Post on 02-Jul-2015
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL21030 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN
WAJ 3109KOKURIKULUM- PERMAINAN
KERJA KURSUS PENDEKBADMINTON
BIL
NAMANO.
MATRIKNO.KAD
PENGENALAN
1 NOR HALIZA BINTI MD THAIB 123370 890321-06-5874
UNIT:PISMP SEM 2 PENGAJIAN MELAYU / PJ / PSK
PENSYARAH :TN. HJ. CHE ABD. MUTTALIB BIN ISMAIL
TARIKH SERAHAN :20 OKTOBER 2010
1
UNTAIAN
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T Yang
Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang kerana dengan
limpah dan kurniaNya dapat kami menyempurnakan
Kerja Kursus Pendek (KKP) Kokurikulum – Permainan
Badminton ini. Sejuta kesyukuran dipanjatkan kerana
akhirnya berjaya menyiapkan tugasan ini dalam waktu
yang ditetapkan. Ucapan jutaan terima kasih diucapkan
kepada Tn. Hj. Che Abd. Muttalib Bin Ismail selaku
pensyarah penasihat Kokurikulum – Permainan
Badminton yang banyak memberi panduan dan tunjuk
ajar dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa
kepada rakan-rakan seperjuangan yang sering memberi
galakan dan sokongan moral sepanjang menyiapkan
tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang
sentiasa mendoakan kami dari kejauhan. Jasa kalian
semua amat bermakna. Kepada semua yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung, ucapan
2
terima kasih juga buat kalian. Diharapkan tugasan ini
dapat diterima dan dijadikan rujukan pada masa akan
datang.
Sekian Wassalam.
ISI KANDUNGAN
UNTAIAN PENGHARGAAN
1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA.......................................... 1
2.0 ALATAN
2.1 Raket ..........................................................................2
2.2 Bulu Tangkis ...............................................................3
2.3 Gelanggang ............................................................... 4
2.4 Jaring Dan Tiang ............................................................... 5
3.0 KEMAHIRAN ASAS BADMINTON ......................................... 6
3.1 Pegangan Raket ............................................................... 7
3.2 Lakuan Bersedia Dan Gerak Kaki ............................... 8
3.3 Pukulan Asas .............................................................. 9
4.0 PERATURAN PERMAINAN ..............................................
3
4.1 Format 15 Mata ............................................................... 13
4.2 Format 21 Mata ............................................................... 14
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA
Permainan badminton berasal dari India dan diperkenalkan di England oleh askar-
askar Inggeris yang bertugas di India. Melalui merekalah, permainan badminton
diperkenalkan di Malaysia. Persekutuan Badminton Antarabangsa atau IBF yang
bertanggungjawab menguruskan pertandingan badminton di peringkat antarabangsa
pula telah ditubuhkan pada tahun 1934. Selaku Presiden IBF yang pertama, Sir
George Thomas telah menghadiahkan sebuah piala sempena namanya untuk
dijadikan Piala Pusingan. Piala Thomas ini telah dipertandingkan selama 3 tahun
sekali dan Kejohanan Badminton Piala Thomas dikenali sebagai satu pertandingan
badminton yang paling unggul di dunia, menyamai keunggulan Kejohanan Tenis
Wimbledon.
Negara kita Malaysia, telah menjuarai Piala Thomas ini beberapa kali. Kali
pertama pasukan badminton negara memenangi Piala Thomas ialah pada 1949.
Kejayaan ini kemudian disusuli dengan beberapa lagi kejayaan iaitu pada tahun
1952, 1955 dan 1967. Pada tahun 1992 pula, pasukan badminton negara yang
ditunjangi oleh Keluarga Sidek, sekali lagi berjaya menjulang Piala Thomas. Antara
pemain badminton negara yang terkenal suatu ketika dahulu ialah Punch Gunalan,
Ng Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang, Silvia Ng, Misbun Siden, Razif Sidek,
Jailani Sidek dan lain-lain.
Persatuan Badminton Malaysia atau BAM telah ditubuhkan pada tahun 1912,
iaitu di antara persatuan yang terawal ditubuhkan di dunia. Sekarang ini, pasukan
4
negara masih dianggap sebagai pasukan yang disegani sebaris dengan pasukan
ternama dunia iaitu Indonesia, China, Korea Selatan dan Denmark.
2.0 ALATAN
Dalam permainan, terdapat beberapa alat yang penting yang perlu ada seperti:
i. Raket
ii. Bulu tangkis
iii. Net
iv. Gelanggang badminton
2.1 Raket
RAJAH 1 : Bahagian Raket
5
kepala
pemegang
batang66.1 cm
25.4 cm
20.3 cm
Raket merupakan alat utama dalam permainan badminton. Penggunaan raket
membezakan badminton daripada permainan-permainan lain. Terdapat berbagai-
bagai jenis raket dalam pasaran, tetapi bentuknya tetap sama.
2.1.1 Ciri-Ciri Raket
i. Berbentuk oval pada permukaan pemukul dan memanjang pada bahagian
pemegang.
ii. Berukuran 66.1 cm panjang dan 20.3 cm lebar. Jarak terpanjang bahagian
pemukul ialah 25.4 cm dan jarak lebarnya ialah 20.3 cm.
iii. Beratnya ialah antara 99.2 hingga 141.7 g.
iv. Berbingkai logam serta pemegang besi lembut.
v. Tali daripada nilon.
2.2 Bulu Tangkis
6
RAJAH 2 : Bulu Tangkis
Bulu tangkis atau bulu ayam merupakan ‘bola dalam permainan badminton. Tanpa
bulu tangkis, permainan badminton tidak dapat dimainkan. Terdapat juga bulu
tangkis yang diperbuat daripada nilon. Walau bagaimanapun, bulu tangkis ini kurang
sesuai kerana pergerakannya yang laju.
2.2.1 Ciri-Ciri Bulu Tangkis
i. Diperbuat daripada bulu angsa yang dilekatkan pada gabus.
ii. Beratnya ialah antara 4.74 hingga 5.5 g.
iii. Mengandungi antara 14 hingga 16 helai bulu yang melekat pada kepala gabus
ke hujung bulu.
iv. Diameter bulu pada kepalanya ialah 25-28mm.
2.3 Gelanggang
7
58-68 cm
64-70 cm
25-28 cm
kepala
badan
Gelanggang ialah kawasan khas untuk bermain badminton. Gelanggang boleh dibina
di dalam atau di luar dewan atau stadium tertutup. Pemain harus tahu saiz sesebuah
gelanggang sebelum bermain badminton. Pemain harus mengetahui saiz kawasan
permainan, garisan-garisan, jaring dan ketinggiannya, kedudukan pengadil dan
penjaga garisan serta kawasan luar permainan.
2.3.1 Ciri-Ciri Gelanggang
i. Berbentuk segi empat bujur
ii. Berukuran 13.4 meter panjang dan 6.1 meter lebar
iii. Mempunyai semua garisan yang ditetapkan seperti garisan tepi,
garisan servis pendek dan panjang, garisan tengah dan sebagainya.
iv. Lantai sebaiknya dari bahan yang tidak licin, dan berwarna gelap untuk
dibezakan dengan warna bulu tangkis.
v. Garisan hendaklah berwarna putih atau kuning dengan tebalnya 38mm.
8
13.4 m
2.4 Jaring Dan Tiang
RAJAH 4 : Jaring
Ditengah-tengah gelanggang badminton akan dipasangkan jaring. Jaring berfungsi
untuk memisahkan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar. Terdapat
berbagai-bagai jenis jaring di pasaran.
2.4.1 Ciri-ciri Jaring
i. Diperbuat daripada tali asli atau tiruan yang baik.
ii. Berwarna gelap seperti coklat, hitam atau kelabu.
iii. Keluasan siratnya ialah antara 15mm hingga 20 mm.
iv. Jaring diregang di antara dua tiang.
v. Ukuran jaring ialah 6.1 meter panjang dan 0.76 meter lebar serta 19mm
tebal.
vi. Di hujung kedua-dua jaring dilekatkan pita putih 75mm lebar.
vii. Tinggi jaring ialah 1.5 meter dari permukaan gelanggang.
viii. Tiang didirikan di luar garisan tepi beregu dan tidak mudah jatuh.
9
3.0 KEMAHIRAN ASAS BADMINTON
Perkara yang penting bagi seseorang pemain adalah menguasai kemahiran asas
supaya pergerakan, pukulan dan permainannya lebih mudah, licin, selesa dan
seronok. Lebih penting lagi, penguasaan kemahiran asas ini dilakukan dengan teknik
yang betul untuk memudahkan proses pembelajaran kemahiran yang lebih kompleks
dan juga mengelakkan kecederaan yang berpunca dari asas yang lemah.
Berikut merupakan kemahiran asas dalam permainan badminton:
a. Pegangan raket
b. Lakuan sedia dan gerak kaki
c. Pukulan
Servis
Hantaran balas servis
Pikulan tinggi atau lob
Pukulan ‘drive’/deras
Smesy
Pukulan junam/drop
3.1 Pegangan Raket
10
RAJAH 5 : Cara Memegang Raket
Teknik memegang raket dengan cara yang betul adalah penting. Hal ini kerana
pegangan yang mengawal kepala raket yang seterusnya mengewal pergerakan bulu
tangkis yang dipukul. Secara umumnya, terdapat dua cara asas memegang raket.
Pegangan pepat (forehand grip)
o Pegang raket dengan tangan kanan. Ibu jari dan jari telunjuk
membentuk huruf ‘V’ dibahagian pemegang raket.
o Jari telunjuk lebih atas dari ibu jari. Jari-jari lain renggang sedikit
dan tidak menggenggam pemegang raket terlalu rapat.
Pegangan kilas (backhand grip)
11
o Pegang raket dengan cara pepat. Longgarkan pegangan dan
jari-jari putarkan raket lebih kurang 30° ke kanan.
o Luruskan ibu jari yang berehat di bahagian belakang raket yang
leper.
3.2 Lakuan Bersedia Dan Gerak Kaki
Kecekapan seseorang bersedia sebelum dan setelah memukul bulu tangkis dalam
masa permainan banyak mempengaruhi mutu pukulannya dan juga memberi
tekanan kepada pihak lawan.
3.2.1 Keadaan Bersedia
Pada asasnya, keadaan bersedia adalah seperti ;
a. Pemain berdiri di atas hujung kakinya secara imbang.
b. Lutut bengkok dan jarak kaki seluas bahu.
c. Berat badan ke depan sedikit.
d. Raket didepan badan dan kepala raket ke atas.
e. Siku (tangan yang memegang raket) dalam keadaan selesa dan tidak terlalu
rapat dengan badan.
f. Perhatikan lawan dan bulu tangkis untuk membuat antisipasi pukulan.
3.2.2 Gerak Kaki
Gerak kaki merupakan kecekapan bergerak dalam gelanggang semasa permainan.
Kebanyakan pergerakan adalah berarah sisi ke sisi, ke depan dan ke belakang.
a. Menjangkau ke kanan dengan satu langkah yang panjang.
b. Menjangkau ke kiri untuk membalas pukulan dari bawah secara kilas.
3.3 Pukulan Asas
12
Semua pukulan dalam permainan badminton adalah berasaskan pergerakan
membaling (throwing action). Terdapat beberapa jenis pukulan dalam permainan
badminton, antaranya :
a. Servis
b. Pukulan deras / drive
c. Pukulan junam / drop
d. Smesy
e. Pukulan tinggi / lob
3.3.1 Servis
Pukulan ini sangat penting dan pemain hendaklah menguasai kemahiran asas ini
supaya servisnya sentiasa tepat. Secara amnya, terdapat 4 jenis servis :
i. Servis tinggi
ii. Servis rendah
iii. Servis flik
iv. Servis kilas
3.3.1.1 Servis Tinggi
Teknik ini biasanya digunakan dalam permainan perseorangan supaya pihak lawan
terpaksa bergerak ke bahagian belakang gelanggang untuk membalas servis. Servis
tinggi juga menyukarkan pihak lawan membuat smesy. Pemain memegang raket
secara pepat (forehand). Bulu tangkis dihantar setinggi boleh supaya ia jatuh
dalamdalam garisan servis.
13
RAJAH 6 : Teknik Servis Tinggi
3.3.1.2 Servis Rendah
Servis jenis ini digunakan oleh pemain dalam permainan beregu. Bulu tangkis
dipukul perlahan agai ia melepasi bahagian atas jaring dan seterusnya mendarat
dalam gelanggang lawan garisan hadapan. Pemain memegang raket secara pepat
dalam melakukan servis rendah. Pemain boleh memegang lebih atas sedikit
bahagian pemegang raket.
14
3.3.1.3 Servis Flik
Pergerakan fllik merupakan pergerakan yang hampir sama dengan servis rendah.
Pada saat terakhir, pemain melakukan tindakan menguis atau flik supaya bulu
tangkis dipukul tinggi melepasi pihak lawan. Tindakan flik dilakukan dengan
pergelangan tangan dilonggarkan. Servis ini kebiasaanya diamalkan dalam
permainan beregu dilakukan untuk memerangkap pihak lawan secara mengejut.
3.3.1.4 Servis Kilas
Pemain melakukan servis dengan memegang raket secara kilas. Ini adalah variasi
kepada servis rendah secara pepat. Servis kilas biasanya diamalkan dalam
permainan beregu.
3.3.2 Pukulan deras / drive
Pukulan deras merupakan pukulan sisi badan. Bulu tangkis dipukul ketika
kedudukannya di aras bahu dan pinggang. Cara pukulan ini dianggap sebagai satu
pukulan bertahan dan banyak digunakan dalam permainan perseorangan. Pukulan
deras dilakukan dengan dua cara :
i. Pukulan deras pepat / hadapan
ii. Pukulan deras kilas
3.3.3 Pukulan Junam/Drop
Merupakan satu pukulan perlahan dari belakang gelanggang. Bulu tangkis akan
menjunam di bahagian depan gelanggang antara jaring dan garisan servis pendek
pihak lawan. Walaupun perlahan, pukulan ini dapat mengelirukan pihak lawan.
Pukulan drop adalah alternatif kepada pukulan lob. Pihak lawan yang berada di luar
posisi terpaksa berkejar ke depan gelanggang untuk membalas bulu tangkis.
Pukulan balas dari bawah memberi peluang pihak penerima melakukan smesy.
15
3.3.4 Smesy
Smesy adalah pukulan tinggi yang menjunam ke dalam gelanggang pihak lawan.
Smesy dilakukan untuk memtikan pihak lawan dan mengalahkan lawan yang
terkeluar posisi atau terganggu keseimbangannya. Tindakan smesy pada mana-
mana bahagian gelanggang apabila situasi mengizinkan. Pemain juga boleh
melompat untuk menghasilkan smesy yang tajam, pantas dan sukar dibalas pihak
lawan.
3.3.5 Pukulan tinggi / lob
Merupakan tindakan memukul bulu tangkis tinggi ke belakang gelanggang secara
pukulan pepat atau kilas. Pemain melakukan pukulan lob supaya mendapat masa
untuk bersedia semula ditengah-tengah gelanggang. Pukulan ini juga dilakukan
unutk membalas servis tinggi, pukulan lob dan memaksa lawan bergerak kebelakang
gelanggang.
16
4.0 PERATURAN PERMAINAN
Sebelum tahun 2006 Thomas / Uber Cup, format penilaian rasmi adalah format 15
mata. IBF (Persekutuan Badminton Antarabangsa), kemudian menguji format
penilaian baru yang merupakan format 21 mata tahun pada tahun 2006 Thomas /
Uber Cup. Sejak itu, format 21 mata ini menjadi format rasmi menggantikan format
15 mata.
4.1 Format 15 Mata
- Untuk memenangi perlawanan, anda harus memenangi 2 dari 3 permainan.
- Untuk memenangi permainan, anda harus skor 15 mata untuk lelaki dan 11 mata
untuk perempuan.
- Jika skor menjadi 14-semua (10-semua di tunggal perempuan),pihak yang pertama
mendapat 14 (10) harus melaksanakan pilihan untuk meneruskan permainan ke-15
(11) mata atau 'set' permainan untuk 17 ( 13) mata.
- Hanya pihak yang melayani boleh menambah mata untuk skor.
- Anda memperoleh skor mata apabila pihak lawan anda tidak dapat mengembalikan
hantaran atau hantarannya kembali jatuh di luar kawasan.
- Di petak perseorangan, anda akan memulakan hantaran di petak kanan sekiranya
skor markah adalah tepat manakala di kotak kiri sekiranya skor markah adalah ganjil.
- dalam beregu, jika anda memulakan dan menerima hantaran pertama di petak
kanan yang tepat semasa perlawanan, anda akan terus memulakan dan menerima
hantaran pada petak berkenaan untuk skor markah genap.
17
4.2 Format 21 Mata
-Untuk memenangi perlawanan, anda harus memenangi 2 dari 3 permainan.
- Untuk memenangi permainan, anda harus memperolehi 21 mata.
- Jika skor menjadi 20-20, pihak yang memperolehi skor 2 mata berturut-turut akan
memenangi permainan itu.
- Jika skor menjadi 29-29, pihak yang skor mata yang ke-30 akan memenangi
permainan itu.
- hanya satu hantaran untuk permainan beregu.
- Peraturan yang lain adalah sama.
18