Edu Content Complete

30
1.0 PENGENALAN Bimbingan Kaunseling ini pada asasnya mempunyai pelbagai takrifan yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi. Setiap takrifan ini, dihuraikan oleh ahli-ahli psikologi ini mengikut falsafah dan aliran pemahaman masing-masing. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159), menjelaskan maksud bimbingan ialah perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing. Selain itu Othman Mohamed (2000) juga mendefinisikan bimbingan sebagai sebahagian daripada proses menolong. Proses ini meliputi bagaimana sesuatu arahan diberikan secara teratur dan tersusun serta mengandungi maklumat yang sesuai untuk menentukan pencapaian matlamat oleh orang yang menerima. Biasanya ia merujuk kepada menentukan kebajikan dan perkembangan dirinya. Bantuan yang diberikan oleh seseorang sama ada lelaki atau perempuan yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri; membuat pilihan hidupnya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Takrifan bimbingan ini merujuk kepada pendapat Crow dan Crow (1960). Manakala menurut Shertzer dan Stone (1971), menyatakan bimbingan merupakan proses menolong individu memahami diri sendiri serta alam sekelilingnya. Proses ini sentiasa berterusan dan memerlukan jangka masa yang lama untuk melihat hasilnya. Huraian secara terperinci mengenai takrifan ini diperjelaskan oleh Tang Chee Yee (1991:1). Maksud menolong bermakna bantu, assisting dan availing seseorang 1 EDU 3073 - BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

description

fsdfdsf

Transcript of Edu Content Complete

EDU 3073 - BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

1.0 PENGENALAN

Bimbingan Kaunseling ini pada asasnya mempunyai pelbagai takrifan yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi. Setiap takrifan ini, dihuraikan oleh ahli-ahli psikologi ini mengikut falsafah dan aliran pemahaman masing-masing. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159), menjelaskan maksud bimbingan ialah perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing. Selain itu Othman Mohamed (2000) juga mendefinisikan bimbingan sebagai sebahagian daripada proses menolong. Proses ini meliputi bagaimana sesuatu arahan diberikan secara teratur dan tersusun serta mengandungi maklumat yang sesuai untuk menentukan pencapaian matlamat oleh orang yang menerima. Biasanya ia merujuk kepada menentukan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Bantuan yang diberikan oleh seseorang sama ada lelaki atau perempuan yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri; membuat pilihan hidupnya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Takrifan bimbingan ini merujuk kepada pendapat Crow dan Crow (1960). Manakala menurut Shertzer dan Stone (1971), menyatakan bimbingan merupakan proses menolong individu memahami diri sendiri serta alam sekelilingnya. Proses ini sentiasa berterusan dan memerlukan jangka masa yang lama untuk melihat hasilnya. Huraian secara terperinci mengenai takrifan ini diperjelaskan oleh Tang Chee Yee (1991:1). Maksud menolong bermakna bantu, assisting dan availing seseorang individu dalam menyelesaikan hal yang berkaitan dengan perkembangan dan kepuasan kehidupan peribadi dan sosial. Perkataan memahami diri pula ialah bagaimana seseorang individu itu memahami identiti diri, kelebihan dan kekurangan yang dimiliki. Seterusnya alam sekeliling pula ialah merujuk kepada keadaan yang berlaku di sekitarnya dan peluang-peluang yang harus direbut.

Takrifan kaunseling sering ditafsirkan sebagai satu bentuk nasihat. Namun ia bukan hanya nasihat semata-mata disebabkan wujunya unsur nasihat ini. Pada asasnya kaunseling berasal dari perkataan Inggeris iaitu counseling yang bermaksud menolong. Namun begitu terdapat pelbagai takrifan lain berkenaan dengan maksud kaunseling ini yang merumuskan bahawa kaunseling ialah satu proses menolong individu mengenali diri sendiri dan cara berinteraksi dengan keadaan persekitarannya. Pada masa sama individu ini dapat memperkembangkan potensi diri untuk masa depannya. Kaunseling menurut takrifan Shertzer dan Stone (1968), membawa maksud proses interaksi seseorang individu dalam memahami diri sendiri serta keadaan sekelilingnya. Proses ini melibatkan penetapan matlamat dan nilai hidup yang dibentuk dan dijelaskan sehingga dapat mecapai keputusan yang wajar untuk masa depannya.

Gambar 1: Sesi kaunseling yang sedang berlangsung

Kaunseling juga ialah satu keadaan dimana proses untuk membantu individu yang bermasalah. Selain itu, ia juga merujuk kepada bagaimana membantu seseorang individu untuk menyelesaikan masalah personal, perasaan dan cara untuk membuat keputusan. Seterusnya kaunseling juga merupakan satu proses pertemuan secara interaktif iaitu bersemuka antara kaunselor dan klien sehingga berlaku perubahan pada diri klien tersebut. Oleh itu, maksud kaunseling dapat disimpulkan sebagai suatu proses bantuan secara profesional untuk bimbingan klien memahami dirinya dan suasana sekelilingnya. Bimbingan ini dilakukan sehingga kelihatan perubahan yang positif kepada klien tersebut.

2.0 APLIKASI TEORI DALAM PROSES BIMBINGAN DAN KAUNSELING

2.1 PERIHAL MASALAH

Sepertimana yang kita telah sedia maklum, Hassan adalah merupakan seorang pelajar cemerlang yang baru sahaja berpindah ke sebuah sekolah elit di bandar. Pada suatu hari, Hassan mendapat giliran untuk membentang tugasan sejarahnya. Beliau berasa gementar dan bimbang kerana ia beranggapan bahawa beliau harus memperoleh markah yang tinggi dalam pembentangan tersebut. Hal ini kerana, beliau sentiasa mendapat markah tertinggi bagi setiap hasil pembentangan tugasan di sekolahnya sebelum ini. Wujud pergolakan emosi dalam diri Hassan yang mana beliau berasa gementar dan bimbang akan kemampuan diri. Beliau tidak mampu berfikir secara rasional malah ianya turut mempengaruhi tingkalaku beliau semasa berada di dalam kelas. Tumpuan terhadap pembelajaran juga terganggu.

Situasi yang dialami oleh Hassan dikategorikan sebagai salah satu daripada masalah tingkahlaku yang dihadapi oleh kanak-kanak. Masalah yang dihadapi Hassan lebih menjurus ke arah masalah pemendaman tingkah laku atau internatilizing behavior. Thomas Achenbach (1992), menjelaskan bahawa, pemendaman tingkah laku merupakan keadaan apabila kanak-kanak mengarahkan perasaan dan emosi mereka ke dalam iatu dengan memendamkan perasaan dan emosi mereka. Tiga jenis tingkah laku yang terpendam ini termasuklah rungutan somatik, tingkah laku kebimbangan / tertekan dan menarik diri. Masalah somatik termasuklah keletihan, sengal-sengal, muntah, sakit kepada, pening, loya dan rungutan mengenai kulit, perut dan mata. Tingkah laku menarik diri ditunjukkan dalam bentuk malu, merenung, merajuk dan kesedihan. Kebimbangan pula dikenalpasti dengan tingkah laku menangis, takut, sendirian, risau, rasa tidak berharga, mencurigai dan bimbang.

Dalam konteks permasalahan Hassan, tingkah laku yang ditunjukkan lebih ke arah kategori tingkah laku menarik diri. Wujud pergolakan emosi dalam diri Hassan. Beliau berasa gusar dan bimbang akan kualiti hasil tugasan yang dihasilkan. Hassan terlalu meletakkan harapan yang tinggi agar beliau dapat memperoleh markah yang tinggi daripada pembentangan tersebut. Tekanan yang dihadapi membuatkan beliau tidak dapat berfikir dengan jelas dan rasional.

Dari sudut pandangan saya, faktor dominan yang menyumbang ke arah masalah tingkah laku dalam diri Hassan adalah faktor tekanan. Terdapat pelbagai punca tekanan terhadap pelajar. Ibu bapa menjadi salah satu punca tekanan pelajar. Kebanyakkan ibu bapa mahukan anak - anak mereka mencapai kejayaan dalam pendidikan sebagai jaminan mendapat kerjaya yang baik di masa hadapan. Menggalakkan anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan perlu mengikut landasan yang betul dalam setiap langkah dan tindakan dan bukannya mengenakan sesuatu peraturan tanpa rasional. Penggunaan peraturan tanpa rasional dan meletakkan harapan yang tidak realistik terhadap pencapaian anak - anak akan memberi tekanan kepada anak - anak. Sekiranya harapan yang diletakkan ibu bapa tidak dapat dicapai oleh anak - anak, ini akan menyebabkan anak - anak mengalami tekanan yang teruk sehingga boleh menyebabkan trauma. Dalam kes ini, Hassan meletakkan harapan Ibu dan juga bapa sebagai pendorong utama dalam setiap perkara yang beliau lakukan. Justeru, hal ini sedikit sebanyak memberikan impak terhadap diri beliau dari aspek psikolgi sebagaimana yang telah kita sedia maklum terdapat pelbagai kesan tekanan ataupun stress terhadap diri sama ada dari sudut kesihatan dan sebagainya.

Gambar 1: Tekanan punca kepada masalah tingkah laku murid

Selain itu, keinginan yang melebihi kemampuan juga menyebabkan tekanan dalam kalangan pelajar. Setiap pelajar mempunyai keinginan yang sangat tinggi yang ingin dicapai. Bagi pelajar yang pintar adalah mudah bagi mereka untuk mencapai cita-cita mereka. Ada di antara pelajar yang mempunyai cita-cita yang terlalu tinggi dibandingkan dengan kemampuan mereka. Walaubagaimanapun jika direnungkan bagaimana pula dengan keadaan yang kurang berkemampuan jawapannya sudah tentu mereka tertinggal di belakang. Mereka akan mempunyai satu sifat "inferior" di dalam diri mereka. Apabila mereka tidak dapat mencapai apa yang mereka cita-citakan mereka yang berasa sangat tertekan. Perkara seumpama ini sering berlaku terhadap pelajar-pelajar pintar. Mereka terlalu komited terhadap tugasan yang diberikan. Persediaan yang rapi dilakukan bagi memastikan proses aturan kerja sentiasa berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Begitu juga dengan Hassan, beliau adalah merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Justeru, beliau senantiasa mahu semua perkara dilakukan dengan tertib dan juga sempurna.

Gambar 2: Iklim pembelajaran mempengaruhi tingkah laku pelajar

Pelajar akan mengalami pelbagai perubahan persekitaran dalam hidupan seharian mereka bergelar pelajar. Contohnya mereka akan mengalami perubahan gaya hidup dari peringkat menengah kepada peringkat institusi pengajian tinggi. Mereka akan mengalami tekanan jika tidak dapat menerima dan menyesuaikan diri dengan perubahan besar bergelar mahasiswa universiti seperti untuk mendapat keputusan yang cemerlang mereka perlu berusaha sendiri tanpa bantuan. Dalam hal ini, perubahan iklim pembelajaran sedikit sebanyak mempengaruhi diri Hassan secara tidak langsung. Berada di dalam kelompok elit membuatkan Hassan berasa tercabar dan sentiasa mahu mendahului rakan-rakannya yang lain dalam apa jua aspek. Hal ini mampu mendatangkan masalah terhadap perkembangan diri Hassan sama ada dari sudut emosi dan sebagainya.

2.2 APLIKASI TEORI

Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh Hassan, pendekatan afektif melalui Teori pemusatan perorangan (Humanistik) oleh Carl Roger digunakan. Carl Roger telah mengemukan konsep kemesraan dan pentingnya hubungan rapat antara kaunselor dengan kliennya. Pendekatan pemusatan perorangan atau dikenali juga sebagai pendekatan pemusatan klien diasaskan daripada psikologi kemanusiaan. Kewujudan satu iklim interaksi yang penuh dengan penerimaan dari kedua pihak kaunselor dan klien boleh menjamin perasaan yang terpendam diluahkan secara mudah tanpa sekatan.

Manusia dilihat mempunyai desakan semulajadi untuk memajukan diri dan sentiasa bergerak ke arah mencari kesejahteraan diri. Teori pemusatan perorangan ini bertujuan menyatupadukan antara rasa hati organismik yang sebenar yang akan dialami oleh klien dengan konsep kendirinya. Perkara yang tak kongruean akan disamakan semula, ini memupuk semula keseragaman dalam individu itu. Roger menekankan bahawa untuk mendapat perubahan tingkah laku yang baru adalah tanggungjawab klien itu sendiri. Teori ini amatlah sesuai bagi kes Hassan berdasarkan penekanan kepada beberapa aspek berikut:

Klien bertanggungjawab untuk mendapatkan kesedaran diri serta bertindak

Fokus ditumpukan kepada fenomena dan dunia dalam klien

Klien digalak untuk memaham presepsi sebenar

Sesi kaunseling yang diadakan menitik beratkan layanan kaunselor terhadap klien, ini sudah tentu memastikan penggunaan kemahiran layanan yang berstruktur. Untuk itu, proses komunikasi amat penting dalam teori pemusatan perorangan. Ciri layanan semasa proses kaunseling sangat penting kerana inilah punca ikatan yang dapat merapatkan klien dan kaunselor. Bagi memastikan kesan interaksi ini adalah dengan melihat mesej verbal dan non-verbal melalui kaedah serta kemahiran melayan dan mendengar. Untuk kaunselor perlu peka dengan gerak geri fizikal, nada rentak suara, pertemuan mata, cara duduk, riak muka antara ciri penting yang diberi perhatian. Ungkapan gerakbalas oleh kaunselor amat penting, pertemuan sebolehnya dalam keadaan yang selesa bagi kedua-dua pihak dan tidak merimaskan klien. Mesej yang disampaikan mestilah sepadan dengan apa yang tersemat di fikiran klien. Kemahiran mendengar dan melayan perlu dipraktikkan dengan baik sepanjang sesi antara kaunselor dank lien. Kemahiran memparafrasa, penjelasa, menyemak, persepsi, refleksi, mentafsir, konfrantasi, menyoal, menggunakan dorongan minimum, memberi maklumat dan merumu.

Bersesuaian dengan kes di atas, saya telah memilih teori pemusatan perorangan kerana Hassan lebih mahukan perkongsian perasaan dengannya. Tekanan yang dihadapi dapat diluahkan melalu satu sesi bimbingan yang santai dan mesra tanpa terlalu terikat dengan peraturan ataupun prosedur tertentu. Dapat saya simpulkan juga bahawa Hassan memerlukan seseorang untuk mendengar, memahami dan menyelami perasaannya agar tekanan dan bebanan ini dapat dikongsi dengan orang lain yang boleh dipercayainya. Saya percaya bahawa Hassan mempunyai keinginan untuk berkembang matang dan mencapai kesempurnaan kendiri. Ianya dapat dilihat melalui kerisauannya akan penilaian yang dibuat oleh guru terhadap hasil pembentangannya nanti.

3.0 APLIKASI TEKNIK KAUNSELING YANG BERSESUAIAN.

Empati, penerimaan tanpa syarat dan ketulenan merupakan tiga ciri terpenting bagi mewujudkan keadaan hubungan terapeutik dalam interaksi kaunselor dan kliennya. Empati bermaksud kaunselor benar-benar berada dalam ruang rujuk dalaman klien iaitu menjiwai keseluruhan perasaan dan pemikiran sebagaimana yang dirasai oleh klien. Empati juga adalah satu proses yang penting dalam mewujudkan hubungan terapeutik pada klien (Roger, 1975). Manakala penerimaan tanpa syarat membawa pengertian bahawa kaunselor tanpa ragu-ragu menerima apa sahaja yang ada pada diri klien. Ketulenan pula bermaksud bahawa kaunselor penuh dengan keikhlasan dan kejujuran menerima klien dalam keadaan yang kongruen di mana kaunselor begitu serasi dengan apa yang dirasai oleh klienya. Ketulenan juga memberi maksud kaunselor tidak berpura-pura dalam sesi yang dijalankan dan integrasi kongruen inilah sebenarnya membayangkan kaunselor berada dalam ruang lingkup yang serupa serasi seperti yang dialami oleh klien. Suasana inilah yang perlu dititikberatkan oleh kaunselor yang menerapkan teori Pemusatan Perorangan apabila melaksanankan proses kaunseling.

3.0.1 MAIN PERANAN

Satu teknik yang juga digunakan dalam pendekatan kaunseling tingkah laku. Cara ini sesuai dalam menangani masalah interaksi. Biasanya kaunselor bersetuju untuk mengambil atau memainkan peranan orang yang klien menghadapi masalah untuk berinteraksi. Dengan cara ini kaunselor dapat mengenalpasti masalah induk yang klien hadapi dalam interaksinya dengan orang tersebut. Selanjutnya kaunselor akan mampu untuk cuba mengubah tingkah laku celaru yang dialami oleh klien dengan menggunakan teknik sampingan seperti latihan asertif dan sebagainya.

Dalam pendekatan pemusatan perorangan ini, Hassan akan melakonkan semula tingkah laku kebimbangan, kemarahan dan kemurungan yang dialaminya. Kaunselor akan menerangkan bagaimana ianya terjadi. Kemudian peranan tadi akan ditukar di mana kaunselor pula akan memainkan peranan klien tadi sehinggalah klien boleh menerangkan semula bagaimana pemikiran salah itu boleh berlaku. Lakonan atau kaedah simulasi yang digunakan sedikit sebanyak dapat membantu menghilangkan rasa gementar dalam diri Hassan. Beliau akan berasa lebih yakin dan bersedia untuk melakukan pembentangan tugasan itu nanti. Dalam situasi ini, kaunselor bertindak sebagai penilai terhadap hasil kerja Hassan. Ulasan serba sedikit yang berbentuk positif terhadap hasil kerja Hassan harus diberikan bagi memotivasikan diri Hassan yang dilanda kebimbangan.

3.0.2 KEMAHIRAN BEREMPATI

Empati adalah proses untuk memahami emosi dan perasaan seseorang. Dengan adanya kemahiran berempati ini, kaunselor dikatakan berkeupayaan untuk memahami emosi dan dapat merasai apa jua yang dirasai oleh murid/ klien tersebut. Dengan ini, klien akan merasakan bahawa kaunselor itu memang seorang pendengar yang baik, memahami keadaannya serta mengambil berat tentang dirinya kerana kaunselor berupaya untuk memahami situasi sebenar yang dialaminya. Emosi seseorang tidak mudah difahami oleh pihak kedua. Jadi, untuk menguasai kemahiran ini terlebih dahulu, kaunselor perlu berupaya untuk membezakan antara emosi dan sikap.

Dalam isu yang dihadapi oleh Hassan, beliau memerlukan seseorang individu luar sebagai pendokong kepada pembangunan kendirinya selaku pendatang baru di sekolah tersebut di samping dan ibu dan bapa disisi.

Sebagai kaunselor kita perlu memahami konsep diri agar dapat memahami apakah kelemahan dan kekuatan diri. Mengenali bias diri, nilai diri dan bagaimana kita melihat diri adakah positif atau masih banyak unsur negatif diri. Unsur dalam diri kaunselor dikhuatiri akan menjadi halangan dalam bentuk hubungan yang dijalin antara kaunselor dan klien. Kesedaran kendiri iaitu mengenali ciri-ciri yang terdapat dalam diri atau data-data diri yang jelas dapat membantu kaunselor menilai dirinya dan memastikan kelemahan yang ada pada dirinya tidak mempengaruhi sesi kaunseling.

Gambar 1: Pembentukan sifat kendiri yang positif

Disebaliknya terdapat juga keperluan untuk kaunselor memahami konsep kendiri kliennya. Besar kemungkinan konsep kendiri yang negatif, hasil dari pengalaman yang negatif menjadi pemasalahan dalam diri klien untuk membolehkannya menguruskan diri sendiri. Terdapat juga kemungkinan pandangan klien terhadap dirinya tidak betul sama ada terlalu rendah atau tinggi sehingga menimbulkan masalah.

4.0 APLIKASI KEMAHIRAN ASAS DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Guru bimbingan atau kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta mengaplikasikan beberapa kemahiran asas kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah kemahiran membina perhubungan, kemahiran menggalakkan klien bercakap, kemahiran membalas, kemahiran penstrukturan, kemahiran menyoal, kemahiran parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran memimpin secara langsung, kemahiran berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran membuat refleksi perasaan, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat klarifikasi, kemahiran meneroka, kemahiran pemfokusan, kemahiran mencabar,kemahiran berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan, dan lain-lain lagi.

Ilmu bimbingan dan kaunseling tidak hanya tertumpu kepada guru kaunseling semata-mata. Ilmu ini seharusnya sebati dalam diri setiap guru termasuklah guru biasa. Hal ini kerana tugas guru bukan sekadar menyampaikan wahana akademik malah menjadi pembimbing kepada para pelajar. Seorang guru yang efektif harus memastikan bahawa murid-muridnya dapat mengembangkan kemahiran mereka bagi menangani masalah yang wujud di dalam kehidupan. Murid-murid yang tidak tahu menangani masalah emosi dan peribadi akan menyebabkan mereka gagal mengikuti aktiviti pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru supaya menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam bimbingan dan kaunseling bagi membantu murid-murid mengatasi masalah dan secara tidak langsung mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Terdapat lima kemahiran asas bimbingan dan kaunseling yang perlu dikuasai oleh guru iaitu:

Rajah 1: Kemahiran Asas Kaunseling

4.1 KEMAHIRAN MELAYAN DAN MENDENGAR

Pengaplikasian kemahiran melayan dan mendengar adalah penting bagi guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua kemahiran ini amat penting untuk membina asas hubungan yang kukuh antara guru dan murid-murid. Melalui kemahiran melayan dan mendengar, guru menyampaikan mesej bahawa beliau bersedia secara fizikal dan psikologikal terhadap apa yang diperkatakan serta dilakukan oleh murid-murid. Dalam suasana teraputik sedemikian, kanak-kanak didorong untuk terus menceritakan perkara yang terbuku dalam hati, termasuklah perasaan.

Kemahiran melayan yang digunakan oleh guru bertujuan menggalakkan murid untuk bercakap. Menurut Covey (2001), perbuatan melayan melibatkan enam kombinasi keadaan iaitu tahap tenaga, kedudukan dan jarak, dorongan, kualiti vokal, bahasa tanpa lisan, kemahiran memfokus, ekspresi muka, mendengar dan kontak mata.

Gambar 1: Sesi kaunseling yang sedang berlangsung

Mendengar juga penting dalam proses kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Oleh yang demikian, amat penting bagi kaunselor mendengar dan memahami dengan lebih peka, sama ada dari segi suara mahupun tingkah laku bukan lisan klien. Dengan berbuat demikian, kaunselor dapat benar-benar memahami mesej klien dengan lebih sempurna. Kaunselor boleh menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara menyatakan semula, menggambarkan semula, dan memberikan respon.

4.1.1 APLIKASI KEMAHIRAN DALAM SITUASI

Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor atau guru bimbingan perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien (Hassan). Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengarsama. Dikatakan bahawa segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Merujuk kepada masalah yang dihadapai oleh Hassan yang masih lagi dalam proses adaptasi terhadap suasana persekolahan yang baharu sebagai seorang guru, perlulah mempunyai sikap mendengar dengan teliti dan memberi penuh perhatian terhadap masalah yang telah disampaikan oleh Hassan kerana maklumat yang diberikan itu sedikit sebanyak dapat membantu guru mengenalpasti masalah dan seterusnya membantu Hassan dalam mengatasi permasalahan yang membelenggu diri.

Gambar 2: Kaunselor mendengar akan luahan klien

4.2 KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI TINGKAH LAKU BUKAN LISAN

Kemahiran ini membawa maksud proses aktif di mana kaunselor atau guru menjelaskan makna tingkah laku yang ditunjukkan oleh klien mengikut fahaman kaunselor dari perspektif yang baru. Menurut Shostrom (1968), kesenyapan yang berlaku bukan kerana tindak balas tetapi mempunyai makna yang kompleks. Kesenyapan terbahagi kepada dua iaitu positif dan egative. Berdasarkan carta pai komunikasi interpersonal yang terdapat di dalam buku bimbingan dan kaunseling, kanak-kanak lebih memilih untuk menggunakan bahasa badan dan bukan lisan untuk berhubung.

Rajah 2: Carta Pai Komunikasi Interpersonal

Di dalam apa jua situasi, penting bagi kaunselor untuk mentaksirkan kesenyapan yang ditunjukkan oleh klien sama ada bersifat positif atau negatif. Mehrabian (1972) telah mengenalpasti tiga dimensi yang dikatakan berkesan dalam mentafsir tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak iaitu tindakbalas semulajadi (kontek mata, sentuhan), perasaan teransang (ekspresi muka, suara), dan sifat dominan (faktor sosial). Tujuan kaunselor membuat interpretasi adalah untuk membantu klien mentafsir peristiwa hidup mereka berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan. Selain itu juga dapat membantu klien melihat perkara yang tidak dapat dilihatnya dengan mudah, tersorok atau tidak disedarinya.

Gambar 1: Kemahiran interpretasi kaunselor

4.2.1 APLIKASI KEMAHIRAN DALAM SITUASI

Kemahiran Interpretasi merupakan satu proses yang digunakan oleh kaunselor untuk memberikan maklum balas atau feedback kepada klien supaya klien berupaya untuk melihat masalahnya dari satu sudut berbeza. Selain itu, interpretasi digunakan untuk merujuk dan membuat tafsiran untuk maksud tersirat dalam mesej klien. Oleh yang demikian, kaunselor perlu betul-betul menguasai kemahiran ini terlebih dahulu sebelum digunakan supaya ianya dapat dilakukan dengan lebih tepat dan betul. Ini adalah kerana sekiranya kaunselor membuat interpretasi yang salah, ia boleh menyebabkan gangguan dalam proses kaunseling yang sedang berjalan itu. Interpretasi akan dikatakan berjaya sekiranya ia boleh meransang pemahaman dan memberi fokus ke atas masalah klien.

Gambar 1: Kemahiran interpretasi oleh seorang kaunselor

Menurut kes yang dihadapi oleh Hassan, beliau seringkali berasa bimbang dan tidak yakin akan kemampuan diri. Kebimbangan beliau terhadap kualiti hasil kerja meruncing hingga beliau tidak mampu berfikir secara rasional. Hal ini demikian secara tidak langsung mempengaruhi tingkah laku beliau semasa berada di dalam kelas. Dalam konteks ini, guru tidak boleh terus memberi jalan penyelesaiaan mudah terhadap permasalahan yang dihadapi oleh Hassan dengan menyuruh beliau untuk mengabaikan sahaja permasalahan yang ada. Sebaliknya, guru perlu menggunakan kemahiran ini untuk menghuraikan kepada Hassan tentang apa yang telah diceritakan oleh beliau dengan melihat permasalahan yang berlaku dari perspektif yang berlainan. Dalam kemahiran membuat interpretasi ini, guru akan menambah kenyataan yang dibuat oleh klien yakni Hassan, terutamanya setelah guru dapat memahami perkara yang tersembunyi atau perasaan yang tersembunyi yang mana Hassan sendiri mungkin tidak menyedarinya secara sengaja atau tidak sengaja.

4.3 KEMAHIRAN MEMBERI TINDAKBALAS

Kemahiran ini memerlukan kaunselor atau guru memberi perhatian kepada perasaan dan pernyataan lisan kanak-kanak sepanjang sesi kaunseling. Kanak-kanak akan lebih terdorong untuk meneruskan perkongsian masalah sekiranya guru melaksanakan kemahiran tersebut. Antara tindakbalas positif guru bimbingan dan kaunseling terhadap maklumat yang dibekalkan oleh kanak-kanak termasuklah memberi motivasi, memberi galakan, mencabar secara positif, memberi pujian, anggukan kepala dan bertanya soalan. Terdapat empat kaedah memberi tindak balas kepada klien iaitu dorongan minimum, parafrasa dan refleksi, kemahiran meminta penjelasan, dan menggunakan konfrontasi.

4.3.1 APLIKASI KEMAHIRAN DALAM SITUASI

Sepertimana yang kita sedia maklum, murid-murid bersifat sensitif terutamanya bagi kanak-kanak di prasekolah. Sekiranya guru tidak memberi tindakbalas terhadap apa yang diperkatakan, mereka akan menunjukkan ekspresi muka yang kecewa pada waktu itu juga. Saya akan berasa tidak adil kepada mereka jika saya tidak mengendahkan mereka. Kekurangan yang ada pada mereka sentiasa mengingatkan diri saya agar sentiasa memenuhi keperluan mereka.

Selain itu, saya juga telah menggunakan kemahiran memberi tindakbalas ini dengan tujuan menggalakkan Hassan untuk berkomunikasi dan berfikir. Saya telah mengaplikasikan teori konstruktivisme iaitu pembinaan pengetahuan. Saya telah membawa Hassan bermain permainan UNO. Permainan ini memerlukan Hassan untuk menyusun balok-balok membentuk menara dengan mengambi balok dari dari bagian bawah atau tengah menara dan meletakkannya di puncak menara secara bergantian tanpa boleh merobohkan menara atau menjatuhkan balok lain. Justifikasinya di sini adalah untuk mempertingkatkan keyakinan diri Hassan di samping membantu beliau membuat keputusan dengan betul. Hal ini sinonim dengan keadaan yang dialami oleh beliau iatu kebimbangan dan juga gementar terhadap kebolehan diri.

4.4 KEMAHIRAN MENGENALPASTI MASALAH

Salah satu daripada strategi untuk mengenalpasti masalah kanak-kanak adalah melalui tinjauan. Melalui tinjauan, guru boleh mengumpul sebanyak mana maklumat mengenai klien. Pemerhatian boleh dibuat melalui pergaulan murid, prestasi murid atau temubual bersama guru kelas. Guru juga boleh mengenalpasti masalah murid semasa berlangsungnya sesi kaunseling dengan menginterpretasi maklumat-maklumat yang diberi oleh murid. Terdapat dua aspek dalam mengenalpasti masalah iaitu membuat interpretasi dan pemikiran reflektif.

Menginterpretasi bermaksud memberi tafsiran atau penjelasan tentang makna, tujuan, dan implikasi terhadap sesuatu. Kemahiran ini merupakan proses yang digunakan kaunselor untuk memberikan maklumbalas kepada klien supaya berupaya untuk melihat masalahnya dari satu sudut yang berbeza. Kaunselor akan memberi penghuraian kepada situasi yang diutarakan oleh klien. Menurut Ishamuddin Hj. Ismail (1999), tujuan interpretasi ialah membantu klien untuk lebih memahami terhadap perkara-perkara yang tidak dapat dilihat dengan mudah. Kaunselor perlulah bijak dalam mengenalpasti masalah berdasarkan penceritaan klien.

Menurut Brichall (1992), pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman sedia ada untuk menimbangkan kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya. Guru kaunseling perlulah berfikir secara reflektif dengan mengaitkan sesuatu idea dengan pengalaman-pengalaman yang sedia ada dan mengemukakan pelbagai kemungkinan dengan wajar. Selain itu, kaunselor juga boleh menilai kemungkinan penyelesaian secara kritis dan kreatif

4.4.1 APLIKASI DALAM SITUASI

Pengaplikasian kemahiran mengenalpasti masalah juga perlu bagi guru biasa semasa sesi p&p. Kemahiran ini membantu guru membuat interpretasi terhadap perwatakan murid. Semasa sesi temubual berlangsung, cuba perhatikan gerak geri Hassan dari sudut perwatakannya semasa berhadapan dengan kita selaku kaunselor.Sebagai contoh, dari segi pergerakan mata beliau semasa sesi kaunseling dijalankan. Kebanyakan manusia yang mempunyai masalah seringkali tidak mahu bertentangan mata dengan orang lain oleh kerana malu. Ada juga segelintir yang menundukkan pandangan dan seolah-seolah mengecilkan diri. Perkara ini adalah simtom-simtom kepada individu yang bermasalah di mana mereka berasa kurang yakin untuk berhadapan dengan orang lain.

Sekiranya perkara seumpama ini dikesan pada diri Hassan, cuba bertanya kepada beliau mengenai tindakannya. Kemungkinan Hassan masih lagi kurang selesa dengan kehadiran individu lain. Dengan cara ini, kita akan dapat mengetahui apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh Hassan seterusnya merangka intervensi yang bersesuaian bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapinya. Dilarang sama sekali bertanya akan soalan-soalan peribadi, dikhuatiri akan menyentuh perasaan dan juga senstiviti dalam diri Hassan.

4.5 KEMAHIRAN MELAKSANA INTERVENSI KRISIS

Perkataan intervensi membawa maksud satu proses untuk pemulihan, perkembangan, pencegahan dan krisis Dalam konteks kaunseling, intervensi merupakan teknik yang digunakan dalam sesi terapi. Intervensi sering diaplikasikan untuk menangani masalah peribadi yang teruk, gangguan mental dan emosi. Intervensi boleh dibahagikan secara langsung dan tidak langsung. Intervensi secara langsung menggunakan teknik kaunseling individu atau kumpulan manakala intervensi secara tidak langsung melibatkan kerjasama keluarga klien untuk menggalakkan mereka membantu klien menyelesaikan masalah.

Kemahiran melaksana intervensi melibatkan kemahiran merumus dan kemahiran membuat keputusan. Merumus adalah pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan penting yang telah diberitahu klien semasa sesi kaunseling. Tujuan kaunselor membuat rumusan adalah untuk menyedarkan dan mengimbas kembali klien apa yang telah dibincangkan. Menurut Ishamuddin Hj.Ismail (1999), merumus bertujuan memperdengarkan klien dengan kata-kata kaunselor berkenaan isu yang dibincangkan. Merumus akan membantu klien dalam mendapatkan kata sepakat dan tindakan susulan yang harus diambil. Membuat keputusan ialah sebahagian daripada proses penyelesaian masalah. Membuat keputusan merupakan peringkat akhir dalam proses penyelesaian masalah. Kemahiran membuat keputusan merupakan proses mental yang melibatkan seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan yang terbaik dari beberapa pilihan terbaik dari beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu. Seorang kaunselor perlulah berfikir secara kreatif dan menggunakan pemikiran reflektif untuk menimbangkan pilihan-pilihan yang terbaik.

4.5.1 APLIKASI DALAM SITUASI

Elemen lain dalam intervensi termasuklah membantu individu memahami krisis berkenaan dan tindak balas mereka, selain menyedari serta meluahkan perasaan seperti marah dan rasa bersalah. Fokus utama intervensi ialah penerokaan stratergi mengurus diri. Stratergi yang pernah diguna oleh individu ketika mengendalikan krisis semasa mungkin akan dibuat penambahbaikan dan diperkukuhkan. Kemahiran menguruskan diri yang baharu juga akan dibentuk. Kemahiran mengurus diri mungkin melibatkan teknik merehatkan diri (relaxation), mengendalikan tekanan (stress) dan meluahkan perasaan serta pemikiran dalam bentuk penulisan jurnal. Sebagai tambahan, peluang untuk berada bersama orang yang memberi sokongan sosial juga akan diberikan. Fokus utama intervensi krisis seterusnya ialah menyelesaikan masalah. Proses ini melibatkan pemahaman mendalam tentang masalah serta perubahan yang diinginkan, dengan mengambil kira pilihan yang ada untuk menyelesaikan masalah, perbincangan tentang kebaikan dan keburukan pilihan jalan penyelesaian, memilih jalan penyelesaian, membentuk pelan perancangan untuk melaksanakannya dan akhir sekali dibuat penilaian ke atas hasil atau kesan intervensi. Terapi kognitif yang diasaskan kepada kepercayaan bahawa pemikiran boleh mempengaruhi perasaan dan tingkah laku, boleh digunakan dalam intervensi krisis

Dalam kes Hassan, intervensi yang boleh dijalankan adalah melalui terapi bermain. Apabila konsep bermainn yang digunapakai telah digunakan sebagai terapi di dalam aspek intervensi kaunseling bagi kanak-kanak maka ianya akan dikenali sebagai terapi bermain. Secara praktiknya, terapi bermain adalah salah satu model pelbagai dimensi yang dikonseptualisasi berdasarkan konsep-konsep tertentu seperti menganggap bahawa melalui kaeedah bermain maka kanak-kanak akan lebih mudah memahami keadaan dunia ini dan member peluang kepada kanak-kanak itu sendiri dalam menemui dan menroka identity masing-masing. Malah melalui unsur simbolik yang terdapat di dalam konsep bermain itu sendiri akan member peluang kepada kanak-kanak dalam mengkaji serta menguji pilihan secara imaginasi. Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.

Gambar 1: Terapi bermain kanak-kanak

Maka di sini dapat dikatakan bahawa terapi permainan adalah satu terapi interaksi sosial yang menyediakan kesempatan untuk belajar keterampilan sosial-emosional dan meningkatkan ketahana emosional. Sementara kebanyakan kanak-kanak akan belajr keterampilan social daripada pengamatan mereka atau melalui intruksi yang eksplisit, pengajaran tambahan, latihan dan pembinaan. Justeru, dapat disimpulkan disini bahawa terapi bermain ini sedikit sebanyak mempunyai kesinambungan dari sudut impaknye terhadap permasalahan yang dihadapi oleh Hassan di mana melalui kaedah bermain Hassan dapat melepaskan tekanan yang dialami. Emosi berada dalam keadaan stabil dan ketenangan yang ada mampu membuatkan minda beliau untuk berfungsi dengan baik seterusnya dapat membantu Hassan untuk berfikir secara rasional.

5.0 RUMUSAN

Secara umumnya, bukanlah mudah untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya kerana memerlukan penguasaan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikannya ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai bagi mewujudkan keadaan yang teraputik. Tugas memberi bimbingan dan kaunseling juga boleh dilakukan oleh guru biasa. Seorang guru yang berkesan bukan sahaja menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada murid-muridnya berkaitan akademik sahaja. Guru perlulah memastikan murid-muridnya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Disebabkan itu adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membantu anak murid mengembangkan kemahirannya supaya dapat menangani masalah dalam kehidupan.

Kemahiran-kemahiran asas dalam kaunseling boleh diaplikasikan oleh guru biasa semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sebagai nilai tambah. Di samping menyampaikan maklumat pelajaran, guru juga boleh menerapkan nilai-nilai murni dengan memberi nasihat, membantu menyelesaikan masalah, dan menginterpretasi tingkah laku murid-murid. Pengaplikasian kemahiran asas kaunseling sebagai nilai tambah dalam amalan p&p dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru. Secara tidak langsung, guru akan mencipta kelainan dalam corak dan strategi pengajaran. Guru akan melangkah setapak ke hadapan sekiranya mencipta pembaharuan secara dinamik dalam pedagogi pengajaran. Pengajaran secara 2 in 1 iaitu menggabungkan akademik dan emosi akan meningkatkan prestasi murid-murid. Dalam masa yang sama murid dapat mengembangkan kemahirannya supaya dapat mengurus dan menangani masalah yang wujud dalam kehidupan yang serba mencabar ini.

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Kemahiran melayan dan mendengar

Kemahiran mengintepretasi tingkah laku bukan lisan

Kemahiran memberi tindakbalas

Kemahiran mengenalpasti masalah

Kemahiran melaksana intervensi

Komunikasi Interpersonal

Komunikasi InterpersonalBahasa badan dan bukan lisanNada suaraLisan0.550000000000000040.380000000000000457.0000000000000021E-2

21