Modul sks2084 2.0

12
SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN SOKONGAN SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA DISEDIAKAN OLEH: PN ZURANI BINTI BUANG (KKS) PN WIDA YANTI BINTI MOHAMED ZEN UMAR (KKJS) 2.0 OBJEK JADUAL (TABLE)

Transcript of Modul sks2084 2.0

Page 1: Modul sks2084   2.0

SIJIL SISTEM

KOMPUTER DAN SOKONGAN

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

DISEDIAKAN OLEH: PN ZURANI BINTI BUANG (KKS) PN WIDA YANTI BINTI MOHAMED ZEN UMAR (KKJS)

2.0 OBJEK JADUAL (TABLE)

Page 2: Modul sks2084   2.0

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

TEORI:

Mengenal pasti jenis data

PRAKTIKAL:

Membina jadual menggunakan Wizard

Membina jadual menggunakan Design View

Mengubahsuai jadual menggunakan Design View

Membina Primary Key

Membina perhubungan antara jadual

2

2.0 OBJEK JADUAL

Menetapkan jenis-jenis perhubungan jadual (One to One, One to Many,Many to Many) Memasukkan rekod Menyemak rekod menggunakan Datasheet View Mengesan rekod menggunakan Find and Filter · Mengubahsuai Rekod

JADUAL

Page 3: Modul sks2084   2.0

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

3

Teori

Mengenalpasti Jenis data

Praktikal

Membina jadual menggunakan Wizard

Membina jadual menggunakan Design View

Mengubahsuai jadual menggunakan Design View

Membina Primary Key

Membina perhubungan antara jadual(Membina jadual menggunakan Wizard)

Menetapkan jenis-jenis perhubungan jadual (One to One, One to Many,Many to Many)

Memasukkan rekod

Menyemak rekod menggunakan Datasheet View

Mengesan rekod menggunakan Find and Filter

Mengubahsuai Rekod

Page 4: Modul sks2084   2.0

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Teori Mengenalpasti Jenis data

Di dalam Microsoft Access XP, jadual atau table adalah sumber maklumat utama di dalam sebuah sistem pangkalan data. Tanpa wujudnya jadual, semua elemen lain tidak akan dapat dilaksanakan.

Secara amnya data akan disusun dalam bentuk hamparan seperti dalam Ms Excel. Konsep yang digunakan untuk mewakilkan data adalah baris dan lajur. Lajur akan mewakili medan atau fields manakala baris pula akan mewakili rekod.

4

Page 5: Modul sks2084   2.0

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Mengenalpasti Jenis data

Contoh ini memaparkan tujuh lajur di dalam jadual yang yang akan membentuk suatu sistem pangkalan data. Medan tersebut adalah Kod Ahli, nama Ahli, Jabatan, Mula jadi Ahli, uran Pendaftaran, Bayar Yuran dan Catatan.

5

Page 6: Modul sks2084   2.0

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Mengenalpasti Jenis data

Setiap medan terdapat beberapa baris data yang rekod-rekod maklumat ahli yang telah dimasukkan oleh pengguna.

Gabungan baris dan lajur ini akan membentuk satu sistem pangkalan data yang dikehendaki iaitu sistem maklumat ahli.

6

Page 7: Modul sks2084   2.0

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Mengenalpasti Jenis data

Operasi asas pembinaan jadual Pelajar akan didedahkan cara untuk menghasilkan jadual bagi

membangunkan sebuah pangkalan data. Pada Tajuk 1.0 yang lepas pelajar telah didedahkan dengan kaedah menghasilkan jadual menggunakan wizard secara ringkas. Pada Tajuk 2.0 ini, pelajar akan didedahkan dengan beberapa kaedah pembinaan jadual iaitu membina jadual menggunakan Wizard, membina jadual menggunakan Design View, mengubahsuai jadual menggunakan Design View . Pelajar juga akan didedahkan dengan cara untuk membina Primary Key, membina perhubungan antara jadual, menetapkan jenis-jenis perhubungan jadual (One to One, One to Many,Many to Many), memasukkan rekod, menyemak rekod menggunakan Datasheet View, mengesan rekod menggunakan Find and Filter dan mengubahsuai rekod.

Walaubagaimanapun semua kaedah ini akan diterangkan secara terperinci

di lembaran praktikal yang akan diedarkan kepada pelajar.

7

Page 8: Modul sks2084   2.0

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Mengenalpasti Jenis data

Operasi asas pembinaan jadual

Sebelum pelajar telah berjaya membina jadual yang dikehendaki, pelajar perlu

memahami beberapa perkara iaitu nama medan dan jenis data yang sesuai untuk digunakan bagi setiap medan.

Field name yang digunakan akan mewakili nama medan dalam jadual. Nama medan tersebut mestilah unik, kerana dalam sebuah jadual TIDAK boleh ada dua nama medan yang sama.

Setelah pelajar menetapkan nama medan yang dikehendaki, pelajar perlu mengetahui jenis data bagi setiap medan tersebut. Ia penting bagi menetapkan jenis data yang akan disimpan dalam setiap medan.

Contoh:

8

Nama Medan Jenis Data

Nama Pelajar Teks

No Kad Pengenalan Teks

Tarikh Lahir Tarikh

Page 9: Modul sks2084   2.0

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Mengenalpasti Jenis data

9

Untuk menentukan jenis data,

Pilih nama jadual yang dikehendaki

Klik Design View pada kumpulan View di Ribbon Home

Page 10: Modul sks2084   2.0

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Mengenalpasti Jenis data

Operasi asas pembinaan jadual

Berikut adalah penerangan ringkas mengenai peranan jenis-jenis data

10

Jenis Data Peranan

Text Format ini membenarkan aksara seperti huruf, nombor dan tanda-tanda bacaan digunakan. Medan huruf yang dibenarkan adalah 255 aksara.

Number Format ini membenarkan nilai numerik ( nombor digunakan khususnya bagi data yang memerlukan operasi arithmetik atau pengiraan.

Currency Format ini membolehkan data dalam bentuk kewangan digunakan. Data akan dipaparkan dalam bentuk nilai dengan elemen khas seperti tanda koma, titik perpuluhan, tanda RM dan sebagainya.

Memo Format ini sama seperti format Text tetapi ia boleh menampung sehingga 64,000 aksara.

Page 11: Modul sks2084   2.0

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Mengenalpasti Jenis data

11

Jenis Data Peranan

Autonumber Format ini biasa digunakan bagi medan yang memerlukan nombor unik dimasukkan secara automatik samada dalam bentuk jujukan atau rawak.

Yes / No Format ini merupakan format yang berunsurkan logikal. Ia menerima data-data dalam kumpulan logikal seperti Benar/ Salah, On/Off, Ya/Tidak

Ole Object Format ini memerlukan rantaian atau hubungan dengan objek yang dihasilkan dari program lain. Ia boelh dalam bentuk video, imej, audia, graf dansebagainya.

Hyperlink Medan yang mempunyai format ini akan merujuk kepada data dalam bentuk teks atau nombor atau gabungan kedua-duanya yang digunakan sebagai hyperlink address. Ia digunakan agar capaian dapat dilakukan dengan mudah terhadap objek sistem pangkalan data kepada dokumen atau fail yang dihasilkan dari luar seperti fail Word, Excel, Power Point atau fail dari internet.

Page 12: Modul sks2084   2.0

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Praktikal Pelajar akan diberikan Lembaran Kertas Praktikal bagi melaksanakan tajuk-tajuk di bawah.

• Membina jadual menggunakan Wizard

• Membina jadual menggunakan Design View

• Mengubahsuai jadual menggunakan Design View

• Membina Primary Key

• Membina perhubungan antara jadual(Membina jadual menggunakan Wizard)

• Menetapkan jenis-jenis perhubungan jadual (One to One, One to Many,Many to Many)

• Memasukkan rekod

• Menyemak rekod menggunakan Datasheet View

• Mengesan rekod menggunakan Find and Filter

• Mengubahsuai Rekod

12