kt baru.pdf

73
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT MURID TAHUN 5 CEMERLANG DALAM TOPIK TENAGA MENGGUNAKAN TEKNIK PETA MINDA BERTINDIH WAN MOHD YUSRI BIN WAN HAMZAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU 2014

Transcript of kt baru.pdf

Page 1: kt baru.pdf

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT MURID TAHUN 5

CEMERLANG DALAM TOPIK TENAGA MENGGUNAKAN

TEKNIK PETA MINDA BERTINDIH

WAN MOHD YUSRI BIN WAN HAMZAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

KUALA TERENGGANU

2014

Page 2: kt baru.pdf

i

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT MURID TAHUN 5

CEMERLANG DALAM TOPIK TENAGA MENGGUNAKAN

TEKNIK PETA MINDA BERTINDIH

WAN MOHD YUSRI BIN WAN HAMZAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memnuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian

(Sains Pendidikan Rendah)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

KUALA TERENGGANU

OKTOBER 2014

Page 3: kt baru.pdf

ii

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini

dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi

skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fengan Kepujian

(Sains Pendidikan Rendah)’

Tandatangan :

Nama Penyelia : PAJUZI BIN AWANG

Tarikh :

Page 4: kt baru.pdf

iii

HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : WAN MOHD YUSRI BIN WAN HAMZAH

Tarikh :

Page 5: kt baru.pdf

iv

DEDIKASI

Untuk abah dan emak tercinta,

Wan Hamzah Bin Wan Abdullah dan Hasmah Binti Husin,

Serta

Kakak dan adik yang dikasihi,

Wan Nor Hafida bt. Wan Hamzah

Wan Nor Adila bt. Wan Hamzah

Wan Muhamad Yusaini bt. Wan Hamzah

dan

para pensyarah dan rakan-rakan tersayang.

Page 6: kt baru.pdf

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Ilahi kerana dengan rahmatNya, saya dapat

menyiapkan laporan kajian ini pada waktu yang telah ditetapkan.

Pertamanya, saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih

yang tidak terhingga kepada penyelia Kajian Tindakan saya, iaitu Encik Pajuzi Bin

Awang atas segala bimbingan dan dorongan yang diberikan kepada saya sepanjang

tempoh penyelidikan ini.

Tidak lupa juga, saya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada

Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Terengganu kerana telah menerima

kehadiran saya dalam menjalani praktikum dan menjalankan penyelidikan ini di

sana. Tidak lupa juga kepada guru pembimbing saya di Sekolah Kebangsaan Bukit

Guntong, Puan Asmah Yati Binti Awang.

Jutaan terima kasih kepada kedua ibubapa saya yang tercinta, Encik Wan

hamzah Bin Wan Abdullah dan Puan Hasmah Binti Husin serta ahli keluarga dan

rakan-rakan yang tidak jemu memberikn sokongan yang padu kepada saya.

Semoga, hasil kajian ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada guru-

guru serta bakal-bakal pendidik bagi mengangkat martabat profesionalisme

keguruan pada masa hadapan.

Page 7: kt baru.pdf

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran mengingat bagi murid tahun

5 Cemerlang dalam tajuk Tenaga menggunakan teknik Peta Minda Bertindih.

Peserta kajian adalah seramai lima orang murid lelaki dari Sekolah Kebangsaan

Bukit Guntong, Kuala Terengganu yang memperoleh pencapaian yang yang

rendah dalam ujian Sains. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian

pra dan ujian pasca, analisis dokumen dan pemerhatian. Dapatan kajian

menunjukkan terdapat peningkatan dalam ujian pasca selepas mengikuti sesi PdP

menggunakan teknik Peta Minda Bertindih. Purata markah dalam ujian Pra

kepada Ujian Pasca telah meningkat daripada 15.2% kepada 87.6%. Hal ini

menunjukkan bahawa teknik ini telah berjaya membantu peserta kajian yang lemah

dalam mengingati fakta bagi tajuk tenaga. Selepas melaksanakan kajian tindakan

ini, kemahiran mengingat peserta kajian telah berjaya ditingkatkan.

Kata Kunci:Meningkatkan, Mengingat, Tenaga, Teknik, Peta Minda Bertindih.

Page 8: kt baru.pdf

vii

ABSTRACT

This research was conducted in order to enhance the memorizing skill of Year 5

Cemerlang pupils particularly in the topic entitled Energy by using ‘Peta Minda

Bertindih’ or Overlapping Mind Map. Five research participants from Sekolah

Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Terengganu were involved in this research

whereby all of them were boys. The research participants involved in this research

were the lower achievers in the Science examination. Three instruments were used

in this research which were pre and post test, document analysis and observation.

Reseacrh findings indicated that there were improvement in the post test after the

research participants followed the teaching and learning process using the ‘Peta

Minda Bertindih’ technique. The average marks from Pre test to Post test increased

from 15.2% to 87.6%. The result proved that the technique used managed to help

the research participants who were weak in memorizing facts regarding the topic

‘Energy’. The memorizing skill of the research participants were enhanced after

conducting this action research.

Keywords: Enhance, Memorizing, Energy, Technique, Peta Minda

Bertindih/ Overlapping Mind Map.

Page 9: kt baru.pdf

viii

KANDUNGAN

Muka Surat

PENGESAHAN PENYELIA ii

HALAMAN PENGAKUAN iii

DEDIKASI vi

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1.0 PENDAHULUAN 1

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 1

1.2 Refleksi Sorotan Literatur 4

2.0 FOKUS KAJIAN 10

2.1 Isu Kajian 10

2.2 Tinjauan Masalah 11

2.3 Analisis Tinjauan Masalah 13

2.4 Kriteria Pemilihan 16

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 19

3.1.1 Objektif Kajian 19

3.1.2 Objektif Khusus 19

3.2 Persoalan Kajian 19

3.3 Kepentingan Kajian 20

3.4 Definisi Operasional 20

3.5 Batasan Kajian 21

4.0 KUMPULAN SASARAN 22

Page 10: kt baru.pdf

ix

5.0 TINDAKAN 23

5.1 Tindakan 23

5.2 Prosedur Mengumpul Data 26

6.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI DATA 27

6.1 Meningkatkan kemahiran mengingat murid tahun 5

Cemerlang dalam topik Tenaga menggunakan teknik

Peta Minda Bertindih. 27

6.2 Untuk meningkatkan penguasaan murid dalam Topik

Tenaga melalui penggunaan teknik Peta Minda

Bertindih. 30

6.3 Untuk meningkatkan minat murid-murid dalam

mempelajari topik Tenaga melalui penggunaan teknik

Peta Minda Bertindih. 31

7.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 37

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 37

SENARAI RUJUKAN 41

Page 11: kt baru.pdf

x

SENARAI JADUAL

Jadual Perkara Muka Surat

1 Instrumen Pemerhatian Tingkah Laku Murid 14

2 Keputusan Ujian TOV 16

3 Kumpulan Sasaran Murid Bagi Tahun 5 Cemerlang 22

4 Markah lembaran kerja murid keatas peserta kajian sesi pertama 27

5 Markah lembaran kerja murid keatas peserta kajian sesi kedua 28

6 Markah lembaran kerja murid keatas peserta kajian sesi ketiga 29

7 Gred dan markah dalam ujian yang dijalankan 30

8 Keputusan peserta kajian dalam ujian pra dan pasca 30

9 Pemerhatian Peserta Kajian 1 32

10 Pemerhatian Peserta Kajian 2 33

11 Pemerhatian Peserta Kajian 3 34

12 Pemerhatian Peserta Kajian 4 35

13 Pemerhatian Peserta Kajian 5 36

14 Perbandingan Pemerhatian Tingkahlaku Negatif Bagi 5

Peserta Kajian. 36

Page 12: kt baru.pdf

xi

SENARAI RAJAH

Rajah Perkara Muka Surat

1 Model Kemmis Dan Mc Taggart 23

2 Graf Palang Perbandingan Ujian Pra Dan Pasca 31

Page 13: kt baru.pdf

xii

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Perkara Muka Surat

1. Lembaran Kerja1,2 dan 3 44

2. Ujian Pra dan Pasca 48

3. Senarai Semak Pemerhatian 60

Page 14: kt baru.pdf

1

1.0 PENDAHULUAN

Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilancarkan pada tahun

1983 menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran Sains hendaklah merupakan

suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua murid (Ahmad Kamal,

1996). Merujuk kepada kurikulum tahap dua dalam KBSR (2005), kurikulum ini

direka bagi merangsang sifat ingin tahu murid dan memperkembangkan minat

disamping membolehkan mereka belajar tentang diri dan persekitaran mereka menjadi

suatu pembelajaran yang bermakna.

Penyelidikan ini dilaksanakan bagi melihat sejauh mana penggunaan teknik

peta minda bertindih di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sains terutamanya

dari sudut meningkatkan kemahiran mengingat murid terhadap tajuk Unit 4 Tahun 5

iaitu Tenaga. Bagi menjayakan kajian ini, pengkaji telah mengguna pakai beberapa

teori dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan teknik peta minda untuk memastikan

objektif pengajaran dan kajian berjaya dicapai.

Penyelidikan ini membincangkan tentang permasalahan yang timbul

merangkumi latar belakang kajian, objektif kajian, soalan kajian, serta rumusan

daripada dapatan kajian.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Pengkaji merupakan seorang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail dan telah menjalani praktikum di SK Bukit Guntong,

Kuala Terengganu bermula pada 26 Januari 2014 sehingga 24 April 2014. Semasa

menjalani praktikum di Sekolah Bukit Guntong ini, pengkaji telah ditugaskan untuk

Page 15: kt baru.pdf

2

mengambil alih pengajaran Sains bagi Tahun 5 Cemerlang dan Tahun 4 Bestari. Kelas

5 Cemerlang adalah kelas yang terakhir daripada kelas 5 Bestari dan 5 Arif. Manakala

Kelas 4 Bestari adalah kelas di peringkat pertengahan. Kelas 5 Cemerlang adalah

seramai 21 orang; iaitu 18 lelaki dan 3 perempuan manakala kelas 4 Bestari seramai

36 orang murid; iaitu 20 lelaki dan 16 orang perempuan. Pengkaji diberi masa selama

3 waktu seminggu bagi tahun 5 Cemerlang dan 4 waktu seminggu bagi tahun 4

Bestari.

Setelah membuat perbincangan dengan guru pembimbing, pengkaji telah

bersetuju memulakan pengajaran tahun 5 Cemerlang dengan tajuk Tenaga bagi tema

Menyiasat Daya dan Tenaga. Pada 4 Februari 2014, pengkaji telah mengajar tajuk

Hebatnya Tenaga. Semasa fasa orientasi pengkaji telah menggunakan alat bantu

mengajar berbentuk maujud agar dapat menarik perhatian murid-murid kearah

pembelajaran Sains hari tersebut. Alat bantu mengajar maujud ini adalah sebuah roket

tenaga yang dapat menunjukkan kehebatan tenaga melakukan sesuatu kerja. Pada

mulanya murid-murid kelihatan berminat dengan pelajaran kali ini. Murid-murid

melihat dengan bersungguh-sungguh peristiwa bercanggah yang ditunjukkan oleh

guru. Jelas disini bahawa murid-murid sukakan perkara yang pelik, menarik dan

bermakna bagi diri mereka ketika sesi pembelajaran.

Semasa fasa pencetusan idea, pengkaji telah meminta murid-murid untuk

memberi sebab mengapa tenaga diperlukan dalam kehidupan seharian. Antara jawapan

yang diberikan oleh murid-murid adalah tenaga diperlukan untuk bekerja, bersukan,

berlari, kenyang, sihat dan sebagainya. Untuk mengetahui pengetahuan sedia ada

murid, pengkaji telah bertanya kepada murid-murid yang memberikan jawapan yang

tidak tepat. Pengkaji sengaja bertanya mengapa mereka mengatakan tenaga

membolehkan kita sentiasa kenyang dan sihat. Jawapan yang diberikan adalah apabila

Page 16: kt baru.pdf

3

kita mempunyai tenaga, perut kita tidak akan kosong dan sakit. Murid yang kedua pula

mengatakan kita memerlukan tenaga supaya sentiasa kenyang. Buktinya ialah bila kita

makan kita kenyang, bila kita tidak makan kita lapar. Justeru itu, pengkaji merasakan

bahawa pengetahuan sedia ada murid-murid ini harus diperbetulkan.

Fasa pembelajaran yang berikutnya pengkaji telah memberi penerangan

tentang topik yang sedang dipelajari. Murid-murid diminta menyalin semula nota yang

tertulis di papan hitam dan menelaah nota masing-masing sebelum pengkaji menyoal

murid-murid. Pengkaji dapat melihat beberapa kelakuan negatif yang tidak diingini.

Terdapat murid-murid yang lalai dan berbual dengan rakan sebelah. Tidak kurang

juga ada yang cuba menyiapkan kerja Pendidikan Seni mereka. Ada juga yang malas

membuat pembacaan nota dan ada juga murid yang mengganggu dan berjalan ke

tempat lain. Pengkaji mengingatkan murid-murid sekali lagi agar tekun menelaah nota

sebelum disoal.

Setelah cukup masa yang diberikan untuk menelaah nota dan buku, guru mula

mengajukan pertanyaan kepada murid-murid tentang isi pelajaran yang telah dipelajari

dan disalin. Namun kebanyakan murid-murid senyap dan tidak tahu menjawab soalan

yang diberikan. Ada yang mencari alasan hendak ke tandas dan ada yang ingin

menajamkan pensel. Daripada situasi yang telah dihadapi ini, pengkaji merasakan

murid-murid mempunyai masalah yang harus diteliti dan dikaji. Pengkaji berpendapat

ada segelintir murid yang tidak ingat langsung apa yang telah dipelajari, ada murid

masih keliru dengan fakta dan bertukar dengan antara fakta tenaga dan pemakanan,

cepat lupa dengan fakta, dan hanya segelintir yang dapat menjawab 30% daripada isi

pelajaran hari ini.

Pengkaji memeriksa buku tulis murid-murid dan mendapati nota yang ditulis

dalam buku murid-murid pudar dan hampir tidak dapat dibaca. Gaya penulisan murid-

Page 17: kt baru.pdf

4

murid juga tidak teratur. Murid lebih suka menyiapkan kerja lain seperti anyaman tikar

Pendidikan Seni daripada menulis nota Sains. Timbul rasa terkilan di hati pengkaji

kerana murid-murid ini patut diubah dan perlu dibantu sebelum terlambat. Nota yang

mereka salin tidak begitu menarik untuk dibaca apatah lagi untuk dihafal. Timbul satu

idea di fikiran pengkaji bahawa pembelajaran menggunakan peta minda yang menarik

mampu untuk memupuk semangat dan membantu murid-murid meningkatkan ingatan

mereka terhadap pelajaran. Dan akhirnya membantu murid-murid untuk berjaya dalam

penilaian dan peperiksaan.

Pengkaji mengambil keputusan untuk membantu murid-murid agar berjaya

mengingat fakta-fakta yang ada menerusi teknik Peta Minda Bertindih. Hal ini kerana

bagi Noraini Ahmad (1993), Peta Minda membolehkan seseorang mengingati

beberapa fakta yang terkandung dalam satu bab kerana ia bukan sahaja menjimatkan

masa kerana seseorang itu tidak perlu membaca setiap helaian muka surat malah

bentuk susun aturnya yang menarik beserta gambar yang bewarna boleh

mempertingkatkan lagi daya ingatan seseorang. Melalui inovasi peta minda bertindih

ini, pengkaji berpendapat murid-murid akan mengalami pembelajaran yang lebih

bermakna.

1.2 Refleksi Sorotan Literatur

1.2.1 Literatur dan Teori Berkaitan Peta Minda.

Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan tahun 1970-an sebagai kaedah yang

boleh membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Otak lebih

mudah menyimpan dan mengingat maklumat-maklumat yang tersusun, ada

hubungkait, mempunyai imej yang jelas, berkelompok dan mempunyai ciri-ciri

Page 18: kt baru.pdf

5

tersendiri (http://www.thinkbuzan.com/Dul/company/about). Menurut Tony Buzan

(1976), kaedah Peta Minda sebenarnya menggunakan kedua-dua belah otak manusia.

Kaedah peta minda secara dasarnya menggunakan otak manusia untuk melakukan

tugas yang berbeza. Bahagian kiri otak bertanggungjawab terhadap logik arithmetik,

linear, urutan dan analisis manakala bahagian otak kanan pula lebih tertumpu kepada

multi dimensi, imaginasi, warna, irama, bentuk, geometri dan analisis. “The nature of

mind map is intimately connected with the function of mind, and they can be used in

nearly avery activity where thought, recall, planning or creativity are involved. (Buzan,

1984)”

Menurut Subadrah (2001), penggunaan peta minda semakin penting sebagai

satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif

secara teratur. Shahabudin, Mahani dan Ramlah (2007) menyatakan, peta minda

membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa,

merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan. Peta minda yang dibentuk

biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang.

Menurut Tony Windura (2008) penggunaan peta minda menjadikan proses

pembelajaran lebih senang dan mendorong kita belajar sendiri dan berupaya mencapai

kejayaan dalam prestasi akademiknya.

Menurut Prof. Marc Rosenweig, kehebatan otak kita memang luar biasa kerana

dalam 1 saat, kita dapat mengingati 10 informasi baru. Walaupun kita mengingati

semua informasi baru yang dipelajari selama 100 tahun, sebenarnya kita baru

menggunakan 10 peratus sahaja daripada kapasiti sebenar otak kita. Menurut pakar

otak dari Rusia, Prof. Pyotr Anokhin, otak kita mempunyai kemampuan mengingat

informasi angka 1 dan 0, sepanjang 10.5 juta kilometer. Dan tokoh memori bertaraf

dunia Dr. Yip Swe Chooi dari Malaysia berjaya mengingati hampir 60 ribu kata

Page 19: kt baru.pdf

6

daripada 1774 muka surat kamus Oxford Dictionary edisi keempat, terbitan tahun

1997. Hal ini menunjukkan bahawa otak manusia berupaya dilatih dan mampu

mengingati berjuta-juta maklumat.

Bagi mengukuhkan ingatan murid-murid di dalam pembelajaran, guru boleh

menggunakan teknik peta minda di dalam menulis nota. Teknik peta minda

memerlukan murid menggambarkan fakta-fakta penting yang ingin diingati dalam

bentuk lakaran tersendiri bagi memudahkan mereka memahami pelajaran. Di dalam

proses membuat nota menggunakan peta minda, murid sebenarnya menggunakan otak

kanan seiring dengan membaca yang menggunakan otak kiri. Ini turut disokong oleh

Professor Roger Sperry yang mengatakan bahawa kita memiliki sebuah otak yang

terbahagi ke dalam dua bahagian fisiologi otak kiri dan kanan, yang masing-masing

berkaitan dengan fungsi-fungsi mental yang berbeza. Otak kiri adalah berkaitan

dengan logik, tulisan, angka, perhitungan, urutan, dan analisis. Manakala otak kanan

pula berkaitan dengan imaginasi, warna, muzik, kreativiti, emosi dan bentuk.

Semasa membina peta minda, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan

dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang

kreatif selaras dengan cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan peta

minda lebih untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh (2006) berpendapat,

peta minda membantu anda mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan

pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaran mental yang

lengkap, bermakna dan senang diingati.

Segala yang kita lihat akan tersimpan kemas dalam ingatan samada objek

tersebut baru dikenali atau sebaliknya. Sekiranya objek tersebut telah dikenali dan

tersimpan dengan baik maka minda akan terus memaklumkan apakah objek tersebut.

Page 20: kt baru.pdf

7

Minda kita sebenarnya lebih suka menyimpan objek yang pelbagai bentuk, warna,

garisan garisan dan apa juga yang bersifat kreatif (Aminuddin, 2006).

Keseluruhan sifat atau objek kreatif ini tersimpan di otak sebelah kanan. Peta

minda sebenarnya adalah bertujuan untuk mengajak kita semua menggunakan otak

sebelah kanan yang begitu kreatif. Inilah konsep yang hendak dibawa melalui peta

minda ini iaitu belajar mengingati melalui bentuk, warna dan lain-lain.

1.2.2 Teori-Teori Berkaitan Peta Minda.

Selain daripada bukti-bukti kejayaan penggunaan peta minda, terdapat juga beberapa

teori serta pandangan yang sesuai atau yang menyokong penggunaan peta minda dapat

memberi manfaat kepada proses pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran

Gestalt/Kognitif dan Teori Kecerdasan Pelbagai. Ahli-ahli psikologi Gestalt atau

Kognitif berpendapat, dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kogitif

dalam ingatannya.

Ragbir (2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan

menyusun segala pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya dalam ingatan.

Penggunaan peta minda adalah selari dengan pendapat teori Gestalt yang berpendapat

bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun,

menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk

membolehkan dia menghubugkaitkan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan

masalah dihadapi.

Gardner (1983), seperti dinyatakan dalam Choong, (2008) yang terkenal

dengan teori kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa, kecerdasan adalah kebolehan

seseorang untuk menyelesaikan masalah. Menurut Ramlan dan Lily (2006) dalam

penyelesaian masalah terdapat pelbagai cara bukan hanya tertumpu kepada satu cara

Page 21: kt baru.pdf

8

tertentu sahaja dan Gardner telah mengenalpasti sembilan jenis kecerdasan yang ada

dalam diri individu. Dalam proses pembelajaran menggunakan peta minda adalah amat

sesuai terutamanya bagi murid-murid yang mempunyai kecerdasan visual dan ruang,

kecerdasan bahasa dan kecerdasan interpersonal.

Dalam sesuatu kumpulan pembelajaran yang dibentuk mungkin terdapat ahli

kumpulan yang berbeza kecerdasan. Perbezaan tersebut dapat membantu murid-murid

untuk menghasilkan peta minda yang kreatif dan asli.

1.2.3 Kajian Yang Berkaitan

Kajian-kajian yang berkaitan dengan penggunaan peta minda telah banyak dijalankan

oleh pengkaji-pengkaji dalam kalangan pendidik sendiri. Antaranya ialah Zalekha Elie

(2005), Altablig (2006), Asma (2005), Rusilah et. al (2004) dan Sim Ah Hock et. al

(1997).

Menurut Zainong Binti Mamat (2012), beliau menggunakan peta minda untuk

menghasilkan nota yang baik bagi mata pelajaran Sains murid tahun 4 Cemerlang.

Kajian ini telah menunjukkan peningkatan pencapaian murid dalam mata pelajaran ini.

Menurut Zalekha Elie (2005), beliau menggunakan kaedah peta minda untuk

meningkatkan prestasi penulisan Bahasa MelayuTahun 5 Jaya ke atas 6 orang murid

Tahun 5 Jaya, Sekolah Kebangsaan Abang Aing, Sri Aman. Kaedah yang digunakan

dalam kajian ini adalah untuk melatih murid-murid melahirkan dan menghuraikan isi-

isi penting yang berkaitan dengan tajuk karangan yang diberi. Hasil kajian

menunjukkan pencapaian murid-murid dari segi markah ujian mereka telah meningkat.

Penggunaan kaedah peta minda dan kata soal dalam kajian ini juga memberi kesan

yang positif terhadap pemahaman murid-murid dan sikap mereka. Di samping itu,

kajian ini juga menunjukkan bahawa ada perubahan yang positif dalam amalan

Page 22: kt baru.pdf

9

pengajaran beliau sebagai guru yang mengajar mata pelajaran ini berbanding

pengajaran beliau sebelumi ini.

Altablig (2006) telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda

dalam mengingati konsep atau fakta sejarah ke atas 35 orang pelajar tingkatan 4 di

Sekolah Menengah Pekan Baru, Parit Buntar. Hasil dapatan kajian tersebut

menunjukkan pelajar yang berpencapaian sederhana telah meningkat sebanyak 60%

manakala pelajar yang lemah hanya 6% sahaja. Beliau merumuskan bahawa

penggunaan peta minda dapat membantu pelajar-pelajar sederhana mengingat fakta

sejarah bagi mendapat markah terutamanya dalam soalan struktur Kertas 2.

Asma (2005), telah menjalankan kajian ke atas 30 orang murid tahun 4 Arif di

Sekolah Kebangsaan Jelempok. Kajian beliau, penggunaan peta minda dapat

meningkatkan kemahiran mencatat nota. Dapatan kajian beliau menunjukkan berlaku

peningkatan kumpulan pencapaian tinggi dalam ujian pasca menjadi 40% berbanding

ujian pra 7%. Bagi kumpulan pencapaian rendah pula menurun kepada 3% dalam ujian

pasca berbanding 40% dalam ujian pra. Sehubungan itu beliau berpandangan bahawa

penggunaan peta minda dalam mencatat nota adalah berjaya.

Page 23: kt baru.pdf

10

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

Penyelidikan tindakan merupakan satu pendekatan dalam mengubah atau

menambahbaik mutu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (McNiff &

Whitehead, 2005). Kajian yang dijalankan haruslah mempunyai fokus atau hala tuju

yang jelas bagi memastikan isu atau permasalahan dapat dapat ditangani dengan kadar

yang segera. Isu kajian pula merupakan perkara utama yang dilihat dalam menilai

sama ada kajian harus dijalankan atau sebaliknya.

Cohen dan Manion (1986) menyatakan penyelidikan dijalankan untuk

menyelesaikan masalah penyelidik dalam situasi yang spesifik. Setelah refleksi PdP

dilakukan pengkaji mendapati masalah yang berlaku adalah keadaan nota yang tidak

sistematik untuk memudahkan murid-murid belajar dan membuat ulangkaji. Akibat

ketiadaan bahan ulangkaji yang sesuai, murid mengalami kesukaran di dalam

mengingat isi penting dan fakta dalam mata pelajaran Sains tajuk Tenaga ini.

Dalam kajian ini, pengkaji ingin memfokuskan kepada permasalahan murid

sukar untuk mengingat atau menyatakan semula pembelajaran lepas secara lisan

mahupun tulisan. Aiyob (2007) menyatakan beberapa faktor tentang masalah gagal

mengingat berlaku dalam kalangan murid adalah seperti berikut:

i. Pelajar tidak mempunyai nota yang sistematik dan kurang menarik

ii. Tidak memberikan perhatian pengajaran guru

iii. Tidak minat mata pelajaran tertentu walaupun ia penting.

iv. Tidak mempunyai persediaan mental – ada gangguan yang menyebabkan

beralih tumpuan

v. Memahami sedikit sahaja apa yang diajar oleh guru

Page 24: kt baru.pdf

11

vi. Bertangguh untuk bertanya apabila tidak faham

Melalui beberapa instrumen yang telah dijalankan ke atas murid-murid,

pengkaji mendapati murid-murid tahun 5 Cemerlang ini secara keseluruhannya tidak

boleh mencapai target yang sepatutnya dicapai oleh mereka. Walau bagaimanapun,

pengkaji telah mengenalpasti 5 orang murid yang perlu diberi perhatian dan bimbingan

yang lebih lanjut. Meskipun terdapat lagi masalah lain yang dikesan dikalangan murid-

murid ini, tetapi pengkaji hanya ingin memfokuskan kajian kepada tajuk Tenaga sahaja

kerana tajuk ini menarik, berkait rapat dengan aplikasi kehidupan seharian murid,

selalu keluar dalam peperiksaan dan banyak fakta yang perlu dikuasai dan dihafal.

Pengkaji ingin menumpukan kajian kepada cara bagaimana meningkatkan daya

ingatan murid terhadap fakta dalam tajuk tenaga melalui teknik peta minda bertindih.

Pengkaji telah mengenalpasti bahawa terdapat sebilangan besar murid-murid yang

salah faham dalam konsep tenaga seperti bentuk tenaga, sumber tenaga, perubahan

tenaga, tenaga boleh diperbaharui dan tenaga tidak boleh diperbaharui. Terdapat juga

murid yang miskonsepsi tentang apa itu tenaga. Ada dikalangan mereka mengatakan

bahawa tenaga ialah makanan, air, sayur dan minyak petrol. Walaupun pengkaji telah

berkali-kali menegaskan bahawa makanan itu adalah sumber kepada tenaga tetapi

murid tetap tidak dapat mengingatinya kerana murid telah mempunyai skema ini sejak

lama dulu.

2.2 Tinjauan Masalah

Walaupun pengkaji dapat mengenalpasti beberapa masalah dalam kalangan murid-

murid tahun lima ini, namun tinjauan ini hanya akan berfokuskan kepada penggunaan

peta minda bertindih dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains.

Kajian ini juga penting bagi mengetahui samada penggunaan peta minda bertindih

Page 25: kt baru.pdf

12

dapat meningkatkan kemahiran mengingat murid bagi topik Tenaga tahun 5. Semasa

membuat tinjauan awal, pengkaji telah mengumpul data menggunakan beberapa

instrumen kajian. Tujuannya adalah untuk mendapatkan gambaran awal tentang

sesuatu masalah disamping membantu pengkaji memahami masalah yang telah

dikenalpasti dengan lebih mendalam. Pengkaji telah menggunakan pelbagai instrumen

seperti pemerhatian dan analisis dokumen seperti hasil kerja murid dan rekod

keputusan ujian / peperiksaan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid.

2.2.1 Pemerhatian Tingkahlaku

Pemerhatian adalah satu kaedah memerhati, mencatat dan merekod peristiwa dan

tingkahlaku dalam bidang yang dikaji. Dalam proses memerhatikan tingkahlaku

murid-murid, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur iaitu

menggunakan senarai semak. Pemerhatian menggunakan senarai semak kerana lebih

mudah untuk dianalisis dan lebih mudah untuk dilaksanakan tanpa bantuan pengkaji

lain. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian terhadap tingkahlaku murid bagi melihat

minat dan tingkah laku murid sebelum dan selepas pelaksaan intervensi . emasa

pengajaran dan pembelajaran Sains berlaku. Pengkaji telah dapat melihat beberapa

tingkahlaku yang positif mahupun negatif yang berlaku semasa pengajaran dan

pembelajaran berlaku.

2.2.2 Hasil Kerja Murid

Pengkaji telah menyediakan latihan lembaran kerja kepada murid-murid selepas

pengkaji selesai mengajarkan tajuk kecil dalm tajuk Tenaga. Selepas memeriksa

latihan yang diberikan murid, pegkaji mendapati ramai murid yang tidak dapat

menjawab soalan dan keliru untuk menanda jawapan. Hasil daripada latihan kerja

murid ini, pengkaji dapat melihat murid menghadapi masalah dalam tajuk tenaga ini.

Page 26: kt baru.pdf

13

2.2.3 Ujian Pra dan Pasca

Pengkaji juga telah menyediakan ujian pra dan pasca terhadap murid-murid. Ujian ini

bertujuan untuk menilai pencapaian murid-murid sebelum dan selepas daripada

pelaksanaan intervensi.

2.3 Analisis Tinjauan Masalah

Menurut Buku Panduan Penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan Edisi Pertama

(2013), analisis tinjauan masalah adalah untuk memberi gambaran emperikal dan

numerikal terhadap masalah yang murid hadapi. Analisis tinjauan masalah dalam

konteks penyelidikan tindakan adalah analisis yang dibuat terhadap masalah yang

dikenal pasti semasa tinjauan awal pengajaran dan pembelajaran. Analisis tinjauan

masalah dilaksanakan dilaksanakan mengikut isu yang serta instrumen yang telah

dipilih.

2.3.1 Analisis Pemerhatian Tingkahlaku

Jadual 1

Instrumen Pemerhatian Tingkahlaku Murid

Page 27: kt baru.pdf

14

Bil Item-item tingkah

laku negatif

Kekerapan(Jumlah Murid)

1 2 3 4 5 6 7

1 Malas

2 Menyiapkan

kerja lain

3 Berbual-bual

4 Mengganggu rakan

5 Berjalan ke tempat

lain

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan terhadap murid sewaktu proses PdP

berlangsung, pengkaji mendapati murid-murid bermasalah dalam memahami dan

mengingati fakta-fakta dalam tajuk tenaga. Masalah ini telah menyebabkan murid-

murid hilang minat untuk belajar dan menjadi pasif dan mula mencari alasan untuk

melakukan perkara lain. Malah, kerja rumah yang diberikan gagal disempurnakan.

Pengkaji mendapati sewaktu berinteraksi, murid-murid bertindak balas dengan

menunjukkan beberapa tindak balas negatif terhadap mata pelajaran sains terutamanya

tajuk tenaga. Contoh tindak balas negatif tersebut adalah malas, menyiapkan kerja lain,

berbual-bual, mengganggu rakan dan berjalan ke tempat lain. Pengkaji juga cuba

memberi peluang kepada murid-murid untuk mengajukan pertanyaan jika ada

sebarang kemushkilan atau tidak memahami pelajaran hari itu. Tetapi semua diam dan

apabila ditanya soalan, “Apakah contoh tenaga murid-murid?”, ada murid yang

menjawab “Sumber tenaga adalah elektrik, cahaya, bunyi, angin, air, matahari, bateri,

makanan dan buah-buahan”. Jelas disini bahawa jawapan murid-murid bercampur

antara yang betul dan salah. Jawapan yang betul adalah, sumber tenaga adalah

matahari, makanan, bahan api, sel kering, dan angin. Manakala jika merujuk kepada

Page 28: kt baru.pdf

15

cahaya, haba, kinetik, elektrik, bunyi, kimia dan keupayaan semuanya adalah bentuk-

bentuk tenaga.

2.3.2 Analisis Dokumen

2.3.2.1 Rekod Keputusan Ujian

Kelas tahun 5 Cemerlang ini dinilai berdasarkan kepada Ujian TOV yang telah

dijalankan pada awal tahun dan lembaran kerja yang telah diberikan semasa fasa

aplikasi idea. Pengkaji telah mendapatkan statistik prestasi murid-murid berdasarkan

Ujian TOV dan lembaran kerja tersebut.

Jadual 2

Data Keputusan Murid Bagi Ujian TOV

Aras Pencapaian Peratus markah Bil Murid Peratus Bil. Murid

Baik 50% 3 14%

Sederhana 40% 5 24%

Lemah 30% 8 38%

Sangat Lemah 25% 5 24%

Jumlah 21 100%

Daripada analisis ini, pengkaji mendapati bahawa pada ujian ini, kebanyakan

murid gagal mendapat keputusan yang baik. Secara keseluruhannya ramai murid-

murid yang lemah dan perlu diberi perhatian.

2.3.2.2 Hasil Kerja Murid

Page 29: kt baru.pdf

16

Pengkaji juga turut menganalisis lembaran kerja murid bagi menilai tahap kefahaman

murid dalam tajuk tenaga ini. Setelah lembaran kerja dikutip, didapati bahawa

kebanyakan murid adalah bermasalah dan gagal menjawab soalan yang baru sahaja

dipelajari. Ada murid yang menyatakan bahawa sumber tenaga adalah seperti elektrik,

haba, cahaya, bunyi dan kimia. Miskonsepsi ini perlu diperbetulkan dan pengkaji

berharap agar dapat membantu murid-murid ini memahami dan mengingati fakta

dalam tajuk tenaga. Dengan peta minda yang disediakan nanti diharapkan dapat

membantu murid mempertingkatkan lagi kefahaman mereka dalam tajuk ini.

2.4 Kriteria Pemilihan

2.4.1 Kebolehtadbiran Ujian

Pengkaji berpendapat bahawa fokus kajian iaitu aspek daya ingatan murid yang lemah

dapat diatasi dengan menggunakan teknik peta minda bertindih. Pelaksanaan

intervensi juga mudah untuk diuruskan. Pengkaji cuma perlu menyusun dan

meyesuaikan peta minda yang lama dengan yang akan datang dalam topik tenaga

supaya menjadi satu peta minda induk atau utama. Malah jika diberikan lebih usaha,

peta minda bertindih ini dapat dimurnikan lagi menjadi satu sumber salinan lembut

atau ‘softcopy’ atau dijadikan sebagai perisian ke dalam cd. Dengan cara ini,

penggunaan peta minda bertindih ini dapat ditadbir dimana-mana sahaja di sekolah di

Malaysia hatta diluar negara sekiranya pengkaji menyebarkan inovasi ini ke laman

sesawang internet, pusat jualan buku dan di kedai-kedai buku.

Page 30: kt baru.pdf

17

2.4.2 Kepentingan Kajian

Perkara ini perlu diberi perhatian kerana ia melibatkan pemahaman konsep dan

peperiksaan murid-murid. Justeru itu, berpandukan peta minda bertindih yang

dihasilkan ini, pengkaji amat berharap murid boleh belajar secara langsung dengan

mudah. Barulah murid-murid dapat memahami tajuk ini, mengingati dan dapat

menjawab soalan peperiksaan nanti dengan cara yang terbaik iaitu menggunakan peta

minda bertindih. Dengan ini, mungkin dapat, menyumbangkan kepada peningkatan

keputusan UPSR pada tahun hadapan sekaligus membuka mata pihak Pejabat

Pendidikan Negeri untuk turun padang melihat sendiri sebab apakah yang

menyebabkan peningkatan mendadak dalam keputusan UPSR di SKBG nanti.

2.4.3 Kebolehgunaan

Peta minda bertindih ini digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk memudahkan

subjek kajian iaitu tahun 5 Cemerlang lebih mengingati pelajaran dan meningkatkan

kemahiran mengingatnya. Teknik ini amat sesuai bagi semua peringkat murid-murid

lebih-lebih lagi jika murid-murid sudah jemu menyalin nota-nota yang panjang dan

membosankan. Dengan memanfaatkan teknik yang amat berharga ini, sudah pasti guru

mendapat perhatian lebih daripada murid-murid.

2.4.4 Kawalan / Batasan Kajian

Kajian ini walaubagaimanapun masih di dalam ruang lingkup yang kecil iaitu

meningkatkan kemahiran mengingat murid-murid Tahun 5 Cemerlang di SKBG tahun

2014 bagi topik tenaga. Persembahan peta minda bertindih mudah digunakan dan

mempunyai pelbagai kelebihannya terutama kepada murid. Peta minda adalah sesuatu

Page 31: kt baru.pdf

18

yang amat cantik, tersusun rapi, senang difahami dan amat bersesuaian dengan dengan

tahap kebolehan murid.

2.4.5 Kolaboratif

Pengkaji telah berusaha mendapatkan kolaboratif bersama dengan warga sekolah

seperti guru-guru matapelajaran sains, ketua panitia sains dan guru bahasa-bahasa

berkenaan kajian yang pengkaji laksanakan ini dari segi maklumat subjek kajian dan

instrumen kajian. Komen-komen dan penambahbaikan telah diambil perhatian yang

sewajarnya oleh pengkaji agar dapat mempertingkatkan lagi mutu kajian ini.

2.4.6 Kerelevenan Kepada Sekolah

Pengkaji berpendapat penggunaan peta minda bertindih ini amat bermakna kepada

sekolah. Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang sains,

pihak sekolah dengan tangan terbuka amat mengalu-alukan perkara baru dan

penemuan baru yang akan membantu sedikit sebanyak dalam memperkemaskan lagi

penyampaian pelajaran kepada murid-murid.

Page 32: kt baru.pdf

19

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

3.1.1 Objektif Am

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengingat murid-

murid tahun lima dalam topik tenaga dengan menggunakan teknik Peta Minda

Bertindih.

3.1.2 Objektif Khusus

Secara khususnya, kajian ini adalah untuk :

a. Meningkatkan kemahiran mengingat murid tahun 5 Cemerlang dalam Tajuk

Tenaga menggunakan Teknik Peta Minda Bertindih..

b. Meningkatkan pencapaian murid tahun 5 Cemerlang dalam Tajuk Tenaga

menggunakan teknik Peta Minda Bertindih.

c. Meningkatkan minat murid-murid dalam mempelajari tajuk Tenaga

menggunakan Teknik Peta Minda Bertindih.

3.2 Persoalan Kajian

Untuk mencapai tujuan tersebut, persoalan kajian adalah seperti berikut :

a. Bagaimanakah Teknik Peta Minda Bertindih dapat meningkatkan kemahiran

mengingat murid tahun 5 Cemerlang dalam Tajuk Tenaga?.

b. Adakah Teknik Peta Minda Bertindih dapat meningkatkan pencapaian murid

tahun 5 Cemerlang dalam Tajuk Tenaga?.

c. Adakah Teknik Peta Minda Bertindih dapat meningkatkan minat murid-murid

tahun 5 Cemerlang dalam mempelajari tajuk Tenaga?.

Page 33: kt baru.pdf

20

3.3 Kepentingan Kajian

Teknik peta minda dilihat amat penting dalam meningkatkan kemahiran mengingat

murid-murid dalam mata pelajaran Sains, Tenaga. Harapan pengkaji agar dapat

memberi banyak manfaat dan juga mampu menjadi panduan kepada pelbagai pihak

terutamanya warga pendidik mata pelajaran Sains tentang kebaikan teknik peta minda

bertindih ini.

3.4 Definisi Operasional

Definisi operasional dalam kajian ini akan bertumpu terhadap istilah-istilah seperti:

Teknik

Menurut Kamus Longman (2001), teknik didefinisikan sebagai kemahiran khusus

ataupun cara untuk membuat sesuatu, terutamanya sesuatu yang harus dipelajari.

Menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2008), teknik adalah cara, tatacara, kaedah,

prosedur, sistem dan metode. Kamus Dewan (2005) pula menyatakan teknik adalah

pengetahuan berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri dan kaedah

mencipta sesuatu hasil seni.

Peta Minda

Menurut kamus Advanced Learner’s English-Malay (2000), peta adalah pewujudan

di atas kertas permukaan bumi atau bahagiannya yang menunjukkan negara, sungai,

jalan raya dan sebagainya manakala minda pula bermaksud kebolehan menyedari

benda-benda serta berfikir dan merasakan sesuatu. Justeru, peta minda adalah dapat

diertikan sebagai terjemahan fikiran daripada otak ke dalam bentuk gambar rajah,

rajah, lakaran yang mewakili buah fikiran yang dihasilkan dan dilakar dengan

menggunakan huruf, simbol, atau gambar.

Page 34: kt baru.pdf

21

Kemahiran Mengingat

Menurut Kamus Dewan Dan Pustaka, kemahiran adalah kecekapan dan kepandaian

melakukan sesuatu. Manakala menurut kamus pelajar edisi kedua, mengingat adalah

mengadakan dalam fikiran atau membuat menjadi ingat. Jika digabungkan kedua-dua

perkataan kemahiran mengingat ini akan menjadi; pandai dalam menjadi ingat akan

sesuatu itu. Di sini kita anggap bahawa sesuatu yang diingati itu adalah isi pelajaran

yang dipelajari.

Meningkatkan

Menurut Kamus Dewan (2005), perkataan meningkatkan didefinisikan sebagai

meninggikan kedudukan atau taraf, membesarkan atau memperhebat. Oleh itu,

perkataan meningkatkan yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk

memperhebatkan lagi kemahiran mengingat kepada taraf yang lebih baik.

3.5 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas dan peserta kajian dipilih seramai 5 orang daripada 21 orang murid

dari kelas Tahun 5 Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong dan dipilih

subjek atau responden seramai 5 orang dari kelas yang sama ini.. Murid di ambil dari

satu kelas yang sama latar belakang, status ekonomi dan juga tempat tinggal yang

berbeza

Page 35: kt baru.pdf

22

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ini melibatkan 5 orang murid-murid dari Tahun 5

Cemerlang, Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Terengganu. Mereka terdiri

daripada lima orang murid lelaki yang dipilih berpandukan keputusan TOV dan

mereka adalah murid-murid yang mendapat markah yang paling rendah dalam ujian

TOV tersebut.

Jadual 3

Kumpulan Sasaran Murid Bagi Tahun 5 Cemerlang

BIL NAMA

JANTINA

(L/P)

KELAS PRESTASI

(TOV)

1 Muhammad Adam Naqiuddin Bin Alias L 5 C 30

2 Afiq Haikal Bin Ibrahim L 5 C 34

3 Hakim Hakimi Bin Mat Sidek L 5 C 36

4 Muhammad Rahiman Bin Mhd Ghozali L 5 C 30

5 Muhammad Khalis Bin Mohd Asri L 5 C 32

Page 36: kt baru.pdf

23

5.0 TINDAKAN

Dalam bahagian ini pengkaji akan menerangkan serba sedikit tentang Prosedur

Tindakan dan Prosedur Pengumpulan Data bagi kajian ini. Dalam menjalankan kajian

ini, pengkaji mengikuti langkah-langkah di dalam Prosedur Tindakan dengan

berpandukan Model Penyelidikan Tindakan Kemmis (1983) dan Mc Taggart (1988).

Ini adalah kerana model ini sangat sesuai dengan kajian yang dijalankan.

5.1 Tindakan

Bagi memastikan kajian ini dirancang dengan betul, pengkaji merujuk kepada Model

Penyelidikan Tindakan Kemmis (1983) dan Mc Taggart (1988 ) untuk diterapkan

dalam kajian ini. Berdasarkan Gambarajah 1, tahap-tahap yang terdapat dalam model

ini adalah seperti berikut:

Rajah 1 : Model Kemmis dan McTaggart (1988)

Mereflek

Merancang

Memerhati

Bertindak

Rajah 1 : Diadaptasi dari Kemmis (1983) Dan Mc Taggart (1988)

Page 37: kt baru.pdf

24

Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart mengandungi empat langkah utama

berdasarkan gelungan (cycle) iaitu mereflek, merancang,bertindak dan memerhati.

Langkah 1

Berdasarkan Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart, langkah pertama yang

pengkaji lakukan adalah untuk mereflek bagaimana menangani masalah yang

dihadapi. Hal ini termasuklah membina jadual pelaksanaan tindakan agar kajian dapat

dijalankan dengan teratur dan sistematik serta mengikut tempoh yang ingin dicapai

bagi tujuan tersebut. Pengkaji mengatur tindakan mengikut minggu pengkaji berada di

sekolah. Pengkaji memilih teknik peta minda untuk menyelesaikan dan menangani

masalah murid sukar mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Sains iaitu dalam

topik Tenaga. Pengkaji memilih teknik peta minda bertindih kerana banyak pendapat

pakar-pakar menyarankan supaya perkara ini diterapkan di kalangan murid-murid

yang lemah. Pengkaji mula memperkenalkan teknik peta minda kepada murid-murid

sewaktu murid-murid menyalin nota. Murid-murid secara keseluruhannya

dikehendaki menyalin nota, dan seramai 5 orang murid yang diberi penekanan untuk

menguasai teknik peta minda ini. Pengkaji menulis peta minda di kertas manila kad

dan memaparkannya di papan hitam dengan bantuan ‘sticky tack’.

Langkah 2

Dalam aspek merancang pula, pengkaji menerangkan tentang aktiviti yang dilakukan

oleh pengkaji. Pada peringkat permulaan, pengkaji mendedahkan murid-murid dengan

teknik membuat peta minda.

Pengkaji menunujukkan dahulu contoh bagaimana melukis peta minda kepada

peserta kajian.

Peserta kajian akan menyalin semula contoh-contoh peta minda.

Peserta kajian cuba memenuhi isi-isi penting ke dalam peta minda masing-masing.

Page 38: kt baru.pdf

25

Pengkaji menyediakan ujian pra kepada peserta kajian.

Perkara ini dilakukan sebaik saja selesai sesi pembelajaran di bilik darjah agar murid-

murid tidak lupa apa yang baru sahaja dipelajari.

Langkah 3 (Tindakan)

Bagi tindakan pula, pengkaji menjalankan intervensi yang dijalankan selama 3 minggu

untuk mengumpul data. Penguji akan dapat menguji kesan penggunaan peta minda

bertindih ini dalam meningkatkan kemahiran mengingat murid tentang topik Tenaga

dalam mata pelajaran Sains Tahun 5. Pengkaji telah menyediakan beberapa instrumen

seperti lembaran kerja dan ujian pasca

Peserta Kajian diberi lembaran kerja 1,2 dan 3 bagi sesi pertama.

Peserta Kajian diberi lembaran kerja 1,2 dan 3 bagi sesi kedua.

Peserta Kajian diberi lembaran kerja 1,2 dan 3 bagi sesi ketiga.

Peserta Kajian diberi ujian pasca

Langkah 4

Selepas menjalankan tindakan, dalam langkah ke-4, ini merupakan proses

pengumpulan data tentang kesan tindakan. Keputusan ujian pra dan pos, analisis data

bagi senarai semak pemerhatian dan analisis dokumen akan dianalisis secara deskriptif

iaitu peratusan dan kekerapan diambil kira.

Page 39: kt baru.pdf

26

5.2 Prosedur Mengumpul Data

Semasa mendapatkan data pengkaji menggunakan beberapa instrumen kajian.

Antaranya ialah (1) Dokumen Hasil Kerja Murid(lembaran kerja); (2)Ujian Pra dan

Pasca; (3) Pemerhatian

5.2.1 Dokumen Hasil Kerja Murid

Dokumen hasil kerja murid diambil untuk melihat keberkesanan teknik peta minda

bertindih dalam meningkatkan kemahiran mengingat fakta-fakta di dalam tajuk

Tenaga. Pengkaji membina satu instrumen analisis dokumen Lembaran Kerja Murid

bagi mengukur peningkatan dalam kemahiran mengingat murid dalam tajuk Tenaga.

Lembaran kerja diberi bertujuan untuk menguji kemahiran mengingat murid-murid

bagi topik dalam tajuk Tenaga.

5.2.2 Ujian

Instrumen ini terdiri daripada ujian. Data diambil melalui ujian pra dan pasca yang

diberikan kepada murid-murid. Pengkaji menyediakan jadual interpretasi untuk

menunjukkan perkembangan penguasaan peserta kajian dalan tajuk ini

5.2.3 Pemerhatian Tingkahlaku

Bagi menganalisis senarai semak, pengkaji menggunakan jadual kekerapan dengan

merujuk skala Likert untuk mengenalpasti perubahan tingkahlaku peserta kajian

samada semakin positif atau semakin negatif minat peserta terhadap pdp tajuk Tenaga.

Page 40: kt baru.pdf

27

6.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI DATA

Data kajian ini diperoleh daripada instrumen-instrumen yang telah digunakan untuk

menilai keberkesanan penggunaan teknik peta minda bertindih dalam meningkatkan

kemahiran mengingat murid-murid tahun 5 Cemerlang dalam topik Tenaga. Antara

instrumen yang digunakan ialah lebaran kerja. Lembaran kerja yang telah diberikan

kepada murid-murid akan menguji kemahiran mengingat murid-murid dalam topik

Tenaga. Instrumen kedua ialah ujian Pra dan Pasca. Ujian Pra dan Pasca dijalankan

keatas responden bagi menguji penguasaan murid-murid dalam topik Tenaga.

Manakala instrumen ketiga iaitu pemerhatian yang digunakan untuk mengenalpasti

perubahan minat murid terhadap pdp selepas pelaksanaan teknik peta minda bertindih

dalam topik Tenaga.

6.1 Untuk meningkatkan kemahiran mengingat murid tahun 5 Cemerlang dalam

Tajuk Tenaga menggunakan Teknik Peta Minda Bertindih.

Bagi meningkatkan kemahiran mengingat murid tahun 5 dalam topik Tenaga, pengkaji

telah membina satu instrumen analisis dokumen Lembaran Kerja Murid (Lampiran a,

b, c dan d) bagi mengukur peningkatan dalam kemahiran mengingat murid dalam tajuk

Tenaga. Tiga set lembaran kerja murid telah disediakan oleh pengkaji dan diberikan

kepada kumpulan responden pada tiga sesi PdP. Setiap lembaran kerja murid

mempunyai markah keseluruhan sebanyak 10 markah yang terdiri daripada soalan

subjektif. Lembaran kerja ini bertujuan menguji kemahiran mengingat murid-murid

bagi tajuk Tenaga.

Jadual 4 menunjukkan markah yang telah diprolehi peserta kajian tersebut bagi sesi

pertama untuk lembaran kerja 1, lembaran kerja 2dan lembaran kerja 3. Dalam sesi

Page 41: kt baru.pdf

28

pertama ini, kelima-lima peserta kajian mencatatkan purata markah keseluruhan di

bawah 3 markah daripada sepuluh markah. Kelima-lima peserta kajian tidak berjaya

menjawab dengan baik bagi ketiga-tiga lembaran kerja yang diberi.

Jadual 4

Markah lembaran kerja murid keatas peserta kajian sesi pertama

Jadual 5 menunjukkan markah yang telah diprolehi peserta kajian tersebut bagi sesi

kedua untuk lembaran kerja 1, lembaran kerja 2 dan lembaran kerja 3. Bagi peserta

kajian 1 dan 4 purata markah keseluruhan adalah 11, manakala peserta kajian 2 dan 3

mendapat purata markah 13 dan peserta kajian 5 mendaat markah keseluruhan

sebanyak 8. Namun begitu, dalam sesi kedua ini, kelima-lima peserta kajian

mencatatkan peningkatan markah daripada markah sesi sebelum ini.

Jadual 5

Markah lembaran kerja murid keatas peserta kajian sesi kedua

Peserta Kajian Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 Lembaran Kerja 3

PK1 2/10 3/10 1/10

PK2 3/10 3/10 2/10

PK3 2/10 2/10 2/10

PK4 2/10 2/10 0/10

PK5 1/10 2/10 1/10

Page 42: kt baru.pdf

29

Peserta Kajian Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 Lembaran Kerja 3

PK1 4/10 4/10 3/10

PK2 5/10 5/10 3/10

PK3 4/10 5/10 4/10

PK4 4/10 4/10 3/10

PK5 3/10 3/10 2/10

Jadual 6 menunjukkan markah yang telah diprolehi peserta kajian tersebut bagi sesi

ketiga untuk ketiga-tiga lembaran kerja. Bagi lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2

semua kesemua peserta kajian berjaya menjawab dengan betul sebanyak 10 markah.

Dan bagi lembaran kerja 3, hanya peserta kajian 2 sahaja yang mendapat markah penuh

manakala 4 lagi peserta kajian mendapat 9 markah. Kesemua peserta kajian berjaya

menunjukkan prestasi yang tinggi dalam kemahiran mengingat bagi topik tenaga ini.

Jadual 6

Markah lembaran kerja murid keatas peserta kajian sesi ketiga

Peserta Kajian Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 Lembaran Kerja 3

PK1 10/10 10/10 8/10

PK2 10/10 10/10 10/10

PK3 10/10 10/10 9/10

PK4 10/10 10/10 9/10

PK5 10/10 10/10 9/10

6.2 Untuk meningkatkan pencapaian murid tahun 5 Cemerlang dalam Tajuk

Tenaga menggunakan teknik Peta Minda Bertindih.

Page 43: kt baru.pdf

30

Seterusnya objektif kedua bagi kajian ini ialah bagi membuktikan penggunaan teknik

Peta Minda Bertindih dapat meningkatkan penguasaan murid dalam topik Tenaga.

Pengkaji telah menyediakan soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca selepas melaksanakan

teknik peta minda bertindih kepada peserta kajian ini. Hasil kedua-dua ujian telah

dianalisis dan gred peserta kajian dapat dirumuskan berdasarkan gred berikut:

Jadual 7

Gred dan markah dalam ujian yang dijalankan

GRED Markah

A 80-100

B 60-79

C 40-59

D 0-39

Jadual 8

Keputusan peserta kajian dalam ujian pra dan pasca

Peserta

Kajian

Ujian Perubahan Pola

Pra Pasca

Markah(%) Gred Markah(%) Gred

PK1 16 D 90 A 74 Meningkat

PK2 14 D 84 B 70 Meningkat

PK3 18 D 94 A 76 Meningkat

PK4 18 D 92 A 74 Meningkat

PK5 10 D 78 B 68 Meningkat

Page 44: kt baru.pdf

31

Rajah 2 : Graf Palang Perbandingan Pra Dan Pasca

Rajah 2 menunjukkan perbandingan di antara keputusan Ujian Pra dan Pasca bagi

peserta kajian. Selepas dibuat perbandingan, pencapaian yang diperoleh kelima-lima

peserta kajian telah meningkat dari ujian pra kepada ujian pasca. Peratusan keputusan

tertinggi yang diperoleh oleh peserta kajian ialah peserta kajian 3 sebanyak 94%.

Peserta kajian 1 dan 4 masing-masing mendapat markah 90%dan 92%. Peserta kajian

2 dan 5 mendapat gred B iaitu masing-masing mendapat 84% dan 78%.

6.3 Untuk meningkatkan minat murid-murid dalam mempelajari tajuk Tenaga

menggunakan Teknik Peta Minda Bertindih.

Berdasarkan jadual 9 yang menunjukkan analisis pemerhatian bagi peserta kajian 1,

minat murid terhadap topik tenaga bagi sesi sebelum pelaksanaan peta minda bertindih

menunjukkan pemerhatian tingkahlaku negatif sebanyak 60% . Peserta kajian 1,

menunjukkan tingkahlaku malas, berbual-bual dan mengganggu rakan. Manakala

selepas pelaksanaan peta minda bertindih, peserta kajian menunjukkan perubahan

yang positif dan tidak lagi menunjukkan tingkahlaku negatif sewaktu pdp.

PK1 PK2 PK3 PK4 PK5

PRA 16 14 18 18 10

PASCA 90 84 94 92 78

0

20

40

60

80

100

MA

RK

AH

(%

)

PERBANDINGAN KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN

UJIAN PASCA

Page 45: kt baru.pdf

32

Jadual 9

Peserta Kajian 1

Berdasarkan jadual 10 yang menunjukkan analisis pemerhatian bagi peserta kajian 2,

minat murid terhadap topik tenaga bagi sesi sebelum pelaksanaan peta minda bertindih

menunjukkan pemerhatian tingkahlaku negatif sebanyak 60% . Peserta kajian 2 secara

keseluruhannya menunjukkan tingkahlaku menyiapkan kerja lain, mengganggu rakan

dan berjalan ke tempat lain. Manakala selepas pelaksanaan peta minda bertindih,

peserta kajian menunjukkan perubahan yang positif dan tidak lagi menunjukkan

tingkahlaku negatif sewaktu pdp.

Jadual 10

Peserta Kajian 2

Pemerhatian Sebelum

Intervensi

Selepas

Intervensi

Ya Tidak Ya Tidak

A.Malas / /

B.Menyiapkan Kerja Lain / /

C.Berbual-bual / /

D.Mengganggu rakan / /

E.Berjalan ke tempat lain / /

JUMLAH 3/5 2/5 0/5 5/5

PERATUS (%) 60 40 0 100

Page 46: kt baru.pdf

33

Pemerhatian Sebelum

Intervensi

Selepas

Intervensi

Ya Tidak Ya Tidak

A.Malas / /

B.Menyiapkan Kerja Lain / /

C.Berbual-bual / /

D.Mengganggu rakan / /

E.Berjalan ke tempat lain / /

JUMLAH 3/5 2/5 0/5 5/5

PERATUS (%) 60 40 0 100

Berdasarkan jadual 11 yang menunjukkan analisis pemerhatian bagi peserta kajian 3,

minat murid terhadap topik tenaga bagi sesi sebelum pelaksanaan peta minda bertindih

menunjukkan pemerhatian tingkahlaku negatif sebanyak 40% . Peserta kajian 2 secara

keseluruhannya menunjukkan tingkahlaku mengganggu rakan dan berjalan ke tempat

lain. Manakala selepas pelaksanaan peta minda bertindih, peserta kajian menunjukkan

perubahan yang positif dan tidak lagi menunjukkan tingkahlaku negatif sewaktu pdp.

Jadual 11

Peserta Kajian 3

Page 47: kt baru.pdf

34

Pemerhatian Sebelum

Intervensi

Selepas

Intervensi

Ya Tidak Ya Tidak

A.Malas / /

B.Menyiapkan Kerja Lain / /

C.Berbual-bual / /

D.Mengganggu rakan / /

E.Berjalan ke tempat lain / /

JUMLAH 2/5 3/5 0/5 5/5

PERATUS (%) 40 60 0 100

Berdasarkan jadual 12 yang menunjukkan analisis pemerhatian bagi peserta kajian 4,

minat murid terhadap topik tenaga bagi sesi sebelum pelaksanaan peta minda bertindih

menunjukkan pemerhatian tingkahlaku negatif sebanyak 40% . Peserta kajian 2 secara

keseluruhannya menunjukkan tingkahlaku berbual-bual dan berjalan ke tempat lain.

Manakala selepas pelaksanaan peta minda bertindih, peserta kajian menunjukkan

perubahan yang positif dan tidak lagi menunjukkan tingkahlaku negatif sewaktu pdp.

Jadual 12

Peserta Kajian 4

Page 48: kt baru.pdf

35

Pemerhatian Sebelum

Intervensi

Selepas

Intervensi

Ya Tidak Ya Tidak

A.Malas / /

B.Menyiapkan Kerja Lain / /

C.Berbual-bual / /

D.Mengganggu rakan / /

E.Berjalan ke tempat lain / /

JUMLAH 2/5 3/5 0/5 5/5

PERATUS (%) 40 60 0 100

Berdasarkan jadual 13 yang menunjukkan analisis pemerhatian bagi peserta kajian 5,

minat murid terhadap topik tenaga bagi sesi sebelum pelaksanaan peta minda bertindih

menunjukkan pemerhatian tingkahlaku negatif sebanyak 40% . Peserta kajian 2 secara

keseluruhannya menunjukkan menyiapkan kerja lain dan mengganggu rakan.

Manakala selepas pelaksanaan peta minda bertindih, peserta kajian menunjukkan

perubahan yang positif dan tidak lagi menunjukkan tingkahlaku negatif sewaktu pdp.

Jadual 13

Peserta Kajian 5

Page 49: kt baru.pdf

36

Pemerhatian Sebelum

Intervensi

Selepas

Intervensi

Ya Tidak Ya Tidak

A.Malas / /

B.Menyiapkan Kerja Lain / /

C.Berbual-bual / /

D.Mengganggu rakan / /

E.Berjalan ke tempat lain / /

JUMLAH 2/5 3/5 0/5 5/5

PERATUS (%) 40 60 0 100

Jadual 14

Perbandingan Pemerhatian Tingkahlaku Bagi 5 Peserta Kajian

Item Peserta

Kajian

Tingkah Laku Negatif Beza

(%)

Pola

Sebelum

Intervensi (%)

Selepas Intervensi

(%)

1 PK 1 60 0 60 Berkurang

2 PK2 40 0 40 Berkurang

3 PK3 40 0 40 Berkurang

4 PK4 40 0 40 Berkurang

5 PK5 40 0 40 Berkurang

Page 50: kt baru.pdf

37

7.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Bahagian ini membimcangkan tentang hasil dapatan kajian yang diperolehi daripada

instrumen lembaran kerja,ujian pra dan pasca dan pemerhatian. Hasil dapatan ini juga

dapat dikaitkan dengan teori-teori serta kajian-kajian lepas seterusnya menyokong

kajian-kajian yang telah dilaksanakan.

7.1 Meningkatkan kemahiran mengingat murid tahun 5 Cemerlang dalam Tajuk

Tenaga menggunakan Teknik Peta Minda Bertindih.

Hasil dapatan yang telah dilaksanakan oleh pengkaji dapat mengenalpasti kemahiran

mengingat murid dalam topik Tenaga sebelum dan selepas penggunaan teknik Peta

Minda Bertindih. Sebelum teknik ini dijalankan, murid telah mengikuti sesi

pembelajaran seperti biasa di dalam kelas seperti penggunaan papan hitam dan slide

projektor. Pengajaran secara tradisional kurang membantu murid menguasai

kemahiran mengingat fakta sains. Perkara ini jelas terbukti melalui lembaran kerja

yang telah disediakan oleh pengkaji dan dibuat oleh kepada peserta kajian. Majoriti

peserta kajian masih lupa tentang apa yang telah diajar walaupun baru sahaja selesai

matapelajaran tersebut. Tetapi selepas pengkaji mengulangi memberikan lembaran

kerja kepada peserta kajian sebanyak 3 sesi, peserta kajian berjaya mengingati hampir

keseluruhan fakta sains bagi tajuk tenaga. Hal ini selari dengan dapatan kajian yang

dilakukan oleh Amanda Wong(2008) yang telah menggunakan pendekatan peta minda

bersistem dalam kajiannya untuk meningkatkan keupayaan menghafal fakta dalam

penulisan esei. Melalui peta minda bersistem, pencapaian pelajar yang mengingati

fakta sains telah meningkat kepada 8 orang. Secara tidak langsung, kajian tersebut

menunjukkan penggunaan peta minda dapat membantu meningkatkan kemahiran

Page 51: kt baru.pdf

38

murid untuk mengingati isi-isi penting yang telah dipelajari. Selain itu,kajian ini

bertepatan dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Noraini Wahidah (2010) yang

telah membuat kajian tentang kemahiran mengingat dalam tajuk tenaga tahun 5. Dalam

kajian beliau, lembaran kerja telah digunakan bagi mengumpul data kajian dan hasil

analisa lembaran kerja menunjukkan peningkatan kemahiran mengingat murid tahun

5 Bagi tajuk ‘Energy’.

7.2 Meningkatkan pencapaian murid tahun 5 Cemerlang dalam Tajuk Tenaga

menggunakan teknik Peta Minda Bertindih

Data yang dikumpul menunjukkan penguasaan pencapaian murid dalam topik Tenaga

telah meningkat melalui penggunaan teknik peta minda iaitu daripada empat orang

mendapat markah 30 dan seorang mendapat markah 20 dalam ujian pra kepada lima

orang mendapat gred A dalam ujian pos. Dapatan kajian yang diperolehi selari

dengandapatan kajian yang telah dilakukan oleh Wong Pui Chze (2009), dan Zalekha

Elie (2005). Wong Pui Chze (2009), telah melaksanakan kajan ke atas murid Tahun 5

Sekolah Jenis Kebangsaan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam karangan

dengan menggunakan teknik peta minda. Keputusan kajian mendapati 90% dripada

murid dapat mencapai markah penuh manakala Zalekha Elie(2009) dalam kajian lepas

juga mengkaji tentang perkaitan antara prestasi murid dalam penulisan Bahasa Melayu

dengan penggunaan Peta Minda. Hasil Kajian menunjukkan murid-murid yang diberi

pendedahan peta minda telah dapat mengaplikasi kaedah ini dengan jayanya dengan

menghasilkan satu penulisan peta minda yang cantik dan menarik.

Kajian ini juga berselari dengan kajian oleh Nasyaratul Fathiah (2011) yang

menggunakan Ujian Pra dan Pasca dan menunjukkan peningkatan dalam ujian

selepas belajar menggunakan Peta Minda. Selepas belajar menggunakan Peta Minda,

Page 52: kt baru.pdf

39

murid-murid dapat menjawab dengan betul secara keseluruhan soalan ujian yang

diberikan.

7.3 Meningkatkan minat murid-murid dalam mempelajari tajuk Tenaga

menggunakan Teknik Peta Minda Bertindih.

Melalui dapatan kajian daripada instrumen pemerhatian, peserta kajian telah

menunjukkan peningkatan dalam minat terhadap pelajaran topik tenaga bagi sebelum

dan selepas pelaksanaan peta minda bertindih. Contohnya, peratusan murid-murid

yang menunjukkan tingkah laku negatif berjalan ke tempat lain adalah sebanyak 60%

bagi fasa sebelum pelaksanaan peta minda. Namun demikian, peratusan murid berjalan

ke tempat lain semasa pdp bagi fasa selepas pelaksanaan peta minda bertindih telah

berkurang dengan berjaya sekali iaitu sifar peratus. Dapatan kajian ini menunjukkan

perubahan tingkah laku ke arah yang lebih positif. Wan Mohd Zahid Nordin (1999),

menyatakan sistem pendidikan di Malaysia masih lagi kurang menekankan aspek

teknik belajar secara formal. Menurutnya lagi, kebanyakan murid mempelajari teknik

atau kemahiran belajar secara kebetulan, atau terikut-ikut dengan rakan sebaya. Situasi

ini wujud disebabkan mereka tidak mempunyai panduan yang khusus untuk

menghadapi pembelajaran mereka terutama mata pelajaran yang sukar. Justeru, guru

memainkan peranan utama dalam pemilihan teknik belajar untuk diaplikasikan kepada

murid-murid yang mana secara tidak langsung berperanan dalam pembentukan sikap

positif dalam diri murid.Justeru, teknik belajar seperti peta minda bertindih dapat

meningkatkan perubahan tingkalaku minat murid terhadap pdp kearah tinglah laku

yang positif dalam diri mereka.

Kesimpulannya, penggunaan peta minda bertindih bukan sahaja

meningkatkan kemahiran mengingat fakta sains malah, dapat meningkatkan

Page 53: kt baru.pdf

40

penguasaan pencapaian ujian murid dalam ujian yang telah dijalankan. Di samping

itu, perubahan minat murid terhadap pdp juga dapat diperhatikan selepas pelaksanaan

peta minda.

Keseluruhannya, pengkaji berasa sangat gembira kerana semua objektif

yang dirancang telah tercapai. Justeru, pengkaji berharap teknik belajar iaitu peta

minda bertindih dapat diterapkan di kalangan murid supaya dapat mengukuhkan daya

ingatan mereka disamping memotivasikan mereka dalam mengulangkaji pelajaran.

Semoga hasil kajian ini dapat memberi seinfiniti manfaat kepada pembacanya.

Page 54: kt baru.pdf

41

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian ini hanya berfokuskan kepada penggunaan peta minda bertindih dalam

meningkatkan kemahiran mengingat murid Tahun 5 Cemerlang dalam topik Tenaga.

Justeru, kajian ini boleh diperluas dengan mengaplikasikan penggunaan peta minda

dalam topik-topik lain. Hal ini kerana peta minda hanya menggunakan kata kunci yang

ringkas dan mudah diingat. Selain dapat meningkatkan dan mengukuhkan daya

ingatan murid, peta minda juga dapat merangsang murid untuk membaca buku nota

mereka. Hal ini kerana disebabkan murid dapat melakar, melukis dan menghias peta

minda mereka dengan pelbagai cara yang kreatif.

Pengkaji hanya menggunakan lembaran kerja, ujian pra dan ujian pos dan

pemerhatian sebagai instrumen kajian. Justeru, pengkaji-pengkaji pada masa akan

datang boleh mempelbagaikan instrumen yang digunakan seperti ujian lisan bagi

kemahiran mengingat, analisis dokumen bagi pencapaian dan temubual bagi meninjau

minat murid agar dapatan kajian yang akan diperoleh akan lebih baik.

SENARAI RUJUKAN

Page 55: kt baru.pdf

42

Goodnough, Karen & Woods, Robin (2002). Student and teacher perceptions of mind

mapping: A middle school case study. ERIC Document Reproduction Service No.

ED470970.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (Eds.) (1988). The Action Research Planner. Melbourne:

Deakin University.

Mok Soon Sang, (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan : Perancangan dan Pelaksanaan

Penyelidikan Tindakan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong.

Nasyaratul F. F. (2011). Meningkatkan Pencapaian Murid Tahun 4 Intan Dalam Topik

'Materials Around Us' Bagi Subjek Sains Dengan Menggunakan Teknik Peta Minda.

Kuala Terengganu.(Tidak diterbitkan)

Noraini Ahmad.(1993). Mengekalkan Daya Ingatan. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn.

Bhd.

Subadrah Madhawa Nair (2001). Penggunaan peta minda sebagai satu strategi dalam

pengajaran kesusasteraan melayu. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan. Fakulti

Pendidikan UKM.

Tony Buzan, Barry Barry Buzan (1993). The Mind Map Book. Woodlands, London : BBC

Books.

Tony Buzan. (2006). Use your Memory, Understand Your Mind. England. BBC Active.

Tonny Windura. (2008). Peta Minda Langkah Demi Langkah. Batu Caves, Selangor: PTS

Publication.

Tony Buzan. (2002). How To Mind Map. Hammersmith, London : Thorsons.

Page 56: kt baru.pdf

43

Zainong Binti Mamat (2012), Peningkatan Tahap Penguasaan Murid Tahun 4 Cemerlang

Dalam Penulisan Nota Sains Dengan Menggunakan Kaedah Peta Minda, Prosiding

Seminar Penyelidikan Tindakan (Tidak diterbitkan)

Zalekha Eie (2005), Meningkatkan Prestasi Murid Tahun 5 Jaya Dalam Penulisa Bahasa

Melayu Menggunakan Kaedah Peta Minda dan Kata Soal, Prosiding Seminar

Penyelidikan Tindakan (Tidak diterbitkan)

LEMBARAN KERJA 1 (Lampiran a)

Page 57: kt baru.pdf

44

Nama :

Tarikh :

Isikan tempat yang kosong dengan jawapan yang sesuai

1. Tenaga adalah kebolehan melakukan

2. Sumber utama bagi tenaga adalah datang daripada

3.Sumber tenaga terbahagi kepada sumber

4. Sumber tenaga adalah:

,

,

,

5. Kincir angin adalah sebuah mesin yang menggunakan tenaga

untuk berputar.

/10 Markah

LEMBARAN KERJA 2 (Lampiran b)

Page 58: kt baru.pdf

45

Nama :

Tarikh :

Isikan tempat yang kosong dengan jawapan yang sesuai

1. Manusia dan haiwan memerlukan untuk mendapat

tenaga.

2. Rakit memerlukan tenaga untuk bergerak.

3. Terdapat bentuk tenaga.

4. Bentuk-bentuk tenaga adalah tenaga ,

tenaga , tenaga ,

tenaga , tenaga ,

tenaga , tenaga

/10 Markah

LEMBARAN KERJA 3 (Lampiran c)

Page 59: kt baru.pdf

46

Nama :

Tarikh :

Isikan tempat yang kosong dengan jawapan yang sesuai.

1. Tenaga yang boleh diperbaharui adalah tenaga yang

2. Sumber utama yang boleh diperbaharui adalah

,

, ,

.

3. Tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah tenaga yang

4. Sumber utama yang tidak boleh diperbaharui adalah

,

, .

5. Rajah x menunjukkan mesin P, Q, R dan S yang menggunakan

tenaga daripada pelbagai sumber.

Namakan sumber tenaga yang digunakan oleh:

Page 60: kt baru.pdf

47

P: R:

Q: S:

/10 Markah

Page 61: kt baru.pdf

48

(Lampiran D)

NAMA:……………………………………………………………

TAHUN:…………….

SULIT

Sains

2014

30 minit

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GUNTONG

21060 KUALA TERENGGANU

UJIAN PRA

SAINS

TAHUN 5

30 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 10 soalan aneka pilihan pada Bahagian A dan

1 soalan struktur pada Bahagian B.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan hendaklah ditulis diruangan yang disediakan dalam kertas soalan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat

sehingga bersih. Kemudian tuliskan jawapan yang baru.

5. Gunakan pensel 2B atau HB sahaja

Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak termasuk halaman

hadapan.

Page 62: kt baru.pdf

49

BAHAGIAN A

Bulatkan jawapan yang betul.

1. Rajah 1 menunjukkan dua jenis aktiviti,

Gambar Rajah 1

Apakah yang kita perlukan untuk menjalankan aktiviti di atas?

Apakah yang kita perlukan untuk menjalankan aktiviti di atas?

A.Tenaga B. Basikal

C.Bola C.Pakaian

2. Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga?

a. Tenaga adalah daya berkuasa

b. Tenaga adalah keupayaan melakukan kerja

c. Tenaga adalah salah satu keperluan asas menusia

d. Tenaga adalah daya yang menggerakkan objek

3. Manakah antara berikut adalah sumber utama bagi tenaga?

A.Dinamo C. Matahari

B. Bola D. Lilin

4. Rajah 2 menunjukkan sepotong kek dan sepinggan burger

Page 63: kt baru.pdf

50

Gambar Rajah 2

Apakah bentuk tenaga yang tersimpan dalam makanan itu?

A.Tenaga Kimia

B. Tenaga Keupayaan

C. Tenaga Haba

D. Tenaga Cahaya

5. Berapa banyakkah bentuk tenaga yang wujud?

A. 7

B. 5

C. 6

D. 4

6. Bagaimanakah tenaga kinetic dihasilkan?

A. Dengan pembakaran bahan api

B. Dengan objek bergerak

C. Dengan Pembesar suara

D. Dengan memanaskan air

7. Gambar rajah 3 menunjukkan sebuah alat elektrik

Gambar Rajah 3

Manakah antara berikut mengalami perubahan tenaga yang sama seperti alat di atas?

Page 64: kt baru.pdf

51

A. Tong gas

B. Kipas siling

C. Loceng elektrik

D. Seterika elektrik

8. Manakah antara berukut adalah sebuah tenaga yang tidak boleh diperbaharui

A. Arang Batu C. Solar

B. Biojisim D. Angin

9. Gambar rajah 4menunjukkan sebuah stesen janakuasa elektrik.

Gambar Rajah 4

Tenaga hidroelektrik diperoleh daripada air. Apakah bentuk pertama tenaga diperoleh

oleh air sebelum perubahan tenaga berlaku?

A. Tenaga Elektrik

B. Tenaga Keupayaan

C. Tenaga Bunyi

D. Tenaga Kinetik

10. Manakah antara aktiviti berikut boleh membantu menjimatkan tenaga?

i. Menggunakan lebih tenaga elektrik

ii. Berkongsi kereta

iii. Tidur dengan lampu terbuka

iv. Menggunakan tenagaboleh diperbaharui

A. I dan ii C.. ii dan iv

B. Ii dan iii D. iii dan iv

Page 65: kt baru.pdf

52

Bahagian B

Jawab semua soalan.

1. Senaraikan sumber-sumber tenaga.

2. Senaraikan bentuk-bentuk tenaga yang ada.

Page 66: kt baru.pdf

53

3. Berikan maksud Tenaga Yang Tidak Boleh Diperbaharui

4. Berikan maksud Tenaga Yang Boleh Diperbaharui

5. Namakan tenaga yang boleh diperbaharui

6. Namakan tenaga yang boleh diperbaharui

Page 67: kt baru.pdf

54

(Lampiran E)

NAMA:………………………………………………

TAHUN:…………….

SULIT

Sains

A 2014

30 minit

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GUNTONG

21060 KUALA TERENGGANU

UJIAN PASCA

SAINS

TAHUN 5

30 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

6. Kertas soalan ini mengandungi 10 soalan aneka pilihan pada Bahagian A dan

1 soalan struktur pada Bahagian B.

7. Jawab semua soalan.

8. Jawapan hendaklah ditulis diruangan yang disediakan dalam kertas soalan.

9. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat

sehingga bersih. Kemudian tuliskan jawapan yang baru.

10. Gunakan pensel 2B atau HB sahaja

Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak termasuk halaman

hadapan.

Page 68: kt baru.pdf

55

BAHAGIAN A

Bulatkan jawapan yang betul.

11. Manakah antara berikut adalah sumber utama bagi tenaga?

A.Dinamo C. Matahari

B. Bola D. Lilin

12. Rajah 1 menunjukkan sepotong kek dan sepinggan burger

Gambar Rajah 1

Apakah bentuk tenaga yang tersimpan dalam makanan itu?

A.Tenaga Kimia

B. Tenaga Keupayaan

C. Tenaga Haba

D. Tenaga Cahaya

13. Berapa banyakkah bentuk tenaga yang wujud?

E. 7

F. 5

G. 6

H. 4

14. Manakah antara aktiviti berikut boleh membantu menjimatkan tenaga?

v. Menggunakan lebih tenaga elektrik

vi. Berkongsi kereta

vii. Tidur dengan lampu terbuka

viii. Menggunakan tenagaboleh diperbaharui

Page 69: kt baru.pdf

56

C. I dan ii C.. ii dan iv

D. Ii dan iii D. iii dan iv

15. Bagaimanakah tenaga kinetik dihasilkan?

A. Dengan pembakaran bahan api

B. Dengan objek bergerak

C. Dengan Pembesar suara

D. Dengan memanaskan air

16. Rajah 2 menunjukkan dua jenis aktiviti,

Gambar Rajah 2

Apakah yang kita perlukan untuk menjalankan aktiviti di atas?

A.Tenaga B. Basikal

C.Bola C.Pakaian

17. Manakah antara berukut adalah sebuah tenaga yang tidak boleh diperbaharui

C. Arang Batu C. Solar

D. Biojisim D. Angin

18. Gambar rajah 3 menunjukkan sebuah stesen janakuasa elektrik.

Page 70: kt baru.pdf

57

Gambar Rajah 3

Tenaga hidroelektrik diperoleh daripada air. Apakah bentuk pertama tenaga diperoleh

oleh air sebelum perubahan tenaga berlaku?

E. Tenaga Elektrik

F. Tenaga Keupayaan

G. Tenaga Bunyi

H. Tenaga Kinetik

19. Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga?

a. Tenaga adalah daya berkuasa

b. Tenaga adalah keupayaan melakukan kerja

c. Tenaga adalah salah satu keperluan asas menusia

d. Tenaga adalah daya yang menggerakkan objek

20. Gambar rajah 4 menunjukkan sebuah alat elektrik

Gambar Rajah 4

Manakah antara berikut mengalami perubahan tenaga yang sama seperti alat di atas?

E. Tong gas

F. Kipas siling

G. Loceng elektrik

H. Seterika elektrik

Page 71: kt baru.pdf

58

Bahagian B

Jawab semua soalan.

7. Senaraikan sumber-sumber tenaga.

8. Senaraikan bentuk-bentuk tenaga yang ada.

Page 72: kt baru.pdf

59

9. Berikan maksud Tenaga Yang Boleh Diperbaharui

10. Berikan maksud Tenaga Yang Tidak Boleh Diperbaharui

11. Namakan tenaga yang boleh diperbaharui

12. Namakan tenaga yang boleh diperbaharui

Page 73: kt baru.pdf

60

PEMERHATIAN (Lampiran f)

Memerhatikan tingkah laku murid yang tidak menumpukan perhatian semasa guru

sedang mengajar

Memasukkan Jadual Pemerhatian dengan kod-kod seperti di bawah yang

menunjukkan tingkah laku murid semasa guru mengajar

A.Malas

B.Menyiapkan Kerja Lain

C.Berbual-bual

D.Mengganggu rakan

E.Berjalan ke tempat lain

PEMERHATIAN SEBELUM PELAKSANAAN

Peserta Kajian PEMERHATIAN TINGKAH LAKU

A B C D E

PK1

PK2

PK3

PK4

PK5