EDU 3107 (SET 3)
-
Upload
nurul-safura-rosli -
Category
Documents
-
view
231 -
download
0
Embed Size (px)
Transcript of EDU 3107 (SET 3)
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
1/22
EDU3107
BAHAGIAN A( 20markah )
Jawab semua soalan.
Penyataan manakah paling tepat menerangkan Falsafah Perkhidmatan Bimbingan danKaunseling?
A Potensi dan sahsiah manusia berasaskan faktor baka sahaja
B Setiap manusia adalah unik dan berkebolehan untuk berkembang
C Manusia ada sejarah diri yang boleh menentukan masa depannya
D Manusia ada potensi dan dapat dicorak serta dimanfaatkan untuk faedahmasyarakat
2. Guru bimbingan dan kaunseling perlu memahami dan menghayati etika kaunselingagar
A nama baik profesion kaunseling dapat ditingkatkan
B sesi bimbingan dan kaunseling dilaksanakan dengan berkesan
C tugas-tugas dilaksana dengan mematuhi garis panduan profesion kaunseling
D klien dapat dikawal daripada melanggar peraturan semasa sesi kaunselingdilaksanakan
3. Perundingan dan rujukan merupakan salah satu bidang Perkhidmatan Bimbingandan Kaunseling.
Antara berikut yang manakah bukan menerangkan bidang perkhidmatanperundingan dan rujukan
A Menilai program bimbingan di sekolah
B Membantu murid lepasan sekolah dalam hal kerjaya
C Merancang dengan guru-guru tentang cara-cara mengawasi kemajuan murid
D Merujuk kes-kes tertentu kepada pakar murid-murid dan pegawai kebajikanmasyarakat
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
2/22
EDU3107
4. Penyataan paling tepat bagi menggambarkan ciri rekod anekdot
A Berfokus kepada perkembangan fizikal
B Merupakan hasil pemerhatian secara langsung
C Merupakan rekod yang kurang tepat dan tidak spesifik
D Maklumat yang direkodkan berpandukan peristiwa masa lalu murid-murid
5. Pilih kenyataan yang merupakan tugas-tugas guru biasa dalam proses bimbingan
I Mengumpul maklumat tentang peluang pekerjaan
ll Mengadakan kaunseling individu bagi pelajar bermasalah
lll Mengenal pasti murid-murid bermasalah di dalam kelasnya
lV Membantu guru kaunseling membuat persiapan untuk kempen
antidadah
A l dan ll sahaja
B l dan lll sahaja
C lII dan lV sahaja
D lI, lll dan lV sahaja
6. Idea tidak rasional perlu digantikan dengan idea-idea rasional.
Saranan penyataan di atas berkaitan dengan Terapi ______________
A Realiti
B Tingkah laku
C Berpusatkan Klien
D Tingkah Laku Rasional Emotif (REBT)
7. Pilih penyataan yang tepat mengenai Teori Rogers?
A Melibatkan konsep kendiri positif
B Menekankan keikhlasan dan kepercayaan
C Mengutamakan kedua-dua pihak, klien dan kaunselor
D Menekankan keperluan konsep berempati dan simpati
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
3/22
EDU3107
8. Rajah 1 menunjukkan paradigma yang terdapat dalam Teori Rasional Emotif olehAlbert Ellis.
(A)
(D) (B) (E)
(C)
Rajah 1
Simbol ( C ) merujuk kepada:
A kepercayaan tidak rasional klien
B peristiwa yang menimbulkan kepercayaan
C mencabar kepercayaan tidak rasional klien
D kesan atau konsekuen daripada kepercayaan klien itu
9. Klien :Saya tidak memahaminya. Adakalanya dia baik dan bertimbang rasa, danadakalanya pula perlakuannya amat menyakitkan hati saya.
Kaunselor : Jadi pada anggapan anda dia tidak begitu tetap pendirian
Parafrasa merupakan kemahiran yang sangat penting dalam sesi kaunseling.
Parafrasa memainkan peranan sebagai
A menggambarkan penerimaan tanpa syarat
B membantu klien menghadapi konflik dan konfrontasi dengan berkesan
C membuktikan kepada ahli segala yang diucapnya didengari oleh pemimpin
D menggalakkan klien supaya terus meluahkan perasaan dan berkongsidengan kelompok
10. Ibu membenci saya...seolah-olah saya bukan anaknya. Danial terus meluahkanperasaannya sambil tersenyum tawar.
Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, kemahiran mengenal pasti masalah
memerlukan anda untuk membuat
A refleksi idea
B refleksi tindakan
C refleksi perasaan
D refleksi pengalaman
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
4/22
EDU3107
11. Jenny kata Jenny tak tahu ke mana nak pergi selepas peperiksaan UPSR nanti.Cikgu cadangkan Jenny membuat permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh,seperti MRSM.Apa kata Jenny? Cikgu yakin Jenny layak memohon ke sana.
Tindak balas guru bimbingan tersebut merupakan aplikasi kemahiran
A. konfrantasi
B. penerokaan
C. memberikan nasihat
D. membuat refleksi perasaan
12. Saya tidak berasa tenang di rumah, ibu bapa saya selalu bertengkar. Saya malusangat pada jiran-jiran di sebelah rumah.
Kebolehan guru bimbingan dan kaunseling mencerakin masalah klien di atas akanmenolong klien celik akal tentang masalah yang dihadapinya. Jadi langkah terbaik,
selepas mengetahui masalah klien ialah
A menyusun strategi penyelesaian
B mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh klien
C menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya masalah
D mengesan kesesuaian alternatif yang telah dilaksanakan oleh klien
13. Penggunaan elemen kreatif dalam proses terapi seni dapat membantu murid-murid
A mendapat celik akal
B menerima diri sendiri
C menambahbaik komunikasi
D meluahkan perasaan mengenai kekurangan
14. Cikgu Adam ingin membina rapport dengan kliennya dengan mengaplikasi terapi
muzik pada awal sesi kaunseling. Aktiviti manakah antara berikut yang sesuai
digunakan secara berkesan?
A Memperdengarkan lagu instrumental kepada klien
B Memberi klien alat muzik tertentu untuk dimainkan
C Memainkan lagu berunsur kerohanian dan ketuhanan
D Bertanya dan memilih jenis lagu kegemaran klien untuk dikongsikan
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
5/22
EDU3107
15. Cikgu Sabrina mendapati seorang murid bernama Lily menjadi mangsa penderaan dikelas Tahun Tiga Amanah.
Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, bagaimana beliau dapat menggunakanterapi biblio bagi membantu murid tersebut sebelum memulakan sesi?
A Membuat penilaian terhadap keberkesanan buku cerita
B Memberi bahan-bahan bacaan kepada Lily untuk dibaca dan diteladani
C Membuat penyelidikan tentang bahan-bahan bacaan yang sesuai digunakan
D Memperkenalkan buku kepada guru-guru lain agar turut serta membantu Lily
16. Hansen, Warner dan Smith (1980) mendefinisikan kaunseling kelompok sebagaisuatu perhubungan antara kaunselor dengan beberapa orang klien atau ahli yangberfokus kepada pencegahan dan rawatan.
Nyatakan turutan langkah-langkah yang paling sesuai bagi guru bimbinganmenubuhkan bimbingan kelompok di sekolah?
I Mengadakan temubual kepada bakal-bakal ahli kelompok
II Menentukan kriteria-kriteria pemilihan ahli
III Merancang aktiviti bimbingan
IV Mengambil kira pandangan ahli
A I, II, III, dan IV
B II, III, IV, dan I
C III, IV, I, dan II
D IV, I, II, dan III
17. Cikgu Jennifer telah memimpin sekumpulan pelajar dalam satu sesi bimbingankelompok.Sebagai pemimpin kelompok, Cikgu Jennifer telah menggunakanpendekatan membantu pelajar untuk menghapuskan perlakuan sering ponteng
kelas.
Penyataan di atas paling sesuai menerangkan teori _________________.
A Gestalt
B Tingkah Laku
C Pemusatan Klien
D Terapi Rasional Emotif
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
6/22
EDU3107
18. B. Tuckmen (1977) telah menggariskan bahawa terdapat lima tahap di dalamperkembangan kelompok. Tahap-tahap tersebut ialah membentuk dan membinahubungan, meneroka dan mengenalpasti masalah, membina persamaan,penghasilan dan penangguhan.
Fikirkan perkara yang mungkin sekali akan berlaku pada tahap penghasilan di dalamperkembangan sesi kelompok?
A Ahli menunjukkan penentangan dan sukar mempercayai ahli lain
B Ahli bersedia untuk bertukar pandangan dan memberi sokongan kepada ahlilain
C Individu semakin nampak lebih yakin dan tidak lagi bergantung kepadasokongan ahli lain
D Satu rumusan besar dibuat berdasarkan kepada aktiviti yang telah
dilaksanakan sepanjang sesi
19. Dalam menjalankan kaunseling kerjaya, dua aspek penting yang harus diberikanperhatian oleh guru bimbingan dan kaunseling ialah minat kerjaya serta nilai kerjayamurid-murid yang berkaitan. Berikut merupakan huraian salah satu Ujian MinatKerjaya.
Pernyataan Inventori Minat Kerjaya tersebut sesuai untuk
A Inventori Minat Kerjaya Kuder (1939)
B Inventori Minat Strong-Campbell (1974)
C Inventori Minat Kerjaya Jackson (1997)
D Inventori Minat Kerjaya Tipologi Holland (1973)
Mengukur bidang minat umum individu
Mempunyai 10 skala minat kerjaya
Mengandungi 100 item pilihan ya dan tidak.
Responden menandakan yang paling digemari, yang paling tidak
digemari dan tinggalkan aktiviti yang kurang pasti
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
7/22
EDU3107
20. Konsep gaya hidup yang dipelopori oleh Alfred Adler membawa maksud individuboleh menyesuaikan diri dalam mencapai matlamat dalam kehidupan yang pelbagai.Adler percaya bahawa gaya hidup ini berkembang sejak dari peringkat kanak-kanaklagi.
Penyataan di bawah menunjukkan gaya hidup yang boleh dikaitkan dengan muridsekolah berdasarkan tipologi Adler.
A Ceria, Duka, Bimbang, dan Cemas
B Sosial, Berdendam, Ceria, dan Tamak
C Berdendam, Bermusuh, Tamak, dan Iri Hati
D Sosial, Dominasi, Mendapatkan, dan Mengelak
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
8/22
EDU3107
BAHAGIAN B( 40markah )
Jawab semua soalan.
a Nyatakan empat matlamat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling disekolah
[4 markah]
b Jelaskan kepentingan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
[6 markah]
2. a Kaedah temu bual boleh dilaksanakan bagi tujuan pengumpulan maklumat.Huraikan tiga jenis temu bual di bawah.
i. Temu bual berstruktur :________________________________________________________
________________________________________________________
ii. Temu bual tanpa struktur :
________________________________________________________
________________________________________________________
iii. Temu bual separa struktur :
________________________________________________________
________________________________________________________
[6 markah]
b.
Masa
11.00 pagi Murid-murid sedang membuat latihan yang diberi oleh guru didalam kelas
11.15 pagi Terdapat murid-murid yang berjalan-jalan dalam kelas. Gurumenegur murid dengan mengarahkan mereka duduk di tempat
masing-masing, tetapi terdapat dua orang murid yang curi-curiduduk di tempat murid lain.
11.20 pagi Dua orang murid tadi telah mengganggu murid lain tanpadisedari oleh guru. Mereka meniru latihan yang diberi olehguru daripada murid lain.
11.40 pagi Murid yang telah siap latihan mula berbual dan bermain.Terdapat juga murid yang tertidur di dalam kelas.
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
9/22
EDU3107
Kenal pasti empat permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid di dalam
kelas dan kategorikan permasalahan tersebut berdasarkan pemerhatiantingkah laku di atas.
Perlakuan Kategori
Kognitif Emosi Fizikal
i.
ii.
iii.
iv.
[4 markah]
3. a Terapi bermain dapat digunakan sebagai satu kaedah teraputik.
Berikan justifikasi bagaimana terapi bermain dapat membantu murid-muridmenghadapi tekanan emosi.
[4 markah]
b Terapi bercerita merupakan medium komunikasi antara ahli terapi dan klien.
Jelaskan tiga panduan menggunakan aktiviti bercerita sebagai terapi yangberkesan kepada murid-murid.
[6 markah]
4. a. Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, aspek perkembangan minat kerjayamurid-murid perlu diterapkan dalam perancangan aktiviti bimbingan dankaunseling.
Berdasarkan pemahaman anda terhadap Teori Tipologi Holland jelaskan limaandaian yang diguna pakai di dalam teori tipologi tersebut.
[5 markah]
b Dalam aspek perkembangan kerjaya, konsep gaya hidup individu perlu diberipenekanan oleh guru bimbingan dan kaunseling.
Berdasarkan pernyataan di atas rumuskan lima tema gaya hidup yangdisarankan oleh Adler yang dapat dikaitkan dengan murid-murid sekolah.
[5 markah]
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
10/22
EDU3107
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
11/22
EDU 3107 PMM
BAHAGIAN C( 40markah )
Jawab dua soalan sahaja.
Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan prinsip ABCD yang telahdiasaskan oleh Albert Ellis dalam Teori Terapi Rasional Emotif (RET).
[20 markah]
2. Sebanyak tujuh peratus daripada perasaan kita disampaikan melalui saluran lisan,manakala 38 peratus disampaikan melalui nada suara dan 55 peratus melaluisaluran bukan lisan termasuk mimik muka, isyarat tangan, kedudukan badan dansebagainya. (Choong Lean Keow, 2010)
Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, bincangkan dengan memberi contoh yangjelas, kemahiran menginterpretasi tingkahlaku bukan lisan yang boleh andaaplikasikan untuk membantu keberkesanan sesi kaunseling mencapai matlamatnya.
[20 markah]
3. Guru Besar telah mengarahkan anda untuk mengadakan satu sesi kaunselingkelompok bagi membantu murid-murid yang berprestasi rendah dalam peperiksaansemester.
Sejauhmanakah ciri-ciri guru bimbingan dan kaunseling yang berkesan dapatmemastikan kejayaan sesi kaunseling kelompok tersebut.Perjelaskan ciri-ciritersebut dengan contoh yang sesuai.
[20 markah]
BAHAGIAN A[ 20 markah ]
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
12/22
EDU 3107 PMM
B
C
A
B
C
D
A
D
C
C
C
C
D
D
C
A
B
C
A
D
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
13/22
BAHAGIAN B[ 40 markah ]
1. a. Nyatakan empat matlamat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diSekolah
i Memudah dan menggerakkan perubahan tingkah laku
ii Mempertingkatkan kemahiran menghadapi perubahan
iii Mempertingkatkan kemampuan membuat keputusan
iv Memperbaiki hubungan dengan individu yang lain
v Memperkembangkan potensi diri
1 fakta = 1 markah4 fakta = 4 markah
Jumlah = 4 markah
b. Jelaskan kepentingan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling disekolah
i Membantu pelajar berkembang dalam semua bidang
ii Membantu pelajar membuat pemilihan kerjaya
ii Membantu pelajar membuat penyesuaian di sekolah
iv Memotivasikan pelajar
v Mengenalpasti dan menolong pelajar yang memerlukan
pertolongankhas
vi Membantu pelajar mengurus masa dengan baik
1 fakta = 1 markah6 fakta = 6 markah
Jumlah = 6 markah
Jumlah keseluruhan = 10 markah
2. a. Kaedah temu bual boleh dilaksanakan bagi tujuan pengumpulan
maklumat.Huraikan tiga jenis temu bual di bawah ini.
Temubual berstruktur:Temubual berdasarkan soalan-soalan yang dibina lebih awal.
Temubual tanpa struktur:
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
14/22
Murid-murid diberi kebebasan untuk bercakap berdasarkan soalanumum.
Temubual separa berstruktur:Gabungan kedua-dua teknik di atas.
1 fakta = 1markah1 fakta dan contoh = 2 markah3 fakta dan contoh = 6 markah
Jumlah = 6 markahb.
Masa
11.00 pagi Murid-murid sedang
membuat latihan yang
diberi oleh guru di dalam
kelas
11.15 pagi Terdapat murid-murid yang berjalan-jalan dalam kelas. Gurumenegur murid dengan mengarahkan mereka duduk ditempat masing-masing, tetapi terdapat dua orang muridyang curi-curi duduk di tempat murid lain.
11.20 pagi Dua orang murid tadi telah mengganggu murid lain tanpadisedari oleh guru. Mereka meniru latihan yang diberi olehguru daripada murid lain.
11.40 pagi Murid yang telah siap latihan mula berbual dan bermain.Terdapat juga murid yang tertidur di dalam kelas.
Kenal pasti empat persamaan yang dihadapi oleh murid-murid di dalam kelas
dan kategorikan permasalahan tersebut berdasarkan pemerhatian tingkah laku diatas.
Perlakuan Kategori
Kognitif Emosi Fizikaliii. Murid main dalam kelas
iv. Tidak membuat latihan
iii. Meniru kerja kawan
iv. Mengganggu ketenteraman
kelasv. Murid tidur dalam kelas
vi. Tidak mendengar arahanguru
1 fakta = markah1 fakta dan kategori = 1 markah
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
15/22
4 fakta dan kategori = 4 markahJumlah = 4 markah
Jumlah keseluruhan = 10 markah
4. a. Terapi bermain dapat digunakan sebagai satu kaedah teraputik.
Berikan justifikasi bagaimana terapi bermain dapat membantu murid-murid menghadapi tekanan emosi.
.i. Terapi bermain membolehkan kanak-kanak memanipulasi dunia
dalam skala yang lebih kecil. Dengan cara menggunakan bahan-bahan terpilih dalam aktiviti bermain di samping menerimabimbingan guru, kanak-kanak akan bermain dengan perasaanmereka dan meluahkan perasaan yang tersembunyi.
ii. Persekitaran yang selamat ketika bermain dengan bimbingan guruyang berempati dan menerima tanpa syarat membolehkan kanak-kanak menyatakan sesuatu tanpa berasa takut dikenakan hukumanatau seumpamanya
1 fakta/isi x 1 markah = 1 markah1 fakta + huraian x 2 = 2 markah2 fakta + huraian x 2 = 4 markah
Jumlah = 4 markah
b Terapi bercerita merupakan medium komunikasi antara ahli terapi danklien.
Jelaskan tiga panduan menggunakan aktiviti bercerita sebagai terapi yang
berkesan kepada murid-murid.
i. Laksanakan secara tidak langsungAhli terapi perlu sensitif dan melaksanakan cerita yang tidakmenyamai situasi yang dialami dengan menukar watak cerita
ii. Laksanakan secara kreatif
Ahli terapi perlu bercerita secara kreatif, menarik dan penuh semangat.Mempelbagaikan nada suara dan penuh perasaan serta menggunakanbahan-bahan bersesuaian seperti anak patung sebagai sokonganbercerita
iii. Bersikap positif
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
16/22
Sentiasa memastikan cerita yang disampaikan berakhir dengan peristiwapositif dan kejayaan
iv. Mengajak kanak-kanak mereka-reka ceritaMenambah keyakinan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah sendiri
dengan menggalakkan mereka untuk mereka cerita serupa dengan temayang disampaikan
1 fakta/isi x 1 markah = 1 markah1 fakta + huraian x 2 = 2 markah3 fakta + huraian x 2 = 6 markah
Jumlah = 6 markah
Jumlah keseluruhan = 10 markah
4. a. Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, aspek perkembangan minatkerjaya murid-murid perlu diterapkan dalam perancangan aktiviti bimbingandan kaunseling.
Berdasarkan pemahaman anda terhadap Teori Tipologi Holland jelaskan limaandaian yang terdapat di dalam teori tersebut.
i. Terdapat 6 jenis atau gaya personaliti individu iaitu; RIASECii. Terdapat 6 jenis persekitaran kerjaya iaiatu; RIASECiii. Setiap gaya personaliti berpadanan dengan persekitaran kerjayaiv. Individu sering mencari persekitaran kerjaya yang sepadan dengan gaya
personaliti masing-masingv. Semakin kuat padanan gaya personaliti dengan persekitaran kerjayakepuasan kerjaya akan semakin bertambah
vi. Sikap dan perlakuan individu adalah hasil dari interaksi di antarapersekitaran dengan individu itu
v. Terdapat gaya atau personaliti individu yang bersifat primer, sekunderatau tertiari.
1 fakta = 1 markah5 fakta x 1 markah = 5markah
Jumlah = 5 markah
b. Dalam aspek perkembangan kerjaya, konsep gaya hidup individu perlu diberipenekanan oleh guru bimbingan dan kaunseling.
Berdasarkan pernyataan di atas rumuskan 5 tema gaya hidup yang disarankanoleh Adler yang dapat dikaitkan dengan sifat murid-murid sekolah di sekolah.
i. Rasa ingin dimiliki oleh lingkungan sosialnya suka bermain, perasaandipunyai, menghormati dan memberi sokongan.
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
17/22
ii. Rasa inginkan pengiktirafan ingin mendapat pujian dan penghargaan.
iii. Rasa terlalu berhati-hati sehinggakan boleh mendatangkan masalahpada diri dan orang lain.
iv. Rasa bertanggungjawab mengawal dan ingin menguasai
v.. Rasa Pergantungan mengikut arahan dan akur berkaitan peraturan
1 fakta = 1 markah5 fakta x 1 markah = 5markah
Jumlah = 5 markah
Jumlah keseluruhan = 10 markah
BAHAGIAN C[ 40 markah ]
1. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan prinsip ABCD yangtelah
diasaskan oleh Albert Ellis dalam Teori Terapi Rasional Emotif (RET).
Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan padatahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat.Teori ini terbina apabila beliau mendapati
bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu
bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955, beliau telah
menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenalisebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada
teori RET dan kepada teori tingkah laku kognitif.
Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian,
interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses teraputik emosi-
rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal danmemerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri seseorang. Ini disebabkan
oleh teori ini lebih bersifat pendidikan daripada perubatan yang direka dalam keadaan
di mana kaunselornya aktif terarah dengan tepat dan mengajar.
Teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah
laku.Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuandan membuat keputusan.Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar, mengarah
dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional.
Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak
rasional.Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
18/22
sistem kepercayaan yang baik dan rasional. (i) Dalam konteks ini ia merupakan satu
sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat semula sistem
kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita dengan menggantikan semula dengansatu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang
individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya. (ii) RET juga
memandang bahawa manusia dilahirkan dengan beberapa kecenderungan ke arahperkembangan dan pengiktirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan
oleh kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang
telah mereka pelajari.
Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain dalam
kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Fokus
prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut perasaan.Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana fungsi kaunselor yang
berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak sebagai seorang guru, yang memberi
tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi ini.
Pandangan Teori Terhadap Manusia
Terapi ini telah mengandaikan bahawa manusia bertindak sebagai penilai, perunding danpengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku akan bermula apabila manusia
menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan untuk disayangi, diperakui kejayaan
dan menganggap keutamaan tersebut sebagai keperluan yang utama.
Terapi RET berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan
untuk berfikiran secara rasional dan tidak rasional.Manusia berupaya untuk memeliharadirinya, bergembira, berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi
dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga
berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguhuntuk membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, tidak sabar, mementingkan
kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan
pengikhtirafan dan pertumbuhan potensi. Fenomena ini meyakinkan terapi ini dapat
membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukankesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.
Fakta ABCDE
Kepercayaan - manusia perlu mengubah cara berfikir supaya betulkan fikiranyang tidak rasional.
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
19/22
Teori Perihalan Contoh
A Activating experiencePeristiwa pencetus, kenyataan , carabertingkah laku atau perlakuanseseorang individu.
Gagal dalam peperiksaanwa pencetus
B Belief system (system kepercayaan)
Penilaian terhadap peristiwa.i. Rasionalii. Tidak rasional Rasional.
RasionalSaya masih ada peluang untuk terussekolah
Tidak rasional- Musnahlah masa depan saya- Kegagalan saya semuanya
berpunca dari kesilapan sayasendiri.
- Saya adalah merupakanmanusia yang paling bodoh
- Saya sangat kecewa dengan
kegagalan peperiksaan ini.
C Consequence @ akibat penilaian tadi. Kesan A
- Gangguan emosi hinggamenyebabkan wujudnya depresidan anxieti.
- sentiasa keadaan muram dantidak bersemangat.
-
D Dispute (mencabar kepercayaan tidakrasional /kepercayaan rasional)
- kaedah untuk berhujah,mengajar, mencabar danmemperbetulkan sistemkepercayaan yang tidak rasional
Kaunselor akan bantu lawan fikiran takrasional
- gagal sekali tidak bermaknagagal selamanya
- kegagalan pertama kali adalahpermulaan kepada kejayaaan
E Effect(kesan)Jawapan yang dijana lawan pemikirantak rasional.
- Menjadi normal dan mempunyaisistem kepercayaan danpenilaian yang rasional danpositif
- Pemikiran tak rasional jadirasional
1 fakta/isi x 1 markah = 2 markah1 fakta + huraian x 4 = 4 markah
5 fakta + huraian x 4 = 20 markah
Jumlah keseluruhan = 20 markah
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
20/22
2. Sebanyak tujuh peratus daripada perasaan kita disampaikan melalui saluran lisan,manakala 38 peratus disampaikan melalui nada suara dan 55 peratus melalui saluranbukan lisan termasuk mimik muka, isyarat tangan, kedudukan badan dan sebagainya.(Choong Lean Keow, 2010)
Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, bincangkan dengan memberi contohyang jelas, kemahiran menginterpretasi tingkahlaku bukan lisan yang boleh andaaplikasikan untuk membantu keberkesanan sesi kaunseling mencapaimatlamatnya.
1. Kontak mata : mencerminkan perasaan, sikap dan merangsang suasana kondusifatau positif dalam perbincangan
Contoh esei :Kemampuan menginterpretasi tingkahlaku dari aspek kontak mata sangat pentingkepada semua Guru Bimbingan dan Kaunseling. Semasa sesi bersama klien,
mereka akan menonjolkan pelbagai bentuk kontak mata kepada Guru Bimbingan.Kontak mata klien sebenarnya mencerminkan perasaan dan sikap sebenar klienyang cuba diberitahu secara tidak langsung kepada Guru Bimbingan. Jika GuruBimbingan gagal menginterpretasi tingkahlaku tersebut dengan tepat, maka gurubimbingan mungkin gagal untuk meneroka permasalahan sebenar klien. ContohnyaGuru Bimbingan sedang meneroka kekecewaan seorang pelajar dengan sikapgurunya,.tetapi semasa sesi penerokaan, klien sentiasa mencerlung tajam padaGuru Bimbingan dan Kaunseling setiap kali dia berterus terang tentang sikap guruyang tidak disukainya. Sebenarnya kontak mata yang dipaparkan klienmengambarkan ketidakyakinan dirinya jika Guru Pembimbing bersedia menerimakritikannya terhadap guru yang tidak disukainya itu. Klien mungkin was-was jikaGuru Pembimbing bersedia mendengar kritikan terhadap rakan sejawatnya. Guru
Bimbingan yang berjaya menginterpretasi dengan tepat kontak mata klien, akanterus merangsang suasana yang positif dalam perbincangan. Sebaliknya guruBimbingan yang gagal menginterpretasi dengan baik mungkin akan mengemukakansoalan-soalan yang akan menambah ketidak percayaan klien kepada kesediaanGuru Bimbingan untuk mendengar keluhannya. Akibatnya keberkesanan sesikaunseling berkenaan akan gagal mencapai matlamat sebenarnya.
2. Senyuman: sebagai penjalin hubungan yang baik, meredakan ketegangan emosidan keselesaan untuk berbincang
3. Posisi badan; mengambarkan perasaan, mood, sikap dan persepsi seseorang
4. Pergerakan kaki dan tangan: membantu keberkesanan komunikasi seperti memberipenekanan kepada sesuatu fakta dalam perbincangan atau melahirkan emosi yangterlindung. Pergerakan yang terlalu banyak menghalang komunikasi berkesan ataumenganggu konsenstrasi klien
5. Ekspresi muka: dapat menyampaikan mesej yang pelbagai termasuk identiti sosial,personaliti sertagambaran perasaan dan emosi seseorang
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
21/22
6. Sentuhan; memberi tafsiran seperti kemesraan, penguasaan, agresi, minat seksual,mengambil berat dan sebagainya.
7. Nada suara: memahami emosi klien seperti nada tegang, geram, marah, sedih, tidakbermaya, merungut dan sebagainya.
1 fakta = 1 markah1 fakta dan huraian = 3 markah
1 fakta, huraian dan contoh = 5 markah4 fakta + huraian+ contoh x 5 = 20 markah
3. Guru Besar telah mengarahkan anda untuk mengadakan satu sesi kaunselingkelompok bagi membantu murid-murid yang berprestasi rendah dalampeperiksaan semester.Sejauhmanakah ciri-ciri guru bimbingan dan kaunseling yang berkesan dapatmemastikan kejayaan sesi kaunseling kelompok tersebut.Perjelaskan ciri-ciri tersebut
dengan contoh yang sesuai.
1. Ketulenan: amanah, jujur dan ikhlas
Contoh esei :
Guru Bimbingan yang berkesan akan bersikap amanah dengan luahan dan semuapermasalahan klien. Mereka perlu sentiasa jujur dan ikhlas untuk mendengar danberkongsi permasalahan klien. Sifat ketulenan ini akan membantu klien membinasikap rapo dan percaya kepada kesediaan Guru Bimbingan untuk mendengar danmembantu menyelesaikan permasalahan mereka. Contohnya klien yang menjadimangsa sumbang mahram oleh ahli keluarga sendiri dan Guru Bimbinganditugaskan untuk membantu klien membina semula keyakinan diri dan konsepkendiri yang positif untuk meneruskan kehidupan. Guru Bimbingan yangmenunjukkan ciri-ciri ketulenan akan menggalakkan klien mencurahkan perasaandengan penuh sikap terbuka dan tidak berpura-pura. Walaupun isu yang dibicarakanmengaibkan klien. Keadaan ini akan merangsang suasana perbincangan yangkondusif dan mempastikan keberkesanan sesi kauseling tersebut .Jadi ciri GuruBimbingan yang berkesan amat penting dalam usaha Guru Bimbingan untukmempastikan kejayaan sesuatu sesi kaunseling.
2. Penerimaan tanpa syarat
3. Kefahaman empati yang tepat
4. Kemesraan
5. Kerahsiaan
6. Menghormati dan menghargai diri sendiri
7. Mempunyai ilmu dan kepakaran dalam kemahiran kaunseling
8. Mempunyai keyakinan diri dan percaya pada kebolehan orang lain
9. Mempunyai kredibiliti tinggi dan boleh dipercayaibersifat terbuka dalam menghadapi
sesuatu isu
-
7/27/2019 EDU 3107 (SET 3)
22/22
10. Kesanggupan dan kesediaan meibatkan diri dalam masalah pelajar
11. Persepsi positif terhadap pelajar
12. Kebolehan berfikir lebih jauh daripada pelajar
13. Bertindak secara praktikal dan teliti
1 fakta = 1 markah1 fakta dan huraian = 3 markah
1 fakta, huraian dan contoh = 4 markah5 fakta + huraian+ contoh x 4 = 20 markah