EDU 3073_G5

39
EDU 3073 Bimbingan & Kaunseling Kanak-kanak Pensyarah : Dr. Ahmad Zohri bin Hj Ishak Ahli kumpulan : Chew Kok Rui Hii Hiong Ik Wong Din Lin

description

EDU 3073 G5

Transcript of EDU 3073_G5

PowerPoint Presentation

EDU 3073

Bimbingan & Kaunseling Kanak-kanak

Pensyarah : Dr. Ahmad Zohri bin Hj Ishak

Ahli kumpulan : Chew Kok Rui

Hii Hiong Ik

Wong Din Lin

Dalam Melaksanakan Proses Kaunseling, Teori Memainkan Peranan Yang Penting. Sejauh Manakah Teori Pemusatan Perorangan (Pendekatan Humanistik) Dapat Membantu Dalam Sesi Kaunseling Individu Yang Berkesan.

Soalan Tugasan

PENGENALAN TEORI PEMUSATAN PERORANGAN (PENDEKATAN HUMANISTIK)

PENGENALAN

Dipelopori oleh Carl Rogers.

Pada tahun 50-an, Carl Rogers telah mengemukakan konsep kemesraan dan kepentingan wujudnya hubungan mesra antara kaunselor dengan klien.

Hubungan yang mesra ini dapat menjamin perasaan yang terpendam diluahkan secara mudah tanpa sembunyi.

Menurut Carl Rogers, manusia mempunyai desakan semula jadi untuk memajukan diri dan sentiasa bergerak ke arah kesejahteraan diri.

Seseorang individu juga berupaya memberi penilaian positif kepada pengalaman yang positif dan sebaliknya.

Secara tidak langsung, individu dapat mengasingkan hasil daripada pengalaman yang positif dan negatif dalam pertumbuhan hidupnya.

PERANANKAUNSELOR

PERANAN KAUNSELLOR

Berempati sebagai pemudahcara dalam proses teraputik

Wujudkan suasana yang dapat menimbulkan perasaan bebas klien untuk terokai diri dan masalahnya.

Lakukan konfrontasi agar klien tidak membela diri

Sama taraf dengan klien and berusaha bersama-sama

Tidak mendiagnosis masalah klien, hanya membantu klien memahami dirinya dengan lebih jelas

PERANAN KAUNSELLOR

Kongruen

Penerimaan Positif Tanpa Syarat

Berempati

Ikhlas & Jujur

Bersifat terbuka dan jalinkan hubungan yang baik

Menyakinkan kliennya.

Hormati klien tanpa mengira perbezaan nilai.

Tiada menilai dan prejudis terhadap klien.

Mengambil berat.

Cuba rasai & memahami masalah yang dialami oleh klien

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN KAUNSELING

Kemahiran-kemahiran Kaunseling

Rogers tidak mengutamakan teknik-teknik tertentu dalam kaunseling pemusatan perorangan.

Beliau telah menggunakan beberapa kemahiran yang banyak membantu dalam proses perhubungan kaunseling pemusatan perorangan.

Kemahiran Kaunseling

Soalan Terbuka dan Tertutup

Dorongan Minima

Parafrasa

Rumusan

Refleksi Perasaan

Konfrontasi

Memfokus

Soalan Terbuka dan Tertutup

Soalan terbuka memberi kebebasan kepada klien untuk respon.

Soalan tertutup mengehadkan percakapan klien tetapi tepat terhadap maklumat yang dikehendaki.

Penggunaan soalan yang sesuai dapat mendalami dunia klien.

Dengan mengemukakan soalan, kaunselor dapat mengeksploitasi dan mengenal pasti masalah klien dengan lebih tepat.

Contoh: apa, kenapa, bagaimana, siapa

Dorongan Minima

Klien memerlukan pemerhatian kaunselor dan berharap luahannya dapat difahami.

Dorongan minima merupakan respon yang ringkas yang menunjukkan bahawa kaunselor sedang mengikuti dan memahami perkara yang disampaikan oleh klien.

Kemahiran ini turut memberi galakan kepada klien agar meluahkan lagi masalah atau pandanganya terhadap sesuatu aspek dengan lebih mendalam lagi.

Contoh: anggukan kepala, teruskan, ya, saya faham

Parafrasa

Parafrasa bermaksud pengulangan sesuatu perkara yang dikemukakan secara ringkas dengan tepat.

Kemahiran ini adalah untuk menyakinkan klien bahawa kaunselor benar-benar memberi tumpuan kepadanya.

Hal ini dapat melicinkan proses kaunseling dan mencapai persefahaman antara kaunselor dengan klien.

Rumusan

Kemahiran ini seakan-akan sama dengan parafrasa tetapi merangkumi lebih banyak maklumat dan berkehendakkan penderangan cerita yang lebih lama sebelum membuat respon.

Kadangkala kaunselor akan menerapkan idea atau tema yang berkait dengan masalah klien.

Rumusan boleh digunakan pada permulaan sesi untuk mengimbas kembali tentang perkara yang dibincangkan pada sesi sebelumnya.

Rumusan juga boleh digunakan pada akhir sesi untuk menggarapkan cerita yang disampaikan sepanjang sesi kaunseling.

Refleksi Perasaan

Refleksi perasaan merupakan cara untuk menyakinkan klien bahawa kaunselor memahami perasaan klien.

Apabila klien menyedari bahawa kaunselor memahami perasaannya, klien akan meluahkan lagi perasaannya.

Perasaan yang terpendam akan diluahkan dan hal ini amat membantu dalam menjalin perhubungan dan proses penerokaan.

Konfrontasi

Konfrontasi bermaksud mencabar klien dalam sesi kaunseling.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat atau menggerakkan perkembangan klien.

Konfrontasi dilakukan secara pelawaan atau ajakan supaya klien tidak berselindung dengan perkara yang selamat sahaja.

Kemahiran konfrontasi hanya dilakukan setelah perhubungan yang mantap tercapai.

Kemahiran ini memerlukan kepakaran yang tinggi kerana penggunaan yang salah akan menyebabkan klien enggan bercakap atau tidak berminat untuk meneruskan sesi kaunseling.

Memfokus

Kaunselor mesti memberi tumpuan yang sepenuhnya ke atas perkara yang disampaikan oleh klien.

Dengan memberi tumpuan, kaunselor dapat mengelakkan kekeliruan.

Kaunselor juga dapat mengikuti aliran cerita klien dan sedia memberi respon dengan cepat dan tepat.

Kelebihan KelemahanBerpusatkan klien Tidak mempunyai sesuatu set teknik yang tertentu.Mengutamakan kepercayaan bahawa potensi semula jadi diperolehi oleh setiap individu.Pergantungannya kepada laporan kendiri boleh membawa hasil yang tidak begitu memuaskan Menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujuran kaunselorKurang berkesan ke atas klien yang datang untuk sesi kaunseling dengan bukan kerelaan sendiri. Memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan berkongsi penuh dalam hubungan dan bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri

Kelebihan dan Kelemahan Teori PCC

Sejauh manakah Teori Pemusatan Perseorangan (pendekatan humanistic) dapat membantu dalam sesi kaunseling individu yang berkesan.

Sifat Kongruen Kaunselor

memudahkan klien untuk meluahkan isi hatinya

Klien akan menemui dirinya sendiri melalui proses kaunseling.

Perhubungan yang mesra

Ikhlas(x berpura-pura), Serasai apa yang dirasai klien, Kurang bersikap defensif diri

21

Dapat merasakan dia didengari dan mendapat tindak balas daripada kaunselor dengan maklum balas tentang apa yang telah dinyatakan oleh klien.

Dapat mengenali perasaan kendiri yang mendalam.

Penerokai kendiri dan pemahaman kendiri dari segi sikap, kepercayaan dan perasaan.

Memberi sokongan kepada klien

Bersikap terbuka(penerimaan tanpa syarat), meluahkan perasaan secara sukarela dan ikhlas sama ada perasaan marah, kecewa, dan sebagainya tetapi tidak terlalu keterlaluan.

Tumpuan kepada refleksi perasaan

Penerokai kendiri dengan sedia peluang, keaddan yang bebas dan membentuk suasana yang kondusif

22

Bantu menilai dan memahami pilihan-pilihan

Ia bukan menilai tingkah laku, peristiwa atau perasaan klien sama ada baik atau jahat.

Klien akan memahami persepsi sebenar

Klien akan mampu mengambil tindakan atau membuat sesuatu keputusan.

Bantu Mengenal Pasti Kuasa Diri

Klien dalam keadaan untuk terus berkembang.

Apabila wujud di dalam diri klien kesediaan untuk terus hidup, untuk terus mengalami peristiwa-peristiwa baru, untuk terus menghadapi cabaran-cabaran dan masalah-masalah baru, maka individu telah mencapai suatu tahap positif di dalam proses hidupnya.

Klien akan bersedia membuat ketetapan-ketetapan baru untuk dirinya, untuk mencari matlamat-matlamat baru untuk hidupnya.

Ia tidak lagi perlu bergantung kepada orang lain untuk mengarah atau mengawal hidupnya. Ia sudah berupaya menuju ke arah matlamat baru

24

KAJIAN KES

Seorang pemuda bernama Jason. Beliau berumur 17 tahun dan kini menimba ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampus Pulau Pinang. Beliau merupakan seorang pelajar yang baik dan mempunyai pencapaian akademik yang baik dalam sekolah. Akan tetapi beliau mengalami perubahan setelah ibu bapa beliau telah bercerai sejak beliau berumur 16 tahun. Pencapaian akademik beliau sangat tidak memuaskan dan tahun ini beliau akan menduduki peperiksaan SPM. Anda merupakan seorang kaunsellor yang berpengalaman. Sila berikan kaunselling yang sesuai kepada beliau berdasarkan Teori Pemusatan Perorangan.

KAJIAN KES

KAJIAN KES

Saya berasa amat tertekan kerana peperiksaan SPM saya telah dekat.

Saya amat berharap ibu bapa saya dapat menemani saya buat masa ini dan menyokong saya.

Akan tetapi harapan ini tidak akan menjadi realiti.

Jason

KAJIAN KES

Kaunselor

Jason anda sila bertenang dahulu dan menceritakan perlahan-perlahan. Jika mempunyai masalah sila beritahu saya dan saya akan menolong anda.

Mengapakah ibu bapa anda tidak dapat berteman dengan anda?

KAJIAN KES

Mereka sudah bercerai sejak 1 tahun yang lalu. Masa kini mereka telah mempunyai keluarga baru masing-masing. Saya berasa kewujudan saya adalah lebih kepada mereka.

Apa yang saya nak adalah perhatian dan kasih sayang daripada mereka.

Jason

KAJIAN KES

Kaunselor

Oh, rupanya mereka sudah bercerai. Pada masa sekarang anda berasa sangat tertekan akibat peperiksaan SPM telah dekat dan anda ingin ibu bapa dapat menemani anda pada masa ini.

Adakah mereka sayangi anda?

KAJIAN KES

Ya. Mereka masih melawat saya pada masa tertentu. Mereka telah menyewa sebuah rumah kepada saya dan setiap bulan juga memberi wang kepada saya.

Akan tetapi, saya masih berharap mereka dapat temani saya pada masa ini.

Jason

KAJIAN KES

Kaunselor

Saya memahami dan merasai perasaan anda juga. Akan tetapi anda haruslah berfikir terbuka dengan situasi ibu bapa anda kerana mereka telah mempunyai keluarga baru masing-masing.

Anda seharusnya tidak boleh mengecewakan mereka.

Apakah langkah-langkah yang anda boleh supaya tidak mengecewakan mereka?

KAJIAN KES

Saya haruslah belajar dengan bersungguh-sungguh supaya saya mendapati keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM ini.

Saya tidak akan mengecewakan mereka.

Jason

KAJIAN KES

Kaunselor

Ini barulah pilihan yang baik dan betul. Anda mestilah laksana pilihan anda iaitu bersungguh-sungguh untuk peperiksaan SPM yang akan datang.

Terima kasih banyak-banyak atas kaunselling tuan. Saya berasa selesa dan telah mengetahui apa langkah yang harus saya ambil buat masa sekarang.

Sekian terima kasih.

Jason

KAJIAN KES

Rumusan

Teori PCC lebih banyak meletakkan keyakinan dalam dan memberi lebih banyak tanggungjawab kepada klien untuk menyelesaikan masalah. Setiap kaunselor perlulah mempunyai sifat kongruen, penerimaan tanpa syarat dan empati terhadap klien. Dengan adanya ciri-ciri dan kemahiran yang disarankan tersebut, pasti kaunseling pemusatan perseorangan ini akan berkesan.

Sekian .

Terima kasih.

Bibliografi (1)

Sumber buku:

Khoo B.L (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak.

Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2011). Bimbingan dan Kauseling. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Tang Chee Yee (1987). Bimbingan dan Kaunseling.

Bibliografi (2)

Sumber Internet:

Teori Pemusatan Klien(15/05/2011), dilayari pada hari 18/1/2015

http://aisyahumairah88.blogspot.com/2011/05/teori-pemusatan-perorangan-personclient.html

Aplikasi Pendekatan Kaunseling Pemusatan Klien, dilayari pada hari 18/1/2015

http://repo.uum.edu.my/1837/1/20.pdf