mansur tu jahat. Rubiah menyatakan
pendapatnya.
Entahlah. Aku obia bila dengar nama al-Mansur.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
36/146
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
37/146
Izza Aripin
37
Dar Al-Hannan,
Dhiyapura
AYRIN resah. Dia memandang
ke kiri dan ke kanan, mencari
pelajar yang sudi berpasangan
dengannya di makmal itu. Rubiah tidak hadir ke sekolah
kerana dijangkiti oleh cacar air. Seminggu dia tidak akan ke
sekolah. Ayrin benar-benar rasa janggal tanpa Rubiah.
Boleh saya jadi pasangan makmal awak?Dengan pantas Ayrin menoleh ke sisinya.
Zaran baru sahaja duduk. Dia tersenyum ke arah
Ayrin yang nyata terkejut dengan kehadirannya.
Sejak bila awak masuk kelas ni? tanya Ayrin,
hairan. Sejak berada di kelas itu, tidak pernah dia terlihat
Zaran.Saya minta cikgu tukarkan kelas saya. Selamba
jawapan Zaran.
bab 7
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
38/146
Kasih Pun Bersatu
38
Berkerut dahi Ayrin mendengar jawapan itu.
Boleh main suka-suka minta tukar kelas? Diabertanya lagi kerana tidak puas hati dengan jawapan Zaran
yang tidak munasabah.
Saya ada sebab yang munasabah. Zaran menatap
wajah Ayrin. Hari itu Ayrin bertocang dua dan wajahnya
tampak comel dan kemas.
Sebab apa?
Sebab saya nak berkenalan dengan awak.
Belum sempat Ayrin hendak menyoal lagi, Cikgu
Tasnim, guru yang mengajar subjek biologi masuk ke dalam
makmal.
Pembelajaran pada hari itu ialah berkenaan dengan
sistem vaskular di dalam tumbuhan. Gerak kerja makmal
yang mereka harus lakukan ialah membuat keratan rentas ke
atas akar dan batang dikotiledon bagi mengenal pasti sistem
vaskular. Gerak kerja ini dilakukan secara berpasangan. Di
atas meja masing-masing sudah ada akar dan batang yang
akan dibedah siasat oleh para pelajar.
Semalam mereka telah mendengar penjelasan
Cikgu Tasnim mengenai perkara ini. Kali ini mereka akanmelakukan aktiviti tersebut supaya lebih memahami
pelajaran yang telah disampaikan.
Pada mulanya Ayrin memang kekok berpasangan
dengan Zaran. Dia tidak dapat mengusir tanggapan yang
bukan-bukan terhadap pelajar itu. Disebabkan dia berkiran
prejudis terhadap setiap anggota keluarga al-Mansur, Ayrin
memang tidak tahu bagaimana harus dia menunjukkan sikap
terhadap Zaran. Dia rasa serba salah, lebih-lebih lagi melihat
sikap Zaran yang bersahaja dan nampak ikhlas
membantunya membuat latihan amali berkenaan.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
39/146
Izza Aripin
39
Ayrin sebenarnya kurang aham pelajaran yang
disampaikan oleh Cikgu Tasnim semalam. Fikirannya yang
selama ini diganggu oleh kemungkinan Zarul akan pulang
bercuti di Istana Perdana telah membuatkan dia hilang
tumpuan. Akibat perkara tersebut, dia mengalami kesukaran
membuat latihan amali pada hari itu.
Namun kebimbangannya surut apabila Zaran
menjelaskan kepadanya satu per satu inti pati pelajaran hari
itu dengan diselangi oleh latihan amali. Perasaan prejudis yang membayangi Ayrin terhadap Zaran semakin susut.
Sebaliknya dia berasa kagum dengan kebolehan pelajar itu
yang berupaya memudahkan perkara yang payah.
Terima kasih sebab sudi ajar saya, ucap Ayrin
sewaktu kelas berakhir. Dia mengemaskan buku dan alat tulis
miliknya sebelum pergi ke kelas seterusnya.
Tak ada masalah. Tak baik kedekut ilmu. Zaran
tersenyum. Dia mengiringi Ayrin keluar dari makmal biologi.
Mana dayang gede awak? Selalu ke mana saja awak
pergi, dia pasti ada.
Ayrin tersenyum mendengar nama jolokan yang
Zaran berikan kepada Rubiah. Kedengaran lucu pula.
Dia kena chicken pox.MC seminggu.
Senyuman Zaran semakin lebar. Peluangnya
berdampingan dengan Ayrin semakin terbuka luas. Seminit
kemudian senyumannya mati apabila terlihat sekumpulan
pelajar yang tidak disukainya sedang berlenggang menuju ke
arah mereka.
Jumpa awak lagi. Zaran terus menghilangkan
diri di celah-celah pelajar yang sedang berasak-asak mahu ke
kelas masing-masing.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
40/146
Kasih Pun Bersatu
40
Ayrin tergamam dengan tindakan pelajar itu.
Ay... kami dengar Bee sakit. Kesian awak terpaksasendirian. Biar kami temankan awak. Haia segera berjalan
menyaingi Ayrin.
Eh... tadi kami nampak awak bersama Za. Sejak
bila awak berkawan dengan dia? Humaira, kembar Haia
pantas menyoal.
Nada suaranya mencurigakan Ayrin. Seolah-olah
ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik nada suara itu.
Saya satu kelas biologi dengan dia. Kenapa? Awak
macam terkejut saja tengok saya dengan dia. Ayrin berniat
mahu mencungkil rahsia.
Sejak bila Za ambil subjek biologi? Sanya
melemparkan soalan yang membuatkan Ayrin semakin ingin
tahu mengenai pelajar lelaki itu.
Peliklah...! Haia memandang Humaira. Mereka
seolah-olah berkomunikasi tanpa lisan.
Ayrin semakin rimas. Dia tidak mahu terus
terperangkap dalam kebingungan. Kenapa dengan kamu
semua ni? Pelik ke kalau Zaran buat begitu?
Awak tak kenal Za?
Jawapan yang dipinta, dibalas pula dengan soalan.
Ayrin memandang Humaira. Kenal macam tu saja.
Kenapa? Apa yang kamu semua rahsiakan daripada saya?
Ketiga-tiga orang pelajar itu tersenyum penuh
makna. Macam mengejek pun ada juga. Semakin berkerutlah
dahi Ayrin memikirkannya. Ketika itu juga dia berdoa mogaRubiah cepat-cepat sembuh. Berada dalam kalangan mereka
ini membuatkan dia rimas dan lemas. Sejak kejadian yang
menimpanya tahun lalu, Ayrin sudah tidak betah berkawan
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
41/146
Izza Aripin
41
dengan pelajar-pelajar yang seumpama klon kepada Fauzana,
Kameli dan Sharini. Ketiga-tiga gadis yang dimaksudkannya
itu ialah ratu di sekolah lamanya di Millenium Perdana.
Mereka juga ahli pasukan sorak. Sharini yang menjadi
kaptennya. Ketika berkawan dengan tiga orang gadis popular
yang tergolong berada itulah sikap Ayrin mula menyimpang.
Dia belajar menipu uminya semata-mata ingin mengecap
keseronokan di luar rumah. Namun Ayrin masih boleh
mengawal kelakuan daripada terus terjebak. Dia sempat sedardiri dan mengubah langkahnya yang hampir sumbang.
Kini, dia lebih suka berkawan dengan Rubiah sahaja
ataupun mana-mana pelajar yang sederhana sikapnya.
Humaira, Haia dan Sanya juga ibarat ratu di
sekolah itu. Mereka sangat popular dan dikenali oleh setiap
pelajar. Ada yang benci kepada mereka, tetapi ada juga yang
menyanjung tinggi. Bagi Ayrin, dia datang ke sekolah itu
mahu menimba ilmu. Jadi dia tidak mahu mencari musuh.
Dia akan berkawan dengan sesiapa sahaja yang sudi berkawan
dengannya. Cuma kadang-kadang dia sendiri berasa rimas
kerana tidak boleh memilih. Sebagai tengku puteri, dia mesti
mempamerkan sikap dan budi pekerti yang baik serta adil
saksama.Kalau awak nak tahu, Za tu suka mempermainkan
orang. Nampak aje macam baik, sebenarnya ada udang di
sebalik batu. Kalau dia mahukan sesuatu, dia akan buat baik.
Lepas dia dapat apa yang dia mahu, dia takkan pedulikan
orang tu lagi. Ketakutan Ayrin terhadap keluarga al-Mansur
seolah-olah dibenarkan dengan kenyataan Haia.
Awak jangan percaya pada dia. Jangan beritahu dia
apa-apa. Nanti dia akan gunakan maklumat tu bagi
memalukan awak. Kata-kata Humaira semakin menakutkan
Ayrin.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
42/146
Kasih Pun Bersatu
42
Hati-hati, Ay. Kami rasa dia ada niat tak baik
terhadap awak. Sanya memberikan amaran.
Ayrin semakin gementar. Pada siapa dia ingin
mengadu hal? Kalau dahulu ada Zarul...!
Lagi-lagi Zarul! Ayrin membentak di dalam hati.
Tidak bolehkah dia berhenti daripada memikirkan jejaka
sombong itu?
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
43/146
Izza Aripin
43
Dar Al-Hannan,
Kota Dhiyapura
ZAFFRAN menggenggam buku
lima. Kalaulah Haia, Humaira
dan Sanya itu pelajar lelaki, pasti
sudah bengkak muka mereka berbekas dengan penumbuknya.
Mereka telah memburuk-burukkan nama baiknya di hadapan
Ayrin. Zaran tidak tahu apa yang telah diberitahu oleh
ketiga-tiga orang pelajar perempuan itu hingga membuatkanAyrin menjauhkan diri daripadanya.
Dia mesti melakukan sesuatu bagi mengembalikan
kepercayaan gadis itu terhadapnya. Tetapi sebelum itu dia
mahu membalas dendam terhadap ketiga-tiga gadis yang
telah mencemarkan reputasinya di mata Ayrin.
Engkau nak kami buat apa pada mereka bertiga
tu? Addin mengepal penumbuk kanan dan melaga-
lagakannya dengan tapak tangan kiri. Sakit hatinya
mendengar cerita Zaran berkenaan Haia, Humaira dan
bab 8
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
44/146
Kasih Pun Bersatu
44
Sanya. Dia bukannya bersikap cubit paha kiri, paha kanan
terasa. Humaira pernah mengkhianatinya dahulu. Maka sebab
itu dia mempunyai sebab tersendiri membenci gadis itu dan
kedua-dua sekutunya yang selalu bersubahat.
Zaran berkir seketika. Kemudian matanya
bersinar-sinar memandang Tarmizi dan Addin. Itu tandanya
dia sudah mendapat idea bagaimana hendak membalas
dendam.
Lepas senaman pagi esok, engkau cari jalan supayaboleh kurung mereka dalam bilik persalinan. Sebelum tu
engkau pergi cari katak, tikus, lipas, cicak dan cacing banyak-
banyak letak dalam almari mereka. Aku tak peduli bagaimana
engkau nak lakukan. Nak upah orang ataupun buat sendiri.
Biar padan dengan muka mereka! Zaran meninggalkan
Tarmizi dan Addin bagi melaksanakan misi terbaharu mereka,
sementara dia turut mempunyai misinya yang tersendiri.
AYRIN termenung memandang longgokan buku rujukan
Sejarah Dhiyapura yang berkulit tebal di hadapannya.
Kesemua buku itu perlu dibaca dan diahami kerana dia sudah
jauh ketinggalan dalam subjek yang amat baharu buatnya itu.
Ayrin melepaskan keluhan berat. Dia diberikan masa sebulan
membaca kesemua buku tersebut. Selepas itu, keahamannya
akan diuji sebelum dia diletakkan di dalam kelasnya bersama
teman-teman yang lain. Tidak seperti Rubiah yang terus sahaja
diserap masuk ke dalam kelas, Ayrin mempunyai jadualnya
sendiri seperti yang telah ditetapkan oleh pihak istana.
Berbeza dengan pelajar-pelajar lain di sekolah itu,
Ayrin dikehendaki mempelajari semua subjek, baik teras
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
45/146
Izza Aripin
45
mahupun elekti. Sultan Iskandar ada membuat tawaran
kepadanya supaya belajar sahaja di istana bersama dengan
tutor peribadi. Idea itu membayangkan sesuatu yang
membosankan, lalu Ayrin mengambil keputusan menghadiri
sekolah seperti biasa. Sekarang baru dia tahu betapa susahnya
hendak menyesuaikan diri dengan jadual yang padat. Dia
memang memerlukan seorang tutor peribadi!
Zaran tersenyum lucu melihat Ayrin menongkat
dagu di atas meja sambil menatap buku-buku sejarah dengan wajah bosan. Inilah peluang keemasan yang ditunggu-
tunggunya sejak beberapa hari yang lalu; sejak Ayrin
menjauhkan diri daripadanya. Keadaan perpustakaan yang
agak lengang tambahan pula Ayrin duduk di sudut yang
tersorok akan memudahkan usahanya.
Awak berhajat nak mencipta rekod sekolah dengan
membaca kesemua buku sejarah ni dalam masa sehari?
Ayrin mendongak. Zaran tersenyum ke arahnya.
Namun senyuman Zaran disambut dengan renungan dingin
Ayrin. Di wajah gadis itu langsung tiada garis kemesraan.
Yang terpamer hanyalah sinar mata yang dipenuhi curiga.
Zaran perlu segera melakukan sesuatu untuk
mengubah reaksi negati itu.
Perlukan bantuan? Wajah awak nampak macam
sedang memikirkan sesuatu yang berat. Zaran menarik
kerusi di hadapan Ayrin. Dia membelek beberapa judul buku
yang berselerak di hadapan Ayrin.
Sejarah... hmmm... subjek yang menarik tapi
hanya kepada sesiapa yang menghargai kehidupan dantamadun manusia. Tanpa sejarah, siapalah kita. Tak tahu asal
usul, tak tahu hak, tak tahu di mana bumi dipijak, langit
mana nak dijunjung. Semuanya tak tahu. Rugi.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
46/146
Kasih Pun Bersatu
46
Ayrin memandang Zaran. Kata-kata pelajar itu
menarik perhatiannya. Setelah beberapa jam menatap buku,
dia rasa segar tiba-tiba. Namun akibat perasaan prejudis,
Ayrin jadi serba salah. Kata-kata Haia, Humaira dan Sanya
masih berlegar-lagar di kepalanya. Dia jadi takut tanpa sebab.
Kali ini Ayrin begitu berhati-hati. Mungkin kerana statusnya.
Mungkin kerana dia bukan Ayrin yang dahulu yang suka
main-main dengan bahaya. Mungkin kerana pengalaman lalu
banyak mengajarnya supaya jadi lebih serius danbertanggungjawab.
Senyuman masih tidak lekang dari bibir Zaran.
Wajah gadis yang masih belum berubah air muka itu
menunjukkan yang usahanya masih belum mencukupi.
Ayrin.... Zaran merenung wajah pelajar itu.
Ayrin tergamam. Pertama kali dia mendengarZaran menyebut namanya. Nada itu mengingatkan dirinya
pada seseorang; seseorang yang sudah lama pergi daripada
hidupnya. Kenapalah dia tidak henti-henti memikirkan
Zarul? Benci betul!
Saya minta maa kalau kehadiran saya mengganggu
awak. Awak nampaknya tak selesa dengan kehadiran saya.
Yalah, mungkin disebabkan sejarah keluarga kita yang takbegitu indah. Saya aham jika awak prejudis terhadap saya.
Zaran terus berdiri, niatnya hendak pergi dari situ.
Tengku Zaran....
Langkah yang baru dibuka, terhenti. Perlahan-
lahan Zaran berpaling memandang Ayrin yang nampak
teragak-agak. Apakah helahnya telah berjaya?Ayrin rasa tidak sedap hati. Setakat ini Zaran tidak
melakukan apa-apa kesalahan terhadapnya. Dia hanya
mendengar cerita daripada mulut orang mengenai reputasi
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
47/146
Izza Aripin
47
pelajar itu. Dia tahu dia tidak boleh mempercayai bulat-bulat
cerita itu tanpa usul periksa. Jika dia mahu tahu
kebenarannya, dia harus tanya sendiri kepada si empunya
diri.
Usah bertengku dengan saya. Panggil saja Za.
Zaran masih berdiri, menanti kata-kata yang mungkin
menjanjikan harapan.
Za? Ayrin menyebut nama itu dengan agak
janggal. Dia masih cuba mengusir perasaan prejudis yangcuba mengacah tumpuannya. Awak tak salah apa-apa pada
saya. Hanya saya yang berprasangka pada awak. Maa, saya
gagal mengusir perasaan negati daripada mempengaruhi
pertimbangan saya.
Zaran tersenyum lagi.
Ayrin mula rasa terganggu sebagaimana diaterganggu tatkala Zarul sudah pandai senyum kepadanya
dahulu. Lantas Ayrin tunduk kembali, pura-pura menyelak
halaman buku yang sudah bosan ditatapnya. Zarul... pergi
engkau daripada kepala aku...! Ayrin menjerit di dalam hati.
Saya tak tahu apa yang mereka kata mengenai
saya. Mungkin benar, mungkin tidak.
Ayrin mengangkat kepala memandang Zaran. Dia
tertarik dengan kenyataan itu.
Mungkin benar saya suka mempermainkan orang.
Tapi kena tengoklah orang yang bagaimana. Anggapan yang
mengatakan saya suka ambil kesempatan memang tak tepat.
Kalau Haia yang kata, lagi tak tepat.
Kenapa? tanya Ayrin kepada jejaka segak dan
tampan itu. Baru Ayrin perasan yang rambut Zaran panjang
melepasi paras kolar. Kalau di sekolah lamanya dahulu, tentu
pengetua sudah kerat rambut pelajar itu. Macam lanun, tetapi
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
48/146
Kasih Pun Bersatu
48
kacak. Ayrin menyembunyikan senyum. Fikirannya begitu
nakal.
Dulu... saya pernah berkawan dengan Haia. Tapi
saya putuskan hubungan sebab tak tahan dengan sikap dia
yang... Zaran tersenyum mengejek. Awak tahu-tahu
sendirilah.
Ayrin membalas senyuman pelajar itu. Faham benar
dia dengan maksud Zaran. Haia jenis gadis yang gedik dan
suka menunjuk-nunjuk serta mencerca pelajar lain yangtidak setanding dengan kedudukannya.
Zaran menarik naas lega melihat senyuman itu.
Tandanya Ayrin sudah boleh menerima kata-katanya.
Awak ada masalah dengan subjek Sejarah? Zaran
mengungkit kembali persoalan pertama yang dibangkitkannya
tadi. Ayrin melepaskan keluhan berat. Saya tak boleh
nak hadam kesemua akta-akta ni dalam masa yang singkat.
Dia mula memberikan ruang kepada dirinya
mengenali Zaran dengan harapan prejudis yang timbul
selama ini tidak benar.
Saya pun sebenarnya tak cekap sangat subjek ni.Apa kata kalau kita bincang sama-sama? Mungkin kita akan
lebih ingat dan aham. Zaran memberikan cadangan
dengan harapan dapat memancing perhatian Ayrin.
Ayrin berkir seketika. Mungkin inilah peluang
terbaik yang perlu dimanaatkan.
Baiklah. Hmmm... nak mula dari mana? Ayrin
menghulurkan sebuah buku kepada Zaran.
Mula dengan... Zaran menyelak helaian muka
surat seperti mencari sesuatu.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
49/146
Izza Aripin
49
Bab ni. Asal usul Dinasti al-Muttaqi dan al-Mansur.
Mengenai siapa mereka ni. Zaran menuding ke arah
salasilah diraja dengan jari telunjuknya. Di mana negara asal
mereka dan politik di sebalik kemunculan dua dinasti ni.
Ayrin mengangguk. Lantas dia membiarkan Zaran
membuat ulasan mengenai apa yang telah dibacanya sejak
beberapa hari yang lalu. Hmmm... kata tak cekap, tapi gaya
dia bercerita macam dah haal. Ayrin menyimpan persoalan
itu untuk diajukan pada waktu yang sesuai.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
50/146
Kasih Pun Bersatu
50
Dar Al-Hannan,
Kota Dhiyapura
SEMINGGU Rubiah tinggalkan
Ayrin tanpa teman akrab di
sekolah itu, dia benar-benar
terkejut dengan perubahan yang berlaku. Sesuatu yang tidak
dijangkakan sama sekali Zaran dan Ayrin semakin akrab.
Wah... sejak bila berpasangan dengan Za ni?
Bukan main mesra lagi. Engkau dah lupakan Zarul? tebakRubiah.
Keceriaan di wajah Ayrin padam sebaik sahaja
terdengar nama Zarul disebut.
Rubiah tersenyum nakal.
Dah dapat Za, Zarul engkau lupakan? Semakin
galak Rubiah mengusik.Ayrin mengeluh bengang. Bee... Zarul dah tak ada.
Jangan engkau sebut lagi nama dia depan aku. Aku dengan
Za sekadar kawan. Dia banyak tolong aku masa engkau tak
bab 9
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
51/146
Izza Aripin
51
ada. Aku dah jadi macam kera sumbang tau, masa engkau
cuti sakit. Mujur dia ada.
Engkau tak kisah ke dia tu al-Mansur? Rubiah
cuba menduga.
Al-Mansur ke, al-Muttaqi ke, semuanya manusia
biasa. Apa ada pada nama dan pangkat? Ayrin menggalas
begnya. Dia perlu bergegas ke dewan latihan pedang.
Rubiah yang tidak menyertai kelab itu hanya
tersenyum lebar. Nampaknya Ayrin sudah semakin matang
dan bersikap terbuka. Dia bukan lagi Ayrin Zatasha yang
dahulu.
Di kelas latihan pedang, Zaran menjadi pasangan
Ayrin untuk berlatih. Memandangkan Ayrin masih baharu,
dia masih belum bersedia ke peringkat yang setara dengan
usianya.Zaran yang lebih handal dan berpengalaman telah
diarahkan oleh Kapten Aan supaya melatih Ayrin mengenai
teknik-teknik awal lawan pedang.
Shauna dan Jerey sudah pun naik ke kelas yang
seterusnya kerana di sekolah lama dahulu mereka telah
didedahkan dengan acara itu.
Selepas latihan tamat hari itu, Zaran dan Ayrin
duduk bersantai di kantin bersama ahli pasukan pedang yang
lain.
Ay... saya dengar awak hebat memanah. Jerey
menegur.
Dulu.... Sekarang saya dah lama tak pegang busar.
Mesti kekok. Lagipun kali ni saya nak tumpukan pada acara
pedang.
Patutlah awak tarik diri daripada kelab memanah.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
52/146
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
53/146
Izza Aripin
53
Serta-merta wajah Ayrin ceria. Terbit satu idea di
benaknya. Apa kata kalau kita mulakan sekarang. Saya dah
lama nak balik ke sana berjalan kaki. Pemandangan dari sini
ke istana, cantik sangat. Saya selalu bayangkan yang saya
dapat berjalan sambil menikmati pemandangan indah tu.
Boleh.... Jom! Zaran teruja. Bak orang
mengantuk disorongkan bantal pula. Tapi pengawal peribadi
dan pemandu awak tu macam mana?
Kedua-dua orang remaja itu menoleh ke arahsebuah kereta dan dua biji motosikal berkuasa besar yang
baru sahaja berderum masuk ke kawasan sekolah.
Saya akan hantar pemandu saya pulang. Rider tu
boleh ikut kita dari belakang. Ayuh!
Setelah mendapat kebenaran daripada Tengku Zari
yang dipinta menerusi teleon bimbit, Ayrin dan Zaranberjalan kaki menuju ke Istana Perdana yang hanya terletak
lima kilometer dari Dar al-Hannan.
Pemandangan di sepanjang perjalanan dimulai
dengan beberapa deretan bangunan dan blok pejabat.
Kemudian pemandangan bertukar menjadi hijau. Mereka
melalui hutan kecil yang berakhir dengan padang yang seluas
mata memandang. Padang ragut itu dikhaskan bagi
penternakan lembu daging bergred tinggi.
Sepanjang perjalanan itu, Zaran dan Ayrin
berbual-bual mengenai pelbagai perkara.
Sebelum tiba di kawasan Istana Perdana, mereka
melintasi jerumun yang menghala ke laut. Di situ mereka
berehat melepaskan penat.
Awak nak balik nanti macam mana? Barulah Ayrin
sedar yang Zaran telah meninggalkan motosikalnya di
sekolah tadi.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
54/146
Kasih Pun Bersatu
54
Tak mengapa. Saya akan teleon pemandu suruh
datang jemput di sini. Rasanya di sinilah jejak saya berakhir.
Di depan tu dah masuk sempadan kawasan istana. Kawasan
larangan.
Boleh saya tanya awak sesuatu? Ayrin meminta
izin. Sudah lama dipendamnya persoalan itu.
Tanyalah apa saja. Saya janji takkan menipu.
Zaran tersenyum nakal.
Awak memang selalu tipu saya. Kata tak pandai
Sejarah, rupa-rupanya awak pelajar terbaik subjek tu.
Penipu! Ayrin menumbuk bahu Zaran dengan geram. Dia
baru tahu mengenai perkara itu melalui Rubiah.
Zaran cuma tergelak.
Kalau saya tak buat macam tu, saya takkan dapat
peluang mendekati awak. Awak sombong sangat. GelakZaran semakin kuat apabila melihat wajah Ayrin yang marah
mendengar ayat yang terakhir itu.
Itu ke yang awak nak tanya? Sudah puas gelak,
Zaran menyoal.
Bukan. Hmmm... saya nak tau kenapa keluarga
awak membelakangi Tengku Khalid? Takut-takut Ayrinhendak bertanya. Namun perasaan ingin tahu melebihi
segala-galanya. Dia mahu tahu kenapa keluarga Zaran
memilih supaya tidak bersubahat.
Zaran menarik naas dalam-dalam. Wajahnya
kembali serius. Ayah saya tak suka cara Ayahanda Tengku
Khalid. Bagi ayah, tampuk pemerintahan berpindah kepada
keluarga al-Muttaqi memang sudah ditakdirkan. Ketika itu
keluarga al-Mansur memang tiada pewaris takhta yang
layak.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
55/146
Izza Aripin
55
Ayrin berasa lega mendengarnya. Benarlah bahawa
tidak semua ahli keluarga al-Mansur berniat jahat terhadap
keluarga al-Muttaqi.
Sudahlah. Saya tak gemar bercakap mengenai
perkara ni. Zaran bingkas bangun. Dia menghulurkan
tangan kepada Ayrin.
Hari Isnin kita jumpa lagi, ucapnya sewaktu
menghantar Ayrin hingga ke pintu pagar utama Istana
Perdana.
Ayrin melambai ke arah kereta yang dinaiki oleh
Zaran. Dengan senyuman yang masih melekat di bibir, dia
berjalan masuk ke pekarangan istana. Sebuah bugi berenjin
menjemput Ayrin. Perjalanan ke pintu masuk istana masih
jauh ke dalam. Dari pagar utama, bangunan istana memang
tidak kelihatan kerana dilindungi oleh pokok.
Istana Perdana,
Kota Lama Dhiyapura
SENYUMAN masih menghiasi wajah Ayrin tatkala dia turun
dari bugi dan berjalan masuk ke dalam istana. Pertemuannya
dengan Zaran di jerumun yang terletak di kawasan luar
istana memang indah. Segala apa yang digambarkan oleh
Haia, Humaira dan Sanya mengenai Zaran meleset sama
sekali. Setelah diselidiki, rupa-rupanya selama ini ketiga-tiga
orang pelajar itu memang sengaja ingin mencemarkan namabaik Zaran. Puncanya tidak lain tidak bukan ialah untuk
membalas dendam.
Lambat balik, tuan puteri? Hari dah rembang.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
56/146
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
57/146
Izza Aripin
57
bagaimana hendak menguruskan masalahnya itu. Apa yang
dia pasti, dia tidak berdaya hendak berhadapan dengan
pemuda itu lagi. Perasaan apakah yang menghantui dirinya
ketika itu? Ayrin jadi keliru.
LAMBAT-LAMBAT kakinya melangkah menuju ke ruang
santapan. Jika diikut rasa hati, dia tidak mahu turun. Tetapidia khuatir tindakannya itu mendatangkan persoalan kepada
Tengku Teh dan Tengku Zari. Sebelum ini dia tidak pernah
tidak makan malam bersama mereka. Ketika dia tiba, Tengku
Teh, Tengku Zari dan Zarul sudah pun duduk di tempat
masing-masing sambil berbual-bual mesra.
Maa sebab lambat. Ayrin memohon maa lalududuk di tempat biasanya. Di hadapannya, Zarul sedang
memerhati. Ayrin cuba mengawal perasaan gugup dengan
sebaik-baiknya. Tatkala itu dia berasakan wajahnya sudah
panas terbakar akibat renungan tajam Zarul.
Kenapa dia perlu buat begini? Kenapa pula aku rasa
gementar macam ni? Ayrin menggigit bibirnya. Masa
dirasakannya terlalu lambat berlalu. Tidak sabar dia mahupergi dari situ.
Minggu depan sultan dan permaisuri akan pulang.
Sempatlah anakanda berjumpa baginda. Tengku Zari
memberitahu. Berapa lama anakanda akan bercuti di sini?
Cuti dua minggu. Tapi mungkin anakanda akan
lama berada di sini. Zarul mencuri pandang ke arah Ayrin yang sejak tadi langsung tidak mengangkat muka
memandang ke arahnya. Ada perkara yang sultan mahu
bincangkan dengan anakanda.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
58/146
Kasih Pun Bersatu
58
Ketika itu Ayrin mengangkat kepala memandang
Zarul. Mata bertentangan mata. Ayrin pantas menundukkan
wajahnya kembali. Wajahnya panas lagi seperti dipanggang di
atas bara api. Degup jantungnya juga tidak normal. Kenapa?
Kenapa dia boleh berperasaan begini? Ayrin semakin keliru.
Ay... bagaimana dengan sekolah? Bonda dengar Ay
sudah mula berlatih lawan pedang.
Semua perhatian tertuju kepada Ayrin. Kali ini
Ayrin terus memandang wajah Tengku Teh tanpa sedikit punmenoleh ke arah Zarul.
Sekolah okey.Fencing pun okey juga. Ay dah naik
ke peringkat seterusnya. Ayrin harap perhatian yang
diberikan kepadanya terhenti hingga setakat itu sahaja.
Fencing? Zarul nampak terkejut.
Spontan Ayrin menoleh ke arahnya. Dan diamenyesal kerana berbuat demikian. Renungan mata Zarul
hampir mencairkan perasaannya. Gila betul perasaan ni...!
Ayrin semakin tidak selesa duduk.
Archery macam mana?
Nyata sekali soalan itu ditujukan kepadanya.
A... archery? Ayrin agak gugup ketika hendakmenjawab. Dah takjoin kelab tu lagi.
Dia segera tunduk menghadap makanan.
Lepas ni boleh kita lawan pedang. Zarul
melontarkan cabaran.
Ayrin tidak berani hendak angkat muka. Dia bukan
takut dengan cabaran itu. Dia cuma tidak mahu mengkhianatihatinya sendiri. Kalau sudah benci, kenapa harus berperasaan
seperti ini? Ayrin semakin tidak mengerti dengan perasaannya
sendiri.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
59/146
Izza Aripin
59
Makan malam itu satu penyeksaan bagi Ayrin. Tidak
pernah dia rasa terseksa seperti itu. Seolah-olah dia
diperangkap oleh jerat halimunan yang semakin menyesakkan
naasnya. Dadanya bagai hendak pecah menahan perasaan
yang hendak melonjak keluar. Ayrin pasti kesemua perasaan
aneh yang menghantui dirinya ketika itu berpunca daripada
Zarul.
Usai makan malam, tergesa-gesa Ayrin meminta
diri. Dia sudah tidak sanggup berlama-lamaan dengankehadiran Zarul di istana agam itu. Langkah yang diatur
menuju ke bilik, dibatalkan. Ayrin berpatah balik ke belakang
dan keluar dari istana. Dia mahu mengambil angin di pantai
bagi menenangkan perasaannya yang kepanasan.
MASIH seperti dulu. Bila keresahan engkau pasti ke sini.
Apalah yang istimewanya pantai ni?
Tubuh Ayrin jadi kaku. Dia enggan menoleh ke
belakang. Kenapa Zarul perlu ke situ juga di kala dia ingin
bersendirian menelaah perasaannya yang bercampur baur?
I missed you! Zarul berbisik lembut di sisinya.
Tekak Ayrin tiba-tiba berasa kering. Dia menggetap
bibir seketika. Kenapa Zarul suka sangat mengusiknya
begitu? Apakah Zarul tidak sedar yang tindakannya itu benar-
benar membuatkan perasaan Ayrin tambah bercelaru?
Kenapa kita jadi begini? Sudah jadi macam orang
asing...! Zarul terus berkata-kata tanpa menoleh ke sisinya
melihat reaksi gadis itu.
Engkau yang menjauhkan diri. Engkau yang
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
60/146
Kasih Pun Bersatu
60
jadikan kita begini. Akhirnya dapat jua Ayrin membalas. Dia
akan luahkan apa yang terpendam di lubuk hatinya selama
ini. Perasaan yang sudah lama terjeruk itu perlu diberikan
ketenangannya semula.
Aku cuba lupakan engkau, bisik Zarul ke
telinganya. Semakin aku cuba, semakin kuat ingatan ini
melekat terhadap engkau!
Kenapa mesti lupa? Ayrin menguatkan semangat.
Dia mahu tahu apa sebabnya Zarul menjauhi dirinya secaratiba-tiba.
Sebab... Kata-kata Zarul terhenti. Dengan
perlahan dia berdiri di hadapan Ayrin, merenung wajah gadis
itu bersungguh-sungguh. Wajah itu sangat dirindunya. Wajah
itu selalu membuatkan dia tidak tenang. Wajah itu selalu
menjadi peneman tidurnya.Sebab apa? Ayrin memberanikan diri melawan
renungan mata Zarul yang kelihatan asyik. Hampir lemah
seluruh anggota badannya menentang renungan yang
seakan-akan sengaja mahu menggodanya itu.
Kita tak mungkin boleh bersama. Buat apa cuba.
Hasilnya tetap sama. Lain di kirannya, lain yang terluah di
bibirnya.
Maksud engkau? Degup jantung Ayrin seakan-
akan terhenti.
Pertalian darah antara kita dekat. Aku tak mahu
pisang berbuah dua kali. Masa depan Dhiyapura sudah
terletak di atas bahuku. Aku tak boleh pentingkan diri sendiri
dan musnahkan segala-galanya.
Aku masih tak aham. Entah kenapa begitu payah
Ayrin hendak memahami baris kata-kata yang mengandungi
pelbagai maksud itu.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
61/146
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
62/146
Kasih Pun Bersatu
62
Universiti Princeton,
New Jersey, USA
Beberapa tahun kemudian....
AYRIN melangkah laju
meninggalkan pekarangan
Robertson Hall yang
menempatkan Woodrow Wilson School o Public and
International Aairs. Dia berlari-lari anak di tepi kolam
pancuran air di situ. Dia sudah lewat dua puluh minit.McCosh Courtyard menjadi destinasinya. Dataran hijau yang
menempatkan Jabatan Bahasa Inggeris dan berhampiran
dengan Dickinson Hall memang menjadi tempat pelajar-
pelajar bersantai sambil mengulang kaji dan berbual-bual.
Cuaca yang agak dingin dan redup itu membuatkan dataran
itu tempat yang sesuai bagi mengatur temu janji.
Namun sebaik tiba di McCosh Courtyard, wajahorang yang menunggu tidak kelihatan. Ayrin jadi resah. Dia
berpusing-pusing mencari.
bab 10
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
63/146
Izza Aripin
63
Princess! Laungan itu berkumandang.
Ayrin masih tercari-cari. Siapa pula yangmelaungkan perkataan itu sehingga menarik perhatian
beberapa orang pelajar berambut kuning yang sedang
bersantai di situ?
Akhirnya Ayrin berjaya menemui teman temu
janjinya itu. Rupa-rupanya dia sedang bersandar pada dinding
McCosh Arch sambil berpeluk tubuh memandang ke arah
Ayrin.
Maa. Lambat. Ada perbincangan dengan proesor
tadi. Termengah-mengah Ayrin menghampiri pemuda itu.
Dah lama tunggu?
Setengah jam. Aku cepat sepuluh minit, tapi
engkau lambat dua puluh minit. Zaran tersenyum
memandang Ayrin.Jarang mereka dapat bertemu. Selepas tamat
A-Level, Zaran terus ke Universiti Cambridge. Sementara
setahun selepas itu, Ayrin turut menyambung pengajian di
Universiti Princeton. Ayrin lambat menyambung
pengajiannya kerana dia memberikan pelbagai alasan untuk
tidak mahu ke Cambridge mencontohi jejak Zarul dan
Zaran. Apabila Sultan Iskandar bersetuju dengan
tuntutannya belajar di Princeton, barulah dia berangkat
pergi.
Kini Zaran berehat seketika sebelum pulang ke
Dhiyapura selepas tamat pengajian Master of Studies in
International Relations. Ayrin pula sedang berada pada tahun
akhir pengajian Master in Public Policy. Selama ini merekaselesa berhubungan melalui e-mel danwebcam sahaja.
Boleh kita keluar sekarang? tanya Zaran. Terlalu
banyak perkara yang ingin mereka bualkan.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
64/146
Kasih Pun Bersatu
64
Ke bilik aku dulu. Aku nak simpan buku dan salin
pakaian, pinta Ayrin lalu mengatur langkah menuju ke kolej
kediamannya.
Okey saja. Zaran menggenggam jari-jemari
Ayrin.
Berpimpin tangan, mereka menuju ke Dod Hall.
Sambil melepasi McCormick Hall dan muzium seni untuk ke
Dod Hall, mereka berbual-bual.
DAYANG gede mana? Sejak tadi aku tak nampak pun muka
dia? soal Zaran lalu duduk di atas katil di bilik Ayrin. Sejak
dia tiba di situ sebentar tadi, bayangan Rubiah langsung
tidak kelihatan. Dayang Gede... itulah nama jolokan yanglekat pada Rubiah sehingga kini. Walaupun Rubiah bukan
lagi seorang gadis gemuk dan montel, nama itu terus lekat.
Rubiah kini sudah langsing dan penampilannya amat berbeza
jika dibandingkan semasa zaman remajanya. Dia sepatutnya
digelar Dayang Cilik pula.
Dia dah keluar dengan Will. Teman lelaki dia tu,
balas Ayrin di sebalik pintu bilik air yang terbuka sedikit.
Dia serius ke dengan budak dari Wyoming tu?
Zaran bukannya suka sangat hendak tahu. Cuma dia
inginkan kepastian. Menurut cerita Ayrin dahulu, sekiranya
Rubiah memang serius hendak meneruskan hubungan
dengan Will Chester, dia mungkin tidak akan kembali ke
Dhiyapura.
Aku rasa serius.
Ayrin melangkah keluar dari bilik mandi sesudah
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
65/146
Izza Aripin
65
siap menukar pakaiannya. Dia kelihatan santai dan ringkas
dengan sepasang Dockers Khakis dan baju-T lengan panjang.
Rambutnya yang panjang melepasi paras bahu segera diikat
tocang kuda. Walaupun ringkas, wajah Ayrin tetap menarik
dan memukau. Wajahnya yang polos tanpa sepalit alat solek
itulah yang selalu menjadi igauan Zaran saban malam.
Kalau hubungan Bee dan Will dah serius
maknanya....
Biarlah. Aku lepaskan Bee pergi. Dia tak perlubayar semua kos pengajian dan elaun sara hidup di sini. Aku
dah beritahu ayahanda. Walaupun pada mulanya ayahanda
tak setuju sebab Bee dah buat perjanjian, tapi jodoh
pertemuan di tangan Tuhan. Takkan pasal perjanjian tu kita
nak pisahkan Bee dan Will. Merepek aje.
Sesiapa yang telah dilantik menjadi pengiringputeri mahkota perlu menandatangani perjanjian yang terikat
selama-lamanya. Sebagai pengiring, Rubiah tidak boleh ada
pilihan lain selain pilihan yang dibuat oleh puteri mahkota.
Kalau lihat sekali imbas, memang berat sebelah. Namun ada
untungnya. Selain mendapat elaun yang banyak, Rubiah
dengan mudah dapat menikmati segala kemudahan yang ada
pada puteri mahkota. Tugasnya pun bukan sesusah mana.Cuma jadi pengiring tengku puteri dan menguruskan segala
keperluannya.
Memandangkan Rubiah mungkin terpaksa
melanggar perjanjian, lantaran haluannya sudah mula
menyimpang sejak mereka mendatarkan diri di Princeton,
Ayrin mengambil keputusan untuk melepaskan gadis itu
daripada perjanjian yang telah ditandatangani. Dari sudut
perundangan negara Dhiyapura, sultan dan tengku puteri
sendiri memang ada kuasa melepaskan sesiapa yang berada di
bawah naungan mereka daripada sebarang perjanjian.
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
66/146
Kasih Pun Bersatu
66
Lagipun selama ini, Ayrin tidak pernah menganggap
Rubiah sebagai pekerjanya. Rubiah sahabat baiknya. Sebagai
seorang sahabat baik, Rubiah memang seorang yang setia dan
sentiasa ada di sisinya sepanjang masa baik di kala duka
mahupun suka. Kini Rubiah memerlukan sokongan Ayrin.
Ayrin tidak kisah. Dia rela melepaskan Rubiah pergi
memburu cita-cita dan cintanya. Rubiah berhak menerimanya
atas balasan kesetiaannya selama ini. Cumanya, sebaik sahaja
Rubiah menandatangani perjanjian penamatan kontrak, diatidak akan punya akses kepada kerabat diraja semudah
dahulu. Mungkin payah bagi mereka untuk bertemu seperti
dahulu. Itulah satu-satunya perkara yang tidak disukai oleh
Ayrin. Tetapi apa boleh buat. Sudah itu peraturannya.
Lagipun aku tak perlukan pengiring. Ayrin
mencapai jaketnya.
Biar aku saja jadi pengiring engkau... selama-
lamanya. Zaran menghampiri gadis itu. Sudah banyak kali
dia meluahkan perasaan cinta dan kasih sayangnya terhadap
Ayrin. Namun Ayrin hanya membalas dengan senyuman.
Ayrin tidak pernah melaazkan penerimaannya. Sebaliknya
dari segi perbuatan dan tingkah laku, Ayrin seolah-olah
menerima perasaan istimewa itu.Jika dilihat dari luaran, memang Ayrin dan Zaran
sudah seperti pasangan kekasih. Ramai yang tertipu dengan
kemesraan mereka. Malah pihak istana juga sudah sedia
maklum akan keakraban mereka. Sultan dan permaisuri
masih belum berkata apa-apa. Mereka hanya tunggu dan
lihat. Namun sudah ada mulut-mulut yang menyuarakan
ketidakpuasan hati mereka lantaran Zaran daripadaketurunan al-Mansur. Mereka khuatir tragedi lama berulang
kembali. Bagi Zaran perkara itu memang cabaran buatnya.
Dan dia sudah bersedia menghadapinya. Tetapi tanpa kata
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
67/146
Izza Aripin
67
putus daripada Ayrin, Zaran hanya boleh menunggu. Entah
sampai bila....
Marilah... nanti hari gelap pula. Tanpa membalas
cadangan Zaran tadi, Ayrin mengajak lelaki itu keluar.
Mereka beriringan keluar dari bilik.
Sebuah limousin bercermin gelap sudah sedia
menanti di pekarangan Dod Hall. Warga universiti itu sudah
biasa dengan kehadiran limousin yang terdapat bendera
kerajaan Dhiyapura. Malah dahulu sering kali mereka
dikejutkan dengan kehadiran motosikal pengiring berkuasa
besar. Ayrin sudah berkeras tidak mahu diiringi oleh
motosikal itu. Kalau mereka hendak menjaga keselamatannya,
buatlah cara lain yang tidak terlalu menonjol seperti itu.
Di dalam limousin, selain pemandunya, seorang
pegawai keselamatan turut mengiringi Ayrin. SelalunyaRubiah akan ada bersama. Hari itu, Ayrin telah mengizinkan
Rubiah bercuti sementara menanti kontraknya ditamatkan
oleh pihak istana.
Tengku puteri.
Cermin gelap di hadapan tempat duduk Ayrin dan
Zaran diturunkan. Fandi yang berkaca mata gelap itu
berpusing ke arah mereka. Dengan ketiadaan Rubiah, dia
yang menggalas sementara urusan berkaitan keselesaan
tengku puteri. Tadi pihak istana teleon. Mereka sudah e-mel
senarai latar belakang pengiring baharu. Kalau boleh mereka
mahukan keputusan minggu hadapan.
Ayrin mengeluh berat. Dia sudah memberitahu
ayahandanya bahawa dia tidak perlukan pengiring lagi.Nampaknya ayahanda tetap dengan keputusannya.
Beritahu istana, pilih saja sesiapa yang dirasakan
layak. Saya akan terima. Malas hendak meneliti satu per satu
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
68/146
Kasih Pun Bersatu
68
latar belakang pengiring tersebut, Ayrin menyerahkan
perkara itu bulat-bulat kepada istana supaya menguruskannya.
Baik, tengku puteri.
Cermin gelap dinaikkan semula.
Ayrin menyandarkan kepalanya pada tempat duduk.
Aku dah bosan!
Bosan? Kenapa? Zaran menoleh ke arah Ayrin
yang duduk di sebelahnya.Semua ni! Soal pengganti pengiring... soal
kebebasan aku sebagai seorang manusia... segala-galanya
sudah mula membosankan aku! Ayrin melepaskan keluhan
berat. Sejak melihat kebebasan Rubiah membuat keputusan
di luar jangkaan, Ayrin mula merasakan ada sesuatu yang
hilang dalam hidupnya. Kini baru dia sedar yang dia telah
kehilangan kebebasan untuk membuat keputusan dengansesuka hati tanpa campur tangan istana.
Bagi aku, hanya Rubiah sorang saja yang layak jadi
pengiring. Kalau dia dah berhenti, aku rela tak ada pengiring.
Bukannya susah nak uruskan hidup sendiri. Selama ni pun,
aku yang buat segala-galanya. Rubiah hanya sekadar
peneman.
Selain Rubiah, Ayrin memang selesa melepaskan
perasaannya kepada Zaran. Pemuda itu amat memahami
jiwanya. Hanya Rubiah dan Zaran tempat Ayrin mengadu.
Kini Rubiah sudah membawa haluannya sendiri. Hanya
Zaran tempat bergantungnya kini.
Ini peraturan, Ay. Engkau mesti akur. Mereka buat
semua tu demi kepentingan engkau. Status engkau sebagai
puteri mahkota meskipun tanpa kuasa eksekuti, telah
meletakkan engkau di tempat yang teratas. Imej dan masa
depan Dhiyapura juga terletak di atas bahu engkau. Zaran
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
69/146
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
70/146
Kasih Pun Bersatu
70
Terkejut bukan kepalang pemuda itu dengan perbuatan Ayrin.
Jari-jemari gadis itu merayap ke seluruh pelosok tubuhnya.
Ay... kenapa ni? Zaran cuba menahan perasaan.
Dia rasa semacam tiba-tiba apabila Ayrin bertindak begitu
kepadanya. Hanya ekspresi wajah Ayrin yang serius
menghalangnya daripada melakukan perkara serupa terhadap
gadis itu.
Ayrin yang sedang berlutut di hadapan Zaran,
segera mendongak.
Maa. Aku terpaksa buat begini sebab nak pastikan
yang engkau bersih. Ayrin terus bangun setelah
pemeriksaannya selesai.
Bersih? Zaran kehairanan. Dia masih tidak
aham.
Aku takut mereka letak bug di dalam pakaianengkau. Nampaknya tak ada.
Bug? Engkau syak aku bersubahat dengan istana?
soal Zaran tidak puas hati. Apakah selama ini Ayrin
mengesyakinya yang bukan-bukan?
Aku tak tuduh engkau bersubahat. Aku cuma takut
mereka letak alat pendengar tanpa engkau sedar. Ayrin perlumemastikan perbualan yang akan berlangsung sebentar lagi
tidak diintai oleh sesiapa. Dia tidak mahu pihak istana tahu
rancangannya.
Alat pendengar? Engkau merepeklah. Takkan
sampai begitu sekali mereka mengawasi gerak-geri engkau.
Zaran menolak tanggapan Ayrin yang tidak berasas itu.
Kenapa engkau takut sangat? Ada sesuatu yang buruk dah
engkau lakukan?
Aku perlu lakukan sesuatu. Dan aku perlukan
8/8/2019 KPB (bg kt P2U)
71/146
Izza Aripin
71
bantuan engkau. Tanpa membuang masa, Ayrin menjalankan
rancangannya. Dia mahu segala-galanya lancar.
Lakukan apa? Zaran semakin tidak aham. Sikap
Ayrin begitu aneh. Dia seperti takutkan sesuatu.
Ayrin duduk di atas rumput sambil bersandar pada
batang pokokmagnolia. Zaran ikut duduk di sisinya.
Apa sebenarnya yang berlaku, Ay? Engkau nampak
cemas tanpa sebab. Sebelah tangan Zaran menggenggam
jari-jemari Ayrin.
Za... aku perlu melarikan diri seketika. Akhirnya
Ayrin meluahkan hasratnya. Hasrat yang selama ini
terpendam. Hanya menunggu masa yang sesuai supaya
dilaksanakan.
Lari? Kenapa? Zaran terkejut lagi. Banyak
sungguh kejutan yang Ayrin berikan setelah s
Top Related