Post on 05-Apr-2018
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
1/30
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
2/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
PENGENALAN
Islam di Tanah Melayu
Islam telah lama bertapak di Alam Melayu. Perkembangan Islam di Malaysia
menunjukkan perkembangan yang cukup pesat. Jika kita menyelami sejarah Malaysia
pasti kita akan dapati ramai tokoh-tokoh ilmuan dan agama lahir di negara ini yang
pergi menuntut ke pelbagai institusi baik di Timur Tengah mahupun di Kepulauan
Nusantara ini sendiri. Kelahiran para ilmuan ini adalah didarong oleh rasa
tanggungjawab untuk memperbaiki situasi masyarakat setempat ketika itu dan
melakukan pengislahan ke atas masyarakat. Hasil daripada usaha mereka ini, segelintir
masyarakat ketika itu yang turut mempunyai rasa sensitiviti terhadap masyarakat awam
khususnya umat Islam itu sendiri telah turut bersama-sama para ilmuan ini untuk
melakukan pengislahan terhadap masyarakat maka terbitlah gerakan-gerakan islah
yang bergerak secara kumpulan bagi memudahkan gerak kerja mereka untuk
menegakkan syiar dan kalimah Allah SWT di bumi Nusantara umumnya dan Malaysia
khususnya.
Salah seorang tokoh ilmuan dan ulama yang banyak berjasa terutamanya di
Terengganu adalah Haji Abdul Rahman Limbong yang banyak memimpin masyarakat
2 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
3/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
untuk sama-sama bangkit menentang penjajah yang menguasai dan menindas
masyarakat yang kebanyakannya adalah golongan petani. Kertas kerja ini akan
membincangkan latarbelakang Haji Abdul Rahman Limbong serta sumbangan beliau
dalam kebangkitan rakyat menentang penjajah di Terengganu pada tahun 1928.
Perkembangan Islam di Terengganu
Islam telah berekembang di Terengganu sejak dari 4 abad yang lepas. Pada tempoh itu
kita dapat melihat bagaimana ianya mempamerkan ciri-ciri keislamannya. Begitu ramai
tokoh ilmuan yang lahir dan begitu banyak institusi-institusi pondok, madrasah yang
muncul bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Di dalam buku Ulama
Terengganu Suatu Sorotan turut menyebut, adalah tidak keterlaluan jika dikatakan
bahawa kehadiran ulama menjadi paksi kepada perubahan sosial di beberapa daerah
dan pada beberapa waktu penting.
Banyak pihak amat bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana jika kita dapat melihat
sehingga hari ini juga, Terengganu merupakan antara pusat pengajian agama baik
melalui sistem pondok mahupun sistem pendidikan secara formal di sekolah-sekolah
agama. Maka sudah pastilah punca kelahiran institusi-institusi keagamaan ini adalah
kerana hadirnya ulama-ulama pewaris Nabi ini sejak awal-awal kedatangan Islam ke
Terengganu lagi.
3 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
4/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
Selain itu, dapat dilihat 3 faktor besar yang menyumbang kepada perkembangan dan
kebangkitan ulama di Terengganu, iaitu faktor pertama adalah keadaan realiti
masyarakat sosial yang ada pada ketika itu mempunyai kesedaran yang amat tinggi
terhadap ajaran Islam. Manakala faktor yang kedua pula adalah berkaitan hubungan
rapat antara golongan ulama dengan para pemerintah ketika itu dan faktor yang ketiga
adalah ulama merupakan satu kelompok ataupun kumpulan yang dapat dilihat sebagai
satu entiti yang tidak mempunyai saingan daripada pihak lain sebagai pemimpin
masyarakat sosial.
Perkara ini tidak boleh dinafikan menjadi faktor utama para ulama ini menjadi perhatian
dikalangan masyarakat. Jika kita melihat, pada satu persatu proses dakwah mahupun
pembelajaran pasti wujud interaksi antara dua pihak dan jika hanya pada satu pihak,
sudah pasti ianya tidak akan berjaya. Oleh kerana itu, para ulama ketika itu
mendampingi masyarakat awam dan membina hubungan yang rapat dengan mereka
disamping rapat dengan pemerintah bagi memudahkan mereka menjalankan gerak
kerja dakwah mereka. Kebanyakkan para pendakwah sejak dari dahulu lagi dan Nabi
Muhammad sendiri rapat dengan pemimpin dan mengahwini keturunan pemerintah
agar mudah untuk menjalankan dakwah kerana kebiasaannya para rakyat akan
mengikut apa yang dianuti oleh pemimpin mereka. Ini merupakan satu strategi dakwah
yang sangat berkesan dan berjaya mendatangkan hasil yang baik kepada agama Islam
itu sendiri.
4 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
5/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
Perkembangan para ulama di Terengganu dapat disaksikan lagi dengan penubuhan
Sarekat Islam yang mana di Terengganu diasaskan oleh Syed Abdul Rahman yang
berasal daripada keturunan diraja Siak. Penubuhan Sarekat Islam ini adalah demi
menjaga kebajikan ahlinya. Sarekat Islam ini juga merupakan antara kelompok yang
kuat menentang penjajah British dalam siri-siri pemberontakan yang dilakukan
terutamanya pada tahun 1928.
Salah seorang tokoh ilmuan dan ulama yang banyak berjasa terutamanya di
Terengganu adalah Haji Abdul Rahman Limbong yang banyak memimpin masyarakat
untuk sama-sama bangkit menentang penjajah yang menguasai dan menindas
masyarakat yang kebanyakannya adalah golongan petani ketika itu. Kertas kerja ini
akan membincangkan latarbelakang Haji Abdul Rahman Limbong serta sumbangan
beliau dalam kebangkitan rakyat menentang penjajah di Terengganu pada tahun 1928.
Latar Belakang
Haji Abdul Rahman Limbong
5 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
6/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
Haji Abdul Rahman bin Abd Hamid bin Abd Kadir dikenali dengan panggilan Haji Abdul
Rahman Limbong dilahirkan di Kampung Jongok Tong, Beladau Kolam, Kuala
Terengganu pada tahun1285H/1868M dan meninggal pada tahun 1347H/1928M di
Mekah. Manakala ibu beliau pula bernama Tun Tijah Binti Tun Akut yang berketurunan
Tuan Zain Indera (Raja Tersat pada masa Terengganu berada di bawah pemerintahan
kesultanan Johor. Ayah beliau pula iaitu Haji Abdul Hamid bin Abdul Kadir dikatakan
berasal daripada keturunan Patani. Maka bolehlah dikatakan bahawa Haji Abdul
Rahman Limbong merupakan anak watan Terengganu yang berasal ataupun
berketurunan Johor.
Kampung Jongok Tong, Beladau Kolam, Kuala Terengganu: Tempat kelahiran
Haji Abdul Rahman Limbong
6 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
7/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
Beliau juga turut dikenali sebagai Haji Derahman Limbong di beberapa tempat lain.
Gelaran ini sempena dari kampung Limbong di Kemaman yang mana tempat ini kerap
beliau kunjungi. Manakala ada juga pendapat lain mengatakan bahawa bahawa gelaran
ini diperolehinya daripada pembabitannya sebagai guru di kampung Limbong, Cukai,
Kemaman.
Kampung Limbong, Cukai, Kemaman
Pendidikan
Semasa kecilnya, seperti kanak-kanak lain, beliau dihantar oleh ayahandanya untuk
mendalami pengajian agama Dan sememangnya di zamannya, perkembangan Islam
cukup pesat. Oleh kerana itu tidak hairanlah jika beliau sejak kecil lagi sudah menerima
pendidikan agama. Ada sumber-sumber yang menjelaskan bahawa sejak kecil lagi
beliau menghabiskan masa bersama-sama bapa saudara beliau iaitu Haji Tun
7 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
8/30
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
9/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
Hal yang semacam inilah yang dilalui oleh para ulama di zaman beliau sebelum mereka
terkenal sebagai seorang ulama terkemuka.
Pada peringkat awal pengajian beliau dengan Tokku Paloh, beliau hanya menjadi
khadam kepada Tokku Paloh. Beliau bertugas sebagai menyapu halaman rumah,
membersihkan surau, menyediakan kayu api, mengisi air di kolah surau dan
sebagainya. Dan sememangnya cara sedemikian dilalui oleh kebanyakan para ulama
sufi demi peningkatan rohani. Melalui pendidikan seperti inilah akhirnya mereka menjadi
tokoh-tokoh terkemuka di zaman mereka. Dan ini juga merupakan salah satu proses
pendidikan tasauf demi untuk melahirkan manusia yang benar-benar bertaqwa.
Oleh kerana beliau menjadi khadam kepada Tokku Paloh, membuat kerja yang
berbagai-bagai, maka kuranglah masa beliau untuk dapat menghadiri majlis pengajian
ilmu. Oleh kerana itu beliau hanya mendengar pengajian di tepi kolah sambil menatap
kitab yang digunakan oleh Tokku Paloh. Hal ini dilakukan tanpa disedari oleh sesiapa
pun. Apabila selesai sahaja pengajian, beliau menyembunyikan kitabnya di celah-celah
atau surau. Ini menunjukkan yang yang beliau tidak mahu diketahui turut sama-sama
belajar dengan murid-murid Tokku Paloh yang lain.
Lama kelamaan, kelakuan beliau akhirnya diketahui oleh Tokku Paloh. Timbul rasa
kasih Tokku Paloh terhadap beliau kerana kesungguhannya untuk belajar. Dan
akhirnya beliau diterima menjadi murid kepada Tokku Paloh dan belajar bersama-sama
pelajar-pelajar lain.
9 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
10/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
Haji Abdul Rahman Limbong mempunyai kecekapan yang agak luar biasa. Dalam masa
yang singkat sahaja beliau dapat telah menguasai segala pelajaran yang diajarkan. Di
samping itu beliau terkenal sebagai seorang yang sangat menghormati guru. Segala
suruhan serta arahan guru-gurunya, dilaksanakan serta dipatuhi dengan segera.
Apabila berhadapan dengan tuan gurunya, Tokku Paloh, beliau tidak pernah untuk
mengangkat muka, apatah lagi untuk bertentangan mata. Kerana semuanya ini
merupakan adab-adab dalam berguru sebagaimana yang telah diterangkan dengan
panjang lebar oleh Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin.
Oleh kerana beliau boleh dikatakan di antara murid Tokku Paloh yang terpintar serta
baik akhlaknya, maka tidak hairanlah mengapa Tokku Paloh begitu sayang dan kasih
terhadap beliau. Tokku Paloh semacam mengharapkan Haji Abdul Rahman Limbong
sebagai pengganti beliau selepas beliau meninggal dunia. Akhirnya ternyata bahawa
Haji Abdul Rahman Limbong mewarisi kepimpinan serta perjuangan yang dilaksanakan
oleh Tokku Paloh.
Oleh kerana Tokku Paloh memimpin tarekat Naqsyabandiyah, maka dengan tidak
secara langsung Haji Abdul Rahman Limbong juga turut mengamalkan tarekat tersebut.
Tarekat Naqsyabandiyah boleh juga dikatakan sebagai satu tarekat yang cukup
terkenal serta banyak diamalkan dari dahulu sehinggalah ke hari ini. Di gugusan
Kepulauan Melayu, tarekat Naqsyabandiyah boleh dikatakan memenuhi pondok-
10 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
11/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
pondok pengajian di masa itu. Oleh kerana itu, peranan tarekat ini cukup besar sekali
dalam pembentukan masyarakat Islam di sebelah sini.
Hasil dari pengajian tasauf serta amalan tarekat Naqsyabandiyah, lahirlah pada diri
beliau sifat-sifat yang terpuji seperti zuhud, merendah diri, berakhlak tinggi dan
sebagainya. Di antara sikap beliau ialah tidak suka menonjolkan diri walaupun beliau
boleh dikatakan sebagai murid yang terpintar di antara murid-murid yang lain. Oleh
kerana itu kita dapat difahamkan bahawa beliau lebih suka mengasingkan diri dari
murid-murid Tokku Paloh yang lain. Beliau juga dikatakan mengulangkaji segala
pelajaran secara bersendirian. Keadaan seumpama ini adalah melambangkan
keperibadian seorang yang layak menjadi tokoh di tengah masyarakat. Sebab itu tidak
hairan mengapa orang yang seumpama ini tetap menjadi ikutan serta tumpuan orang
ramai.
Sifat Peribadi Yang Menarik
Sebenarnya, sejak kecil lagi telah terlihat sifat serta peribadi beliau yang terkenal
warak, bersopan-santun, merendah diri, tenang hati dan sebagainya. Ini semuanya
hasil didikan Tokku Paloh yang bertindak sebagai guru beliau. Demikianlah beliau
menjalani alam pendidikan pondok sehingga akhirnya menjadi seorang ulama serta
pemimpin yang berjuang ke tengah masyarakat. Kealiman beliau dalam bidang agama
11 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
12/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
serta kesungguhan beliau mengamalkan tarekat Naqsyabandiyah, sehingga
menyebabkan beliau mempunyai keperibadian yang cukup baik.
Haji Abdul Rahman Limbong memanglah diakui sebagai seorang yang sangat
mengasihi kanak-kanak serta memuliakan orang-orang miskin serta anak-anak yatim.
Lebih dari itu, beliau sanggup merendahkan diri dengan mencuci air kencing kanak-
kanak yang sering datang ke surau beliau. Inilah satu sikap yang perlu ada kepada
seorang pemimpin, iaitu perlu menunjukkan contoh serta teladan kepada mereka yang
berada di bawah pimpinan mereka. Keadaan seumpama ini bukan menurunkan darjat
mereka, bahkan akan menyebakan bertambahnya kepercayaan orang ramai terhadap
mereka.
Di antara sikap Haji Abdul Rahman Limbong ialah suka sekali menolong orang yang
sedang berada dalam kesusahan. Di samping itu beliau juga terkenal kuat beribadah
kepada Allah SWT. Sementara pada siang harinya digunakan untuk mengajar murid-
murid yang datang kepada beliau. Atas dasar inilah maka sebahagian orang
menganggap beliau sebagai salah seorang Wali Allah serta mempunyai pengaruh yang
cukup besar dalam masyarakat. Kebaikan serta kesolehan beliau terkenal oleh seluruh
rakyat Terengganu.
Oleh kerana kebaikan serta kesolehan beliau terkenal di seluruh Terengganu, ramailah
orang yang datang ke rumah beliau untuk berziarah serta meminta nasihat atau minta
untuk diselesaikan masalah yang timbul. Segala masalah yang didatangkan kepada
12 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
13/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
beliau tidaklah pernah beliau hampakan, malah sedaya upaya beliau cuba
menyelesaikannya. Ini dengan sendirinya menambahkan lagi kepercayaan serta
keyakinan orang ramai terhadap beliau.
Suatu hal yang istimewa mengenai peribadi beliau ialah sikap warak beliau. Beliau
amat menghalusi tiap-tiap perkara yang haram dan subahat, terutama dalam soal
makan dan minum. Ini mungkin beliau berpegang kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang
di antara lain menyebut bahawa hati manusia itu ditempah oleh makan dan minum.
Apabila makanan dan minuman itu mengandungi perkara subahat, sudah tentu ianya
akan dengan sendirinya merubah sikap serta peribadi seseorang. Dan atas dasar inilah
maka beliau amat menjaga makan dan minum beliau serta hal-hal yang lainnya.
Mereka yang mengenali serta pernah bersama-sama beliau menyebutkan bahawa
beliau tidak pernah singgah atau makan dan minum di kedai. Kerana lazimnya makan
dan minum di kedai dengan sendirinya menjatuhkan kewibawaan seseorang pemimpin
masyarakat. Umumnya diketahui bahawa di kedai-kedai selalu belaku perkara-perkara
yang mungkar. Oleh kerana itu tidak hairanlah mengapa beliau tidak mahu singgah
apatah lagi makan minum di kedai.
Seorang ulama serta pejuang di tengah masyarakat, sudah tentu merupakan orang
yang sanggup mengorbankan kepentingannya demi perjuangan yang didukungnya.
Lebih dari itu kebendaan bukanlah menjadi tujuan serta harapan dalam perjuangan.
Apa yang menjadi harapan bagi mereka ialah untuk semata-mata membangunkan
13 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
14/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
syariat Allah bertapak kukuh di atas muka bumi. Oleh kerana itu tidaklah hairan
mengapa Haji Abdul Rahman Limbong tidak pernah sekali-kali meletakkan kebendaan
sebagai suatu perkara yang penting.
Ini dapat diteliti berdasarkan kepada kehidupan rumahtangga beliau yang memang
agak sederhana sekali. Tidak terdapat apa-apa perhiasan yang berharga di dalam
rumah beliau kecuali barang-barang yang dianggap perlu dalam kehidupan. Seorang
ahli tarekat apatah lagi seorang syeikh tarekat, sudah tentu tidak mahu keadaan
rumahnya itu bersarang dengan bentuk-bentuk keduniaan. Kerana kehidupan yang
agak mewah dengan sendirinya akanmenyebabkan penghuninya lalai serta berat dalam
mengerjakan amal ibadah. Ini dapat diperhatikan jika kita mengikuti pengajian-
pengajian tasauf yang amat menitikberatkan persoalan ini. Al-Quran dan hadis
Rasulullah s.a.w. sendiri pun berulangkali menerangkan bahawa kehidupan dunia ini
serta segala macam perhiasan dunia ini merupakan penipuan kepada manusia yang
hidup di atas muka bumi.
Haji Abdul Rahman Limbong memang sentiasa mengenakan pakaian yang
melambangkan ciri-ciri keIslaman. Oleh kerana itu beliau sentiasa memakai baju
Melayu atau jubah putih serta memakai serban. Ke mana-mana pun beliau sentiasa
memakai terompah yang diperbuat sendiri atau pun dibeli dari orang lain. Kewarakkan
beliau nampak jelas dengan sikap beliau yang tidak suka sama sekali memakai kasut
yang diperbuat di kedai apatah lagi yang diperbuat oleh orang kafir. Lebih hebat lagi,
14 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
15/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
apabila beliau berjalan melalui perkampungan orang-orang kafir, beliau akan
menyamak kaki beliau.
Sebagai seorang ulama yang warak lagi taat kepada Allah SWT dan di samping
sebagai seorang masyaikh tarekat Naqsyabandiyah, beliau amat kuat menjaga syariat.
Ketelitian beliau dalam menjaga syariat dapat dilihat berdasarkan kepada kehidupan
beliau sendiri. Tidak pernah sama sekali beliau bertentangan mata dengan kaum wanita
walaupun dengan murid-murid beliau sendiri. Beliau juga akan menundukkan
pandangan serta menyisihkan diri apabila bertembung dengan kaum wanita.
Sebagaimana guru-guru serta ulama pondok yang lain, beliau juga mempunyai dua
khadam yang secara sukarela menolong beliau menyelesaikan tugas-tugas di rumah.
Kedua-dua mereka ialah Haji Hussin bin Muhammad dan Haji Ali Yaakob. Mereka
mendakwa bahawa mereka sama sekali tidak pernah melihat isteri Haji Abdul Rahman
Limbong. Mereka berdua hanya dibenarkan mengangkat air untu kegunaan beliau
setakat di hadapan pintu sahaja. Setelah mereka berdua pergi, isteri beliau akan
membawa air itu masuk ke dalam rumah.
Demikian keterangan bagaimana kuatnya beliau menjaga syariat. Isteri beliau akan
sentiasa mengenakan pakaian jilbab apabila keluar rumah bersama beliau kerana
sesuatu urusan. Di kampung beliau sendiri, diadakan sekatan tempat permandian di
antara kaum lelaki dan kaum wanita. Peraturan ini sengaja beliau adakan bertujuan
tidak berlaku fitnah apabila lelaki dan wanita bercampur-gaul.
15 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
16/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
Keramat dan Kewaliannya
Sebenarnya, bakat kepimpinan serta keistimewaan yang ada pada beliau itu sudah pun
kelihatan sejak beliau masih lagi berguru kepada Tokku Paloh. Beliau suka beruzlah
(mengasingkan diri) daripada murid-murid Tokku Paloh yang lain. Seringkali beliau
berulang-alik dari rumahnya ke pondok dengan bersendirian, walaupun jarak di antara
rumahnya dengan pondok pengajian Tokku Paloh agak jauh. Keadaan beliau yang
begini menimbulkan kehairanan di kalangan orang-orang yang sering memerhatikan
segala kelakuan beliau.
Diceritakan bahawa ada tiga orang lelaki telah mengintai kelakuan Haji Abdul Rahman
Limbong yang boleh menhilangkan diri dari pandangan manusia. Ketiga-tiga lelaki
tersebut memanjat pokok kelapa di tepi sungai tempat beliau menyeberang sungai.
Timbul kehairanan di hati mereka kerana di tepi sungai tersebut tidak pun terdapat
perahu, rakit atau sebagainya.
Haji Abdul Rahman Limbong kelihatan duduk berselimut di atas batu yang agak besar
di tepi sungai. Tiba-tiba sahaja beliau hilang dari pandangan dan sudah berada di
tebing seberang sungai tersebut. Ini adalah beberapa keramat yang Allah SWT izinkan
terjadi kepada beliau.
16 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
17/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
Mengikut cerita yang lain pula, Haji Abdul Rahman Limbong juga dipercayai tidak basah
apabila ditimpa hujan walaupun cuma berterendak. Keadaan yang sama dikatakan
pernah dialami oleh seorang mudridnya yang berteduh di dalam jubah beliau semasa
mereka bersama di dalam perahu menghilir sungai, manakala orang lain yang menjadi
pengayuh basah ditimpa hujan.
Suka Mengembara
Selain mengajar, Haji Abdul Rahman Limbong adalah seorang ulama yang suka
mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri. Soal kewangan untuk
mengembara tidak sukar baginya kerana di mana tempat beliau berpijak, ada saja
penduduk yang mahu menjadi muridnya. Pengembaraan yang dekat dengan
Terengganu di antaranya ialah Beserah, Kuantan, kedua-duanya dalam Pahang.
Selanjutnya Kelantan, Patani, Kedah dan lain-lain.
Negeri-negeri seberang laut yang pernah beliau merantau ialah Sambas, Jambi, Riau
dan Brunei. Di negeri-negeri seberang laut itu juga terdapat murid-murid Haji Abdul
Rahman Limbong.
Pengembaraan beliau ke negeri-negeri tersebut mempunyai kisah yang panjang, tetapi
yang dapat diungkapkan di sini ialah tentang di Sambas dan Kepulauan Riau saja.
17 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
18/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
Dalam pelayaran di laut, Haji Abdul Rahman Limbong menggunakan perahu buatan
orang Terengganu sendiri. Beliau berlayar bersama-sama dengan murid-muridnya dari
Terengganu dan juga ahli pelayaran pada zaman itu, bahawa mereka telah
menggunakan perahu-perahu yang berukuran besar yang boleh dimuat barang-barang
antara 100 hingga 350 tan.
Kepimpinan
Tokoh Agama
Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai, Haji Abdur Rahman Limbong aktif
mengajar masyarakat di Hulu Terengganu. Kitab-kitab yang beliau ajar meliputi
beberapa disiplin ilmu, antaranya ialah al-Ajrumiyah hingga kepada Mutammiman dan
Tashil Nail al-Amani mengenai ilmu nahu, semuanya dalam bahasa Arab. Matn Umm
al-Barahin, mengenai ilmu tauhid. Untuk lebih memantapkan juga diajarkan kitab-kitab
tauhid bahasa Melayu, yang pasti tidak diabaikan ialah Faridah al-Faraid dan ad-Durr
ats-Tsamin.
Kitab fikah bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdur Rahman Limbong ialah
Kitab Tahrir dan ilmu tasawuf ialah Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-Nafis kedua-
duanya dalam bahasa Melayu.
18 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
19/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
Pembela Nasib Rakyat
Sungguhpun Haji Abdul Rahman Limbong seorang ahli sufi, namun beliau juga
bijaksana dalam seluk belok persoalan dunia. Ini dapat dibuktikan dengan berkali-kali
beliau berhujah di mahkamah kerana membela rakyat yang disaman oleh pihak
pemerintah Inggeris. Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang sufi yang pernah
menjadi peguam.
Haji Abdul Rahman Limbong banyak terlibat dalam siri-siri perbicaraan di mahkamah
samada beliau mewakili penduduk kampung ataupun perbicaraan berlaku ke atas
dirinya sendiri. Ketika pertama kali beliau dibicarakan, kemenangan berpihak
kepadanya kerana pihak British tidak dapat menjawab soalan-soalan yang diutarakan
oleh Haji Abdul Rahman Limbong di samping hakim ketika itu adalah anak murid beliau
sendiri.
Pada perbicaraan kedua pula, pengaruhnya jelas teserlah apabila dapat dilihat halaman
mahkamah tinggi ketika itu dipenuhi dengan pengikut dan anak muridnya yang menanti
dan bilangan mereka lebih kurang 800 hingga 1000 orang. Jumlah mereka yang
sanggup menunggu Haji Abdul Rahman Limbong menunjukkan bahawa pengaruh
beliau dalam masyarakat tempatan sangat kuat dan mereka sanggup membuat apa
sahaja jika terjadi apa-apa kepada Haji Abdul Rahman Limbong. Pengaruh Haji Abdul
19 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
20/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
Rahman Limbong sebenarnya banyak dapat dilihat dalam peristiwa pemberontakan
yang berlaku di Terengganu.
Di mahkamah, lisannya fasih berkata-kata membela kebenaran yang disandarkan
kepada perintah Allah dan rasul. Bukannya membela undang-undang ciptaan manusia.
Di gelanggang medan laga pandai bermain senjata. Hidup di dunia ini tiada sesuatu
apa pun yang ditakutinya kecuali kemurkaan Allah kerana melanggar perintah Allah dan
rasul-Nya.
Selain keterlibatannya bersama penduduk kampung dalam siri-siri pemberontakan yang
berlaku, Haji Abdul Rahman Limbong juga memohon Lesen Wakil daripada kerajaan
bagi membela masyarakat tempatan. Beliau sanggup memohon Lesen Wakil kepada
pihak kerajaan dan bersama-sama penduduk menentang pihak pendakwa raya
daripada Inggeris melalui jalan perundangan. Perkara ini juga menjadi mimpi buruk
kepada pihak penjajah British kerana Haji Abdul Rahman Limbong telah membuka
mata mereka bahawa masyarakat tempatan juga mampu melawan mereka walaupun
diperingkat undang-undang kerana mereka berada di pihak yang benar.
Penjajahan & Campur Tangan Inggeris
Haji Abdul Rahman Limbong juga dikatakan sebagai seorang tuan guru yang sama
20 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
21/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
masyhurnya dengan Tokku Paloh di masa itu. Oleh kerana itu, tidaklah begitu
menghairankan jika Haji Abdul Rahman Limbong mendapat sambutan yang baik dari
orang ramai yang mengenali beliau. Syed Sagof merupakan murid kesayaangan Haji
Abdul Rahman Limbong. Bahkan lebih dari itu, beliau sentiasa mengharapkan bahawa
suatu masa kelak Syed Sagof akan menggantikan beliau untuk meneruskan perjuangan
yang beliau dukung selama ini.
Untuk itu, mereka merasakan perlu ada penentangan terhadap pihak penjajah Inggeris
yang mana tujuan utama mereka turut campur tangan dalam pemerintahan ialah untuk
menghancur serta meleburkan syariat Islam. Pihak penjajah telah sedikit demi sedikit
menanamkan perasaan bencikan agama kepada golongan atasan serta rakyat
sekeliannya. Ini dilakukan oleh mereka dengan membawakan bentuk kehidupan mewah
serta pendidikan yang secara terang-terangan bertentangan dengan cara hidup
beragama.
Para ulama serta tuan guru-tuan guru yang mempunyai jiwa cintakan agama telah
bangkit menyeru rakyat untuk melakukan penentangan terhadap pihak penjajah
Inggeris. Sungguh pun begitu, pada peringkat awal penentangan itu dilakukan bukan
dengan bentuk senjata. Tetapi akhirnya terpaksalah mereka bengkit menentang
menggunakan senjata setelah penentangan secara perlahan tidak berjaya
memadamkan pengaruh penjajah yang semakin hari semakin meningkat.
Sebenarnya, kemasukan pihak penjajah dalam pentadbiran negeri-negeri Tanah
21 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
22/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
Melayu bertujuan untuk menyerapkan unsur-unsur kehidupan dan kebudayaan mereka
ke dalam kehidupan orang-orang Melayu yang pada ketika itu kuat berpegang dengan
agama. Kita tidak hairan mengapa kehadiran mereka tidak disukai oleh rakyat.
Tambahan pula kehadiran mereka ke negeri-negeri sebelah timur adalah sebagai
lanjutan dari Peperangan Salib yang berlaku selama beberapa abad.
Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala
Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat
dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris.
Oleh sebab itulah, Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah
bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri.
Maksud negeri itu adalah yang ada campur tangan penjajah Inggeris.
Haji Abdur Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah yang mereka miliki adalah
tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-
sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama. Dari riwayat ini
dapat kita membuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu Islam di Hulu Terengganu
dalam tahun 1920 lagi, di bawah bimbingan Haji Abdur Rahman Limbong, sudah kenal
jati diri, kenal terhadap haknya, kenal terhadap tanah air, dan kenal terhadap bangsa
sendiri.
Setelah menggunakan berbagai tipu helah maka pihak Inggeris telah berjaya turut
22 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
23/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
campur tangan dalam pemerintahan kerajaan Terengganu yang pada asalnya
berasaskan perundangan Islam. Pihak penjajah sengaja mengenepikan perundangan
Islam, sebaliknya menampilkan undang-undang ciptaaan mereka sendiri. Di samping itu
mereka juga telah membawa unsur-unsur kehidupan serta kebudayaan mereka yang
akhirnya berjaya mengubah akhlak serta kehidupan umat Islam sehingga ke hari ini.
Para ulama yang mempunyai jiwa cintakan agama memberi kesedaran kepada umat
agar kembali semula kepada ajaran Islam. Tetapi seruan mereka hanya mendapat
perhatian di kalangan rakyat berbanding dengan golongan atasan. Sementara itu,
peraturan-peratauran yang dikenakan oeleh pihak penjajah Inggeris cuba mnekan
kehidupan masyaraat yang kebanyakkannya terdiri dari kaum tani yang miskin.
Lama kelamaan pihak penjajah mula meragui Haji Abdul Rahman Limbong serta
menganggap beliau sebagai merbahaya kerana dikatakan menghasut rakyat untuk
menentang kerajaan. Sungguhpun demikian, pihak Inggeris tidak berani mengambil
apa-apa tindakan terhadap beliau. Ini mungkin disebabkan bahawa apa yang beliau
lakukan tidak menampakkan apa-apa kesalahan.
Di samping itu terdapat seorang tokoh ulama yang turut menyeru rakyat menentang
pihak penjajah. Beliau ialah Haji Musa bin Abdul Ghani Minangkabau. Beliau telah
mengisytiharkan kepada rakyat jelata bahawa barang siapa yang membayar pas
menebas (cukai) dan hasil-hasil tanah akan termasuk golongan kafir. Beliau juga
berkata, Barang siapa yang tidak mahu mengikut hukum syarak, Nabi tidak mengaku
23 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
24/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
umatnya.
Penentangan 21 Mei 1928
Akhirnya berlakulah peristiwa penentangan rakyat Terengganu terhadap pihak
penjajah. Puncak kebangkitan rakyat menentang kerajaan ini ialah pada 21 Mei 1928.
Kebangkitan 1928 melibatkan konflik berdarah, apabila perkumpulan dan kemaraan
petani telah ditentang oleh pihak kerajaan di Ulu Telemong.
Dalam perkara ini Haji Abdul Rahman Limbong disalahkan sebagai orang yang
bertanggungjawab menimbulkan pemberontakan dan penentangan ini. Oleh kerana itu,
pihak penjajah mengeluarkan ancaman untuk menangkap beliau. Untuk meredakan
suasana yang berlaku, maka Haji Abdul Rahman Lombong menyerah diri di Istana
Maziah. Tidak ada seprang pun yang berani mendekati beliau semasa berada di istana
tersebut. Beliau menafikan tuduhan yang mengatakan bahawa beliaulah yang menjadi
punca berlkunya penetangan rakyat terhadap pihak penjajah.
24 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
25/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
Atas tuduhan tersebut, Haji Abdul Rahman Limbong dihadapkan ke perbicaraan
mahkamah. Perbicaraan tersebut dibuat di padang dan disaksikan oleh pegawai
Inggeris serta orang ramai. Kebetulan pula kerusi yang beliau duduki itu menghadap ke
arah kiblat, maka beliau terus menerus bersolat sepanjang majlis perbicaraan tersebut
berjalan.
25 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
26/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
Surat Perintah Buang Negeri
Akhirnya keputusan diambil oleh pihak Inggeris yang mana Haji Abdul Rahman
Limbong dibuang negeri ke Makkah. Sebelum itu terdapat pihak-pihak yang
mensyorkan supaya beliau dibuang negeri ke China. Tetapi akhirnya keputusan diambil
bahawa beliau dibuang negeri ke Makkah. Dan sememangnya haji Abdul Rahman
Limbong sendiri bercadang untuk menghabiskan sisa-sisa umurnya ke Makkah.
Menurut laporan oleh H. W. Thomson dan J. L. Humphreys, Haji Abdur Rahman
Limbong dan pengikutnya dilabel sebagai sebagai penderhaka kepada kerajaan
26 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
27/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
Terengganu. Akhirnya Haji Abdur Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke
Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928.
Berikut adalah nama 12 orang pejuang yang telah syahid menentang penjajah British di
Padang Kachung, Kuala Telemong, Terengganu pada 23 Mei 1928:
1. Mahmud bin Mat Diah
2. Lebai Abdul Rahman
3. Idris bin Muhammad
4. Mamat bin Musa
5. Muhammad bin Yunus
6. Abdullah bin Muhammad
7. Ismail bin Ali
8. Muhammad bin Jusoh
9. Muhammad bin Idris
10. Muhammad bin Abdullah
11. Abdul Hamid bin Sulaiman
12. Sulaiman bin Saleh
Pembuangan Di Makkah & Wafatnya
Sungguhpun beliau telah dibuang ke Makkah, namun pengajaran dan perjuangan yang
27 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
28/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
beliau bangunkan masih tetap utuh. Beliau masih tetap mengajar walaupun berada di
Makkah. Ramai murid-murid beliau yang menyambung semula pengajian kepada beliau
di Makkah ataupun menemui beliau sewaktu menunaikan ibadah haji.
Sewaktu beliau di Makkah, pernah beliau meminta kebenaran untuk pulang sebentar ke
Terengganu. Tetapi malangnya permintaan beliau ditolak dengan alasan bahawa beliau
nanti akan menimbulkan semangat kepada rakyat Terengganu. Akhirnya, setelah
sekian lama beliau berkhidmat mengajar berbagai pengetahuan tentang agama di
Makkah, maka beliau pun dijemput oleh Allah SWT untuk mangadapNya. Beliau
meninggal dunia pada 14 Jamadilakhir 1348 (1929) kerana menghidap penyakit di
dalam perut. Dengan itu berakhirlah perjuangan seorang ulama yang berpengaruh serta
pengajarannya cukup ketara di dalam kehidupan masyarakat Islam Terengganu
sehinggalah ke hari ini.
Demikianlah beliau yang dengan ketokohannya menjadi seorang ulama, dapat menjadi
contoh serta teladan kepada generasi para ulama selepas beliau. Dan tidak sepatutnya
para ulama hanya mendiamkan diri tanpa membuar sesuatu untuk kepentingan agama.
Sepatutnya hendaklah diketahui, bahawa perjuangan yang dilaksanakan oleh Haji
Abdul Rahman Limbong ialah untuk menegakkan kesucian agama dari pengaruh-
pengaruh Barat yang menjejaskan keimanan umat Islam di waktu itu.
28 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
29/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
Lampiran
Rujukan:
1. Ringkasan Riwayat 11 Tokoh-Tokoh Sufi susunan Hamizan Hussin, terbitan
Bismi Publishers, 1993.
2. Ulama Terengganu, Suatu Sorotan suntingan Muhammad Abu Bakar, terbitan
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1991
29 | N o M a t r i k s : 2 0 9 3 5 3
7/31/2019 Haji Abdul Rahman Limbong_info
30/30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Abdul Rahman Limbong
3. Haji Abdur Rahman Limbong, Ulama dan Pahlawan Melayu tulisan Wan Mohd
Shaghir Abdullah, Utusan Malaysia, 2007.
4. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
30 | N M t i k 2 0 9 3 5 3